Isnin, 21 Mac 2016

13 Kehidupan itu bukan perlumbaan atau pertandingan

Sewaktu aku kecil, ibu bapa dan guruku pernah berkata, yang hidup ini bagaikan sebuah perlumbaan dan pertandingan. Aku harus rajin belajar supaya cepat pandai agar tidak ketinggalan. Aku harus mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan agar tidak disisih dan dipandang rendah.

Banggakan kedua ibu bapaku...
Banggakan nama sekolah...
Banggakan nama keluargaku...

Sepanjang perlumbaan itu, sudah banyak kali aku melihat rakan-rakanku yang lain tersungkur atau tertinggal jauh di belakang. Namun aku tetap terus berlari ke hadapan tanpa berhenti atau menoleh ke belakang lagi kerana aku lihat masih ramai lagi yang berada di depanku untuk aku pintas dan kalahkan.


Sehinggalah satu masa aku tiba di penamat perlumbaan dan merasakan aku telah menang dalam perlumbaan ini melihatkan ramai yang telahpun kecundang di belakang. Aku merasa begitu puas kerana telah menang dan boleh berdiri sebaris dengan pemenang-pemenang yang lain.

Ya, walaupun pertandingan ini sangat perit, mencabar dan penuh liku, namun aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan, menjejakkan kaki ke menara gading, memperolehi segulung ijazah dan akhirnya mempunyai pekerjaan yang tetap.

Namun dalam aku puas mengecapi kemenangan ini, aku lihat ada rakan-rakanku yang pernah aku anggap kalah kerana berada di belakangku pada suatu masa dulu, kini satu per satu membina kejayaan malah jauh lebih jayanya dari aku sehingga aku terfikir, perlumbaan ini belum tamat lagikah?

Bukankah aku sudah jadi pemenang? Bagaimana mereka yang pernah di belakang aku kini boleh kalahkan aku pula?

Aku tidaklah merasa dengki dengan kejayaan mereka namun jauh di sudut hatiku terdetik juga sedikit rasa cemburu dan sedih atas kekalahanku, akan tetapi disebabkan komitmen dan tanggungjawab sedia ada, aku tidak lagi mahu bersaing dalam perlumbaan ini dan menerima sahaja kekalahan ini dengan meneruskan kehidupan seperti biasa, namun aku tetap tidak dapat membuang perasaan ini.

Sehinggalah suatu hari aku berjumpa dengan seorang rakan sekolah lamaku iaitu Azam yang dahulu pernah di bawah aku, kini sudah jauh di atas aku. Sedang aku masih bekerja makan gaji, dia sudah pun menjadi seorang doktor gigi yang memiliki klinik sendiri.

Dalam perbualan kami, aku mengucapkan tahniah dan menyatakan tentang kekaguman aku terhadapnya betapa banyaknya dia telah berubah dan menjadi jauh lebih berjaya daripada aku.

"Hebat kau Azam. Dulu kat sekolah aku selalu kalahkan kau, sekarang kau dah kalahkan aku. Syabas.", kataku pada Azam.

"Hmm... aku nak tanya kau sikit, kau pernah ada impian nak jadi doktor gigi macam aku?", tanya Azam kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Jika kau tiada impian yang sama seperti aku, bagaimana kau boleh kata yang kau kalah pada aku? Kita tidak kejar benda yang sama. Lagipun kau pun dah bekerja sekarang, dah ada keluarga, dah ada kehidupan sendiri. Kau gembira dengan kehidupan kau sekarang?", tanyanya lagi. Aku hanya mengangguk

"Ha nampak, bukankah kegembiraan kau itu juga suatu kejayaan? Macam ni kawan, kau jangan memandang kehidupan ini sebagai sebuah perlumbaan atau pertandingan, jika tidak sampai bila-bila kau takkan berpuas hati kerana bila-bila masapun kau akan sentiasa merasa kalah pada orang lain."

Kata-kata Azam benar-benar menyedarkan aku. Rupanya aku telah salah selama ini. Kehidupan ini bukanlah sebuah perlumbaan mahupun pertandingan. Ia sebuah perjalanan, dan dalam perjalanan tiada menang atau kalah, yang ada hanya kejayaan dan gagal.

Dalam sebuah perlumbaan, semua orang akan bermula di garisan permulaan yang sama, berlari dengan jarak yang sama untuk mencapai matlamat yang sama iaitu garisan penamat.

