Khamis, 14 Julai 2016

6 Hutang susah bayar tapi bermewah di media sosial

Hutang.

Kita ini kalau masih ada hutang dengan kawan, ahli keluarga atau sesiapa pun, tak payahlah upload gambar kita bermewah-mewah di media sosial. Tayang gambar kereta baru, tayang sport rim baru, tayang telefon baru, tayang gambar pergi tengok wayang, tayang gambar melancong sana-sini dengan awek atau bini, sedangkan hutang kawan tu masih belum bayar. Bila orang tu minta hutang kau cakap belum ada duit, tapi waktu nak berjoli sakan tiba-tiba banyak pula duit ya.

Pelukis: Deaday @ Blog Vespa Buruk.

Kau ini memang takde rasa malu kan? Memang kulit muka kau tebal betul kan? Orang macam ni serius rasa nak pijak-pijak je muka tu.

Tahi kau tahu, tahi!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: hutang susah liat tidak nak bayar mewah media sosial upload gambar melancong jalan harta duit

6 ulasan:

  1. Sbb tu aku payah sikit nak bagi orang hutang haha

    BalasPadam
  2. Bese orang yang megah kat insta ni real life die takde duit pun. Tu yg skali dapat rasa kemewahan terus nak tayang satu dunia.

    BalasPadam
  3. Biras call nak pinjam duit. Bukak cerita bini dia (adik bini aku) kerap masuk hospital sampai insurans kompeni tak cover dah. Aku pun tak sahkan cerita, ye la takkan aku nak tanya ipar aku pulak, kena la jaga muka laki dia sikit. Bila mintak bayar balik, macam2 alasan.

    Raya ni baru timbul cerita sebenar, perubatan adik ipar masih ditanggung insurans kompeni. Dia baru tukar teksi baru. Boleh pulak ada duit beli mercun. Selain aku, kat ipar lain pun dia ada pinjam, termasuk la cubaan nak pinjam kat anak buah bini aku yang baru kerja dgn gaji RM800 sebulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh kes macam ni pun ada. Dengan budak baru kerja pun nak rembat. Apa masalah orang yang suka sangat meminjam ni? Ye susah.. Semua orang pun ada kesusahan masing-masing. Tapi kalau dah merata duk pinjam duit, apakah beliau tidak kenal erti malu?

      Padam
  4. patut sound setepek je orang camni
    biras ke sepupu ke kalau perangai camni takyah la
    sampai bila pun takkan sedar kalau tak sound

    nak sedap,time raya tu tuntut hutang depan depan biar semua orang tuntut jugak
    kompom tahun depan tak pinjam dah

    BalasPadam
  5. Mrs. A pun ada seorang officemate ni pinjam duit kata nak ganti bila dapat gaji tapi dah 2 kali gaji tak ganti-ganti jugak.
    Bila tengok status FB ke sana ke sini kemain lagiks, belanja awek bagai.
    Sorry arrr nak bagi pinjam lagi...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.