Ahad, 7 April 2013

94 Ulasan Manifesto Barisan Nasional PRU-13

Pada malam tadi selesai sudah majlis pelancaran "Manifesto Barisan Nasional" untuk Pilihanraya Umum ke-13 oleh Pengerusi BN iaitu DS Najib Razak di sebuah acara gilang-gemilang Perhimpunan Janji Satu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil yang dipertonton secara live di RTM1 dan TV3. Untuk manifesto lengkap boleh lihat di sini. Pakatan Rakyat telah pun mengeluarkan manifestonya sebelum ini seperti di sini.




Antara point2 utama dalam manifesto mereka adalah seperti berikut:
  1. Menangani Kos Sara Hidup - menambah dan mempertingkatkan BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan, KR1M, Klinik 1Malaysia, produk 1Malaysia dan lain2. Juga penurunan harga kereta antara 20% - 30%, penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20% serta dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
  2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar.
  3. Menyediakan Rumah Mampu Milik - membina 1 juta rumah mampu milik.
  4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti.
  5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam - antaranya membina rangkaian rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura di mana masa perjalanan hanya akan mengambil masa 90 minit sahaja.
  6. Pembangunan Infrasturktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar - antaranya pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat serta menyelesai masalah air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif.
  8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara.
  9. Meningkatkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam - meningkatkan jumlah polis, program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2.
  10. Memperkasa Penyertaan Wanita.
  11. Memenuhi Aspirasi Belia.
  12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial.
  13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama.
  14. Memerangi Gejala Rasuah.
  15. Memperkukuh Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus.
  16. Gerakan Kesederhanaan Global - berjuang penubuhan negara Palestin, memperbanyak program kemanusian di seluruh dunia dan lain2.
  17. Memelihara Sumber Semula Jadi.

Berikut adalah sedikit sebanyak pandangan dan ulasan aku mengenai manifesto Barisan Nasional:
  • Manifesto ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada usaha dan program kerajaan yang telah dilaksanakan sejak zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri.
  • Kalau nak compare dengan manifesto PR sebelum ni, banyak perkara2 yang berkaitan dengan pembangunan dan kesejahteraan rakyat lebih kurang je, aku taknak komen sangat korang boleh baca sendiri kat manifesto kedua2nya. Daripada segi pembangunan infrastruktur, aku nampak manifesto BN mempunyai kelebihan. Tapi dari segi pembangunan modal insan, manifesto PR mempunyai kelebihan.
  • Terdapat beberapa isu penting yang aku rasakan boleh dibuat perbandingan:

    Air
    BN - Memperluaskan bekalan air bersih.
    PR - Menurun tarif/caj air.

    Elektrik
    BN - Mempertingkat bekalan tenaga elektrik.
    PR - Menurun tarif/caj elektrik.

    Tol
    BN - Mengurang bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
    PR - Mengambil alih lebuhraya secara berperingkat untuk menghapuskan tol.

    Kereta
    BN - Mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20% hingga 30%.
    PR - Menurun harga kereta dengan menghapus cukai eksais secara berperingkat.

    Rumah
    BN - Membina 1 juta rumah mampu milik digerak sektow awam dan swasta, termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
    PR - Membina 150,000 rumah mampu milik kategori kos rendah (bawah RM75K) dan kategori kos sederhana (antara RM150K - RM250K).

    Minyak
    BN - Tiada dinyatakan.
    PR - Menaikkan royalti minyak negeri dari 5% ke 20% dan turun harga minyak.

    Pengangkutan Awam
    BN - Mengembang Sistem Bas Rapid lengkap dengan kemudahan untuk warga emas dan OKU, memperluas sistem rel MRT, LRT dan Komuter, membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di pekan dan bandar, susun semula laluan bas, meningkat jumlah permit teksi individu dan membina rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluas sistem landasan kereta api berkembar.
    PR - Pengangkutan awam percuma kepada OKU, rombak sistem pengangkutan awam Lembah Klang, pelaburan RM2 bilion untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang, membina sistem keretapi laju antara bandar.

    Kemudahan Jalanraya
    BN - Membina Lebuhraya Pan Borneo dari Sematan, Sarawak ke Serudong, Sabah, membina Lebuhraya Pantai Barat dari Banting-Taiping serta menyambung Lebuhraya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat, membina lebih banyak jalanraya berturap di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
    PR - Membina Lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

    Pendidikan
    BN - Bahasa Inggeris matapelajaran wajib lulus SPM, lebih banyak biasiswa disediakan, peruntukan khas semua jenis sekolah, bina lebih banyak sekolah, insentif RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawar kelas pendidikan khas, transformasi sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar dan lain2.
    PR - Pendidikan percuma sehingga pengajian tinggi serta elaun sara hidup, mansuh PTPTN, Sekolah Janaan Rakyat, 5,000 biasiswa anak2 Orang Asli, 1 juta dilatih melalui Skim Perintis Rakyat, 5 universiti teknikal, 25 sekolah vokasional dan lain2.

    Penjawat Awam
    BN - Skim Gaji Transformatif, semak elaun dan pergerakan gaji khas 3% kepada yang mencapai gaji maksimum, lebih banyak peluang kenaikan awam, lanjut tempoh pegawai kontrak dan serap kakitangan kontrak yang cekap dan lain2.
    PR - Pakej penggajian dan perkhidmatan baru, kembalikan prestif dan kemulian serta bebaskan penjawat awam dari campur tangan politik. 

