Isnin, 25 April 2016

17 Trend membukukan kompilasi status media sosial

Penyanyi Hafiz Hamidun teruk dikritik netizen selepas buku pertamanya berjudul ‘Cerita Hati’ berada di pasaran sejak Februari lalu.

Buku tersebut diterbitkan bertujuan untuk berkongsi kata-kata positif yang merangkumi beberapa topik seperti kekeluargaan, kehidupan dan hubungan cinta kepada masyarakat.

Namun lain pula jadinya apabila netizen mula mempertikaikan buku tersebut dan menganggap penyanyi ini mengambil jalan mudah dengan hanya mengumpulkan status yang pernah dikongsi olehnya menerusi laman Facebook dan Twitter menjadi sebuah buku.

Malah dia juga dilabel sebagai syok sendiri kerana buku itu dipenuhi dengan foto-foto 'selfie'.


Dalam pada itu, beberapa helaian muka surat buku Hafiz Hamidun telah dimuatnaik di satu fanpage popular di facebook dengan status sindiran yang agak pedas:

“Buku. Ada banyak jenis buku kat muka bumi ni. Ada buku buatkan kau lebih berfikir,ada buku buatkan kau jadi lebih bodoh.

"Buku yang buatkan kau menjadi lebih berfikir adalah buku yang mencabar akal kau ke tahap yang lebih tinggi, menjadikan pemikiran kau lebih kritis.

"Buku bawah ni buku apa? penuh dengan quote facebook,dan penuh dengan muka dia sendiri. Buku perasan, syok sendiri, quote yang semua orang boleh fikir. Lepas tu nak selamat, selit sikit unsur-unsur agama.

"Kalau kau panggil ini buku, maka pergilah tingkat tertinggi sebuah bangunan, dan  terjunlah. Kerana ketahuilah otak mu sudah tidak berguna lagi,” tulisnya.

Status itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakkan meluahkan rasa yang sama.

Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan status itu dan mengaggapnya sebagai tindakan kurang matang kerana sengaja membuat provokasi dan mempertikaikan niat baik penyanyi lagu kerohanian itu.

Sumber Astro Gempak.

Ini adalah isu minggu lepas. Hafiz Hamidun juga sedar akan kritikan itu namun tidak kisah dan menerima kritikan mereka. Aku pun sebenarnya tak berapa nak ambik port pasal isu ni tapi sebab ada orang mesej aku dan minta pandangan aku, aku pun komen lah sikit.

1. Buku macam ini adalah trend zaman sekarang. Baik buku Amran Fans, Mat Luthfi, Rani Kulup, The Faiz Ibrahim, Komik Ronyok dan sebagainya. Buku-buku yang diambil dari kompilasi status dan post media sosial seperti FB, Twitter, IG dan blog memang sudah biasa dan tidak asing lagi di zaman sekarang. Biasanya buku seperti ini diterbit kerana populariti mereka dan ia lebih kepada buku bibliografi moden.

Mereka sudah ramai pengikut dan peminat di laman sosial, maka mereka buatlah buku sebagai penghargaan kepada peminat mereka. Kalau mereka ada 1 juta follower media sosial, jika hanya 1% sahaja yang membeli buku mereka pun tak ke dah 10,000 unit terjual. Dalam masa yang sama, ia bukan sahaja dapat memberi pendapatan sampingan kepada mereka malah menjana pendapatan syarikat-syarikat penerbitan.

2. Tak dinafikan buku macam ni aku sendiri pun rasa annoying. Mungkin sebab aku lelaki, dan aku respek seorang lelaki yang lain bukan kerana rupa luaran tetapi kerana kharisma mereka, seperti mana Hafiz Hamidun dan Mat Luthfi. So buku-buku yang penuh dengan gambar orang lelaki, secara jujur aku takkan beli. Namun peminat mereka pasti akan beli terutama dari kaum hawa.

Sama sahaja dengan buku Amran Fans ke, Rani Kulup ke, The Faiz Ibrahim yang satu mukasurat hanya ada 5 - 10 baris sahaja, aku takkan beli dan baca kerana bukan citarasa aku tapi orang lain mungkin akan beli dan baca kerana kena dengan citarasa mereka. Kandungan buku-buku tu pun lebih kepada lawak, sindiran, kata-kata pujangga, nasihat dan sebagainya yang bagi aku tidak melampaui batas sebagai seorang muslim, so takde sebab untuk aku membenci.

3. Maka untuk mengatakan buku itu sampah dan tak berilmiah, pada aku banyak lagi buku lain yang lebih sampah seperti novel-novel cinta mereput, but again aku takkan kutuk dan menyerang mana-mana buku, penulis dan penerbit dan mengajak orang jangan beli atau boikot buku itu sebab mereka pun ada audien dan pembaca mereka sendiri yang mereka sasarkan. Aku mungkin tak suka dan takkan beli, tapi aku takde lah sampai benci dan nak mengutuk. Mereka pun tak paksa aku beli buku mereka so kenapa aku harus kecam?

