Isnin, 27 Julai 2015

6 Teknik senaman ringkas mengempiskan perut boroi

Aduh perut semakin membuncit dan wajah pula sedikit tembam walaupun hampir sebulan menjalani ibadah puasa. Di mana silapnya? Adakah kerana selera makan yang semakin bertambah apabila melihat menu enak hari raya?

Ramai mengakui sukar menurunkan berat badan sebaik saja Ramadan sampai ke penghujungnya. Ini disebabkan selera makan yang semakin bertambah dua kali ganda tatkala melihat juadah enak hari raya. Akibatnya perut dan paha semakin membesar. Ada pula mengakui pakaian semakin sendat.


Apabila ini berlaku anda perlu mengambil kira untuk memulakan senaman semula. Senaman tidak semestinya dengan pergi ke gimnasium sebaliknya boleh dilakukan di rumah. Mulakan dengan senaman ringkas iaitu dengan melalukan plank dan juga bangkit tubi. Terdapat banyak kebaikan melakukan senaman plank antaranya:

1. Membina otot perut

Plank membantu membentuk bahagian dalaman perut bagi membentuk otot six-packs. Semakin kuat otot perut, bahagian tengah perut akan menjadi lebih tegang dan kuat. Jika dilakukan secara berkala anda akan dapati perut semakin kempis.

2. Mengurangkan sakit belakang

Senaman ini juga berkesan mengurangkan sakit belakang kerana pergerakan pada bahagian belakang menguatkan otot perut.

3. Meningkatkan fleksibiliti semasa dan menguatkan otot

Plank juga membantu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian belakang badan serta menguatkan otot hamstrings dan menyamaratakan bahagian kaki sehingga telapak kaki.

4. Membantu membetulkan mood

Setiap jenis senaman mampu membangkitkan mood dan plank salah satu jenis senaman yang membantu membangkitkan rasa ceria. Plank adalah senaman yang unik, walaupun ia membantu untuk meregangkan otot yang menjadi tegang pada masa sama ia turut memberikan kelegaan kepada otot lain.

Selain plank berbaring seperti melakukan bangkit tubi, tetapi dengan menggerakkan kaki kanan dan kiri adalah satu bentuk senaman yang memberikan banyak faedah kepada keseluruhan otot badan. Ini kerana pergerakan keseluruhan otot akan membantu membakar lemak pada bahagian perut dan paha. Senaman ini tidak membebankan kerana ia bergantung kepada keupayaan sendiri. Sekiranya tidak mampu melakukannya secara terus-menerus mereka boleh berhenti seketika dan menyambung semula.


Untuk memberikan lebih kefahaman kepada pembaca Adasandha Anuar daripada Adasandha Wellness Coach Fitness Studio, Equine Park, Seri Kembangan menunjukkan pergerakan senaman yang dapat dilakukan sendiri di rumah.

1. DALAM posisi seperti plank, luruskan kedua-dua tangan anda. Kedua-dua kaki berada dalam keadaan lurus.
2. GERAKKAN satu tangan ke hadapan kemudian perlahan-lahan tukar tangan anda. Apabila melakukannya anda dapat berasakan ketegangan pada bahagian kaki dan tangan kerana otot dipaksa bertahan.
3. DALAM posisi yang sama, rapatkan kaki kanan ke bahagian dada.
4. KEMUDIAN tukar pergerakan kaki kiri pula. Lakukan secara berulang-kali bagi mendapatkan manfaat yang lebih kepada otot anda.
5. DALAM keadaan plank pastikan badan anda berada dalam keadaan lurus. Tangan rapat ke lantai.
6. KEMUDIAN jatuhkan badan anda mengenai lantai. Lakukan pergerakan secara berulang-ulang.
7. BERBARING dengan kedua tangan lurus di lantai. Kaki dibengkokkan seperti dalam gambar.
8. GERAKKAN kedua kaki anda, satu kaki diluruskan dan satu lagi dibengkokkan.
9. ULANG pergerakan dengan menukar kaki kanan kepada kiri.

Sumber Harian Metro.

* * * * * * * * * *

Memandangkan bulan raya ni banyak sangat makan, dengan berayanya lagi, dengan undangan majlis perkahwinan dan rumah terbukanya lagi, maka perut aku pun sudah sedikit boroi, atau mungkin banyak, maka aku kongsikan artikel ini sebagai panduan untuk aku dan orang lain yang senasib denganku untuk menguruskan semula perut ini huhu.




tags: panduan tips cara tutorial teknik senaman exercise elak perut boroi buncit gemuk plank kuatkan bina otot kurang sakit belakang tingkat fleksibiliti kempis mengempiskan

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Boleh amalkan ni..terima kasih sharing..

    BalasPadam
  3. Mencabar jugak ni nak buat. Lagi mencabar nak istiqamah...

    BalasPadam
  4. Kalori (makan) - Kalori dibakar (bersenam atau aktiviti fisikal) = Nett yg diterima body

    Kalau Nett ialah (+), maknanya anda akan semakin gemuk, same goes to the other way round. Kesimpulannya, perbanyakkan bersenam...sbnrnya negara yg mempunyai statistik ramai penduduk obes menunjukkan rakyatnya hidup senang (makan terlebih cukup) tapi kemalasan pun agak tinggi.

    So, puasa 6 sangat2 digalakkan...peace yo!!

    BalasPadam
  5. Terbaik :) memang penat nak buat senaman kempiskan perut ni tetapi berbaloi :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.