  • Beberapa isu2 yang selalu dibangkitkan sebelum ini yang aku rasa perlu diambil berat seperti isu monopoli dan kebebasan media tidak dinyatakan dalam manifesto BN. Walau dalam manifesto ini banyak janji2 yang dilihat menguntungkan rakyat, tapi dalam masa yang sama ia tidak menyentuh tentang perkara2 yang dilihat boleh mendatangkan kerugian kepada mereka sendiri. So nampaknya kita tidak akan nampak perubahan kepada dua perkara tersebut.

    Tengok sahajalah majlis pelancaran manifesto BN yang ditayangkan secara live selama 2 3 jam di saluran TV utama. Adakah pihak PR juga diberikan peluang sedemikian di media2 mainstream untuk menjelaskan manifesto mereka? Berbeza seperti demokrasi yang diamalkan di negara2 maju seperti USA, semua parti politik diberi peluang sama rata dan adil untuk berkempen di media2 utama malah calon2 pemimpin juga berdebat secara langsung beri penjelasan kepada rakyat agar rakyat dapat menilai sendiri bakal pemimpin yang akan dipilih untuk menerajui negara.

  • Ada satu point buat aku tertarik di bawah perkara Memenuhi Aspirasi Belia iaitu mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan. Yang ni aku harap mengkaji semula undang2 tu bermaksud mengetatkan lagi peraturan berkaitan dunia hiburan seperti garis panduan berpakaian, babak lakonan dalam filem, drama, acara, konsert dan lain2 yang berkaitan dengan nilai moral, bukan memberi lebih kebebasan kepada mereka dalam perkara2 yang melibatkan moral sebab isu ni dalam dunia hiburan dah lama sangat dan semakin tak terkawal dan membarah.
Salah satu barah dalam industri seni hiburan tanahair.

Bagi aku kebanyakan janji2 dalam manifesto atau akujanji BN bukanlah suatu yang baru, tapi aku yakin yang ia boleh dilakukan kerana itulah apa yang mereka buat selama 4 tahun ini pun. Kebanyakan perkara dalam manifesto itu pun adalah untuk membantu orang2 yang berpendapatan rendah. Tapi di saat kita fokus kepada orang2 berpendapatan rendah, bagaimana pula dengan orang2 berpendapatan sederhana dan tinggi? Mereka juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, oleh itu mereka juga mestilah mahukan sesuatu juga yang dapat menguntungkan mereka sekiranya mengundi mana2 parti. BR1M, PR1MA apa semua tu dah konfirm la diorang tak layak dapat.


Di masa itulah perkara2 seperti air, elektrik, tol, kereta, minyak, pengangkutan awam, rumah dan lain2 memainkan peranan, di mana sekiranya berlaku penambahbaikan serta penurunan harga, semua golongan boleh merasa sama ada orang miskin, sederhana atau kaya. At least takde mana2 golongan yang merasakan diri mereka di anak tirikan.


Cuma satu benda yang aku betul2 rasa hairan pasal penurunan harga kereta. Kita dah berpuluh2 tahun hidup di Malaysia dengan harga kereta yang tinggi, tapi sebelum2 ni takde mana2 parti pun yang nak masukkan dalam manifesto diorang walau isu ni dah lama orang bangkitkan. Aku pernah cakap manifesto Parti Otak Bersatu mengarut aku dulu yang aku tulis pada 16 Julai 2012 yang aku nak turunkan harga kereta. Pada 24 Julai 2012, tiba2 Rafizi cakap nak masukkan pengurangan harga kereta dalam manifesto PR. Dan sekarang BN pun masukkan pengurangan harga kereta dalam manifesto BN. Mungkin sebab masing2 dah perasan yang penurunan harga kereta merupakan antara janji memancing undi yang efektif. Dan adakah ada kepimpinan tertinggi BN dan PR yang baca blog aku nih??? Jeng jeng jeng...


Baca lagi di Berita Harian, Sinar Harian dan Malaysiakini.




tags: manifesto rakyat didahulukan bn barisan nasional umno mic mca ulasan pandangan komen pru13 pilihanraya 13 2013 perhimpunan janji satu malaysia stadium putra bukit jalil live streaming rtm tv3 menepati aku janji membawa harapan najib razak untuk semua akujanji 

94 ulasan:

  1. oh haa 1st

    tq noob atas review yg menarik dan mantap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Review menarik dan Copy Paste manifesto BN yang menarik.

      Ludah terkena muka sendiri. kah kah kah

      admin BANkami

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkah..padan muka...komen kena delete...

      Padam
  3. dalam ucapan najib = saya dgn rendah dirinya ingin bertanya kpd tuan puan,antara anwar,hadi awang dan saya,siapa yg lebih layak jadi PM??? najiibbbbb!!!

    gila syok sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 jam majlis pelancaran manifesto bn,lbh byk masa najib gunakn utk hentam manifesto pr & kutuk pemimpin pr...lbh baik majlis ni dinamakan majlis mengutuk pakatan rakyat yg bodoh & hina...lgpun kan najib ckp,bn satu2nya parti yg mulia

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. so undi BN masuk syurga?

      Padam
  4. gila ahh scene amukan azazil malam pertama. tak ubah macam filem porno indon
    dulu rusdi ramli + nora danish. skrg remy ishak. bengong punya pengarah..ni mesti terlebih layan video melayu 3gp dkt rumah sambil melancap dpn laptop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. ko ni memang celaka la ahmadxxx, tak payah la nak menyamar jadi orang lain. apa sebenarnya dalam kepala otak kau? dah tak fikir agama ke?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. Abam noob xbaik marah2 nanti cepat tua. meh la sini kulum batang aku yg tgh keras ni auww auww..

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  5. lol. bab cukai eksais kereta, interedt loan perumahan 4% tu semua dah lama org diskus la noob. cek dalam forum forum mcm lyn dan pembangkang. before blog ko wujud lagi rasanya. cuma yg aku confuse kejap najib kata negara bankrup kalau turun cukai kereta, apesal dia copy cat plak. lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.

