Rabu, 25 Mei 2016

12 10 sebab aplikasi Telegram lebih hebat dari WhatsApp

Sekarang ini aplikasi WhatsApp Messenger merupakan aplikasi mesej yang paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia menggantikan komunikasi mesej SMS. Di Google Play sahaja terdapat 1 billion orang telah pun meng'install' aplikasi ini pada peranti Android mereka. Ini belum termasuk yang menggunakan platform lain seperti IOS, Microsoft dan sebagainya. Antara lain aplikasi mesej yang popular berdasarkan jumlah download di Google Play adalah Facebook Messenger (1 billion), Line (500 juta), WeChat (100 juta) dan Telegram (100 juta).


WhatsApp Messenger menjadi begitu popular kerana ia adalah aplikasi mesej pertama untuk peranti mudah alih yang menawarkan antaramuka yang ringkas, senang untuk digunakan serta integrasi mudah dengan nombor telefon. Facebook Messenger pula popular kerana pengguna Facebook biasanya akan memasang juga FB Messenger walaupun ia agak berat dan cepat menghabiskan bateri.

Line pula sangat popular terutama di negara Jepun kerana turut menawarkan ciri-ciri tambahan seperti Stiker dan Permainan. WeChat pula kalau di Malaysia memang popular terutama di kalangan budak-budak sekolah baru nak up, perempuan kegersangan dan lelaki miang di mana fungsi Look Around memudahkan mereka untuk berkenalan dengan orang yang tidak dikenali yang berada berdekatan dengan mereka.

Dan kini, Telegram. Bagi yang belum download dan install lagi aplikasi mesej Telegram, aku sarankan agar korang pasang dengan segera kerana Telegram sebenarnya mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang jauh lebih hebat dan superior berbanding WhatsApp, FB Messenger, Line, WeChat dan lain-lain aplikasi mesej yang ada sekarang ini. Telegram cuma kurang popular disebabkan WhatsApp keluar dulu, selain dari itu, Telegram jauh mengalahkan WhatsApp 100 tiang.

Aku akan beritahu antara 10 sebab kenapa anda kena install aplikasi Telegram:

1. Open source

Aplikasi Telegram ini adalah open source. Bagi pengguna biasa, mereka pasti tidak faham dan kisah pasal itu. Tetapi bagi orang IT terutama technology geek, mereka gemar menggunakan aplikasi dan perisian yang berasaskan open source. Mereka lebih gemarkan Linux berbanding Microsoft, Android berbanding IOS dan sebagainya.

Suatu perisian open source atau sumber terbuka ini bermakna source code atau kod sumber bagi perisian tersebut adalah terbuka kepada semua orang, dan semua orang boleh membuat perubahan pada kod sumber itu dan mengeluarkan aplikasi itu dengan versinya sendiri, secara percuma.

Pernah dengar aplikasi WhatGapo Messenger, perisian mesej yang bercirikan Kelantan? Ya, ia dibangunkan berdasarkan platform aplikasi Telegram.


2. Fungsi asas aplikasi mesej

Semua fungsi asas yang WhatsApp ada semua ada dalam Telegram. Komunikasi mesej peribadi, penghantaran mesej berbentuk teks dan audia, mencipta group yang boleh menampung hingga 200 ahli, smiley dan emoji, membuat penghantaran gambar, video, contact, muzik, lokasi dan sebarang format fail hingga sebesar 1.5GB dan sebagainya. So tiada masalah jika anda tidak mahu menggunakan WhatsApp langsung pun sebab fungsinya tetap sama malah lebih banyak lagi.

Malah untuk menghantar gambar adalah sangat mudah di mana ia akan terus memaparkan thumbnail bagi gambar yang terdapat dalam peranti kita mengikut susunan terbaru hingga yang lebih lama.


3. Built-in photo editor

Jika anda mahu mengambil foto, edit dan hantar melalui WhatsApp, anda mungkin memerlukan 3 aplikasi berbeza untuk melakukannya. Satu aplikasi untuk mengambil gambar, satu aplikasi untuk edit dan satu lagi untuk menghantar foto.

