Jumaat, 5 Disember 2014

9 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 4

[TONTON ONLINE STREAMING DAN BACA ULASAN] Untuk gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 minggu ke-4, hanya tinggal 12 peserta lagi yang berentap. Minggu lepas dengan tema Retro rata2 persembahan peserta agak mengecewakan termasuk kumpulan2 favorite seperti Virus dan Shiro, hanya beberapa peserta sahaja yang buat dengan baik. Tema pada malam ini adalah tema Parodi iaitu sketsa berdasarkan karya sedia ada seperti filem, drama, lagu, rancangan TV dan lain2. Diharap dengan tema parodi ini, peserta dapat mencari idea2 yang lebih fresh dan kelakar.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 4 di bawah.

TEMA: Parodi / Parody

1. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak stand up comedy, lawak parodi filem seram.
Komen: Macam biasa lawak Nabil masih kelakar, cuma cerita dia kali ni terlalu pendek, hanya bagi satu contoh cerita hantu je iaitu Werewolf, lepas tu dia stop macam mengejut. Aku tak pasti cerita dia memang pendek macam tu je atau dia buat keputusan saat akhir untuk tidak meneruskan cerita dia, memang tak puas tengok, loceng pun tak bunyi lagi.

Rating Juri: 3 bintang

2. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem Fast and Furious, lawak keeper kat mana, lawak gangster, lawak konfius, lawak tarian.
Komen: Comey semakin minggu semakin bagus. Idea lawak filem Fast and Furious memang menjadi, dengan gaya mengacu pistol tu memang lawak habis.

Rating Juri: 4 bintang

3. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem Men in Black dan filem hantu Indonesia, lawak bahasa Inggeris, lawak lagu.
Komen: Sketsa minggu ni cukup sekadar menghiburkan tapi masih tak boleh mengatasi lawak minggu ke-2. Masih tiada elemen merapu dan kejutan yang lawak. Ternyata kumpulan Virus bukan jelmaan Jambu atau Jozan tapi sebuah kumpulan baru yang sisi lawaknya berbeza.

Rating Juri: 3 bintang

4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak parodi cerita pakcik kejam, lawak simple, lawak loyar buruk, lawak over acting.
Komen: Lawak Bocey ni dari dulu lagi, jalan cerita memang simple tapi lakonan diorang memang mantap. Tak banyak tersasul atau aksi janggal, memang konsisten.

Rating Juri: 4 bintang

5. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak parodi cerita Hassan aku tak tau, lawak melayu lama, lawak loyar buruk.
Komen: Persembahan mereka kali ni lebih baik dari minggu2 sudah, cuma aku tak tahu cerita apa yang diparodikan dan terlalu sikit punchlinenya yang betul2 menjadi.

Rating Juri: 3 bintang

6. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem The  Avengers, Ong Bak dan Avatar, lawak akrobatik, lawak martial art, lawak kejutan.
Komen: Minggu ni adalah lawak Zero paling best sepanjang zaman. Macam2 elemen ada, aksi, akrobatik, martial art, surprise, kostum, memang semua saling melengkapi.

Rating Juri: 4.5 bintang

7. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem Annabelle, raja bomoh, lawak bahan diri sendiri, lawak seram.
Komen: Kali ni Amir tak cakap banyak sangat sebab dia jadi hantu, tapi elemen bahan Amir masih tak tinggal. Sketsa diorang pun makin baik.

Rating Juri: 3 bintang

8. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak parodi drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu, watak Rock Oo, watak Nasir Bilal Khan, lawak keeper kat mana, lawak menipu.
Komen: Persembahan Sepahtu kali ni tidak macam biasa, macam ada yang kurang. Mungkin gabungan watak2 tu tak kena, dan jalan cerita pun tidak berapa kuat. Punchline pun hadir masa nak last2 tu je bab Jep buat lawak menipu.

Rating Juri: 4 bintang

9. JALOR (Laugh-O-Meter: HUHU)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem Planet of the Ape, lawak kostum dan prop, lawak lirik lagu.
Komen: Lawak kumpulan Jalor ni makin menurun. Masih lawak berbentuk pengacaraan, hanya tukar subjek sahaja. Lawak kostum2 binatang ni hanya sesuai untuk budak2 je.