      Padam
  6. 14. memerangi rasuah? lol

    sprm tak layak siasat saya-taib mahmud.
    kenapa sy kena minta maaf?-shareeezat nfc

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam 50 tahun pegang kerajaan tahap rasuah membimbangkan.. nak bagi 5 tahun lagi huh..

      Padam
    2. Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

      Padam
  7. thanks sbb buat review. akibat ketiadaan tv dan internet yg limited, x boleh nk tgk manifesto... haih -_-
    pape pn... undiku dah sedia dipancing. ahaha~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  8. BN bleh la bg byk2 yg dia janji 2..tp nt korang tgk la harga minyak mcm mana nnti. Mesti dorng cover blk mlalui harga minyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mb slangor kata manifesto bkn janji,mcm mne tu?

      Padam
    2. manifesto memang bukan janji tetapi dekrlarasi sesuatu parti..
      ada banyak faktor dalam melaksanakan deklarasi..

      PR sepatutnya lebih telus dalam menjelaskan perkara ini.. kenapa dan mengapa banyak dalam manifesto tidak dapat dilaksanakan lagi..

      BN juga ada banyak manifesto semasa pilihanraya.. yang rakyat tak ambil kisah.. dan tidak dilaksanakan.. Sebab itu mereka ambil tak kisah dan hanya cuba memenangi hati rakyat dalam pru13 dengan BR1M dan sebagainya sebab sebelum2 ini rakyat tidak demand..

      Memang bagus untuk rakyat perihatin manifesto PR dan menuntutnya.. seperti saman yang dikemukan oleh suri rumah di Selangor.. Ini amat penting supaya PR sentiasa bekerja keras dalam menunaikan manifesto mereka.. perkara sama juga haru dilakukan untuk BN..

      Tapi Rakyat jangan lupa pemberian Br1m elain dan sebagainya menambahkan hutang negara.. memang rakyat sedap je dapat duit tapi masa depan kos pembayaran bunga dsb pembayaran akan ditangung rakyat.. Mungkin hari ni seronok dapat Br1m rm 500 tapi masa depan anda belum tahu yang anda mungkin akan kena bayar beratus kali ganda sebab HUTANG negara akan sampai ke rakyat..

      Padam
    3. yang dapat br1m sedap la. yang bayar tax la parah. duit cukai dihabis camtu jer. pembangunan negara hancor

      Padam
    4. Memang TAX PAYER yang kena cukai setiap bulan bayar bukan RM500 malah ada lebih.. lepas tu claim duit tu BN punya.. wei sape yang urus takbir kerajaan pun boleh buat le..

      Padam
  9. sebagai pengundi kawasan bandar, aku lebih tertarik dengan dasar dasar dalam manifesto buku jingga yang nak hapuskan konsesi tol yang telah lama bertapak macam jambatan pulau pinang dan plus. now aku ulang alik dari mainland ke island. kadar tol yang perlu di bayar setiap hari rm 1.40 untuk motosikal, tapi kalau naik kereta rm7. nah! sebulan paling minimum 20x akan ke island untuk kerja. 20x7=140. rm140x12bulan=rm1680! so, kalau konsesi tol p.pinang yang lama dah habis pinjaman bank tu di hapus, aku dapat jimat rm1600 setahun. BN plak nak up bantuan BR1M hingga RM1200. malangnya aku tak dapat BR1M. kalau dapat pun, masih tak setanding dengan apa yang aku dapat daripada penjimatan tol.

    bab minyak, BN langsung tak sebut nak turunkan harga minyak. sedangkan minyak adalah faktor utama kenapa kos sara hidup kat malaysia makin tinggi dan kuasa beli makin menurun. kat singapore aku boleh jumpa set sarapan white coffee+soft boiled eggs+sekeping roti bakar dengan harga 2dollar. kat kl mana nak dapat? so, aku memilih dasar manifesto buku jingga sebagai dasar pemerintahan untuk kerajaan malaysia selepas pru13 nanti.

    dan yang penting sekali kenapa aku nak tampuk pemerintahan kat malaysia ni berubah sebab aku dah muak dengan parti yang sama memerintah negara. 55tahun dah cukup pada aku. aku nak juga lihat pemerintahan dari kerajaan baru. dasar dasar yang baru. sistem politik baru. kalau 33 tahun lalu rakyat korea selatan buat perubahan dalam pemerintah negara dorang, kenapa aku tak berani nak buat perubahan? kalau 100k student di korea berani turun ke jalan raya dengan rakyat2 marhaen untuk mendapatkan hak dorang, kenapa aku tak berani? cuba lihat korea sebelum dan selepas revolusi rakyat. pentadbiran kerajaan lebih cekap. kuasa tirani jatuh. rakyat lebih demokratik. jangan kata negara jer jadi maju, bola sepak pun maju!



    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semestinya yg baru itu baik. Kalau kerajaan Pulau Pinang sendiri nak buat terowong pun nak kenakan tol so sama je la. Kalau kau taknak kena tol kau duduk la kat pulau. Kenapa kau duduk kat mainland. Kau tau tak siapa yg main spakulasi sampai harga rumah di pulau tu mencanak naik?
      Jangan la banding harga sarapan di Singapura dgn K.Lumpur. bagaimana pula dgn harga harga barang lain.
      Kalau kau nak turun ke jalan raya merusuh suka hati kau la kenapa nak ajak org lain sekali. Engkau duit banyak boleh la duk merusuh. Org lain ada banyak kerja lain nak cari rezeki. Yang engkau duduk aman dapat pelajaran selama ni engkau tak fikir. Engkau seorg la yg fikrah pokok tualang.

