Jumaat, 13 Jun 2014

17 Anak2 muda Melayu hisap puting di parti liar

Kita semua perlu menerima hakikat bahawa para belia dan generasi anak2 muda seperti inilah yang bakal menjadi pemimpin dan mencorakkan generasi2 yang akan. Aku yakin kebanyakannya adalah anak2 Melayu kita yang di kad pengenalan masing2 dicatatkan dengan agama Islam.





Sebenarnya parti2 liar sebegini memang telah banyak dan bebas diadakan di seluruh negara terutama pada malam hari2 cuti atau hari perayaan di ibu kota dan bandaraya2 besar. Cuma aku tak tahu sama ada pemimpin kerajaan, pihak berkuasa, jabatan agama, mufti, masyarakat dan ibu bapa tahu atau tidak akan kewujudan parti2 liar dan bebas ini. Mungkin ramai yang hanya akan ambil tahu bila ada pengunjung mati kerana overdose dadah. Masa tu barulah nampak pihak berkuasa menjadi hero dengan mengharam dan membatalkan konsert2 liar ini.

Tapi seperti biasa, bila ditegur dikatanya kubur masing2, jangan jaga tepi kain orang, jaga hal sendiri, kita budak nerd, macam kita baik sangat. Orang2 agama juga selalu dicemuh dan dipandang rendah. Namun tahukah anda, orang2 agama ini jugalah yang akan menguruskan jenazah2 korang bila korang mati nanti. Adakah korang berharap kawan sebelah kau masa tengah rave kat parti liar tu boleh tolong mandi, solat dan tanamkan jenazah korang?

Tiada apa yang aku dapat lakukan untuk membaiki masalah moral peringkat kebangsaan ini kecuali menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan rakan2 terdekat aku. Aku cuma berharap suara kecil aku ini dapat didengari oleh pemimpin2 kita agar mereka lebih peka dan mengambil tindakan terhadap isu2 gejala sosial dan masalah keruntuhan akhlak yang semakin membarah di kalangan para belia dan generasi muda.

Facebook KJ

Takkan nak tunggu kawan kita yang sama2 terhangguk2 kepala mati baru kita nak sedar dan menyesal? Berubahlah kita selagi masih diberi kesempatan. Ingatan ini termasuk kepada aku juga.




tags: nothern raver rave party parti liar seks bebas masalah sosial gejala buruk runtuh akhlak pergaulan bebas hisap puting

17 ulasan:

  1. salah satu lagi projek nasional H1SAP, yg mampu membantu remaja2 malaysia mengembangkan minda fikirannya yang jumud dan memberi tenaga seperti cadbury hazelnut

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita diats adalah rekaan semata2 semua ni tipu je

      Padam
    2. spain dah xde harapan nak masuk final...apalagi juara...mana penyokong spain? menyorok ke?

      #germany4ever!!

      Padam
  2. Pertamaxxxxx!!!
    -nicky ajis-

    BalasPadam
  3. Kubur masing-masing? Alasan ni memang selalu kita dengar.
    Tapi bala bukan kena kepada masing-masing. Semua orang kena tak kira berapa inci iman mereka.
    Tegurlah untuk beri kesedaran dan juga peringatan kat diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu.tp level cmni kita x buleh tegur dah.tak menebal dia punya hitam kat hati. Kne pergi taruk penampar sedas..tumbuk teranjang..ikat tgn kaki..korek lubang pastu campak dalam lubang tu..pastu baca yaasin. Buat lakonan mcm di alam kubur. Biar terberak terkencing sebab takut. Baru la ada kesan.

      Padam
  4. Budak2 sekarang..ravers pekejadahnye ntah ni rajin pulak..glow in the dark..estacy segala bagai. Ni diantara dua je..sama ada tak percaya tuhan atau tak takut tuhan. Tak kisah la mana satu pun..sebab dua2 kira tempah seat kat neraka. Adoi..nak enjoy tu tak salah.tp cari la hiburan yg jauh dari maksiat dan dosa besar. Sia2 je mak beranak penat2. Budak2 cmni..kita mengajar pun dah tak masuk. Dia kne alami sendiri sedikit balasan dan pengajaran dari tuhan..baru terdetik nak insaf. Maunya tuhan tarik trus nyawa time amik dadah tu..hahhh..menyesal di alam kubur pun dah tak guna.

    BalasPadam
  5. ank muda mmang suke akn keseronokan.. Tp biarlah ianya b'batas.. sbab itu ilmu itu penting iaitu ilmu fardhu ain/kifayah..berilmu dan beramal dgn ilmu.. Slain itu,mesti ad pegangan hdup.. Mesti tahu maksud kehidupan..

    BalasPadam
  6. Hidup dlm istidraj, nauzubillah..

    BalasPadam
  7. Jangan lupa teruskan undi kerajaan BN.. bersyukur dgn nikmat keamanan Meleisia dan terus makmur.

    Yg naik jadi alim, teruskam menasihati. Yg nak lingkup, teruskan melingkup. Yg nak komen baik2, teruskan komen2 yg baik dan bernas. Yg nak jadi tahi, teruskan ketahian anda. Hidup hanya sekali dan pilihan baik buruk, ikut selera masing2.. menyesal dan seronok, itu adat hidup. Yg berusaha akan berjaya dan yg x berusaha, boleh pow sesaper utk teruskan hidup.

    BalasPadam
  8. Hah..sedangkan Mizz Nina yg terlungkup tu pun boleh berubah, inikan pula budak2 parti liar. Sedangkan pegawai polis yg kumpul harta berjuta2 semasa menjawat jawatan awam, boleh gi umrah dan haji utk cuci dosa, inikan pula budak2 baru nak kenal keseronokan hidup beroleh sekupang dua. Sedangkan menteri merembat berjuta2, takderla pulak sesaper nak nasihatkan derang pasal bahaya mencuri wang negara dan rasuah sana sini. Baru jer budak2 ni nak isap puting dan kentut, kita dah sibuk baca surah2 suci dgn harapan derang jadi baik mcm malaikat?


    Kalo tak nak rasa seronok hidup, hantarlah anak2 awal2 lagi pigi sekolah pondok dan sekolah agama. Paksa mereka hapal kitab2 dan surah2 suci. Kendian takder siapa pun nak pilih derang jadi pemimpin masa depan jugak. Berapa kerat sangat nakkan org2 alim jadi pemimpin? Phui.. jangan sembang kencang lo.. takkan la nak tunggu tua kerepot, baru nak buat maksiat? Waktu muda bergetah ni la nak enjoy bro.. kawin nanti, kita taubat2 la.. pergi mekah utk cuci dosa... sedangkan menteri rembat duit ratusan juta2, pergi umrah 3x, terus suci dari dosa2 lama..xedr la kene panah petir pulak..

    http://m.youtube.com/watch?v=G9kUMEvUULQ

    BalasPadam
  9. jgn marah kalau aku cakap melayu BODOH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan.. itu bukan bodoh.. itu namanya modern la.. canggih dan sopistikated.. sangat ramai meleis canggih begini..

      Disebabkan rezeki masing2.. saya x berani komen lebih2.. ada pihak suka moden..ada pihak suka orthodox.. pilihan masing2.. mahu dgn tidak jer.. jika mahu dgn sejuta alasan.. xmahu pun dgn sejuta alasan.. ginilah..yg suka potpet..teruskan..yg suka melingkup pun, jaga2 jgn sampai org letupkan kepala kita.. sudahla..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.