Selasa, 28 Julai 2015

7 Kenapa sentap bila pekerja asing bergaji besar?

Kecoh di laman sosial Facebook dengan tersebarnya satu gambar yang dikatakan slip gaji pekerja Bangladesh di KLIA2 dengan gaji bersih sebanyak RM5,241 sebulan sehingga menyebabkan ramai netizen sentap dan butthurt kerana merasakan tidak adil kenapa gaji orang luar jauh lebih tinggi dari gaji rakyat sendiri.


Seperti yang dilaporkan di sebuah portal online:
Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat negara ini mempertikaikan bayaran gaji yang diterima pekerja dalam sektor perkhidmatan awam mahupun sektor swasta masih di tahap rendah.

Malah, lebih menyedihkan apabila gaji yang diperolehi warga asing dilihat melebihi pekerja rakyat tempatan.

Buktinya, laman media sosial sejak semalam kecoh apabila satu salinan penyata gaji yang didakwa milik seorang pekerja warga Bangladesh yang bekerja di Jabatan Loader di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi ‘viral’ dengan menyiarkan gaji yang diterima pekerja terbabit mencecah lebih RM 5,000 sebulan.

Mengulas perkara tersebut, Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, tidak timbul isu ‘double standard’ dalam pemberian gaji antara pekerja asing dengan rakyat tempatan.

Menurutnya, gaji yang diterima warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang diperuntukannya termasuk kerja lebih masa, selain daripada pekerjaan tersebut jarang diceburi rakyat negara ini.

“Kalau rakyat Malaysia mahu gaji seperti itu, maka kerjalah seperti pekerjaan yang dibuat oleh warga Bangladesh. Namun, rakyat Malaysia dilihat jarang mahu melakukan pekerjaan seperti buruh ataupun tukang cuci.

“Mengikut prinsip di Amerika Syarikat dan negara maju lain, individu yang terlibat dalam sektor pekerja berat yang berisiko tinggi dan kotor akan menerima imbuhan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Ditanya mengenai gaji lebih masa yang diterima pekerja itu melebihi RM1,700, beliau menyatakan adalah rasional untuk seseorang pekerja itu menerima imbuhan selepas bekerja melebihi waktu biasa iaitu lapan jam.

“Tambahan pula bekerja di KLIA2 yang mungkin memaksa pekerja untuk sentiasa bekerja mengikut giliran tanpa mengira masa.

“Adalah munasabah dengan kerja lebih masa mencecah ribuan ringgit bergantung kepada keperluan sesebuah syarikat itu,” ujarnya.

Bagaimaapun, Dr Amir menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada pekerja tempatan ekoran wujud persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.

“Pihak Kementerian Sumber Manusia khususnya perlu memantau sekiranya lebihan pekerja asing ini boleh menggugat rakyat tempatan.

“Dengan gaji yang diterima warga asing itu boleh menarik ramai pekerja asing mahupun pekerja asing tanpa izin (PATI) untuk masuk ke sini,” jelasnya.

Sumber Malaysian Digest.

Berikut adalah penjelasan daripada majikan pekerja Bangladesh tersebut:
Bukan gaji sebulan, tetapi dua bulan termasuk bayaran kerja lebih masa. Itu penjelasan diberikan syarikat tempat seorang lelaki dikatakan warga Bangladesh bekerja yang memperoleh gaji lebih RM5,000 untuk Jun, seperti yang ‘viral’, semalam.

Menurut jurucakap syarikat itu, pekerja berkenaan sudah memaklumkan kepada syarikat untuk berhenti dan balik ke negara asal.

"Jadi, syarikat mengira semua gaji untuk Mei dan Jun termasuk bayaran kerja lebih masa yang dibuat dalam tempoh dua bulan berkenaan.

"Disebabkan itu, jumlah gaji yang diterima pada Jun lebih RM5,000. Biasanya, gaji yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan,"katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit sudah berhenti kerja dan balik ke negara asal.

Gambar salinan penyata gaji lelaki itu menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.

Jumlah gaji pekerja bahagian pemunggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 itu mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif pengguna laman Facebook kerana gaji yang diperolehinya tinggi.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Zulkornain Yusop berkata, tidak timbul isu ‘double standard’ dalam pemberian gaji antara pekerja asing dengan rakyat tempatan.

Menurutnya, gaji yang diterima warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang diperuntukannya termasuk kerja lebih masa yang mencecah sehingga RM1,700 itu, selain daripada bidang kerja jarang diceburi rakyat negara ini.

“Kalau nak duit banyak, kerja kena banyak juga. Mungkin dia kerja lebih banyak daripada orang lain untuk mendapatkan gaji setinggi itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan masih perlu memantau majikan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pekerja warga asing dengan mengizinkan mereka bekerja melebihi waktu yang ditetapkan.