      Padam
    2. betul yang baru tak semestinya baik. tapi kalau yang sedia ada tu buruk, aku prefer mencuba yang baru dan buang yang lama. look forward bro. bab konsesi tol tu, cubalah ko baca dan faham betul betul. aku menyokong tol yang telah tamat perjanjian konsesi di hapuskan bayaran. kalau yang baru buat, yang ada pinjaman bank, aku tak kisah kerajaan nak kutip. asalkan bila tamat perjanjian konsesi, tol mesti percuma sebab modal dan keuntungan dah dapat. macam tol penang bridge, 2018 tamat konsesi. takkan nak kutip tol lagi lepas tu? sementera nak sampai 2018 boleh la kerajaan menurunkan harga sedikit demi sedikit untuk meringankan beban. ok bro?

      Padam
    3. Dah 5 tahun PR di p.pinang kenapa tak de usaha nak hapuskan tol jambatan tu? Kuasa tanahkan di tangan kerajaan negeri. Tukar je la status tanah tu kepada status lain. Guna kuasa undang undang. Kalau ada usaha macam tu barula boleh kita nak percaya. Ini kerajaan DAP cakap je buatnya tidak. Kenapa mereka tidak bertindak?

      Padam
    4. bro tian chua. better lu baca dulu perjanjian konsesi tol tu. contoh mudah lu tengok apa jadi bila kerajaan selangor nak ambil alih syabas. ok, selamat membayar tol.

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    6. kadar tol yang perlu di bayar setiap hari rm 1.40 untuk motosikal, tapi kalau naik kereta rm7. nah! sebulan paling minimum 20x akan ke island untuk kerja. 20x7=140

      LOL ..
      Mecha, Kenapa tak beli TNG kat jambatan ada kadar diskaun 20% Kalau naik motor cuma RM 1.12 dan naik kereta Rm5.60. Kompeni pun ada bagi cover tol ni macam kampeni sekarang bagi kad TnG untuk jambatan, kampeni aku kerja dulu dia masuk akaun bank, ada pulak sesetengah kampeni leh claim tol jambatan... :)

      Padam
    7. yup. memang ada tng diskaun tu. malangnya kampeni aku tak bagi rebate tol macam kampeni ko. cuba ko tanya staff gomen. dapat tak rebate tol tu.
      btw selamat membayar tol. :)

      Padam
    8. Kira MNC company ni lebih baik dari kerajaan :) dan la kita dicukai keliling ditol lagi.. lol..

      Padam
    9. mecha harusnya berjuang dari peringkat syarikat juga utk dapatkan rebat TnG tuh.

      Apa2hal pun ku setuju yg tol jambatan tu patut dikurangkan dari dulu lagi. mungkin pasal perjanjian konsesi tu kerajaan persekutuan taknak tanggung rugi sangat. (reminder to everyone, PLUS is a GLC and PLUS is definitely making too much money)


      tapi aku masih tak nampak lagi macam mana Malaysia boleh kurangkan harga minyak. nak kurangkan dengan subsidi dari kerajaan lagi ke? tsk..
      harga minyak rendah hanya bagi untung besar pada penyeludup, penyeleweng minyak (org yg dapat subsidi minyak tapi pi jual kat org lain) pengguna2 dari singapura dan thailand serta orang2 kaya.
      orang miskin dan yang berpendapatan sederhana dapat untung sedang2 je.


      Padam
  10. manifesto bn ni ditayang kt tv lepas parlimen dah bubar.. BOLEH KE?
    patut bagi pr pn bermanifesto kt tv gak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Nampak ketidakadilan disitu macam pilihanraya ni BN aje yang bertanding lol..

      Padam
  11. Inginkan pendidikan percuma. Baca ini dulu...
    1.Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Dah kira pendapatan negara2 pendidikan percuma ke? Kos boleh dicover jalau takda ketirisan.. kita kaya sebenarnye pendapatan kita cukup bagi

      Kalau kerajaan yang patutnya beli kuih seketul yang harga 20sen dicas sampai rm3 memang la pendidikan percuma akan buat Malaysia bangkrap..

      Padam
    3. Kalo Rose tak guna duit rakyat... Again duit rakyat i.e. Pembayar cukai (bukan duit kerajaan ye atau duit parti memerintah), untuk berpoya poya atas nama urusan rasmi, duit itu boleh di salur ke pendidikan. Tak percaya? Try undi parti yg mencadangkan pendidikan percuma, see what will happen.. ;-)

      Padam
    4. saya tak setuju kalau ada pendidikan percuma. kenapa ?

      tgk budak2 sekarang. dah bg PTPTN. elaun makan. lengkap.

      endingnya ?

      enjoy sini sana. lagi kalau diorang di bagi pendidikan free. nak ke diorang belaja encik2 oi.. lagi lah diorang enjoy. haha

      Padam
  12. harga KERETA TURUN 20%..
    akan tetapi..
    HARGA MINYAK xTURUN..
    GAJI masih rendah..
    PTPTN masih menghantui..
    KOS SARA hidup masih mencekik..
    AES mengintai3..
    RASUAH berleluasa..
    POLIS sebuk jaga AHLI POLITIK..
    JENAYAH SOSIAL makin meningkat..
    PATI semakin ramai..
    HUTANG NEGARA cecah TRILLION..
    KERAJAAN masih membazir..
    beli JET mahal dr harga pasaran..
    MENTERI taraf SPM..
    PM dan RM berjoli3..
    TANAH makin banyak tergadai..
    MINYAK makin kering..
    CUKAI makin naik..
    RUMAH makin mahal..
    HUTAN makin nipis..
    SAMSENG makin mengila..
    GULA naik..
    TOL naik..
    MINYAK MASAK naik..

