Ahad, 6 Julai 2014

17 Ke arah mewujudkan pengemis dan gelandangan sifar

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Gambar hiasan
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
Sumber Sinar Harian.

1. Pasal isu gelandangan (homeless) dan pengemis aku pernah tulis sebelum ni kat entry "Air longkang jadi mandian warga gelandangan".

2. Sebenarnya aku setuju dengan pandangan Ku Nan ini untuk membersihkan ibu kota kita daripada golongan gelandangan dan pengemis, lagipun bandaraya Kuala Lumpur pernah dilabel sebagai Bandaraya Tikus oleh media luar negara sedikit sebanyak mencemarkan imej negara dan boleh memberi kesan terhadap industri pelancongan di negara kita.

3. Tak dinafikan sebenarnya ada pengemis2 di negara kita ni sebenarnya boleh dikatakan hidup senang terutama pengemis warga asing hasil mengemis setiap hari, seperti yang ada rakan FB aku cerita kat aku:
Bro pasal kes peminta sedekah aku ada pengalaman. Aku ada member mak dia OKU. Kau mesti perasan orang OKU dibawa dengan orang normal pimpin tangan minta derma dan bawa tisu. Lepas aku habis sekolah, mak member aku yang OKU ni mampu beli Kereta Alza dan Motor Adnan sempit CT100 tak silap aku. Semua itu beli CASH. Aku mula tak ambil pusing. Tapi minggu lepas aku jumpa mak member aku yang OKU ni minta derma. Aku kerja dekat hotel. Tempat dia minta derma tu depan hotel aku. Aku nampak dia. Dia tak cam aku sebab dah lama tak ke rumah dia. Baru aku faham berapa besar kuasa RM1. 1 hari dia dapat 100 orang dia dah untung RM100. Kalau 30 hari?

4. Ya memang ada pengemis yang menipu dan hidup senang walau malas bekerja, tapi ia tak bermaksud semua pengemis macam tu. Masih ada pengemis yang memang miskin dan papa kedana hingga terpaksa mengemis. Kalau ada yang menipu tu, itu antara di dengan Tuhan. Seperti juga peniaga melayu yang suka menipu dan mengambil kesempatan, itu antara dia dengan Tuhan, tapi masih ada peniaga melayu yang baik dan jujur.

5. Memang aku setuju dengan pihak kerajaan yang mahu membersihkan ibu kota dan mewujudkan gelandangan dan pengemis sifar di bandaraya2 kita, cuma bukan dengan solusi mendenda dan menyaman pemberi sedekah sebanyak RM150. Orang itu nak bersedekah, itu dia punya pasal. Duit pun duit dia, dia punya pasal nak bagi duit itu kepada sesiapa. Sejak bila sedekah tu satu jenayah sampai nak kena denda? Kalau ada pengemis yang menipu, seperti aku cakap tadi, itu antara dia dengan Tuhan.


6. So macam mana nak kurangkan pengemis dan gelandangan ini? Aku dah tulis pandangan dan solusi aku kat artikel yang aku cakap sebelum ni. Kalau penjenayah kerajaan boleh sara makan minum diorang kat dalam penjara, kalau golongan PATI kerajaan boleh tanggung makan minum berak cangkung kat depoh tahanan, rumah 2 ekor beruang panda boleh dibina dan kos menanggungnya sampai berjuta2 ringgit, aku cadang bina sahaja rumah sementara bagi golongan pengemis dan gelandangan ni dan tanggung je makan minum mereka (kalau kerajaan tak mau tanggung makan minum mereka, banyak NGO2 lain yang sanggup buat). Sementara itu bagi motivasi, latihan dan panduan untuk mereka bekerja dan bergaul dalam masyarakat sehinggalah akhirnya mereka dapat berdikari dengan sendiri.

7. Selain daripada membersihkan golongan pengemis dan gelandangan, kerajaan juga perlu bersihkan terus golongan pendatang tanpa izin (PATI) yang dah berlambak2 kat ibu kota Kuala Lumpur tu. Angkut mereka ke depoh2 tahanan atau hantar semula mereka pulang ke negara asal.


8. Juga bersihkan bandaraya kita daripada sarang2 maksiat, sarang penagihan dadah dan pusat2 pelacuran yang dah lama bersarang di ibu kota kita secara total. Lagipun negara kita nama je negara Islam, tapi no.8 paling ramai pelacur dalam dunia. Yang pusat pelacuran ni kalau tangkap, denda dan penjara pelanggan2 mereka, aku setuju sangat2. Tapi mungkinkah pusat pelacuran ini banyak yang dibiarkan saja kerana menjadi tarikan pelancong ke negara kita?


