Ahad, 25 Ogos 2013

41 Siapakah pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu?

Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis iaitu Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia dengan diletupkan mengguna bom C4, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Dengan ini, mengikut keputusan mahkamah kedua2nya tertuduh tidak bersalah, Azilah meninggalkan penjara Kajang, Sirul pula meninggalkan penjara Tapah setelah 7 tahun dipenjara, dan pembunuh sebenar Altantuya terus menjadi misteri selama2nya.



Aku harap semua orang dapat menerima keputusan mahkamah ini dengan sebaiknya terutama daripada pihak pembangkang. Sebagaimana semua orang perlu akur dengan keputusan mahkamah dalam kes liwat Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah meliwat Saiful Bukhari, begitu juga dengan kes pembunuhan Altantuya ini.


Cuma yang aku agak terkilan, kes yang sudah berlalu 7 tahun lalu dan telah melalui siri perbicaraan dalam suatu tempoh yang agak panjang, akhirnya hanya sia2 dan kes tamat begitu sahaja. Bukan nak kata pihak polis, detektif, pendakwaraya tak cekap dan tak bagus, sebab kalau tak bagus macam mana kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang dibakar di sebuah ladang di Banting pada tahun 2010 dapat diselesaikan sehinggalah akhirnya kesemua tertuduh dapat dibuktikan bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Mungkin untuk kes2 macam ni, penjenayah yang lebih geliga dari pihak berkuasa sehingga tak dapat dikesan.


Tapi ini bukan kali pertama kes pembunuhan berprofil tinggi seperti ini akhirnya tamat begitu sahaja tanpa menemui penjenayah sebenar, antaranya kes pembunuhan seorang Eksekutif Akaun, Noritta Samsuddin pada tahun 2003 yang akhirnya pihak suspek dan tertuduh, Hanif Basree, seorang jurutera awam akhirnya dibebaskan daripada dakwaan tersebut. Lain2 kes pembunuhan kejam yang pernah berlaku di Malaysia di blog Nizarazu dan Fadhiha Izzati ini.


Mungkin sekarang ini, pembunuh sebenar Altantuya Shaariiibuu, Noritta Samsuddin, adik Nurin Jazlin Jazimin, orang awam yang kena tembak lari dalam kereta serta lain2 mangsa bunuh kejam yang sampai sekarang tidak dapat diketahui dan dikesan pihak berkuasa sedang tersenyum dan bergelak ketawa di suatu sudut di dunia ini terutama bila baca kat suratkhabar dan TV berita pasal perbicaraan kes pembunuhan2 ini kerana kita selama ini sedang membicarakan orang yang tidak bersalah di mahkamah.

Namun apa yang pasti, terlepas di mahkamah dunia tidak bermakna akan terlepas di mahkamah akhirat.




tags: sirul azhar azilah hadri bebas tidak bersalah mahkamah rayuan kes pembunuhan altantuya shaariibuu model mongolia bunuh letup bom c4 mayat puncak alam mati kait pembelian kapal selam scorpene najib razak baginda bicara 7 tahun hakim peguam pendakwa raya penjara kajang tapah keluarga tunang liwat anwar ibrahim saiful bukhari datuk sosilawati lawiya bakar ladang banting morib penjenayah pesalah dihukum gantung eksekutif akaun noritta samsuddin suspek tertuduh hanif basree adik nurul jazimin kronologi kes jenayah bunuh paling kejam profil tinggi rogol nurul huda abdul ghani nurul nadirah dirang penyanyi along spoon sab'ul malik datuk mazlan idris mona fendi nor affandi abdul rahman juraimi hassan empat beranak mati ngeri gemencheh tanpa kepala noor suzaily mokhtar canny ong lay kian jurutera komputer bas awam peristiwa memali ustaz ibrahim mahmud libya

41 ulasan:

  1. Balasan
    1. time interval 11minute calculated

      Padam
    2. Benarkah ada kaitan pembelian kapal selam scorpene dengan pembunuhan altantuya??

      Padam
  2. jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.. jeng..jeng..