    BalasPadam
  13. minyak?
    - gaji naik harga barang naik.. sama je... ingat senang ke nak kawal harga barang? Siapa yg kuasai ekonomi negara ini dari merdeka lagi?
    -PTPTN kalau nak percuma belajar rajin rajin dapatkan 1st class degree. Dapatla free. Belajar malas semua nak percuma.
    -

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula mula aku x caye manifesto pr nk turun cukai kete sbb kerajaan kate negara bankrap. alih2 bn pun tiru manifesto pr. so ak caye mmg cukai kete ble turun mcm rafizi kate.

      Padam
    2. Sebenarnye AP kereta tu mengayakan KRONI.. ramai tak sedar Cukai menyebabkan harga kereta jadi 300% dari harga sebenar.. dan 100% dari harga ni pula masuk ke poket pemegang AP. Kalau AP dihapuskan harga kereta bukan boleh turun kepada 20% malah 1/3 dari harga kereta sekarang.

      20% adalah sikit sangat.. kalau turun 20% pun ingat PEMEGANG AP ni nak tampung kerugian ini? ada mecanisma lain untuk ganti kerugian 20% ni.. mungkin akan ditampung kerajaan dan kurangkan cukai di bahagian kerajaan eksais duit import.. atau mungkin akan ada cara lain mengantikan kerugian 20%.. tunggu dan lihat.. :)

      contoh bajet beberapa tahun lepas start cas rm50 untuk setiap keping kad kredit atas alasan mengawal pengunaan kad kredit.. Sape ada kad simpan hanya utk kecemasan memang terasa..

      Dulu bonus elaun tak ditax, tapi bermual beberapa tahun lepas bonus elaun semua dimasukan dalam slip gaji dan ditax.. :) belum kira goverment tax atau cukai perkhidmatan dalam semua barangan..

      cukai ni nampak sikit 6% aje tapi darab 28 juta rakyat sebenarnye memang banyak..

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Penjelasan yang mantap.

    BN boleh ciplak idea Pakatan Rakyat, tapi BN tak mampu ciplak integriti dalam urus tadbir perbendaharaan negara.

    Satu benda yang rakyat kena fikir, BN janji nak bagi banyak BR1M, ada duitkah? Ingat, hutang kerajaan Malaysia dan mencecah lebih RM 500 billion. Siapa yang akan tanggung semua duit-duit yang BN nak taburkan kepada rakyat?

    Fikir, setiap benda di dunia ni ada asal-usul. Sama juga dengan duit BR1M. Poin saya, rakyat janganlah selesa sangat dengan BR1M dan yang sewaktu dengannya sehingga membutakan mata terhadap banyak penyelewengan, rasuah, dan salah guna kuasa oleh BN selama 55 tahun memerintah Malaysia.

    BN nak turunkan harga kereta juga? Tu tiru manifesto Pakatan Rakyat namanya. BN telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir Malaysia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa Saya menyokong penuh pendapat
      cik lyn. Tukar kerajaan !

      Padam
    2. Memang best mengata ni8 April 2013 pada 2:29 PG

      memang TAX PAYER macam aku menyampah saban hari tayang kat TV? untuk apa? nak simpati tu ler..

      Duit tax ambik pastu bagi kat orang lain kecoh kononye BN ni hebat sangat.. Apa ingat RM 500 yang gomen tax kat orang ni tak bernilai ke? Kami ni kerja setiap hari cop duit ke apa..

      Kami sumbang kat kerajaan Malaysia senang-senang BN chop kata tu BN punya..

      BN Saban hari suruh rakyat marhain bersyukur dan berterima kasih.. ada pernah berterima kasih kepada TAX PAYER macam kami? sikit pun tarak kan? Ada cakap terima kasih kepada rakyat kerana kemakmuran yang dikecapi dan sumbangan rakyat Malaysia yang berkemampuan.. kerajaan BN dapat beri BR1M tapi apa yang saban hari tayang? BN ni hebat la bn ni beri BR1M la.. bestnye..

      Padam
    3. Kalau taknak bayar tax banyak banyak.. bayarlah zakat lebih sikit.. pahala pun dapat.. atau pun buat derma ke pihak yg tax deductible sprt ke UNHCR. BR1M ni utk golongan susah.. mungkin saudara mara kau yg susah pun dapat juga. Nak harap kau yg bagi belum tentu baginya. So apa masalahnya? Ke kau pun nak juga BR1M ni?

      Padam
    4. lol. bukan masalah orang tak nak bayar tax. masalahnya pengurusan hasil pendapatan negara diurus tadbir la. kenapa yang sengal sangat?

      Padam
    5. Yea bukan masalah bayar TAX, masalahnya tu semua duit pembayar cukai duit kerajaan Malaysia BUKAN DUIT BN. Bukan duit dari Poket BN, Najib atau Rosmah.

      Tak nampak lagi? Kalau PR dapat pegang/jadi kerajaan pun duit yang sama PR kena urus nak bagi BR1M ke apa.

      Apa la POYO sangat sampai setiap saat nak kata BN ni hebat dan kena berterima kasih sebab dapat bagi BR1M? Padahal tu semua bukan ke duit Kerajaan Malaysia? Duit dari TAX PAYER?

      Padam
    6. hai cik lin oi.. PR janji nak bagi pendidikan percuma, ada duit kah???

      Ingat, hutang kerajaan Malaysia dan mencecah lebih RM 500 billion. Siapa yang akan tanggung semua duit-duit yang PR pulak akan taburkan kepada budak2 hingusan?

      persoalan ko back to u. sila la tolong jawap!!