9. Adakah hanya golongan gelandangan dan pengemis sahaja yang membuat bandar2 kita menjadi kotor? Adakah mereka sahaja yang menternak tikus? Adakah mereka sahaja yang membuat sampah di bandaraya kita? Kotor, hina dan jijik sangatkah golongan2 yang takde rumah dan yang terpaksa tidur di kaki lima itu? Pendatang tanpa izin, pelacur, tak menjadikan bandayara kita kotor? Peniaga kedai makan yang tak menjaga kebersihan kedai, orang awam yang membuang sampah merata2 kat jalanraya, kat sungai bandar, tak menjadikan bandaraya kita kotor dan menternak tikus?



Orang yang sudah biasa tinggal di rumah yang mewah...


... yang biasa mandi dengan air panas di waktu pagi di dalam bilik air yang mewah...


... yang anak2 mereka dapat tidur di atas katil yang cantik dan selesa...


... masakan bisa mengerti perasaan orang yang rumahnya berbumbungkan bawah jambatan...


... yang hanya bermandikan air longkang...


... dan anak2nya yang tidur berbantalkan lengan di atas batu yang keras beralaskan suratkhabar.


Kalau tidak mampu bantu, janganlah menyulitkan lagi keadaan mereka.




tags: tengku adnan mansor ku nan pengemis minta pemberi beri bagi sedekah bakal kena denda saman rm150 gelandangan homeless oku menipu hidup mewah senang kaya raya miskin papa kedana fakir bandaraya kota raya ibu kota kuala lumpur tikus pati pendatang tanpa izin warga asing indonesia bangladesh pusat sarang penagih dadah pelacuran pelacur red light district rumah merah kedai premis makanan makan restoran kotor jijik geli

17 ulasan:

  1. diorang mmg pemalas, bdn sihat keja mls, tau mntan simpati je. T︵T ☪ ✌ ☮ ♆

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni 3:38..
      kowt ye pn dengki sgt an die, ni bulan pose kowt, sudah2 la trolling sesame islam, sia2 je pose kau..hormatlah sikit bulan poser..
      ker, kau x pose? tgh uzur atau bukan islam?

      Padam
  2. Bagi aku tolong yang perlu sja mcm dlm gambar,sebab punya teruk kena tiduq bawah jambatan

    Tapi kalau penipu mcm cerita dekat atas baik tankap saja,senang hidup tipu orang
    Kesian aku tengok si pemberi sedekah hidup berutang tapi kena bagi sedekah dekat penipu hahahaha

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku beri contoh 1 family yang merempat di Penang. Tepi Nasi Kandar yang femes kat sana. Dieorg tidor kat kaki lima situ lebih dari 5 tahun. Orang luar dari Penang yang datang pekena nasi kandar situ ramai beri sumbangan. Tapi ramai tak tau cerita disebalik. Dieorg lagi suka tinggal merempat macam tu sebab tak perlu pikir bayar sewa rumah, bil api air dan bab makan. 1 hari dah kompom leh lepas kos makan dieorg.

      Masing-masing ada HP, Tab dan anak-anak naik basikal versi baru. Kalau beli makanan, kalah orang yang datang nak beli. Tak main la daging 1 ketul. Sotong dan udang sampai 3 4 ketul.

      So main point aku, x semestinya yang merempat bawah jambatan or kaki lima tu tiada duit. tapi dieorg lagi bijak menabung dari orang yang kononnya terurus kewangan mereka. Ni belum lagi kerajaan buat elaun untuk penggangur. kalo ada kompom jadi macam kat UK n US.
      ______

      edit

      Padam
  4. tiada 1 negara di dunia pun dapat kurangkan pengemis. . makin bertambah ada la... kalo malaysia boleh buat ok la :D

    ikhlas dari - syokbah.com -

    BalasPadam
  5. ak skrg nk bg derma pun konpius.. ad kata kita mggalakkan diorg jd mls,kkdg bdn sihat ja... tp klu diorg btul ssh cmner tu... ksian plak...

    BalasPadam
  6. Ajar anak anak kita simpati pada org susah. Tapi jgn ajar anak anak kita memberi wang kepada org susah secara terus. Banyak cara lain nak bersedekah. Potongan gaji pada badan kebajikan setiap bulan juga sedekah, memberi pakaian pada rumah anak yatim pun sedekah juga, jadi sukarelawan di zoo pun sedekah juga. Banyak cara lain. Jika kita bagi direct kepada peminta sedekah itu maknanya kita bukan bantu dia tapi lebih kepada melahirkan bangsa yg meminta tanpa berusaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu.direct bg kat rumah anak yatim lagi senang. Pahala pun besar. Disamping tu boleh ajar anak kita betapa beruntungnya ada ibu bapa.