Telegram setakat ini adalah satu-satunya aplikasi mesej yang mempunyai editor foto terbina dalam yang agak lengkap dan mempunyai banyak fungs untuk mengedit gambar. Anda boleh mengambil foto, edit foto tersebut seperti crop, filter, sharpen, blur dan sebagainya dan terus menghantar foto yang telah diambil dan diedit melalui Telegram.


4. Sticker

Anda bukan sahaja boleh menghantar mesej berbentuk teks dansmiley atau emoji yang biasa, malah anda boleh hantar sticker yang anda boleh download seperti sticker Dragon Ball, One Piece, Najib Razak, Funny Meme, Rage Comics, malah anda boleh buat sticker anda sendiri.

Contoh koleksi Sticker yang telah dibuat oleh Ankel Jonni. Geng-geng Buasir Otak: The Komik macam Lanun Ranggi, cEro, Plain83, Zyraroxx, Deaday, Tengku Puteri pun dah ada sticker mereka sendiri tau. Boleh dapatkan free je.

5. Bot

Bot merupakan fungsi telegram yang boleh membuat pelbagai perkara secara automatik seperti auto reply bot, game, reminder, membuat undian, mencari imej dari Bing, mencari video dari Youtube, waktu solat dan sebagainya, malah ada sesetengah bot yang boleh ditambah ke dalam group chat seperti permainan kuiz dan undian yang boleh disertai oleh semua ahli group.

Contoh bot Waktu Solat yang memberi notifikasi untuk setiap waktu solat mengikut negeri yang ditetapkan.

6. Media Playback

Telegram boleh memainkan kebanyakan media seperti gif, audio dan video dari tempat lain seperti Youtube dan Soundcloud tanpa perlu meninggalkan Telegram dan buka aplikasi lain.

Video Youtube yang terus dimainkan bila link ditekan.

7. Cloud-Based

Jika anda menggunakan aplikasi WhatsApp, setiap kali anda menerima video, audio atau gambar, secara default ia akan terus download media tersebut ke peranti anda dan dalam beberapa tempoh media di mesej tersebut akan dibuang dan anda tidak boleh memuat turunnya semula. Dan jika anda hendak membuka media tersebut, ia perlu dimuat turun dulu ke peranti anda. Ia sebenarnya bukan sahaja memenuhkan ruang storan peranti anda malah menjadikan peranti anda lebih berat dan perlahan.

Di Telegram pula semua media akan disimpan di server Telegram dan tidak akan dimuat turut atau disimpan secara automatik ke peranti anda. Semua media yang anda buka dari aplikasi tersebut tidak akan dimuat turun ke peranti anda kerana ia dibuka secara streaming. Ini dapat mengelakkan dari storan peranti anda penuh malah media tersebut akan terus kekal di server Telegram dan anda boleh capai semula pada bila-bila masa. Teknologi ini menjadikan aplikasi Telegram jauh lebih cepat dan ringan daripada WhatsApp.


8. Channel

Anda mahu menerima notifikasi atau sebarang maklumat dan berita terkini? Telegram juga mempunyai fungsi Channel yang membolehkan pengguna melanggan atau subscribe Channel tertentu dan anda akan dapat menerima notifikasi terkini yang dihantar dari Channel tersebut. Seperti contoh anda subscribe Channel bola sepak, semua notifikasi tentang bola sepak akan dihantar terus pada anda. Anda subscribe Channel agama, maka maklumat-maklumat keagamaan akan dihantar kepada anda dari masa ke semasa. Malah anda juga boleh cipta Channel anda sendiri.

Anda suka blog Buasir Otak ini dan mahu mendapat notifikasi setiap kali ada entry baru? Langgan Channel Buasir Otak di Telegram dengan mencari nama @buasirotak atau klik sahaja pautan ini - http://telegram.me/buasirotak. Tapi anda kena install Telegram dulu lah.

http://telegram.me/buasirotak
 Channel Telegram Buasir Otak.