      Padam
    7. sini aku tolong jawab untuk cik lyn. apa-apa dasar yang dicadang dan nak di laksana oleh kerajaan pemerintah akan menggunakan duit kerajaan melalui pendapat hasil mahsul negara seperti minyak, sawit,getah dan juga hasil dari cukai cukai perindustrian, perhotelan, hinggalah kepada pembayar cukai pendapatan individu. selain itu kerajaan juga boleh melaksanakan projek melalui dengan dana tambahan swasta melalui pinjaman bank seperti projek lebuh raya dan sebagainya. dalam kes pendidikan percuma, apa yang aku dengar anwar cuma nak ambil 6billion setiap tahun dari hasil pendapatan negara. so ada masalah?

      Padam
    8. Siapa yg mula dulu bagi duit cash kat rakyat? Bukan ke karajaan pulau pinang di bawah pimpinan khalifah lim guan eng yg bagi duit seratus ringgit kat warga emas selepas setahun pemerintahannya. So tradisi ini BN ikut la. Duit tax memangla kepunyaan kerajaan. Tak kirala kerajaan BN atau PR. Pandai la mereka gunakan. Dengan pemberian BR1M atau wang kpd warga emas tu tadi ia terus kepada golongan sasar. So mereka boleh guna duit itu utk keperluan dan akhirnya akan mengerakkan ekonomi setempat dan akhirnya boleh merancakkan ekonomi negara. Itu kesannya, itu salah satu langkah fiskal ekonomi. Dan yang dapat faedahnya secara langsung kepada mereka yg menerima. Mereka yg bayar cukai mendapat faedah tidak langsung.

      Padam
    9. Kerajaan Pulau Pinang takda pun suruh berterima kasih sebab bagi rm100 lol.

      Kalau ianya memberi IMPACT, Jadi bukan ke pergerakan ekonomi yang perlu ditekankan? bagaimana impact pemberian BR1M Bukan pemberian Br1M kepada golongan sasar?

      Nampak sangat Bn tak kompetetif kalau BR1M boleh menjana ekonomi maka buktikan dan tekankan yang itu.. tapi diulang2 Br1M saban hari suruh berterima kasih.. apa yang diberi tu bernilai.. Bukan ke tax yang kami bayar juga bernilai? Kenapa BN tak saban hari berterima kasih kepada TAX PAYER?




      Padam
    10. patutla BN nak turun cukai kete macam PR. rupanya BR1M pun copycat dari PR Penang? lol

      Padam
    11. Idea yg baik apa salahnya di tiru. Tapi kena la ada penambah baikan jangan la tiru bulat bulat. Macam kau buat assingment tiru kawan punya takde salahnya tapi janganla kau tiru bulat bulat sebijik sebijik. Buatla penambah baikan ubah bagi nampak lagi hebat. Janganla kau tiru tapi buat lagi cincai. Cit.. macamla kau tak pernah meniru dalam hidup ni.. jgn hipokrit.

      Padam
    12. another LOL
      tiru satu hal. pastu cakap idea musuh bagi bankrup negara. LOL
      pui!

      Padam
    13. kenapa cik lynn sendiri yang tak berani nak jawap soalan?? cik lynn confirm ke PR and PAS tak menyeleweng. klu betul pas nik aziz pandai mentadbir, asal banyak penyemak kelantan kat kl n selangor ni? pergi la kerja kat kelantan sana.

      "apa yang aku dengar anwar cuma nak ambil 6billion setiap tahun dari hasil pendapatan negara" hasil ni drpd mane? salah satu drpd tax yg aku bayar bulan2 kan? so apa beza PR dgn BN? PR pun sama dowww~~ je. ikut bontot ambiga

      Padam
    14. ada 2 isu ko sebut.

      1. pasal orang kelantan di kl. ko ada masalah ker dengan orang kelantan? kl tu bapak ko punya? ko negeri mana? asal kl?

      2. ko ckp BN dan PR sama in term of ambik duit rakyat. aku setuju. cuma BN guna untuk BR1M. tak semua orang dapat. PR guna untuk free education. semua rakyat malaysia dapat. ada beza kat situ.

      Padam
    15. Jangan risau la Kalau PR pegang BN musti akan carik salah PR punya songlap la seleweng la apa.. Macam PR buat sekarang :)

      Ianya bagus untuk audit bagitau kat rakyat pemimpin PR pun sama.. :) Tapi sebab sekarang PR tak naik lagi apa jaminan yang mereka ni songlap macam BN taknak bersihkan pemimpin BN yang songlap penyeleweng nak biarkan mereka hidup senang lenang dengan penyelewengan duit rakyat.. nak sara biawak hidup ni? mereka dengan bongkak drive merc 7 series depan korang hasil songlap duit rakyat korang cuma bawak proton saga lol..

      Padam
    16. aku ada masalah dgn puak2 yg terlalu mengagungkan nik aziz tapi menyebok kat selangor n kl ni.

      "PR guna untuk free education. semua rakyat malaysia dapat???"
      apa semua rakyat dpt.. aku dah konvo kot.. so apa yg aku dpt????
      nak tolong bayarkan ptptn aku???? aku dah habis bayar kot! so lagi sekali aku tanya, apa yg aku dpt???????????????????????????????????

      Padam
    17. masalah peribadi ko dgn beberapa org yg ko tak puas hati, takkan nak heret sekali dgn sumer org kelantan? lol

      kalau anak anak ko sekolah nanti, masuk u. ko tak nak ker percuma? atau ko nk anak2 ko amik ptptn cm ko gak? :)

      Padam
    18. Kalau free aku nak ambik master/PHD la..