Rating Juri: 2.5 bintang

10. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak parodi filem Frozen, lawak lagu muzikal, lawak bahasa Inggeris, lawak permainan kata2.
Komen: Parodi filem Frozen tu dah OK, cuma mungkin filem Frozen dah agak lama dan hanya diminati oleh kanak2 bukan orang dewasa, so kurang sambutan dari penonton, tapi masih lagi kelakar.

Rating Juri: 3 bintang

11. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak kampung, lawak parodi filem Nujum Pak Belalang, lawak kasar.
Komen: Sekali lagi diorang buat lawak bertemakan cerita2 kampung. Bagi aku jalan cerita dia OK dia jumpa komponen motor dia sikit2 dan ada punchline, tapi entah kenapa penonton tak gelak. Macam tu la nasib kumpulan yang tak popular.

Rating Juri: 2 bintang

12. SYJ (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak parodi watak Hantu Kak Limah, Iron Man dan Ustaz Azhar Idrus, lawak seram, lawak agama.
Komen: Gabungan watak2 ni macam tak kena, lepas tu bila buat lawak2 agama jadi agak awkward dan janggal.

Rating Juri: 3 bintang

Man of The Match: Abam Bocey

Peserta yang tersingkir: Tiada penyingkiran.

Kesimpulan:

Nampaknya kumpulan Zero dan Bocey sudah mula mencuri perhatian, dan lawak kumpulan Comey juga sudah semakin diterima. Nabil konsisten seperti biasa, kumpulan favorite Sepahtu juga konsisten namun tidak lagi outstanding manakala Shiro dan Virus semakin ditenggelami peserta2 lain, dan kumpulan underdog yang power pada awal pertandingan iaitu Jalor semakin jatuh merudum disebabkan pembawakan sketsa yang lebih kurang sama berbentuk pengacaraan, kostum dan prob, tiada lagi elemen kejutan macam minggu pertama.

Tema parodi juga agak lebih mudah untuk dijadikan bahan lawak, namun kelemahan tema ini adalah apabila ada peserta yang membuat parodi berkisarkan kepada sesuatu cerita yang tidak ramai orang tahu, yang agak lama atau tidak viral maka ia akan kurang mendapat sambutan penonton, seperti kumpulan Jalor, Wala dan Ekzos. Malah pemilihan watak juga penting, jika terlalu banyak watak yang saling tiada berkaitan dengan jalan cerita maka persembahan dilihat kurang menjadi.

Minggu ini tiada penyingkiran, walau aku berharap sangat ada penyingkiran sebab dah ada 2 minggu yang tiada penyingkiran langsung.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 4:

1. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4.5 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
3. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
5. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
7. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 2 bintang)
8. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
9. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
10. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 3 bintang)
11. SYJ (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 3 bintang)
12. JALOR (Laugh-O-Meter: HUHU | Rating Juri: 2.5 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak 
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 4 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

9 ulasan:

  1. Wala kalu xsilap, parodi crta sarjan hassan... Babak diorg masih blaja lg...

    BalasPadam
  2. miss tadi x nyempat nengok. xpo tunggu ulangan haha

    BalasPadam
  3. sepuluh tahun lagi mungkin nabil seorang lagend sebab dia sorang je yang boleh buat stand up setakat ni.Harap bocey, zero,nabil dan sepahtu ke final sebab konsisten dan tak pernah hambar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku jugak sokong nabil diam-diam sebab aku memang suke stand-up komedi.

      Padam
  4. ulasan yg mantap dan tak bias walau aku ada pandangan berbeza dgn admin... virus tu patut level heh je

    BalasPadam
  5. Serius kecewa betul dgn virus.mcm hampeh.gabungan mereka mungkin bukan idea yg bagus. Sekarang ni rse tak ingin langsung nak tgk virus. Sama mcm mcm kumpulan tak berape nak menjadi yg lain. Aku tetap bocey n sepahtu. Zero pun still puas hati dan seronok berbanding virus yg dirosakkan oleh lawak yus yg tak berape phm

    BalasPadam
  6. Jozan dan Jambu gak yg terbaek... Virus dah merapu meraban dah...

    BalasPadam
  7. Virus patut dpt huh je..ntah..rsa janggal n mcm pelik je gabungan zizan n jambu..dorang trip juara kot sbb tu xbt betul2..aku myampah dgn lawak dorang..huh!
    Sokong bocey dan zero:-)

    BalasPadam
  8. saya sokong jozan untuk MLM2014 ni. jozan! jozan! jozan!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.