Selasa, 19 Julai 2016

7 Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata

Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Gambar hiasan

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah ahli masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

‪#‎MFS‬

* sebuah rasa yang diperam lama.

* * * * * * * * * *

Artikel ini ditulis oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di FB miliknya. Selain mengajar, beliau juga sering turun ke padang memberi bantuan kepada golongan susah dan terlibat dalam aktiviti kemanusiaan. Boleh follow FB beliau untuk mengikuti penulisan aktiviti dan buah fikiran beliau yang bernas.

Tentang artikel ini aku tak mahu komen apa sangat cuma berharap pemegang kuasa dan amanah surau dan masjid dapat mempertimbangkan cadangan ini. Jika ada pihak pengurusan masjid/surau yang memang sudah laksanakan baguslah. Di samping itu kita pula sebagai orang awam perbanyakkanlah memberi sumbangan kepada surau/masjid, membayar zakat serta menderma kepada fakir miskin.

Dan kenapa kita perlu memberi sumbangan kepada surau dan masjid? Kerana surau dan masjid juga perlu membayar utiliti seperti bil elektrik dan air yang rata-ratanya berkali-kali ganda dari bil utiliti rumah kita. Sepatutnya pihak pengurusan rumah ibadah ini tidak perlu meminta-minta dari orang ramai untuk membayar bil utiliti sekiranya kita semua mempunyai kesedaran untuk bersama-sama menjaga rumah ibadah kita sendiri seperti pandangan bernas daripada Cikgu Abd Ghani Haron ini.

Ok sekarang cerita sampingan dari kisah masjid dan surau ini...

Sebenarnya di FB ramai orang yang mempunyai penulisan yang penuh dengan informasi, idea, pandangan, kritikan dan buah fikiran yang bagus dan hebat-hebat, malah ramai di antaranya yang turun ke padang dan melaksanakan sendiri aktiviti kemasyarakatan lalu mengajak orang ramai turut sama menyumbang.

Namun tidak kurang juga manusia yang hanya tahu mencuri buah fikiran orang lain, dengan tidak malunya bukan sahaja mengaku ia adalah idea sendiri, malah hanya sekadar bersembang sahaja di media sosial dan tidak melakukan dengan sendiri pun aktiviti kebajikan pada penulisan yang diciplak dan plagiat tu, seperti mana artikel cikgu Mohd Fadli Salleh di atas ini dicuri lalu diklaim oleh orang lain sebagai tulisan sendiri seperti post berikut.


"Saranan saya ini"? Dengan tak malunya mengaku artikel yang diciplaknya adalah cadangan dan saranan sendiri.


Mengaku pula melakukan sendiri aktiviti kebajikan tersebut sedangkan artikel tu bukan dia yang tulis pun.


"Tak tau malu dan tak peduli orang lain"? Oh ironinya...


Baguslah ramai share artikel ni, tapi yang dapat nama bukan pemilik asal artikel tapi orang lain. Sapi punya susu lembu yang dapat nama.


Tolong, tolonglah jangan angkat dia jadi wakil rakyat. Belum apa-apa dah menipu dan klaim idea orang lain sebagai idea sendiri.


Tak tahu macam mana orang macam ni berfikir. Sangat delusional, hidup dalam penuh hipokrit dan kepura-puraan.

Hal yang sama pernah berlaku kepada aku suatu ketika dulu ketika mana seorang lelaki yang berimej ustaz mencuri penulisan aku dan klaim sebagai tulisan sendiri. Boleh baca kisah ini di entry ini - "Kisah si plagiator dan macai-macainya".

Malangnya orang-orang macam inilah yang sering diangkat jadi pemimpin. Belum apa-apa sudah mempergunakan hasil usaha lain demi nama dan kepentingan diri, jika sudah menjadi pemimpin tidak hairan lah jika tanpa rasa bersalah mengkhianati amanah yang diberikan demi kesenangan dan kepentingan peribadi.


Serius, jijik betul aku dengan manusia macam ni. Langsung tiada rasa malu, tiada maruah, tiada harga diri.

Jijik!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: masjid surau juta mahal mewah asnaf depan mata sedekah amal jariah sumbangan dana tabung plagiat ciplak

7 ulasan:

  1. the 3rdforce raja shamri aku rasa setakatni diorang yg paling aktif duk bantu asnaf. bulan puasa hari tu diorg aktif sgt bg bantuan beras & lain2keperluan. boleh follow page beliau.

    aku rasa lagibagus kalu kita bg derma dkt 3rd force ni instead of complain pasal pusat zakat baitulmal & lain2

    BalasPadam
  2. Ni baru sedikit...in reality working exp selalu org bawah buat kerje bagai nak rak..bila sucessfull bos dpt kredit n dinaikkan pangkat/bonus berganda2..org bawah still x pergi ke mana. Bila x sucessful, terbalik plak org bawah kena kick-out.

    Papepun setiap yg berlaku ada hikmahnya....tp sy still membantah keras konsep copy paste hak cipta org lain. Biase la org kita jenis malas, nak senang glamor n kaya buat copy paste entry.

    BalasPadam
  3. noob xda org tau ke tu artikel kopi pes?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kecoh dah kat FB pemilik asal artikel tu. Owner asal artikel pun dah PM si penciplak tapi tak dilayan.

      Padam
  4. Boleh tiru cara gereja kendalikan tabung untuk golongan yang memerlukan tapi jangan tiru bulat bulat. Kalau nak buat tabung awam, buatlah secara sistematik dan teratur bukan secara terbuka yakni boleh diambil oleh sesiapa jua.

    Sebabnya begini, alangkan tabung berkunci kena kopek dan sipengopek pulakan tidak nampak perlukan kandungan dalam tabung untuk membeli keperluan asas sebalik keperluan yang meragukan, makanya kalau tabung di biarkan terbuka kebimbangannya ialah, pihak yang memerlukannya mungkin tak sempat 'merasa' nikmatnya apabila pihak yang memerlukannya untuk membeli barangan 'terlarang' terlebih dahulu mengambilnya.

    Dalam kata lain tabung yang dikendali secara sistematik dan menuju sasaran tepat harus disokong sepenuhnya.

    Sebaliknya tabung yang tidak dikendalikan secara sistematik yang secara tidak langsung membantu gejala tidak sihat bercambah, harus dielakkan.

    BalasPadam
  5. Tp sy ada baca satu artikel..mengatakan jumlah kutipan zakat cecah few millions, tp pada masa sama jumlah yg diberi semua kpd asnaf adalah lebih sedikit dr perolehan. Pada masa sama, org yg handle agihan zakat pun akui terlampau ramai asnaf zakat n kerje mereka pun mencari mereka kat luar siap bantuan few hundred RM setiap bulan.

    Tp still kutipan zakat yg ada x cukup...sbb x silap sy x ramai antara kita yg byk zakat pendapatan...jika ditanya zakat apa yg anda byr ramai ckp byr zakat fitrah je yg x byk mana pun. Cuba hampir 90% muslim kat msia byr zakat pendapatan sekitar rm50 utk gaji kelas menengah, rasa2 tabung zakat kita jauh lagi byk utk bantu golongan asnaf yg terpinggir

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.