      Padam
    19. amik ptptn kalau dapat 1st degree kan takyah bayar.. kira percuma la tu

      Padam
    20. hahaha.. beberapa org yg aku x puas hati?? puak2 ni beberapa org je ko ingat?? ko kire la berapa ramai yg obses dgn nik aziz yg dok n tgl kat kl n selangor ni..

      agak2 klu aku ada anak plg cikai sek dlm 6tahun akan dtg.. rasa2 6tahun akan dtg masih ada lg ke pendidikan percuma ni? buktikan dulu la weh, jgn gebang je lebih.. wwuuuu~~~

      Padam
    21. Tanpa Nama8 April 2013 9:19 PG kelihatan dah jd isu hangat di sini.. :)"ahli-ahli ekonomi" sedang mempertikaikan cadangan menurunkan harga minyak dan harga kereta oleh Pakatan Rakyat andai menang PRU13 kelak.

      Komen: tak semua cadangan Pakatan Rakyat yang saya setuju. Saya tak kisah kalau minyak tak turun harga (saya lagi suka, kalau tiada subsidi minyak) - insyaAllah saya tetap akan sokong dan undi Pakatan Rakyat!

      (pendidikan universiti percuma pun saya tak setuju)

      Saya mahu rasuah dibanteras. Saya rasa dengan pentadbiran selama lebih 55 tahun BN, rakyat patut dapat lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Saya muak dengan politik kotor BN!

      Saya tetap akan undi PAS, DAP, & PKR andai mereka bertanding di kawasan yang saya mengundi insyaAllah! Saya mahukan sesuatu yang baru sebagai perubahan untuk Malaysia.

      Biarpun PR tak janji untuk turunkan harga minyak.

      (lagi mahal minyak, lagi kurang orang guna minyak, lagi kurang pencemaran, kan?)

      #JomUbah!
      #undiPAS
      #undiDAP
      #undiPKR

      Tanpa Nama8 April 2013 9:48 PG.. Alhamdulillah, jazakallahu khair.

      Padam
    22. lagi mahal minyak, lagi kurang org guna minyak? yeke ni? habis tu nak pergi kerja naik apa? jalan kaki? naik public transport? public transport pun perlukan myk. buat lawak antarabangsa la weh.

      lg mahal rokok pun org tetap beli rokok okey. apatah myk mmg keperluan utk transport. yg aku pelik la tang org Pas ni, x de idea sendiri ke pertahankan korg punye parti ha? kenapa mesti nak join n ikut bontot PKR n DAP tu? asal boleh jatuhkan BN kan, cium bontot cina n ambiga pun x kesah la kan :)

      Padam
    23. sama halnya MIC dan MCA ok je xde penyokong BN merapu tuduh org pas ,bila chua soi lek x setuju hudud...bodo ni mainan politik diorg ingin nak menang sebb bnyk duit masyuk2 pembangunan2, itu SAJA KEHENDAK lagi mereka memerintah lg bnyk duit masuk kat diorg, kita x tau siapa betul2 ikhlas nak bantu rakyat....mungkin boleh jd 2-2 pun kaki merapu tau nak masuk duit poket sendiri...

      Padam
  16. Korang sembang je lebih tapi haprak pun tarak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka kami la kami bayar tax.. bukan kerja percuma je..

      Padam
  17. Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...
    Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...
    Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....
    Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...
    Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...
    Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...
    Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu Haji Adi ...
    Haji Adi : Er tapi yang dipertua. Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ...
    Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dah bersetuju dalam hal ini dan tuan pun mengaku bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama Islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan seluruh umat manusia kepada Islam ... besar manfaatnya itu Tuan Haji ... banyak pahala yang tuan akan dapat nanti ...
    Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...
    Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....
    Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam ... kata Tuan Guru Nik Aziz juga ... bahkan Iblis pun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia dari Iblis ini menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ... bagi yang menentang mereka boleh undi tidak menyokong ... tiada masalahnya.
    Undian pun dijalankan ... akhirnya majoriti setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
    Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pun dipinda ....
    Tidak lama kemudian ... pada gereja tertera perkataan Allah ... pada kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibadat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...
    Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er ... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zzzzz.. eh dh hbs ceramah? xlawak langsung.
      boriingg syiaall..

      Padam
    2. kuat berangan la macai umno ni.

      Padam
    3. Angan2 mat jenin las2 jatuh pokok terus mampus

      Padam
  18. betul tu, kesian kami yang gaji sederhana ini. dah la kena PCB sampai beratus tiap bulan. drpd aku x halalkan duit tu, baik aku tolak ke zakat, at least tak sia2 duit aku tu..

    -p-

    BalasPadam
  19. kalau pandai xkan jadi macai..jenis rempit..xde kerja...sapu je rm20 buat kacau ...

    BalasPadam
  20. Noob muungkin anda terlepas pandang..

    Pembetulan:

    Minyak
    BN - Tiada dinyatakan? sila rujuk M/S 15 - meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk pembelanjaan operasi dan pembangunan sehinga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terenganu, Kelantan dan Pahang.

    PR - Menaikkan royalti minyak negeri dari 5% ke 20% dan turun harga minyak.

    P/S: BN mengantikan royalti kepada bayaran tinai khas dan dana? tetapi tiada sebarang ura-ura untuk menurunkan harga minyak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manifesto copy paste. PR dah lama usulkan royalti 20%.

      Tapi bab royalti ni aku xcayA. skrg pun royalti utk kelantan tak diberi. celaka punya jibby..

      Padam
    2. Royalti ni ada black and white tu Terenganu & Kelantan mintak.. Hanya kecoh masa PAS dapat tawan Terenganu.. baru orang ramai tahu adanya 5% Royalti minyak ni..