Lagipun bukannya takde buku-buku ilmiah yang lain banyak je kat pasaran, tapi orang bukannya nak beli dan baca sangat malah bukannya jadi pilihan masyarakat pun. So janganlah pelik jika buku-buku macam ni lebih mendapat perhatian masyarakat. Maka kalau kita nak nampak banyak buku-buku ilmiah di pasaran, support buku-buku ilmiah ini dengan membeli buku mereka, seperti buku Buasir Otak: The Komik hehe.

4. Konsep dia sama je dalam apa-apa bidang seni kreatif pun. Walaupun kita mungkin nak buat benda yang bagus dan bermanfaat, tapi biasanya hal yang mendatangkan keuntungan akan menjadi keutamaan dulu. Contohnya buat filem tentang hal kemanusiaan memang bagus, tapi yang mendapat sambutan adalah filem tentang cinta dan lawak jenaka.

Ada penyanyi buat lagu yang bagi kita penuh dengan lirik sampah, tapi lagu tu meletup di pasaran dan penyanyi tu terkenal dan ramai peminat kerana buat lagu ikut market. Mungkin pada mereka pula lagu tu best tapi lagu yang kau minat pulak tu tak best. So kau cakap lah macam mana pun, ia takkan merubah market. Pasaran takkan mengikut kehendak dan suara kau. At the end, kita yang kena ikut market kalau nak kekal relevan dalam industri.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: buku hafiz hamidun selfie cerita hati motivasi terjual naskah dikecam netizen sindir perli kutuk kecam selfie redza minhat jumlah like share comments

17 ulasan:

  1. Kritikan ada mungkin sebab dia dah jadi public figure dan terkenal denga lagu kerohanian. Lagilah bila album zikirnya itu meletop dan dapat sambutan yang sangat positif dari masyarakat.
    Jadi sesetengah orang mengharapkan insan berkarisma seperti beliau menghasilkan buku yang lebih 'intelektual' berbanding bukunye yang sekarang.

    Saye tidak suke, jadi tidaklah saye beli.
    Tapi tetap minat dengan hasil karya lagunya.

    BalasPadam
  2. Biar la dia nak buat buku stail mcmana pun...janji ada sales. Sama gak dgn iklan DSV yg agak anoying termasuk marketing dia, tp still ada gak org yg beli produk dia.

    Komen pasal byk sgt selfie pndi plak...last2 beli manga n sewaktu dengannya x bising plak. Rilek sudah..x perlu jd isu negara. Tp mmg typikal melayu selalu komen menghentam..bukan komen membina sbb komen menghentam ikut nafsu sedap mulut, komen yg bertangungjawab fikir dulu sebelum komen.

    Cuba buat versi terbalik, ganti dgn Mila Filzah atau Nora Danish, x bising plak selfie byk sgt. Tp ada org ckp laki yg suka selfie ni kebarangkalian Gay tu ada, tp x 100%.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi takde bukti takleh assume gay.. ntah2 dorang ni mmg jenis syok sndiri, lagi2 kalo dah slalu kena puji hensem sado cute. Siapa yang x suka dgn kencantikan, lg2 kalo diri sndiri dah ada kecantikan fizikal. ataupn dorang ni jenis orang yg kena naikkan konfiden n self esteem dgn menangkap gambar2 dorang sndiri.

      Padam
    2. gila apa nak beli buku penuh ngan selfie lelaki!? ak nak beli buku gambar full gambar perempuan pun pikir banyak kali bini orang la, mak budak la... ni selfie bakal bapak budak pulak urghhh memang ciri2 bukak jalan kearah gay memang ada. kata2 hikmah xpa ni campur sekali ngan gambar selfie aduhai... urghh vomit...

      Padam
    3. kanina lu rosli meyamar jadi dennoutantei. prootT d muka lu.

      -siroslin-

      Padam
  3. membaca amalan baik...

    BalasPadam
  4. prR0ooOtT d muka sendiri

    -denoutantei-

    BalasPadam
  5. Mmg ada spesis syok sendiri tang naturally ni.. Cuma respon dari spesis yang rasa "bagus dari mereka" ni tak tahu.. Hehe.. As long good money, it always right strategy.

    BalasPadam
  6. aku pun meluat juga dgn buku ni. tapi bg aku x elok la ko downkan bisnes org. dkt page maksum Khk brapa byk kena bahan. dia buat buku bukan pakai duit kau pun. xnak beli sudah.

    BalasPadam
  7. LOL.LOL. Lantak ko la nak buat buku selfie ke apa.

    BalasPadam
  8. aku mmg tak nak beli buku mcm ni,
    tapi buku buku sekarang termasuk buku ni dibungkus sampai kedap udara, jadi tak boleh nak tengok isi dalam,


    pertama kali aku tengok buku ni,
    aku ingatkan buku ni mcm ahmad ammar tu,
    sekali, album gambar

    BalasPadam
  9. Ahahaha.. nape la mamat ni macam ni.. frust ngan heliza lagi ke?

    BalasPadam
  10. Brader punya cara berfikir lebih kurang macam saya. Buku-buku macam ni saya pun rasa "annoying" atau "pet peeves" tapi tidaklah sampai ke peringkat nak mengecam dia hingga suruh dia terjun bangunan. We live in a world full of options. You don't like it you don't have to buy or read it. Kita bukan hidup di Korea Utara.

    anakbochek.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.