Sumber Harian Metro.


Kalau tengok kat slip gaji tu, gaji pokok pekerja tersebut tak bayak mana pun hanya RM900, yang jadi banyak sampai 2 kali ganda gaji pokok beliau adalah bayaran overtime, yang mana mungkin beliau memang banyak buat overtime sampai boleh kata takde life. Diorang datang Malaysia pun semata2 nak cari duit. Keluarga, anak, isteri, rumah semua tinggal kat negara asal, so kat Malaysia takde komitmen lain selain kerja.

Orang Malaysia sendiri pun kalau nak dapat gaji macam pekerja Bangladesh tu boleh je, cuma sanggup tak sanggup je la kerja macam dia tu jadi loader kat lapangan terbang, so tak perlu nak jealous ke cemburu ke sentap ke butthurt ke. Macam bro kat bawah ni tulis, kerja loader tu bukan kerja goyang telor main FB dalam ofis ada aircond, korang sanggup buat ke siap overtime berjam2 lagi? Cuma bab maki UMNO-BN tu terpulang pada korang lah.


Tapi secara umum nak kata loyar sangat orang Melayu ni tak la jugak. Aku ada je kawan kerja gomen lebih 5 tahun jadi PTD duduk dalam ofis ada aircond tak perlu keluar kudrat 24 jam sehari, masuk pagi pukul 8 balik petang pukul 5 tapi gaji lebih RM5,000 jugak.

Bab2 kerja ni kadang2 nasib la, ada yang belajar pandai, masa temuduga bagus, dapat kerja kolar putih yang bergaji tinggi. Ada juga yang belajar pandai, masa temuduga gagal, dapat kerja kolar putih bergaji rendah. Ada pula yang tak dapat kerja kolar putih terpaksa jadi pekerja kolar biru yang bergaji rendah. Ada juga pekerjaan kolar biru yang memberikan gaji tinggi kerana tak ramai yang sanggup buat kerja tu.

Akhir sekali...

Orang Bangla, Indonesia dan Nepal sibuk kerja dan cari duit.

Orang Melayu sibuk bergaduh kat FB pasal slip gaji mereka, and they don't give a shit apa yang Melayu bising pasal mereka sebab masih sibuk bekerja.

Ini realiti.




tags: kenapa nak butthurt sentap bila warga asing pekerja bangladesh bangla nepal indon indonesia myanmar slip gaji payslip loader klia

7 ulasan:

  1. Gaji tinggi ke gaji rendah tu semua x perlu ambik berat sangat
    Yang penting keberkatan, apa guna gaji tinggi tapi xdak keberkatan sentiasa rasa x ckp dan ada smthng x kena
    Berbanding ada keberkatan even gaji skit pun rasa mencukupi.. rezeki Allah tu luas

    Tepuk dada
    Tanya iman bro

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. mcm one-off je... OT tinggi lepastu pelarasan lagi tinggi....

    BalasPadam
  3. Bila Bangladeshi dapat gaji tinggi (tak la tinggi mana pun gaji pokok sebulan), rakyat Malaysia bising. Suruh kau buat kerja macam tu, kau tak nak. Kau cakap takde kelas lah, berpeluh lah.

    Kerja loader tu sepanjang tahun kena kerja tau, macam servis industri lain. Mana ada masa cuti raya, depa tutup kedai. Korang bila time raya ni nak cuti. Tak boleh kalau tak cuti.

    Kerja ada shift pulak tu, korang pulak kalau bujang pantang kena shift pasal nanti awek marah pasal tak boleh dating selalu.

    WTF... komplen banyak...

    -DinKacak-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi...kan? saya stuju...Majoriti org kite mcm tu..satu lg..boros.sifat org kite gak...kiki

      Padam
  4. hahaha tipikal Meleis, tak senang bila tengok org lain senang. bila suruh korang buat kerja yang Bangladeshi ni buat kau nak ke? eh silap, kau mapooo ke? Hahahaha dah lah malas, nk kerja yg ada ekon je pastu gaji masuk ribu-riban.... zzz apa pun tak boleh..

    bagi gua, padanlah gaji tu dengan kerja yg diorang buat.

    BalasPadam
  5. Macam Macam kan...yang penting klu kita usaha, psti berjaya...

    BalasPadam
  6. tu mmg stimpallah dgn kerja yg dibuat... mmg patutlah dpr gaji mcm tu... kt ofis aku ni lain plak halnya...dtg dri india, konon ada sijil komptr... gaji RM5xxx... tapi nak betulkan kmptr pun x reti... mcmna pulak tu... kami org2 tmpatan ni kerja mati2an, gji tetap x naik2....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.