      Sama macam DUIT pampasan perang Dunia kedua yang JEPUN bagi dekat BURUH PAKSA pun sape ntah rembat. Ada bukti yang menunjukan JEPUN dah bayar kat MALAYSIA.. Berbillion tu katanya.. kesian moyang tok nenek yang jadi buruh paksa masa JEPUN dulu wang pampasan mereka kena rembat..

      Berapa banyak lagi duit yang disalah urus takbir pun kita tak tau.. tu BN takut ganti kerajaan sebab takut semua penyelewengan terbongkar.. saban hari takutkan rakyat.

      Padam
  21. Dlm sinar harian mukhriz anak mamak kutty memuji tindakan BN utk turun harga kereta. dulu dia ni la antara paling lantang mengutuk idea PR utk turunkan harga kereta. dah ludah jilat balik. bullshit

    BalasPadam
  22. Tun Mahathir amat takut apabila Pakatan rakyat menang PRU 13 ini. Hatta Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga. Pendek kata semua penyokong rasional umno takut BN kalah.

    Sememang orang orang umno seartus peratus takut dan bimbang dengan peralihan kuasa.Hilang kuasa bermakna hilang segala galanya, termasuk tak dapat kumpul harta yang jadi matlamat politik mereka.

    Cuba anda bayangkan jika selama ini mereka hidup senanglenang dapat kumpul harta tiba tiba kerajaan bertukar tangan dan kuasa duduk pada orang lain pasti habislah peluang untuk mengumpul harta. Siapa tak takut.

    Ini pada orang Melayu, lain pula pada orang China. BN memang orang china dapat untung, kerana kerajaan selama lamanya telah utamakan China berbanding Melayu yang semakin hari semakin papa kedana.

    Pakatan Rakyat menang orang China berbahagia, kerana dari segi demokrasi siapa yang dapat kerusi lebih banyak dialah yang jadi ketua sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Parti Keadilan dan PAS jadi alat dan mangsa.

    Usah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor turut jadi mangsa, termasuk tidak boleh melaksanakan peraturan Islam yang telah digubal. Contohnya peraturan genda perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki yang berjalan hampir 20 tahun itu telah ditarik balik.

    Demikian juga mengenai penjualan arak di kawasan penduduk Melayu juga mendapat tentangan hebat dengan alasan peraturan itu seolah olah telah menutup reseki orang China, pada penulis Bn menang china untung dan pakaran menang china bahagia.

    Oleh itu, apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung para pemimpin umno, terutama peluang untuk mengumpul harta yang sekian lama dijadikan matlamatnya. Mengapa? kerana orang lain pulak yang

    Usah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor turut jadi mangsa, termasuk tidak boleh melaksanakan peraturan Islam yang telah digubal. Contohnya peraturan genda perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki yang berjalan hampir 20 tahun itu telah ditarik balik.

    Demikian juga mengenai penjualan arak di kawasan penduduk Melayu juga mendapat tentangan hebat dengan alasan peraturan itu seolah olah telah menutup reseki orang China, pada penulis Bn menang china untung dan pakaran menang china bahagia.

    Oleh itu, apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung para pemimpin umno, terutama peluang untuk mengumpul harta yang sekian lama dijadikan matlamatnya. Mengapa? kerana orang lain pulak yang dapat peluang dan ruang itu.

    Inilah amalam yang dilakukan oleh umno/BN sepanjang menjadi kerajaan. Orang lain tidak ada harapan untuk hidup senang lenang dan kayaraya.

    Orang kalau jadi kakitangan kerajaan pun mustahil dapat naik pangkat dengan mudah jika tidak sokong umno, lainlah jika orang china.Orang China tak kira kamu parti apa akan diberi layanan yang cukup istimewa.

    Demikian juga yang duduk di universiti. jangan diharap untuk jadi naik cesonler kalau tak sokong umno.Untuk dapat Profesor pun jauh sekali. Mereka akan kekal dengan gelarang Profesor madya sampai pencen.

    Di sekolah pun begitu. Jangan diharap akan dilantik sebagai pengetua jika tak sokong umno. Inilah yang menakutkan orang yang sokong umno.

    Anwar ketika jadi menteri pendidikan dulu pun begitu. Pedek kata habis orang orangnya naik pangkat dalam kementerian tersebut.

    Inilah yang membuat orang orang rasional umno turut takut. Usah orang macam Datuk kadir jasin, malah Tun Mahathir pun turut merasai ketakutan itu jika pakatan rakyat jadi kerajaan, sebab itu Najib melakukan tranformasi ekonomi konon, BRIM yang jelas dan nyata membeli undi agar BN menang lagi PRU 13 ini."

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama8 April 2013 12:54 PTG
    Read this laa about that japan case.laen kali rajin2 cket g crk maklumat.sembang lebat.

    http://satdthinks.blogspot.com/2013/01/japanese-wwii-reparations-are-pr.html

    ini contoh blog yang rajin buat kajian. sorry ye noob.

    BalasPadam
  24. by hook or by crook gua yakin BN musti menang punya


    BalasPadam
  25. KENYATAAN AKHBAR
    APRIL 8, 2013

    MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI

    Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah X mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Najib Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

    Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan. Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

    Justeru, keengganan Najib Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat. Lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan Sementara (“caretaker government”) dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama. Ini jelas merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.

    Walau bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa. Saya juga telah mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.

    Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat. Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.

    Pada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

    BalasPadam
  26. Ketandusan idea baharu bermakna Najib Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak. Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional.

    Manifesto Barisan Nasional masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang. Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang.

    "Direct transfer payments" seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi. Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun. Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

    Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

    Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan Nasional. Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.

    ANWAR IBRAHIM
    Ketua Umum

    BalasPadam
  27. guwa tetap tertarik dengan manifesto BN. #ByePR

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.