Ahad, 5 Julai 2015

18 Tol terpaksa naik walau manifesto janji turun

Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
   
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
   
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.


Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
   
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
   
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.
   
Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.
   
"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.
   
Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
   
Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. - Bernama

Sumber Sinar Harian.

Tol terpaksa naik?

Kalau tol tak naik kerajaan kena bayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya? 

Wang pampasan tu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan?

Dahulu mansuh subsidi minyak kata duit subsidi boleh diguna untuk diberi secara bersasar kepada rakyat yang memerlukan.

Kemudian kerajaan tambah pula dengan cukai GST yang dikatakan boleh menampung pembangunan dan membantu rakyat.

Bukankah tidak menaikkan kadar tol juga salah satu cara untuk membantu rakyat.

Syarikat konsesi layak minta kenaikan kadar tol dalam tempoh 3, 5 dan 7 tahun?

Memang perlu kah syarikat konsesi minta naikkan kadar tol? Memang wajibkah?

Selama ini syarikat lebuhraya rugi banyakkah dengan kadar tol sedia ada?

Jika rugi, mohon tunjukkan penyata dan laporan kewangan.

Jika untung, memang harus lagikah naikkan kadar tol?

Jika terpaksa juga naik, tak bolehkah naikkan sekadar 5 atau 10 sen hanya sekadar untuk penuhi syarat?

Takkan pengurusan syarikat konsesi lebuhraya begitu tamak sehingga langsung tidak peduli akan masalah rakyat yang menjadi pengguna lebuhraya?


Kerajaan pula takkan tidak boleh berunding dan berbincang dengan pihak konsesi lebuhraya mengenai hal ini?

Undang2 dan peraturan ciptaan manusia, masakan tidak boleh diubah demi kepentingan rakyat.

Adakah ia hanya mampu dijanjikan namun hanya layak untuk dimungkiri?

Antara kandungan Manifesto BN untuk PRU13 pada tahun 2013, dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjanji untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Kini sudah 2 tahun, bukan sahaja tiada pengurangan kadar tol secara berperingkat namun terpaksa pula dinaikkan kerana tidak mahu menanggung pampasan RM1.08 billion.

Jika RM1.08 billion untuk rakyat, apa salahnya?

Malah sebelum ini PM Najib pernah berkata, "Kalau tol tidak naik, cukai yang akan naik".

Kenapa hanya rakyat sahaja yang dipertanggungjawab dan menjadi mangsa terhadap apa2 masalah yang melibatkan kerajaan?

Orang2 UMNO, anda tidak nampak kah akan hal ini?

Tidak bolehkah anda beritahu dan ingatkan semula pemimpin2 anda akan akujanji mereka ini yang baru 2 tahun tapi seolah2 sudah dilupakan?

Atau mungkin mereka ingat yang rakyat ni mudah lupa?

Kalau kerajaan dah tahu pasal perjanjian konsesi ni dari dulu lagi, kenapa berjanji sesuatu yang mustahil? 


Ketahian apakah ini?




tags: kadar bayaran tol terpaksa dinaikkan naik bayar pampasan cukai gst manifesto akujanji pilihanraya umum ke-13 pru13

18 ulasan:

  1. klu tak hilang berbillion2 tu, kan kerajaan mampu bayar. salah rakyat juga? rakyat yg kena tanggung.

    BalasPadam
  2. .... speechless.
    Wahai pemimpin, if u read this, go die.
    Ty.

    BalasPadam
  3. Sykt konsesi lebuhraya untungnya berjuta tapi tamak haloba..

    BalasPadam
  4. Slm. Tidak ada apa yg diumumkan dan dijalankan srkarang ni yg membantu rakyat. Semua memunahkan rakyat. Sempena ramadan ni aku doakan sesiapa yg terlibat secara terus atau tidak semuanya kena buasir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. They try to kill Buasir...
      But it lives on and smack them to the ground...

      Padam
    2. They try to kill Buasir...
      But it lives on and smack them to the ground...

      Padam
  5. Pergi mati la menteri yg tamak haloba. Pehal menteri cakap semua hutang n masalah negara ni, rakyat yg kne tanggung?. Bodoh la. Melampau la itu ini nak dnaikkan harga dlm tempoh setahun. Gila ke apa?lahanat punya gomen. Ni bulan pose.tak pasal2 aku mencarut. Syarikat knsesi tu untung bagai nak rak. Sakan. Pe lagi nak ditamakkan?. Kang menteri cakap..tol naik pun rakyt guna highway gak.memang la bodoh..xkan nak ikut jalan kampung masuk lorong2. Geramnya aku...sial la ko jib. Aku sumpah mentri mana yg wat dajal kat rakyat cmni..aku nak dia menghadap seluruh rakyat malaysia kat padang mahsyar nnt

