Khamis, 14 April 2016

13 Kerana hadiah ciput habis riuh satu negara

Kecoh isu tentang hadiah pemenang bagi kategori bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) bagi pertandingan berbasikal Junior Cycling Malaysia (2015) yang jumlahnya sangat ciput, seciput RM10, dan juga botol air. Bukan sekadar itu, gambar pemenang yang menerima mock cheque atau cek replika gergasi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga telah viral di media sosial malah dijadikan bahan jenaka dan troll. Turut dikait dan menjadi sindiran oleh netizen adalah isu seleweng RM100 juta oleh pegawai KBS.



Sebelum itu kita kenali dulu apa itu JCM?
Satu sirkit kriterium sukan berbasikal untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan di seluruh negara mulai minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, Junior Cycling Malaysia yang dianjurkan atas inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN) itu dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Remaja Sukan Berbasikal yang mengguna pakai konsep Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

"Kita kenal pasti sukan berbasikal sebagai salah satu sukan yang kita boleh beri saingan. Sekarang ini dalam acara trek dan pada masa akan datang lebuh raya pula.

"Sirkit ini kita akan anjurkan di setiap negeri sehingga ke Sabah pada 18 Disember.

"Kejohanan ini adalah sirkit kriterium kebangsaan yang sebenar dengan merangkumi kategori seawal usia bawah sembilan tahun hingga kategori Masters," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, di sini, hari ini.

Baca sepenuhnya di Berita Harian.

So JCM ini adalah satu acara berprestij peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Fit Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Senang cerita, ia bukanlah pertandingan level kampung atau peringkat sekolah.

Berikut adalah hadiah tempat pertama hingga ke-5 bagi kategori bawah 15 dan 13 tahun:


Berikut adalah hadiah tempat pertama hingga ke-5 bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun:

Sumber laman web JCM.


Oleh kerana isu ini mendapat kecaman hebat daripada netizen, pihak JCM telah memberi kenyataan medianya seperti berikut:
Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengikut Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM) yang prihatin dengan isu hadiah wang kemenangan yang diberikan kepada para pelumba Sabtu lalu.

Kami mengakui bahawa nilai hadiah wang kemenangan pada kali ini tidak sebesar acara perlumbaan lain yang melibatkan golongan elit sukan. Namun demikian, kami di JCM ingin memastikan kemampanan dan kelangsungan program ini pada masa hadapan lebih daripada segala-galanya. JCM akan meneruskan program ini ke seluruh pelosok tanah air untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu. Jumlah hadiah kemenangan yang diberikan adalah selari dengan acara-acara ‘junior’ yang serupa di seluruh dunia, termasuk di negara-negara yang mempunyai budaya berbasikal yang besar seperti di Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Dalam perlumbaan JCM Sabtu lalu, para pemenang lima tempat teratas dalam semua kategori telah mendapat hadiah serta penghargaan. Bagi pemenang tiga terbaik pula, mereka turut mendapat jersey berbasikal, pingat dan wang saguhati tanpa mengira umur ataupun jantina mereka. Tempat pertama pula mendapat pingat emas, jersey dan wang tunai. Tempat kedua mendapat pingat perak dan wang tunai. Tempat ketiga mendapat pingat gangsa dan wang tunai. Tempat keempat dan kelima mendapat hadiah wang tunai.

Objektif utama JCM adalah untuk mewujudkan budaya berbasikal di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan belia. Kami juga beraspirasi untuk mengasah bakat muda yang kita ada sekarang bagi menyediakan mereka ke kejohanan-kejohanan yang lebih besar pada masa hadapan. Sekadar rekod, JCM mempunyai 16 acara yang telah siap dijadualkan pada tahun ini dan lebih banyak lagi untuk tahun hadapan. Perlumbaan Sabtu lalu merupakan perlumbaan pertama yang kami anjurkan dan kami akan memastikan ia dilaksanakan dengan lebih baik pada masa hadapan.

Kami sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih terhadap sokongan dan keprihatinan anda semua terhadap JCM. Ini merupakan satu petanda baik bahawa sukan berbasikal amat dekat di hati kita semua.

Sumber laman web JCM.

Antara alasan yang diberikan adalah hadiah kemenangan bagi acara junior adalah selari di seluruh dunia. Maka kita lihat pula apakah hadiah berbasikal junior di luar negara di artikel Astro Awani ini - "Menang RM30: Apakah hadiah sukan berbasikal junior di luar negara?"

Baca juga komen daripada Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng di artikel Siakap Keli ini - "Pemenang Dapat Hadiah 'Ciput' : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng".

