Selasa, 25 Ogos 2015

16 Orang Melayu akan terbangsat kalau tiada UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.


Najib yang juga presiden Umno menyampaikan ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.

Menurutnya, parti itu pernah berdepan dengan masalah sejak ditubuhkan dan sudah pasti terdapat formula bagi Umno untuk menyelesaikan masalah.

Sekalipun beliau dikritik dan terdapat cubaan mengaitkan beliau dengan pelbagai skandal, Najib berkata beliau akan meneruskan taggungjawabnya memperkukuhkan parti kerana beliau tidak mencuri wang rakyat atau melanggar undang-undang.

"Saya sudah pasti tidak akan merosakkan parti. Arwah ayah saya yang membina parti ini," katanya.
Selanjutnya di Malaysiakini dan Astro Awani.


Melayu akan terbangsat jika tiada UMNO, itu ucapan DS Najib baru2 ini ketika menyampaikan ucapan di salah satu mesyuarat perwakilan UMNO.

Kalau ikut logik DS Najib ni, maka kesianlah pada Melayu Kelantan sebab dah terbangsat lebih daripada 20 tahun. Yelah, dah lebih 20 tahun UMNO hilang kuasa di Kelantan. Melayu di Pulau Pinang mungkin dah terbangsat, Melayu di Selangor mungkin tunggu masa je nak terbangsat.

Namun, melayu terbangsat jika tiada UMNO tu cuma skrip lama yang diulang semula semasa Perhimpunan Agung 2014:
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran keras kepada pemimpin Umno di semua peringkat supaya bekerja keras jika mahu melihat parti itu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Gesaan Presiden Umno itu dilihat sebagai kemuncak kekecewaannya berhubung prestasi yang ditonjolkan Umno dalam tempoh lebih setahun selepas berakhirnya pilihan raya umum yang lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kekecewaan Najib itu sudah mencapai tahap 'siling' dan ia ditujukan khusus kepada pemimpin parti yang masih mengambil sikap tidak peduli.

"Presiden ada menyebut bahawa bangsa Melayu akan dibangsatkan jika Umno kecundang. Saya rasa, tidak pernah mendengar presiden parti berkata sedemikian.

"(Kemarahan) presiden seolah-olah sudah sampai ke 'siling'. Kita dapat lihat kekecewaan beliau terhadap pimpinan yang lambat untuk bertindak kepada perubahan," katanya.

Sepenuhnya di Sinar Harian.


Tapi kalau ikutkan, orang Melayu takkan terbangsat pun sebab andai UMNO kalah pilihanraya pun, nescaya UMNO masih wujud cuma jadi pembangkang sahaja. Parti lain yang tak pernah menang pilihanraya persekutuan dah bertahun2 masih wujud je sampai sekarang. Parti politik pasti akan wujud sampai bila2, yang bertukar ganti cuma pemimpin dan ahli partinya sahaja.

Manakala Umno Bahagian Kepong pula telah bersumpah akan bermati-matian mempertahankan Presiden Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dapat terus memimpin parti dan mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada Kabinet, mengatakan beliau tidak setia.

Ketuanya Datuk Ridhuan Abdul Hamid berkata, Umno bahagian itu berikrar sedia untuk berperang dengan musuh yang menentang dan sanggup mati untuk bersama dengan Najib.

"Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau hendak mati, kita mati bersama Najib. Itu ikrar.

"Mati dalam politik lebih baik dari mati katak atau mati dalam kemalangan," katanya semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.

Sepenuhnya di The Malaysian Insider dan Astro Awani.

Taksub betul.

Kenapa sanggup mati demi politik, demi Najib, demi UMNO? UMNO bukan agama, Najib bukan Tuhan.

Nak sokong tu sokonglah, tapi janganlah sampai mengeluarkan kata2 yang boleh terpesong daripada akidah, macam setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO.

Politik tu hina sangat lah. Jijik dan kotor. Tak berbaloi pun mati kerana politik. Lebih baik kita mengharapkan mati dalam iman dan husnul khotimah.



tags: melayu terbangsat dibangsat jika tiada tanpa umno ucapan najib razak sanggup mati demi bersama dalam politik mati katak kemalangan ahmad maslan

16 ulasan:

  1. kat sarawak takder umno, melayu sarawak bangsat??? fuck jibby

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru jer masuk akaun duit derma 4 billion. Cukup la sikik2. Tak perlu duit togel.

      Padam
    2. nk jgk ckp mcm yg hg ckp...kt sarawak sabah xdk umno.

      Padam
    3. Noob, aq rasa ko kene delete & banned WARHADI KALTIM ni, dia mengajak org buat bende syirik

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Sabah ada UMNO la.. sarawak suci lagi dari politik kotor UMNO ni.. Cuma respek dgn UMNO, MCA & MIC.. 3 parti ni tak berani masok sarawak..

      DAP & PKR je kuang hajo masuk SARAWAK..

      Padam
  2. jib, jib..bahasa kau kesat jib..

    BalasPadam
  3. Hhaahahahahaaa....bangsat la sangat

    BalasPadam
  4. Dari jauh aku perhatikan aje kau orang mengata Najib Nazak. Kau ingat kau tu hebat sangat?

    Najib Nazak adalah bapak segala pahlawan Bugis di seluruh Malay Archepilago ni, kau apa tau?

    Pasal Najib Nazak lah duit ringgit kita dah tak laku di Arab Saudi, kau apa tau?

    Pasal Najib Nazak lah harga keperluan harian makin meningkat melalui paksaan GST ke atas rakyat, kau apa tau?

    Pasal Najib Nazak lah kita menerima derma RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun peribadinya, kau apa tau?

    Yang kau tau cuma mengutuk Najib Nazak saja. Sebagai seorang Melayu lagikan Islam kau patut bersyukur yang Najib Nazak dipilih untuk memimpin kau!

    Kau patut bersyukur lalu menyembah dan mencium kaki Najib Nazak tu tau! Najib Nazak adalah pemimpin Amirul Mukminin Bani Melayu yang dihantar semata-mata untuk pastikan kau tak terbangsat di bumi sendiri, tau?

    Oleh itu mari kita ramai-ramai menyembah dan mencium kaki Najib Nazak sebagai tanda syukur kita kepadanya. Hidup Najib Nazak! Hidup Melayu! Takbur!

    BalasPadam
  5. Melayu ni mmg spesis BIAWAK. Baik Islam mahupun bukan Islam, 2x5 jer bodohnya. Ditipu berjuta kali pun, masih tak serik2 kena tipu.

    Biol melayu macam biawak pukimak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kena brainwash lebih 50 tahun nak wat camana,,lagipun malay lagi takut cina memerintah..

      Padam
    2. Dah kena brainwash lebih 50 tahun nak wat camana,,lagipun malay lagi takut cina memerintah..

      Padam
  6. Please la Najib turun, ni bukan sapa betul sapa salah. selagi ko PM slg tu negara kelang-kabut

    BalasPadam
  7. orang yang lemas dalam tong taik akan nampak tahi disekelilingnya..

    BalasPadam
  8. Sepatutnya perkataan bangsat x patut keluar kat mulut pemimpin tertinggi....pas2 statement mcm kita ni org kampung tahun 80-90an...nmpk sgt statement terdesak nak ambil hati org melayu. Skrg ni selepas pru13 xde nmpk perubahan yg baik dibawa oleh PM

    Sbnrnya ayat yg tepat ialah kalau UMNO xde yg diperintah oleh Najib, yang jd bangsat bukan melayu tapi pemimpin2 UMNO itu sendiri yg xde lagi side income n sanggup biar Najib sbgi leader mereka

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.