9. Multi Platform

Aplikasi Telegram merupakan aplikasi multi platform, di mana anda boleh gunakan di pelbagai platform, bukan sahaja dengan menggunakan aplikasi yang dipasang pada telefon bimbit Android atau Apple anda, malah anda boleh install aplikasi Telegram versi desktop di PC dan juga terus menggunakan aplikasi Telegram versi web menggunakan Internet Browser pilihan anda sama ada Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan sebagainya.

Aplikasi Telegram versi desktop.

10. Keselamatan dan Privasi

Aplikasi WhatsApp mungkin baru sahaja melancarkan komunikasi mesej dan panggilan yang diperkuatkan dengan teknologi keselamatan end-to-end encyrption setelah 6 tahun dilancarkan. Sementara itu Telegram pula telah pun terbina dengan tahap keselamatan encryption sejak pertama kali dilancarkan kerana pembangun Telegram dari awal lagi tidak mahu komunikasi melalui Telegram dipantau oleh agensi kerajaan dan syarikat-syarikat IT yang besar.

Manakala privasi pula, jika WhatsApp boleh berbangga dengan last seen, double tick, blue tick bagi setiap mesej yang telah berjaya dihantar dan dibaca, dan anda boleh disable fungsi tersebut untuk menjaga privasi anda, Telegram ada lebih dari itu.

Jika Whatsapp anda perlu tahu no. telefon orang lain untuk ditambah ke dalam contact anda untuk berkomunikasi, dengan Telegram anda tak perlu memberi no. telefon anda sebaliknya hanya memberikan username yang anda cipta untuk berbual dengan sesiapa sahaja pengguna Telegram yang lain.

Malah ada satu fungsi privasi yang paling canggih iaitu Secret Chat, di mana setiap perbualan anda secara automatik akan dipadam terus mengikut sela masa yang ditetapkan setelah mesej itu dibaca oleh penerima dengan fungsi self-destruct timer. Ia amat berguna jika anda mahu menjaga kerahsiaan suatu perbualan anda di mana jika telefon anda jatuh ke tangan orang lain, mereka tidak akan dapat membaca apa yang anda bualkan, termasuk anda juga.



Berikut pula adalah beberapa infografik mengenai perbandingan antara WhatsApp dan Telegram (mungkin terdapat maklumat yang sudah outdated kerana infografik ini dibuat sebelum update versi tertentu):


 Sumber.


Kesimpulannya dengan 10 faktor-faktor ini, tiada sebab untuk anda tidak meng'install' Telegram. Install sekarang!

Sumber rujukan lain:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: whatsapp vs telegram messaging app application software perisian aplikasi download android ios version features

12 ulasan:

  1. Noob duta Telegram, hahahaha :p
    Saya sudah beralih ke telegram, anda, bila lagi? *sengih sambil tunjuk ibujari tnda bagus*

    BalasPadam
  2. urghhhhh leceh nyaaaa 10 tahun depan ada lagi baru

    BalasPadam
  3. fuh, tajuk entri ni ala2 the vocket haha..
    aku rasa pernah install dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko dah install? Dah uninstall? Insrall balik! Uuuu, jom laaa juun grup! Pwisss!

      Padam
  4. Bagus Telegram ni. Tapi member2 tak ramai nak guna. Terpaksa ber'whatsapp' juga

    BalasPadam
  5. Telegram lebih ringan dari whatsapp. Tp di sebabkn xramai pki TG, tpaksa uninstall TG. Huhuuuu

    BalasPadam
  6. Most of the time org pakai Watsapp sbb ramai org pakai, Telegram mmg lebih bagus dr watsapp, cuma sbb x ramai yg pakai n slowly nak pakai dua2..so demand x byk.

    Tp slowly telegram akan bersaing rapat dgn Watsapp..cuma take time. Sy more using Telegram on personal chat..kalau group ramai suka paki watsapp, xleh wat apa

    BalasPadam
  7. Aku dua2 pn xde. Klu ada benda penting, tpon je.

    BalasPadam
  8. whatsapp is the most popular app for android phones but telegram is the lighting mobile app

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.