Rabu, 14 Mei 2014

9 Krisis Politik Di Terengganu: Masalah atau Peluang?

Malaysia kini heboh dengan isu pergelutan BN khususnya UMNO di Terengganu selepas bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said meletakkan jawatannya dan digantikan oleh Datuk Ahmad Razif. Terdengar pelbagai desas-desus seperti mengadakan semula Pilihan Raya khas, mewujudkan kerajaan campuran dan tiada perubahan kerajaan sedia ada. Ramai memperkatakan ini adalah masalah besar kepada UMNO tetapi bagi aku sebaliknya.


Serius aku tekankan bahawa aku bukan penyokong atau ahli UMNO dan apa yang aku katakan didalam post ini adalah berlandaskan pandangan serta pendapat aku semata-mata. Kepada pihak yang terasa or tak puas hati, tiada niat perli atau hina korang ye. Pada pandangan aku, keadaan yang berlaku di Terengganu adalah peluang paling cantik terhidang kepada UMNO untuk kembali selesa, mengukuhkan paksi BN dan menganggu rentak parti lawan dengan big impact. Dengan jumlah kerusi PAS dan UMNO sama banyak dengan 14 kerusi, bagi aku pilihan dengan mewujudkan kerajaan campuran adalah pilihan terbaik dimana BN sememangnya adalah “Kerajaan campuran” yang bernaung dibawah 1 bendera. So bergabung dengan PAS seharusnya tiada masalah.


Dengan wujudnya kerajaan campuran, bererti PAS menyertai BN. Kuasa BN akan pulih seperti sebelum gelombang PR berlaku dimana kuasa bumiputra akan memihak kepada BN sekali gus mengimbangi kuasa majoriti kaum cina yang memihak kepada PR. Ini adalah masalah besar kepada PKR kerana fungsi PAS didalam PR adalah untuk menarik kuasa bumiputra dan sekali gus memberi kelebihan kepada PKR. Namun tiada kesan ketara kepada DAP yang tidak memerlukan kuasa bumiputra untuk terus berada didalam Parlimen. Perkara ini juga akan membuatkan Kelantan kembali ke tangan BN walaupun terus ditadbir oleh PAS. Begitu juga Selangor akan kembali kepada BN dengan penambahan jumlah kerusi yang dimiliki oleh PAS.


Jika dipertikaikan siapa patut memerintah Terengganu, bagi aku boleh diserahkan kepada PAS kerana UMNO terkenal dengan sifat bertolak ansur yang tidak bertempat. Lagi pun BN sememangnya menyerahkan beberapa negeri untuk diperintah selain dari UMNO seperti Pulau Pinang dahulunya Gerakan dan Sarawak diperintah oleh PBB. Mengapa tidak serah Kelantan dan Terengganu untuk diperintah oleh PAS? Kedah pun dah tak jatuh pada tangan lawan dah. Dan sosio-politik kembali senget sebelah seperti dahulu dimana BN tidak tergugat dengan parti lawan.


Pasti ada akan berkata dengan idea ini menyebabkan pertindihan kawasan yang ingin ditandingi oleh PAS dan UMNO. Seperti yang aku katakan diatas, UMNO sememangnya murah hati boleh memberikan semua kawasan yang dimenangi oleh PAS pada PRU yang lalu kepada PAS. Tiada beza jika PAS menang atau UMNO menang kerana nama BN yang dibawa oleh semua parti didalam BN. UMNO boleh tuntut semula beberapa kawasan majoriti Melayu dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Tak perlu tuntut semua. So pertikaian UMNO kurang kerusi akan selesai. Tu pun kalo UMNO tuntut la.


Kelebihan juga untuk PAS bila perkara ini berlaku. Tak perlu nak tunggu sampai PR menang baru dapat jejak kaki sebagai pemerintah di Putrajaya tu. Senang-senang beberapa orang kuat PAS dapat menjadi menteri kabinet. Jawatan Setiausaha Kementerian juga dapat diwujudkan semula apabila BN mempunyai ahli Parlimen yang ramai. So ramai warga PAS dapat merasa menjadi warga pemerintahan di Putrajaya. Hudud pun mudah nak digubal sebab dapat nasihat dan panduan datang direct dari Kerajaan Pusat. Tak ada dah istilah proposal setebal hanya 20 muka surat diusul. Sudah pasti beribu-ribu helaian kelak.