    BalasPadam
  6. kepada keyboard warrior,daripadanya memaki-maki pihak tertentu,lebih baik kita share kepada rakan-rakan supaya berdoa agar pihak y menzalimi kita mendapat balasan yang setimpal.mungkin dalam bulan yang penuh keberkatan ini,ada antara doa-doa kita yang mohon dimakbulkan.sebab KITA ADALAH ORANG YANG DIZALIMI.
    ini cuma pandangan sy sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la ko tak tau. Org semua multitasking. Ko je..klu nak wat xleh lebih dari satu benda. Org lain nak komen sini..komen la.pastu nak solat dan doa..pun boleh. Dua2 boleh. Bila org komen..x semestinya keyboard warrior.ni kan blog org.tuan dia post, utk kite bagi respon dan ada unsur2 luah perasaan dan bermacam2. Kalau dia post pastu semua letak 'ok' je kang..xde maknenye pulak. Come on la. Enjoy ur life. Jgn la suram sangat.

      Padam
    2. kan dah nampak bangang kat situ. maksud aku tanpa nama 5 julai 2030 3.28PTG

      Padam
    3. KAJI SEMULA PERJANJIAN YG TAK ADIL..

      BERAPA KONSESETAN dah UNTUNG BERBILION2??? KENAPA NAK BAGI DUIT FREE lAGI

      Buat HIGHWAY tanggungjawab SOSIAL..

      KALAU DAH UNTUNG /tamatkan SHJ KONSESI..BUKANNYA BEBANKAN RAKYAT..

      Padam
  7. Kena buka tender baru syarikat konsesi ni. Baru ada persaingan dari segi mutu dan harga.

    Tp nak bagi kat sapa?
    kompeni luar? sah mampus abis kompeni tempatan kena tinggal sbb xleh kejar diorg. Bg kat diorg bila kita nak blaja, berdikari n maju.
    kompeni anak tempatan? Berapa ketul jer yg mmpu dgn mentaliti mereka (sama je melayu cina india).
    kerajaan? ini lg la. pekerja kerajaan punya mentaliti sedia dimaklumi.

    xpayah tol? sapa nak jaga.. jalan pun kena maintain. klu x xsedap la nak racing.

    BalasPadam
  8. bn n umno bg macam2 dulu kpd rakyat brim la baucer buku la sblm pru13 tp aku mcm dh agak2 kalo dorang menang mmg dorang akan 'tarik balik' duit tu dr rakyat melalui apa cara skali pun. skrang tgk la apa jadik. tunggu la lg berbulan nk pru14 dorang akan turunkan segala galanya dan akan bg mcm2 sebab ya, rakyat MUDAH lupa.
    tp aku risau je sblm pru14 pn mesia ni dah kena masak cukup2

    BalasPadam
  9. Dr research sy for few months...punca utama yg menyebabkn gov xde duit skrg sbb harga minyak dunia jatuj agak drastik...sbb hampir 40-50 peratus pendapatan malaysia dtg dr minyak.

    Even gst dah kickoff pun still x dpt tampung balik sepenuhnya dr kehilangan pendapatan dr harga minyak menjunam. tp bila dah janji..x kira BN atau PR tetap kena janjikan. So sy boleh anggap najib tgh kelam kabut nak cari sumber pendapatan lain utk nak tunaikam manifesto dia sebelum ni.

    Yg paling sy bengang. ..dah la konsesi tol akan tamat utk few tol di malaysia..boleh pulak nak sambung kontrak lagi selama 25 tahun lagi x silap tanpa mintak pendapat rakyat. Bila konsesi tol akan tamat. .tol yg berkaitan akan konsider free...tp apakan daya....

    Sy fhm kita semua bengang dengan najib n mintak dia turun..tp mcmana nak kasi dia turun? Kalau jadi turun pun nak ganti org baru (Timbalan) pun sama gak stail dia nanti. Kalau niat anda nak tukar gov...tunggu je la PRU 14...lmbt lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tau satu benda gak...mcm lebuhraya kesas dan lksa x silap kerajaam negeri Selangor pun ada pegangan saham...kalau PR betul2 nak mansuhkn tol bila berkuasa, sepatutnya mereka dah arahkan dua lebuhraya ni dimansuhkan awal2 sbg bukti mereka boleh buat lebih lagi bila berkuasa...sbb komsesi tol ni la jadi lubuk duit utk mana2 kerajaan memerintah x kira negeri atau persekutuan. ...jgn jadi mcm penang, mula2 bantah jambatan kedua dan terowong bawah tanah lrt bila BN memerintah...last2 bila PR memerintah mereka ON balik project 2 sbb sbnrnya kerajaan negeri ada pengangan saham n ada unsur kroni2 yg boleh penuhkan poket masing2

      X kira BN atau PR...sy selalu nmpk mereka ckp x serupa bikin. byk sy nmpk just statement menjatuhkn pihak lawan, last2 mereka pun sama gak bila berkuasa...pas2 gaji mereka dinaikkan dulu smpi 50-100%. Puihhh...politician malaysian.

      Padam
    2. Power corrupt
      Absolute power corrupt absolutely

      Padam
  10. apakata bayar pampasan dalam bentuk unit kalo dah takde duit...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.