Apa pula kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin?
"Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan," tulis Khairy.

Tambah Khairy lagi, sesiapa sahaja yang terbukti berbakat dan boleh menjadi aset dalam bidang sukan, tentunya akan dibantu dan diberi penghargaan, termasuk dari segi wang ringgit.

Dalam masa yang sama, beliau yang mesra disapa KJ, turut menegaskan kesemua peserta dan ibu bapa terbabit sedia maklum dengan hadiah yang disediakan, namun masih menyertai acara berkenaan atas dasar cinta akan sukan itu.

Baca sepenuhnya di artikel - "Hadiah RM30: 'Kami tak mahu didik kanak-kanak dengan wang ringgit' - KJ".

Dan seterusnya beliau mengarahkan semua penggunaan replika cek dihentikan.
Pemenang diberikan hadiah RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga menggunakan replika cek.

Mengulas lanjut berhubung kontroversi berkenaan, Khairy bagaimanapun mengakui penggunaan replika cek menjadi punca kepada isu tersebut.

"Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang.

"Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak," katanya.

Baca sepenuhnya di artikel MStar ini - "Henti Guna Replika Cek - KJ".

Ya, bagi aku pencetus kepada isu ini hanya semata-mata disebabkan oleh gambar pemenang bersama mock-up cheque gergasi besar gedabak yang bertulis RM30, RM20 dan RM10 itu, serta hadiah cap, dan botol air, bak kata orang, indah khabar dari rupa. Kalau tiada mock-up cheque gergasi itu, pasti isu ini tidak akan timbul, kerana netizen tak akan tahu dan ambil port pun pasal event ini.

Tapi memandangkan orang dah tahu, maka diorang mempertikaikanlah jumlah hadiah yang sangat ciput tu. Bagi aku terpulang pada penganjur nak bagi hadiah berapa, lagipun hadiah tu dah diumumkan dan yang nak masuk pun dah tahu dan aware akan hadiah tu. Cuma bila hadiahnya kecil tak perlulah disampaikan dengan cara yang begitu grand macam jumlah hadiah tu banyak gila.

Rasanya kos nak buat mock-up cheque gergasi tu pun dah lebih RM10. Bagi dalam sampul je, pastu bagi medal, atau sijil penyertaan untuk diorang masukkan dalam resume bila dah besar nanti. Setakat nilai kecil tak perlu diperbesar-besarkan, macam orang derma RM1 kat masjid tapi sembang kat orang macam derma RM1 juta.

Namun kalau dinilai dari segi kewajaran jumlah hadiah, RM30 - RM10 malah cap dan botol air tu aku rasa memang kecil sangat pun dan sangat tak setanding dengan event yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan MSN. Benda macam ni lebih berkaitan dengan imej acara dan penganjur, bukan nak tabur atau gula-gulakan peserta dengan hadiah wang ringgit sangat pun. RM10 tu beli buku habis dah. Cap dengan botol air tu boleh buat cenderamata percuma atau gift door je pun kepada semua peserta yang mendaftar.

Aku rasa kalau nak bagi duit hadiah yang kecil untuk budak-budak, baik tak payah bagi duit. Bagi sahaja piala atau piala (plastik pun takpe), lepas tu hamper, atau voucher KFC, habis cerita. Pertandingan level sekolah pun boleh bagi hadiah dan hamper yang grand sikit. Atau pun bagi hadiah dalam kotak hadiah, so orang tak tahu apa benda hadiah dalam tu. Kalau nak tarik peserta ramai sikit, buatlah grand prize tempat pertama sebuah basikal junior, barulah mantop dan ada kelas sesuai dengan konsep pertandingan iaitu pertandingan basikal.

Apa-apa pun ikut diorang lah nak buat macam mana, aku bukannya kerja kat KBS atau MSN pun nak bagi idea lebih-lebih. Diorang pun mesti dah ada ramai pegawai-pegawai yang bagus yang boleh fikir idea hebat-hebat, kan?

* * * * * * * * * *

Kemaskini dipetik daripada post FB Reza Zainal:
Saya skodeng halaman web JCM (Junior Cycling Malaysia) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (http://www.jcm.my/).

Rupanya penyertaaan bukan hanya memerlukan pendaftaran TETAPI dikenakan yuran pendaftaran.

Ya, JCM collect wang penyertaan.

Seorang ibu mengeluh yang dia dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20 untuk anaknya (http://www.hmetro.com.my/node/130220).

Let me get this straight.

