Sabtu, 4 Julai 2015

16 Tiada pilihan dan terpaksa tidak bermakna menerima

Dulu DS Hasan Malek pernah cakap "Aduan sudah kurang, rakyat sudah boleh terima GST" dan "Masyarakat Rompin mula terima GST" yang hanya berasaskan kepada andaian semata2 tanpa sebarang fakta dan hasil kajian. Kemudian DS Nazri Aziz pula dilaporkan yang "Rakyat tetap belanja raya walaupun GST". Namun hakikatnya, ada GST atau tidak, belanja memang tetap kena belanja.


Jangan la lepas ni muncul pula kenyataan2 yang hanya berasaskan andaian seperti:
"Rakyat masih banyak berbelanja, rakyat sudah boleh terima GST".
"Rakyat masih mengisi minyak, rakyat sudah boleh terima kenaikan harga minyak".
"Rakyat masih guna lebuhraya, rakyat sudah boleh terima kenaikan tol".
"Rakyat masih banyak naik bas untuk raya, rakyat sudah boleh terima kenaikan tambang sempena raya".

Tiada pilihan.
Paksaan.
Terima.


Yang sebenarnya kebanyakannya adalah rakyat "TERPAKSA" bukan "TERIMA".

Nak lalu lebuhraya, sama ada rakyat terima atau tidak, rakyat tiada pilihan dan  "terpaksa" bayar tol.

Nak beli belah, sama ada rakyat terima atau tidak, rakyat tiada pilihan dan "terpaksa" bayar GST.

Nak isi minyak kenderaan, sama ada rakyat terima atau tidak, rakyat tiada pilihan dan "terpaksa" bayar kenaikan harga minyak.

Nak balik kampung raya naik bas, sama ada rakyat terima atau tidak, rakyat tiada pilihan dan "terpaksa" bayar harga tambang bas yang lebih tinggi.

Yang sebenarnya rakyat tiada banyak pilihan pun, so jangan anggap macam seluruh rakyat terima apa keputusan yang kerajaan buat hanya kerana rakyat "tiada pilihan" dan "terpaksa" membayarnya.





tags: hasan malek nazri aziz tiada pilihan terima terpaksa rakyat masih berbelanja raya kurang aduan gst tambang bas naik spad tol minyak

16 ulasan:

  1. sedih btolla dgn keadaan skrg.. rasa mcm nak duduk dlm gua je

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn dok dlm gua meh dok dgn abg, nti abang kasi upah.

      Padam
  2. rakyat terpaksa jadi rakyat

    BalasPadam
  3. Ada x mana2 parti yg bila mereka berkuasa xkn laksanakn GST? Klau ada..sy sokong parti 2.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mustahilah kalau ada mana mana parti nak mansuhkan gst, bukan senang, pendapatan malaysia pun dah x banyak, ditambah lagi dgn ketirisan dan gubahan wang haram mana nak ganti duit yang habis tu kalau bukan rakyat yg bayar.

      Padam
    2. Ayam wei ade brape bijik telor yg ko tgh kepit celah kelangkang ko tu? PM kesayangan ko nk pnjm sebijik ble? Telor die hilang katenye...

      Padam
    3. Haaaaa..cantik idea pinjam teloo tu..nak lagi afdhol, hantar kertas cadangan satu page A4 cukup la mcm Najib hantar bbrp keping A4 pinjam 4 billion kat KWAP.

      Lulus sejam bro.

      Padam
    4. Aku sendiri pun x minat dgn najib...sbb isu GST..so sbb 2 sy nak tanya sapa yg boleh janji jika memerintah akan hapus gst...tu je. Jgn tiba2 burthurt kata sy ni penjilat jibby plak. Just be rational n pentingkan fakta.

      Padam
    5. Satu lagi...ingatkan isu GST yg dpt beberbillion2 setiap bulan, rakyat dapat pulangan mcm bonus 1 bulan penjawat awam, tol akan dimansuhkan, tax kereta dikurangkan n perkara2 lain..tp lain plak citenye, lagi banyak duit dibayar kpd gov mcm duit gov dah kering sangat. Papepun sy nmpk kewangan malaysia sgt lemah termasuk RM malaysia jatuh teruk...belum nmpk tanda2 nak bangkit semula ekonomi negara. nak balik beraya pun duit x byk ni, sbb gaji masuk lepas raya..huhu

      Padam
  4. noob xnak buat ulasan pasal ape yg jadik kt greece ke.
    takut plak dgr keadaan dorang kot2 jadik kt mesia... nk kuar duit kt bank pn x dpt.

    BalasPadam
  5. Perbualan diantara 2 org menteri..

    Dato 1: ok..gst kita dah jalan..skrang aku nak tgk..org boleh terima ke tak.

    Dato 2: eh.tapi kan..aku tgk kat fb, tweet sume tu..ramai gila kot org maki2 tak suke. Macam mana kita nak tau ek diorang boleh terima ke tak?

    Dato 1: owh..senang je tu. Kita tgk la..kalau diorang kuar bli barang maknanya diorang suka la tu. Kalau diorang tak suka..diorang tak akan makan, pakai baju n seluar, tak pergi kuar rumah, tak pergi kerja dan tak bergerak lngsung..mcm tunggul kayu..tu baru tak suka

    Dato 2: owhhhh...betul2..bijak sungguh la kita yg menteri2 ni

    BalasPadam
  6. terpaksa terima...sebab kehidupan tetap nak diteruskan juga...

    BalasPadam
  7. ..speechless.
    Wahai pemimpin, go die.
    Ty.

    BalasPadam
  8. Dalam isu skrg ni, kos hidup yg semakin meningkat, rakyat disuruh berjimat, apa kata pak2 menteri, pengarah2 kat sektor awam yg mane gaji tinggi2 tu dikurangkan atau elaun2 dipotong. Pastu baru boleh cakap jimat itu dan ini. Kerajaan dah x de duit dah ni.

    BalasPadam
  9. dipaksa dan terpaksa terima..klu x nk terima kene kuar dr malaysia pulak kan..klu aku xnk terima,xkn aku nk pindah kuar dr msia..? mati aku nk kene speaking..nk ckp korea n jepun..omputih pun terabur..jadi terpaksa la duduk kat msia ni jd pembayar hutang pak menteri...ntah la mn silap aku sbg Rakyat...hutang negara berbilion,aku jgk yg salah..kene tamggung semua..kene caj mcm2 tuk byr semua hutang negara...malang nye la nasib jd rakyat msia
    # apepun syukur msia Masih Aman..Kata sorg tu ntah ape nm ntah...aku pun dh lupa nama dia

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.