      Padam
  7. kenapa negara kita boleh menghantar bantuan kemanusiaan, pasukan perubatan dan keselamatan pada negara jiran bila mereka ditimpa musibah, siap dibina rumah lagi untuk penduduk acheh selepas tsunami walhal rakyat negara jiran ini sering menyusahkan kita mencemarkan negara dengan bakar bendera, ,memaki hamun menyerang kedutaan, buat jenayah dimalaysia..tetapi dengan rakyat sendiri negara kita x mampu menangani - akhirnya cara yang mudah tangkap atau denda??, - kenapa x didirikan booth agensi kerajaan berhampiran mereka..mereka ini memang susah didekati..sebab mereka takut..jadi agensi kerajaan ni berkerjasama dengan ngo2 yang dah biasa dengan mereka..1.bukak booth ..jab.pendaftaran.- buat saringan - siasat-mereka ini warga atau pati..ada antara mereka xde dokumen pengenalan diri terutama anak2..2.-bukak booth jab. kesihatan..periksa kesihatan mereka. , ada antara mereka mengidap penyakit berbahaya..beri rawatan..3.bukak booth jab. pendidikan beri anak2 mereka peluang pendidikan- kebanyakan anak 2 mereka tidak bersekolah...4. booth..jkm dan pejabat agama...siasat beri mereka bantuan kebajikan - tempat tinggal..jika benar layak..- memang semua ni akan memakan kos yang tinggi..tetapi memang itulah sebenarnya guna duit pembayar cukai dan duit zakat..bukan pada panda...bukan pada permata..bukan pada kos pergi ke bulan..negara kita x kan maju jika masalah begini pun x boleh selesaikan- terbaru rancangan dokumenteri di tv singapura..bagaimana negara miskin seperti myanmar ..mengalakkan keleuarga miskin meghantar anak2 mereka ke sekolah..kebanyakkan kanak2 ini disuruh bekerja untuk datangkan income pada keluarga jadi kerajaan myanmar memberi hadiah beras , kicap gula dan tepung pada setiap bulan pada keluarga miskin yang hantar anak ke sekolah..itu negara miskin boleh buat...di indonesia- kontena terpakai dicat semula..dibuat kelas untuk anak2 miskin belajar ..malaysia tangkap atau denda...malaysia mengundur ke zaman perba..

    BalasPadam
  8. aku sekarang dah malas nak bagi sedekah kat pengemis2 ni.sebab xtahu dorang ni menipu ke atau betol2.silap2 hidop lagi senang dari aku.memangla kalau dia menipu tu antara dia dengan Allah tapi bagi sedekah pon galakkan dorang malas berusaha.so aku sekarang sedekah kat masjid jek.atau bagi sedekah kat orang2 susah yang berusaha cth dorang menjual buah potong ke,kismis ke,stokin ke.at least dorang berusaha xdelah tahu tadah tangan jek lagi2 bebudak tahfiz mintak derma tunggu depan pintu bank

    BalasPadam
  9. aku pernah tengok siri apa entah, macam 999 tu la.. dorang buat operasi cari gelendangan dan tawarkan pertolongan. memang ramai yang terus cabut lari lintang pukang. mungkin sebab takut tak ada ic/permit kot. ada yang tu, bila ditawarkan, katanya tidak mahu kerana tidak bebas.

    macam menteri cakap la, ada juga yang sudah ditawarkan bekerja, tapi berenti tengah jalan sebab penat.

    kalau menteri melihat dengan menyaman both pemberi dan penerima boleh mengurangkan gelendangan/pengemis kat negara kita, aku sokong. mungkin ini pendekatan terkini. akta boleh dipinda. bila2 masa menteri boleh tarik balik akta tu kalau dah tak releven. kita just wait and see. dan lagi 1, dengan duit saman tu pun boleh digunakan untuk membantu kebajikan gelendangan2 ni (makan pakai tempat tinggal) asalkan diuruskan oleh orang yang jujur dan amanah

    BalasPadam
  10. kalo ak pg bzar rmdan msti ad pgemis n siap ad ank dye msih kecil..bg ak,mak dye nie xkesian ke kt ank dye,dah la bzar tu kcik,ddk atas jlan kotor,org lalu lalang,.ak tgok mak nye cukup sifat,xcacat pun,bleh bkerja.. Mak ak slu gak derma2 kt pgmis tu, bila ak tye,mak ak kte kita niat nak tlong dye je,klu dye mnipu ke kira dosa dye nan tuhan..ad gak pgmis yg ak jmpa,tp kli nie unik sikit,pgmis nie suami isteri, dua2 cacat, dyeorg bwk speaker n mic n then nyanyi.. Rmai la org sdekah..cara dyerg tu ak respect laa..

    BalasPadam
  11. kalo ak pg bzar rmdan msti ad pgemis n siap ad ank dye msih kecil..bg ak,mak dye nie xkesian ke kt ank dye,dah la bzar tu kcik,ddk atas jlan kotor,org lalu lalang,.ak tgok mak nye cukup sifat,xcacat pun,bleh bkerja.. Mak ak slu gak derma2 kt pgmis tu, bila ak tye,mak ak kte kita niat nak tlong dye je,klu dye mnipu ke kira dosa dye nan tuhan..ad gak pgmis yg ak jmpa,tp kli nie unik sikit,pgmis nie suami isteri, dua2 cacat, dyeorg bwk speaker n mic n then nyanyi.. Rmai la org sdekah..cara dyerg tu ak respect laa..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.