Dengan jointnya PAS dalam BN, tiada lagi ruang untuk pengipas-pengipas UMNO untuk bersenang-lenang kerana jika UMNO gagal berkhidmat dikawasan tersebut, BN ada pilihan untuk meletakkan PAS sebagai ganti tanpa mengorbankan kawasan majoriti Melayu kepada warga BN yang lain. Maka PAS akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik dikawasannya dan begitu juga UMNO. Baru UMNO tak tidur dan peka dengan kehendak rakyat sekitar. Parti bukan Melayu didalam BN juga senang hati kerana dapat bergantung kepada undi Melayu untuk menang bertanding. Silap-silap leh mintak lagi kawasan Melayu untuk diletakkan calon mereka. UMNO kan bermurah hati. Sekali gus dapat meningkatkan semula jumpa ahli parlimen bukan melayu dari BN.


So kesimpulannya ialah, PAS mendapat banyak keuntungan jika menerima tawaran BN untuk mewujudkan kerajaan campuran. BN juga dapat berkuasa seperti era Tun M yang mana parti lawan seolah-olah bertanding hanya untuk merancakkan suasana PRU. PKR mungkin akan menjadi parti minoriti semula dibelakang DAP yang terus rancak mengetuai barisan pembangkang.

Jangan terkejut jika korang terdengar “Kini Hudud lebih telus dan diterima ramai setelah bersama BN”, tak pun korang terdengar “Hudud BN adalah hasil ciplak Hudud PR dulu”.

sumber gambar : Mr google

9 ulasan:

  1. kesimpulannya bertimbang rasa atau tidak, tp ak setuju ngan najib masalah peribadi xboleh campur dengn masalah politik, klu x disitu dh tunjuk x kematanganya

    BalasPadam
  2. Saya rasa BB tersilap hitung perjuangan PAS. Apapun saya terbuka dgn cadangan BB. PAS adalah satu parti bodoh dan sistemnya ala mengurus sebuah kampung dan pondok2 pengajian yg dikatakan moden. Hakikatnya mereka2 ini terdiri dr orang2 baik, berilmu teyapi tak professional atau kurang professional dr segi pengurusan..apatah lagi dgn hukum agama. UMNO BN pula satu parti korup, menipu duit rakyat dgn projek billion2 serta menindas rakyat dgn pelbagai cukai beratus2 persen. Lihat saja laporan audit yg diaudit oleh jabatan audit kerajaan sendiri.

    Kedua2 parti PAS dan UMNO ada cambangang2 dan camsial2 mcm butir pelior tersendiri yg mana ianya tak boleh diubah.Rakyat spt kita hanya terikut2 dan tak boleh ikut kepala sendiri sbb kedua2 parti ni.

    Ingat pesan Moshe Dayan.. beliau adalah penulis, strategis, menteri dan pelbagai jawatan ketenteraan yahudi dipegangnya...pernah menulis:
    1 -umat islam tak pernah belajar dr sejarah terdahulu.
    2- umat islam tidak teliti membuat apa2 perancangan.
    3-umat islam malas membaca.

    Dikatakan juga pembesar2 yahudi memarahi beliau akan tulisan2 sebegini. Jawab beliau dgn cool... jangan risau, depa tak baca pun apa yg aku tulis ni.

    Nah..lu pikir la sendrik...

    BalasPadam
  3. Ini aku sokong.. PAS & UMNO umpama adik beradik tiri.. Masih lagi satu keluarga..

    BalasPadam
  4. Asal PAS pun adalah exco Agama dalam UMNO. apa salahnya kembali untuk memperkuatkan agama bangsa dan negara. Bolehla saling tegur menegur dalam parti. BN boleh bimbing dr segi management, PAS boleh serapkan Islam dalam tatacara kerajaan. Kan cantik tu.

    BalasPadam
  5. Personally sy lagi suka kalau pemerintahan diberi kpd PAS, n pada masa yg sama wujudkn kerajaan perpaduan antara UMNO n BN...paling penting umat melayu bersatu....sbb situasi skrg selepas PRU13 still merugikan org melayu n umat islam sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong Anon 8:46 dan Ayam Afrika. apa yang penting.. kerjasama & perpaduan ummah. Kuasa kongsi bersama. Janji tak terlepas kat DAP.. palis-palis la..

      Padam
    2. Silap lg...wujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO n PAS...pasal bg pemerintahan terengganu kat PAS bermaksud 'give n take', PAS dpt takbir dua negeri pantai timur n pentakbiran malaysia still kpd UMNO. Boleh buat hudud kat dua negeri dulu yg ditakbir PAS..if xde masalah boleh buat utk 1 malaysia sendiri.

      Padam
  6. aku doakan PAS akan masuk BN. Bior PKR & DAP je terkapai-kapai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAH, orang BN dan PAS keluar dr parti2 pakatan diorang dan buat parti baru ,kasi sapu semua!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.