Dalam sebuah pertandingan, semua orang akan bertanding di gelanggang yang sama, peraturan yang sama, pengadil yang sama.

Andai kehidupan adalah sebuah perlumbaan, akan ada yang bermula di garisan lebih hadapan, ada yang bermula jauh di garisan belakang, Ada yang perlu berlari 1 meter sahaja, ada yang perlu berlari sejauh 1 kilometer untuk ke garisan penamat. Ada yang berlari, ada yang berjalan, ada juga yang menaiki kereta untuk ke garisan penamat yang tidak sama pun. Ada yang ke kiri, ada ke kanan, ada ke tengah.

Andai kehidupan sebuah pertandingan pula, akan ada yang bertanding di gelanggang yang baik, ada yang di gelanggang yang buruk. Peraturan yang sama tidak akan terpakai kepada semua peserta, ada yang mendapat kelebihan dan keistimewaan, ada yang tidak. Pengadil juga tidak pernah sama dan pengadilannya juga pasti akan berat sebelah.

Hakikatnya dalam kehidupan ini kita semua tidak pernah bermula di garisan yang sama. Orang yang lahir dulu cabarannya tidak sama dengan orang yang lahir 10 tahun kemudian.

Impian setiap orang juga berbeza, semua orang tidak pernah mengejar impian yang sama. Ada yang mengejar impian menjadi doktor sebagai ukuran kejayaannya, ada juga yang mengejar impian untuk menjadi pemain badminton negara sebagai ukuran kejayaannya.

Latar belakang setiap orang juga berbeza, ada yang lahir-lahir sudah dilimpahi harta, ada yang sudah 15 tahun hidup juga masih tidak pernah menjamah makanan selain nasi kosong dan ikan kering.

Kita tidak pernah bersaing dalam gelanggang yang sama di mana peraturan juga tidak pernah sama untuk semua orang. Orang yang kaya, berpangkat tinggi, mempunyai pengaruh besar akan sentiasa mendapat kelebihan, manakala yang miskin, tiada pangkat dan orang biasa sukar mendapat peluang.

Dunia tidak adil?

Ya, dunia memang tidak pernah adil. Ada yang lahir dari perut seorang permaisuri raja, ada yang lahir dari perut seorang isteri penoreh getah, ada yang lahir bukan kerana kehendak ibunya pun lalu dijumpai di tepi tong sampah. Maka bagaimana kehidupan itu harus menjadi perlumbaan mahupun pertandingan jika dari awal lagi pesertanya itu pun tidak pun setaraf dan bersaing dengan adil?

Apabila kehidupan ini bukan lagi suatu perlumbaan mahupun pertandingan, maka kita juga seharusnya tidak perlu bersaing ataupun membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita sendiri yang menjalani perjalanan hidup kita sendiri, bukannya orang lain. Suatu kejayaan orang lain mungkin bukan suatu yang kau impikan, begitu juga sebaliknya. Aku dan kau manusia yang sama, namun apa yang kita kejar mungkin berbeza.

Jika kita menghadapi kegagalan, itu bukan bermakna kita kalah sebaliknya kita gagal untuk diri sendiri. Jika kita memperoleh kejayaan, itu bukan bermakna kita menang dan berjaya mengalahkan orang lain, sebaliknya kita telah berjaya menggapai impian kita sendiri.

Dalam sebuah pertandingan, melihat orang lain tersungkur atau kalah itu membuatkan kita menang dan puas. Namun dalam kehidupan, melihat orang lain tersungkur atau gagal itu tidak seharusnya kita gembira, malah kita yang berjaya perlu menarik dan membantu mereka agar bangkit semula dari kegagalan.

Oleh itu usahlah cemburu dan sedih dengan kejayaan orang lain. Jika gagal itu bukan bermakna kita kalah tapi kita belum berjaya. Dan kejayaan itu bukanlah suatu yang murah. Bagi orang kebiasaan seperti kita, ia datang dengan usaha, kerja keras, peluang dan nasib.

Dalam kehidupan, tiada menang atau gagal, yang ada cuma berjaya atau gagal. Dan kejayaan serta kegagalan ini pula, ia boleh datang awal, lambat atau mungkin takkan muncul langsung dalam kehidupan kita.

Namun akhirnya, tiada siapa yang kau harus kejar, tiada siapa yang harus kau kalahkan... melainkan diri sendiri.

Inilah realiti... sebuah kehidupan...


