Rabu, 3 April 2013

38 Parlimen sudah dibubar, saya pilih mengundi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara.

Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian.


Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.


Hadir sama ketika pengumuman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Dalam pengumumannya, Najib berkata, beliau sudah menghadap awal pagi tadi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen ke-12.


Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) difahamkan akan mengeluarkan kenyataan media hari ini dan dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 5(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.


Sumber Berita Harian. Lain2 berita Sinar Harian dan Malaysiakini.

PRU13 akan datang ini merupakan kali pertama DS Najib Razak mengetuai jentera Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya. Dan dalam pilihanraya kali ini juga kita akan dapat lihat adakah penat lelah dan usaha para cybertrooper dari pihak BN mahupun PR selama ini di alam maya akan membuahkan hasil atau tidak. Oleh itu jangan lupa untuk mengundi bila tiba hari mengundi nanti.







Siapakah yang anda akan pilih, dan siapakah yang anda rasakan akan menang?




tags: dato seri najib razak bubar parlimen pengumuman siaran langsung ucapan jumpa ydp agong agung perkenan mesyuarat kabinet terakhir sesi bergambar tarikh pru13 pilihanraya pilihan raya ke 13 lagu undilah saya pilih mengundi malaysia 1m4u spr suruhanjaya marilah mari pergi mengundi one nation emcee 2013 pertama tanah melayu 1955 bn barisan nasional umno mca mic pr pakatan rakyat pas pkr dap

38 ulasan:

  1. apa yang penting.. undi adalah rahsia..
    dan saya boleh balik kampung.. hoyeaaahh :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. pesal ko tak sebut first ha tungau. beradab la sikit kalo nak bagi komen.

      Padam
    2. apalah masalah awak ni... patut bagi salam lah dikira beradab..
      bukan berebut 1st...
      istilah nickname pun salah.. macam parents.. sepatutnya ada s...
      maaf kalo berkecil ati ....^^....

      Padam
    3. Jgn ckp byk, nk taip 1st pun susah kah?

      Padam
    4. Sweet life bodoh baghal..nakbjadi grammar Nazi...boleh je boob..tak semestinya kena ada s..bodo h

      Padam
    5. boob - singular for boobs (one boob)
      parent - singular for parents (either mom or dad)

      maka tidak salah penggunaan boob dan parent jika bersesuaian dengan maksud ayat yang digunakan

      - the real grammar nazi

      Padam
  2. betul.undi adalah rahsia..tak sabar nk undi ni!hehehehe...

    BalasPadam
  3. Dan akhirnya.

    masa untuk mengundi.

    admin BANkami

    BalasPadam
  4. Partai Buasir Otak tak bertanding ker???????????????????? ????????????????????????????????? ???????????????????? ?????????????????????????????? ...mmmm

    BalasPadam
  5. Undi adalah rahsia...n sy just terima je keadaan kalau BN atau PR yg menang PRU ni...xnak salahknan SPR kalau parti yg kita sokong x menang.

    Ingat, suara anda x semestinya mengambarkan suara majoriti rakyat M'sia...x jgn terlampau fanatik sgt kpd parti sokongan anda. My 2 cents...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum BO

    selamat berkempen...

    BalasPadam
  7. Noob babi pencacai PR Nuar jubo. Puihhhhh!

    BalasPadam
  8. Oh, ni memang nampak anak bulan ,
    macam nampak anak bulan syawal.

    Selamat berpilihanRaya
    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai sayang...napew xbls msg titeww..

      Padam
    2. Taksub dgn politik sampai disamakan dgn tanda anak bulan syawal. Alahai anak2 skrg ni......

      Padam
    3. Tanpa Nama4 April 2013 3:29 PG
      Ada amal yg manusia tak nampak tapi Allah nampak.Ada amal yg manusia nampak Allah juga nampak.Tak ada amal yg Allah tidak nampak.

      Boleh jadi Allah nilai atau tolak, berbalik pada nawaitu.
      Niat lagi penting... komen saya di atas tu ade makna tersendiri.
      Asiff jiddan.:)

      Padam
    4. ini lebih dari "raya" ni..
      raya pun tak semeriah ni..

      Padam
    5. Tanpa Nama4 April 2013 6:43 PG.. mujur ada yg faham. :)

      Padam
    6. balik p.pinang terpaksa la pangkah roket sbb bulan berapa kerat je ye x lyn?

      Padam
    7. x kisah..asalkan abu/abcd. takkan nak pangkah mca, gerakan, pcm plak.

      hihi

      Padam
    8. Lynn : Kalau anak bulan maknanya x nmpk apa2..anak bulan x sama mcm bulan purnama. So, kalau x nmpk apa2 Parti ape ek?

      Padam
    9. setakat anak bulan cium bontot ambiga. idak kemana la hai.

      Padam
  9. Pak jib tersalah sebut bubar parlimen 3/4/2012 kui3. nampak sgt dh ketar lutut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cit salah sebut sikit pun kata org ketar lutut. Pandai je kau macam nujum pak belalang. Macam la kau tu sempurna sangat. Biasa la manusia kalau tersasul sikit. Yang cik lynn duk tersengih tu kenapa? Suka sangat ke kalau org tersasul? Cik lynn pun sama je...

      Padam
    2. kesian pulak tengok nampak sugul je..
      nak pergi umrah baru bubar tapi kena cancel plak..

      Padam
    3. Cik lyn senyum ada makna. padan muka ko amad cik lyn xlayan.

      Mestilah akan ketar lutut braderr
      1. kes pembunuhan altantuya
      2.kes enjin jet kna curi
      3.skandal scorpene.
      4.cincin 24juta.

      Kes2 ni akan di buka semula dan di siasat jika pakatan memerintah. mana najib x ketar lutut. ko ingat jibby bleh bertenang? Termasuk pemimpin BN yg rasuah curi harta rakyat senyap2.

      Tak sabar aku nak tgk puak2 ni kna dakwa dkt mahkamah. kah kah kah.

      Padam
    4. cik lynn ni nmpk je mcm baik.. rupanya ada juga rasa busuk hati dlm diri.. senyumkan org lain bila diri org tu kelihatan teruk didepan khalayak ramai.

      sorry la ye cik lynn klu terasa. mmg terbukti manusia tidak sempurna

      Padam
    5. mmg manusia semuanya x sempurna dek non, ada dia pernah cakap dia sempurna? problem? lol...

      Padam
    6. mmg la dia x pernah ckp dia sempurna.. tp terbukti dia pun x sempurna. yg ko ni terlebih emo kenapa? haha.. lawak giler la cik plain83 kite ni

      Padam
    7. noob dorang kutuk2 awex lu,lu ley diam.apa punya bf la lu der!
      -ahmad-

      Padam
  10. MACAI :-

    Mendengar Apasaja Cakap Anwar Ibrahim

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.