Sabtu, 8 November 2014

7 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Kerusi Panas

Gelanggang Maharaja Lawak Mega kembali untuk musim terbaru untuk tahun 2014. Untuk pentas MLM2014 kali ini, 16 kumpulan perlu berentap untuk merebut 5 kerusi panas atau 'Hot Seat' iaitu kumpulan Ekzos, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, JBOND dan Wala yang akan diadili oleh 3 orang juri sementara iaitu Datuk Hasbullah Awang, Anzalna dan Noh Hujan. 10 peserta yang sudah layak secara automatik atau peserta 'Fast Lane' pula adalah Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, SYJ, Jalor, Sayot dan Kepoh.

Tonton persembahan ke-16 peserta MLM2014 Hot Seat yang telah pun selesai berentap selama 2 minggu di bawah.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Mamu merupakan gabungan antara Ajo & Abu yang juga merupakan peserta Hot Seat pada MLM tahun lepas yang berjaya ke peringkat seterusnya, namun tahun ini tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya walaupun sudah memberi persembahan yang agak bagus.

2. SAMURAI (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Samurai terdiri daripada Arin, Man (Raja Lawak) & Acong. Salah satu peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya.

3. SAKAN (Laugh-O-Meter: HEHE)


Kumpulan Sakan terdiri daripada Jelut, Ash & Pakku, peserta Raja Lawak musim ke berapa ntah.

4. CHILOK (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kumpulan Chilok gabungan antara Chiwan, Achok (Kecik) dan Wan Lopez (R2).

5. JBOND (Laugh-O-Meter: HEH)


Kumpulan JBond terdiri antara Che Mat, Pak Cu (XN3) dan Kodan. Tahun lepas Che Mat dan Pakcu bersama Acu XN3 dapat ke peringkat seterusnya sebagai kumpulan Gerak, cuma tahun ni hambar.

6. EKZOS (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Ekzos gabungan antara Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit) 

7. GAP2 (Laugh-O-Meter: HUH???)


Kumpulan Gap2 yang terdiri daripada Azlan dan Rohaizat (Kumpulan 2YOL) dan CT Chubby.

8. SPARK (Laugh-O-Meter: HEH)


Kumpulan Spark yang dianggotai oleh Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi).

9. QTARO (Laugh-O-Meter: HEHE)


Kumpulan Qtaro gabungan antara Munir, Chot & Syed Ali.

10. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Zero yang terdiri daripada Sahrif, Syaiful & Sharif, berjaya ke peringkat seterusnya seperti tahun lepas, namun formulanya still sama, seorang jadi watak pondan.

11. TOKEN (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kumpulan Token yang dibentuk oleh Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim (Bekas vokalis Exist).

12. GLORY (Laugh-O-Meter: HEH)


Kumpulan Glory terdiri daripada Aziz Kota, Elly & Sathia.

13. CAK (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Glory gabungan antara Azmir & Ikhtiaruddin. Bagi aku salah satu kumpulan yang sepatutnya layak masuk ke peringkat seterusnya.

14. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Shake terdiri daripada Amir I'm Sorry, Bell Ngasri & Haszmi Raja Lawak 1. Kerusi panas tahun lepas tidak berjaya, namun tahun ini berjaya ke peringkat seterusnya. Mungkin dengan kemasukan Amir dalam MLM2014 ni, ramai orang akan gunakan dia untuk dibahan.

15. BADBOY (Laugh-O-Meter: HUH???)


Kumpulan Badboy yang terdiri daripada peserta Skool of Lawak iaitu Aboy & Bard.

16. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Wala gabungan antara Lopz & Wan. Tahun lepas diorang peserta yang automatik layak bertanding dalam MLM2013, tahun ini kena bersaing dalam Hot Seat, namun masih berjaya ke peringkat seterusnya.

Peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya: SAMURAI, SHAKE, WALA, EKZOS dan ZERO.

Bagi aku standard bagi peserta Hot Seat MLM2014 pun sudah tinggi2 berbanding tahun lepas. Ada banyak peserta yang bagus2 dan layak ke peringkat seterusnya untuk bertanding dengan peserta2 lain yang telah pun masuk secara automatik, malah mungkin juga akan menjadi pesaing dan lebih baik daripada peserta yang dah sedia ada, kerana tahun ini banyak kombinasi pelik2 terutama kumpulan Virus yang menggabungkan Yus dan Tauke Jambu dengan Zizan.

Dan untuk MLM tahun ini, aku tak pasti sama ada aku akan buat live review atau ulasan secara langsung macam tahun2 sudah. Dah beberapa tahun aku buat review Maharaja Lawak bermula dari Maharaja Lawak pada tahun 2011 lagi. Mungkin aku akan letak video jika ada siapa2 yang buat live streaming dan bagi ranking macam biasa, namun mungkin juga aku tidak dapat menulis ulasan panjang lebar secara live atas beberapa kekangan masa dan sumber. Namun, aku still akan cuba tulis segmen MLM2014 ini untuk persembahan setiap minggu.

Ranking aku untuk persembahan peserta kerusi panas:

1. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL)
2. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)
3. SAMURAI (Laugh-O-Meter: LOL)
4. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL)
5. CAK (Laugh-O-Meter: LOL)
6. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)
7. EKZOS (Laugh-O-Meter: LOL)
8. TOKEN (Laugh-O-Meter: HAHA)
9. CHILOK (Laugh-O-Meter: HAHA)
10. SAKAN (Laugh-O-Meter: HEHE)
11. QTARO (Laugh-O-Meter: HEHE)
12. SPARK (Laugh-O-Meter: HEH)
13. GLORY (Laugh-O-Meter: HEH)
14. JBOND (Laugh-O-Meter: HEH)
15. BADBOY (Laugh-O-Meter: HUH???)
16. GAP2 (Laugh-O-Meter: HUH???)




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton full video peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu hot seat kerusi panas ekzos mamu sakan samurai cak spark qtaro token chilok badboy zero glory shake gap2 jbond wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

7 ulasan:

  1. Kalau maharaja lawak ni zarith suka tengok bila dah nak dekat finale tu, lawak boleh tahan. bila awal-awal ni peringkat nak buang masa je, HEHE

    Salam perkenalan =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

    BalasPadam
  2. Shrek is love,Shrek is life9 November 2014 pada 2:11 PTG

    Lama x nampak seriously dtg mengomen dkt sini. Mana dia? rasa nak kentut dkt mukanya

    BalasPadam
  3. Aku suka kau ulas. Harap kau boleh teruskan ulasan ni.

    BalasPadam
  4. harap pesaikik zero dapat ulas macam biasa dengan statistik penuh macam tahun2 sudah :)

    BalasPadam
  5. Bro, please teruskan review MLM bagi 2014. You punye review memang menarik, creative dan berterus-terang. Keep it up bro...

    BalasPadam
  6. bro... jangan buat review yan pendek2 la.... best kot cara review ko..... aku baca setiap review ko tue.... teruskan review ko tue....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.