Rabu, 30 Oktober 2013

15 Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara

Kebanyakan negara seperti Singapura, Korea Selatan, US, UK, Israel dan lain2 mempunyai program khidmat negara atau khidmat tentera bagi para belia yang telah tamat sekolah. Ada negara yang setiap rakyatnya diwajibkan menyertai program ini, ada yang penyertaannya dipilih secara rawak, ada yang penyertaan terbuka kepada yang sukarela, ada yang hanya diwajibkan kepada orang lelaki sahaja, ada yang tempohnya hanya beberapa bulan, ada yang sampai 2 tahun.


Tujuan program khidmat negara ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melatih dan mendidik setiap rakyatnya dengan kemahiran dan latihan ketenteraan agar mereka boleh jadi benteng pertahanan negara selepas pasukan tentera andai kata negara diserang oleh musuh, at least mereka boleh mengangkat senjata dan mengendalikan kelengkapan perang sekiranya keadaan mendesak untuk mereka berbuat demikian demi mempertahankan negara.




Di Malaysia juga ada program seperti ini yang dimulakan pada tahun 2004 dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Sejak pelaksanaannya, walaupun dihimpit pelbagai kontroversi seperti kes kematian pelatih di kem latihan serta pemberian penangguhan yang agak pilih kasih bila mana ada yang diberi penangguhan dan ada yang terpaksa masuk penjara atas sebab tidak hadir PLKN kerana terpaksa bekerja membantu ibu yang susah, namun aku masih merasakan yang program khidmat negara amat bagus dan penting dalam menyiap dan menyediakan belia kita dengan kemahiran ketenteraan bagi situasi2 yang tidak dijangka.




Tapi kalau ada program macam kat bawah ni dalam PLKN yang merosakkan generasi2 muda yang kita harapkan untuk menjadi benteng negara, aku rasa baik batalkan sahajalah PLKN. Serius sampah.





tags: awek plkn kem asahan melaka kump 1 siri 9 menari joget lagu kpop k-pop korea psy gentleman program latihan khidmat negara ketenteraan tentera military national service by country malaysia diana danielle tangguh kontrak remaja penjara gagal hadir artis kendali senjata senapang pistol perang musuh majlis penutup

15 ulasan:

  1. hehehe.... macam2 ilmu dorang blajar dalam tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh .. joget gedik2 pastu jurulatih kat kem tu sapu.......................

      Padam
  2. bazir kan duit rakyat berjuta juta by the way semua tender2 pengurusan, makanan dan uniform mohon noob dedahkan ...sebab selalunya projek tergesa2 camni ada keuntungan pada kroni

    BalasPadam
  3. kalau mcm ni la gayanya,kalau hantar pergi berperang awal2 dah kena tembak....

    BalasPadam
  4. bagusla melatih budak2 muda ni menari kpop... lps ni kerajaan dah xpyh panggil artis kpop lg buat persembahan, panggil je budak2 ni buat persembahan... jimat pun jimat, tlg org melayu

    BalasPadam
  5. kawan aku ckap dia nampak awek beromen kat plkn..

    BalasPadam
  6. ni bru melayu pior...

    BalasPadam
  7. Yang gemok pung ikut menari sama. Apa pung tak bole.

    - Benci Gemok

    BalasPadam
  8. Lepas nih boleh datang PLKN saja kalau nak tengok konsert K-Pop. Hidup melayu!

    - Cina, India dan lain-lain.

    BalasPadam
  9. Gua pelatih PLKN first batch menentang sekerasnya benda sebegini..

    kalau yang latih kawad dengan tembak2 tu takpa..sebab kalau ikut audit negara pun byk aset ketenteraan dan kepolisan yang tiris/hilang/xselenggara/expired..

    baik guna untuk train budak2 baru nk up ni..

    BalasPadam
  10. oh tidak!!.tarian itu hnya utk suamimu.....

    BalasPadam
  11. tarian itu memang sampah...
    yang membenarkan perkara itu berlaku dalam plkn juge.....suke sampah....

    BalasPadam
  12. weyy aku pun bekas budak plkn gak..
    korang kene tau.. yg menjalani latihan kat situ bkn melayu JE...
    india cina orang OKU sume ade..pengambilan dye ade kuota..
    mmg ade ppm melayu yg pun yg nari kat situ...tapi asal aku tgk sume komen mcm same je mcm, same je, mcm same je..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku x nafikn..program ni mmg sampah...objektif dye x tercapai pun..+ buang masa anak2 muda..baik dorang bwat keje sambilan instead of duduk 3 bulan dlm kem pastu blaja cane nk nari n build up self-confidence secara teori...at least dapat la 2000+...boleh beli kelengkapan utk msk U atau beli motor ke...

      Padam
  13. Iklan Secara Percuma di www.adaharga.com
    Iklan Mudah di www.adaharga.com

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.