    Entri Baru Update 3Saat Lalu : Duit Raya Besar

    BalasPadam
  3. biasalah tu banyak kes yg x selesai(cold case) yg mengambil puluhan tahun baru selesai. Sedangkan misteri kematian Puteri Diana pun masih x selesai lagi sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. puteri diana tu mati kemalangan jalanraya,bkn mati kena bunuh...apa daaa

      Padam
    2. secara umumnya macam tu dan difahamkan MI6 pun dah tutup kes tapi ada berita mengatakan ada komando SAS yang terlibat dalam kemalangan tu

      Aku pun x kisah dengan punca kematian sama ada kemalangan atau "suatu Konspirasi" tapi lihat kes ini pun masih menarik perhatian orang ramai.

      ada satu cold case di Austria yg seorang bapa telah kurung anak perempuan dan melakukan sumbang mahram sehingga melahirkan beberapa orang anak sebelum diselamatkan oleh polis yang masih mencarinya

      dan dalam Malaysia, berapa banyak kes penculikan dan kehilangan anak yg masih belum dijumpai sehingga sekarang yg sudah ada antaranya bebelas tahun. ada kes yang sudah selesai tetapi ada banyak lagi kes yg masih dalam siasatan atau dkelaskan Cold case kerana tiada perkembanagan

      Padam
  4. Untuk membuktikan kejadian pembunuhan ni bukannya senang. Apa yg di tunjukkan dalam rancangan CSI bukanlah dunia realitinya dunia penyiasatan. Kalau pesalah tu org berada dan mampu bayar peguam yg hebat lagila susah untuk di sabit kesalahan. Tapi ingat kita hidup di dunia ni hanyalah sementara di akhirat nnt ada makhamah yg lagi agung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergumbirala Sebelum Berduka kelak :)26 Ogos 2013 pada 2:47 PTG

      Manusia boleh dibeli kalau kena harganya..

      Aku ada tengok satu cerita korea psal merebut jawatan perdana menteri..
      persaingan sengit antara team A (Maharaja) dan Team B (panglima yang tak disukai maharaja)..

      keputusan bergantung kepada sokongan Team C (yang duduk atas pagar).. Ketua team C ni berbelah bagi antara team A (maharaja) dengan Team B (panglima)..

      Pada hari penentuan ketua team c sudah pening last dia pilih team A, mengejutkan sekali pengikut dia semua sudah pilih team B (sebab sudah kena beli dengan team B hahaha). So team B ni gumbira la mereka menang tapi mereka dikejutkan bila rupenye wakil Team B ni sudah belot kerana sudah dibeli oleh Maharaja (team A) jadi yang menang tetap team A hahaha.. :)

      Gitu la mastermind kat dunia :) kadang ada langkah yang sukar kita jangka.. Ingat kita bijak padahal ada lagi orang yang bijaksana.. :)

      Mungkin kita rasa kita dah bijak sangat seronok lepas kat dunia tapi kita masih ada mahkamah yang adil di akhirat.. segalanya akan di kira dan diadili walau sebesar zarah.. Jadi nak gumbira dan seronok 60 ke 100 tahun tapi nanti merana selama-lamanya? Kita tentukan nasib kita kelak :)

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ye aku faham apa yg ko nak sampaikan,xpyh tulis sampai 2 kali

      Padam
    2. betul betul betul!

      Padam
    3. aku nk jadi agong boleh kah?

      Padam
    4. jadi la apa ko nak jadi asal jangan susahkan orang sudah

      Padam
    5. lagi bagus ko jadi org yg berguna di dunia dan di akhirat so, esok2 hang meniggal pun ada gak jasa hang,

      Padam
  6. pembunuh ada dikalangan kita sebenarnya....dari segi teknikalnya memang perlu dibuktikan sehingga tiada keraguan baru la boleh dihukum bersalah..walaubagaimanapun yang bersalah tetap salah walau tak dapat dibuktikan kesalahanya itu...sesungguhnya allah mengetahui apa yag tersembunyi dan apa yang nyata..