Baca artikel lain yang berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kehidupan bukan perlumbaan pertandingan perjalanan life is not a race competition but journey

13 ulasan:

  1. salam hancur Najib

    ini lah realiti anak muda sekarang di bawah najib. dah la miskin ditekan pula dgn pelbagai hutang. rakyat minta pendidikan percuma ditekan nya dgn hutang ptptn. rakyat minta turun kos hidup di berinya gst.

    manakala melayu keparat masih lagi takut untuk undi pakatan kerana takut akan Dap. rela hidup merana ditipu najib dari memberi undi selain BN. anak cucu merana, bangla diberi keistimewaan diberi ic.

    jom ubah undi selain BN utk masa depan yg lebih gemilang.

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo melayu nak jalan senang, PTPTN tu pinjaman la mangkuk,yang p ambil pinjaman tu buat apa, lepastu tak nak bayar, nak tukar kerajaan? hutang tetap hutang bro..

      melayu memang takut DAP bro, prinsip DAP kapitalis, yang miskin dibelakangkan, yang kaya didahulukan, tengok Pulau Pinang saja bro, kau agak majoriti orang miskin kaum mana?

      Padam
    2. dap dap dap...yang buat melayu susah kerana 6peratus gst dap ke?..yang jaga pejabat tanah dap juga ke...yang melayu terjerit macam sawan hesteria kerana artis k pop ..dap ke yang bawak.. mana kutipan gst senyap je kata berbilion..duit tu nak cover apa sebenarnya kalau negara lain kutipan gst tu untuk mantapkan prasana penting macam pendidikan dan kesihatan..malulah negara ada petrol dengan balak pun boleh kalah ekonomi ngan singapore yang tiada hasil semulajadi..last2 salahkan dap..

      Padam
    3. katak bawah tempurung la anon 2:48 PTG ni,

      tanah negeri bawah kekuasaan kerajaan negeri, tak kisah la kaum mana duduk pejabat tanah tu, so siapa duduk berkuasa kat negeri dia la yg pegang tanah, aduiiii

      Padam
    4. Ya..sy menyokong segala salah laku atau moral mana2 pemimpin dalam pemyampaikan tanggungjawab mereka kpd rakyat....tp lg bangang kalau yg bakal menganti mereka pun 2x5....last2 rakyat kena tipu kaw2.

      Kalau anda bijak...anda tau sapa yg betul2 tolg rakyat menggunakan tulang 4 kerat mereka atau just ckp mulut je.

      Padam
    5. macai jibby memang baghal. dah kena cukai mcm2 gst tol naik masih duk jilat taik jibby. power gila setia punya macai .. . untung sapa yg kawin dgn diorang. gila taik punya setia kah3..

      Padam
    6. singapore takde pembangkang.semua pakat disaman sampai bangkrap.
      kalau nak malaysia maju,patut saman je geng nuwar berahi dan pembangkang semua terus masuk jailed.

      tak gitu macai peliwat?

      Padam
  2. perjalanan kehidupan manusia itu berbeza-beza =)

    BalasPadam
  3. Sory kalau kaitna isu ini berkaitan sukan...

    Hidup ini umpama main Golf...ramai ingat kita berlawan dgn musuh permainan kita dlm bersaing mendapat tempat pertama...tp sbnrnya ialah permainan mental dan fisikal kita semata2 utk menjadi yg terbaik mendapat pukulan bagus...sbnrnya kehidupan kita ini adalah tempat kita memperbetulkan kelemahan n ego kita utk menjadi lebih baik...kalau nak bertanding dgn manusia lain..smpi bila x habis sbb akan berlaku unsur tamak n dengki utk bersaing sesama sendiri.

    BalasPadam
  4. Happiness is a journey, not a destination.

    BalasPadam
  5. rakyat bangelasia kini menghadapi masalah kekeringan serius

    1.Cuaca kering dek fenomena el nino

    2.poket kering dek fenomena putar alam : el umno.

    btw proo0oOttTtT preEeEtT d muka KEDEPAN.

    BalasPadam
  6. Semua orang pernah rasa menyertai perlumbaan ini sama ada sedar atau tidak.
    Apa yang penting adalah matlamat.
    Semua yang di antara garis mula dan destinasi, itulah namanya kehidupan :)

    BalasPadam
  7. Thanks PrinceofNoob. That is a very enlightening article. May Allah bless us all and shows us the right path.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.