JCM bawah KBS kutip RM20 untuk seorang peserta junior dan hadiah nombor satu adalah RM30..?

Are you kidding me..?

JCM buat duit ke nak menjana talent remaja..??

Menurut laporan NST, Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan 2 juta ringgit untuk circuit JCM.

2 JUTA RINGGIT. (http://www.nst.com.my/node/138962)

So budget 2 juta dan JCM jugak mengambil yuran pendaftaran untuk peserta.

Rintihan Khairy Jamaluddin...

I quote..

Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.

End of quote

Wah, Khairy tak mahu kanak-kanak dibiasakan dengan wang tetapi mengenakan yuran RM20 untuk kanak-kanak itu masuk pertandingan.

Hebat Khairy bermain perkataan.

Adalah salah untuk memberi habuan wang ringgit yang banyak pada kanak-kanak tetapi adalah tidak salah untuk mengenakan yuran RM20 untuk kanak-kanak tersebut.

Hadiah tempat pertama untuk peserta bawah 11 adalah RM30 dan tempat kedua adalah RM20.

Jadi yuran pendaftaran adalah sudah hadiah tempat ke-2

Hebat YB Khairy memain sentimen kanak-kanak tidak boleh mendapat habuan duit.

Tetapi disebalik itu mengenakan yuran kepada peserta.

HEBAT YB.

HEBAT..!!

Dan berikut adalah hadiah kemenangan untuk pertandingan Fun Race yang kelihatan dianjur di sebuah pusat membeli belah... maka biarlah gambar berbicara.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pertandingan event acara jcm junior cycling malaysia kj khairy jamaluddin kbs msn hadiah sikit ciput duit cek gergasi 

13 ulasan:

  1. Sedih pulak aku tgk budak yg dpt botol air

    BalasPadam
  2. Betul2..setuju bab hadiah tu..hamper pun xde la nmpk sedih sgt kkn. Ni bg dgn gedabak gtu. Mcm jumlah dia byk gile haha

    BalasPadam
  3. Betul2..setuju bab hadiah tu..hamper pun xde la nmpk sedih sgt kkn. Ni bg dgn gedabak gtu. Mcm jumlah dia byk gile haha

    BalasPadam
  4. paling tidak pun, bagi la hamper.

    nampak besaq sikit.

    tak pun, hadiah tu kasi bungkus elok-elok.

    ni replika cek, memang cari pasal la.

    BalasPadam
  5. so brapa peruntukan pengajurannya?? jeng jeng jeng!!!

    BalasPadam
  6. mcm hadiah hari sukan sekolah.. nmbr 4 dpt botol air.. nmbr 1-3 dpt tuppuerware besar..

    BalasPadam
  7. Yup...sbnrnya sbb replika cek tu yg isu ini panas..kalau bg dlm sampul atau x bagi pun xpe, ganti dengan hamper pun ok.

    For haters, ni modal baik hentam politicians...tp bg sy, ambil yg positif n buang yg negatif...maybe ni leh dikatakan free advertsiment supaya leh jd sensasi n dpt sponser dr pihak swasta....mcm sudah tertulis pulak?

    Penganjuran program ni dah bagus, asah minat berbasikal ala2 LeTour de Langkawi sejak mula..tp kesian, hadiah x byk, sakastik pun ada. All de best!

    BalasPadam
  8. mcm bodoh je bg hadiah rm10. dia igt ni tahun 70-an ke org beli barang guna duit syiling. baghal betul puak2 ni. lg baghal org yg mengundi diorang.

    BalasPadam
  9. sebenarnya tak berbaloi untuk membuat jasa untuk negara ni.. cukup! biarlah negara ni terkenal dgn kebolehan menyusun payung dan pusat pembangunan pseudosains je..juga diperintah oleh korupsi.. x lebih daripada tu.. itu sudah memadai..

    BalasPadam
  10. Ini pun nak jd isu.. maleis2.. apa nak jd.

    BalasPadam
  11. sah nok horom yg ada sebahagian penganjuran ni politikkan sebahagian duit tu ...klu free xpe la ni siap ada yuran pastu duit prize mcm tu memang la logik orang complain....

    BalasPadam
  12. bg hamper je dh okay dh..ini bg rm30 lepas tu mock up check tu koman2 dkt rm0 kos die.. ape la..penganjur die..x prihatin langsung

    BalasPadam
  13. lol betul KJ sejak rm100juta kantoi ni..
    macam mana la orang tak kaitkan isu ni dgn skandal rm100j tu..
    memang make sense pun..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.