    BalasPadam
  7. Biasa la mahkamah masalah teknikal yang kecil pun boleh sebabkan penjenayah terlepas

    Tu berat tugas penyiasat dan pendakwa nak kena pastikan bukti tak tercemar supaya kes dapat dijalankan dengan baik dan lancar supaya keadilan dapat dijalankan dengan baik.

    BalasPadam
  8. aku pelik dgn puak2 fuckatan ni xhabis2 nk membela pompuan mongol ni yg lgsg xde apa sumbangan kpd negara & agama.nk kata warganegara malaysia,tidak.nk kata org islam pun,tidak.sendiri cari psl kt sini pastu kena bunuh,kita pula kesian & beriya2 mempertahankan,pulak tu kaitkan dgn najib.najib tu pm,sumbangan dia pd negara jauh lebih besar drpd altantuya,patut sbg org malaysia kita kena pertahankan perdana menteri kt sendiri drpd dikaitkn dgn altantuya,bkn pertahankan pompuan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. keadilan tidak mengenal jantina, warganegara, bangsa, jawatan apatah lagi agama.

      #muslim zalim vs kafir adil.

      Padam
    2. so ko nak ckp najib tu muslim zalim, altantuya tu kafir adil la??? cuba bgtau aku berapa lama kau kenal altantuya berbanding najib?

      Padam
    3. Ntahnya.. ramai lagi warganegara malaysia ni mati perlukan pembelaan..

      Padam
    4. aku tak cakap pun najib. yang ko terasa pehal? sebut konsep adil pun ko butthurt. macai betol

      Padam
    5. Habis orang mati kena bunuh dengan c4 lagi tak payah siasat la sape pembunuhnya?

      Padam
    6. pentingkan diri sendiri je..
      biar la sape kena bom orang kapir ke orang islam ke apa..

      Padam
    7. ayat tu akan kena kat sendiri balik hehe ,tak fhm xpe nanti ko "terkena" sendiri pun x fhm hehehe2

      Padam
  9. perempuan yang bukan islam kena bunuh dengan boom dkt malaysia..kenape aku nk kesah sgt? dia pelacur atau terbabit dengan kapal selam pun bukan kje ak nk ambik tahu. masalah aku sekarang ni sapa bodoh dok conteng area kt kawasan umah aku (08) banyak sgt ni.. nasib kt taman sebelah klu kt taman aku nnt masuk berita rumah kongsi gelap kena boom,. ko seni gengster conteng kang kena seni boom plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam haram la ko tulis...x paham aq... sarcasm ke ape ni sial?

      Padam
    2. esok ko kena bom pon orang lagi tak kisah

      Padam
  10. semua komen dari Tanpa Nama adalah dari orang yg sama. korang sume ni mmg bodoh.

    BalasPadam
  11. Ayat terakhir, kembali pada yg ATAS..kenapa terakhir?

    BalasPadam
  12. Ada juga rasa yang diri dia sama..
    jadi Tanpa nama ni mental dissorder..? lol

    BalasPadam
  13. Kes ni boleh dianggap xde kepentingan umum..x kisah bersalah ke x. Even boleh lari dr mahkamah dunia..mahkamah akhirat xleh lari punya.

    Utk golongan fanatik..baik fokus buat kerje kebajikan utk rakyat dr sibuk buaNg masa cari kesalahan org lain.

    BalasPadam
  14. Tiba2 aku rasa seperti membaca novel karya Ramlee Awang Murshid..

    BalasPadam
  15. ada blogger terkenal PR yg berdamping dgn jin, sbb tu mereka bole dpt info tepat. tapi nak dptkn bukti tu yg payah.

    BalasPadam
  16. ada blogger terkenal PR yg berdamping dgn jin, sbb tu mereka bole dpt info tepat. tapi nak dptkn bukti tu yg payah.

    BalasPadam
  17. Pkfz pun cold case jugak nfc pun cold case konsesi higway pun cold case

    BalasPadam
  18. Nak tanya korang ape sebab sirul dgan azilah bunuh altantuya ! Klau siapa tahu jawab! Sebab hakim tak pernah tanya tertuduh kenapa bunuh altantuya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.