Rabu, 9 Oktober 2013

30 Kelemahan sistem rekod pesakit hospital kerajaan

Aku memang agak kerap pergi ke hospital kerajaan. Namun benda yang aku agak tak suka bila pergi ke klinik atau hospital kerajaan adalah kerana kita kena cerita dan ulang banyak kali benda yang sama kepada doktor yang berlainan. Tapi walau aku nak komplen dan beri kritikan, aku akan cuba memberi sedikit idea untuk memperbaiki kelemahan tersebu bak kata PM kita DS Najib Razak sebelum ini mengenai sikap orang kita yang hanya pandai mengkritik kerajaan tetapi tidak memberi sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara.

Gambar hiasan

Oh sebelum itu, pertama sekali kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana rakyat tidak perlu membayar tinggi untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital2 kerajaan berbanding dengan negara2 lain. Kalau kat negara2 lain, kalau seseorang takde insurans perubatan atau nyawa jangan harap la nak dapat rawatan kat hospital. So disebabkan kos rawatan yang murah, kena terima jelah ruang parking yang sesak, waktu menunggu yang lama, layanan yang agak kurang mesra daripada doktor, pegawai perubatan dan jururawat serta dijadikan objek pembelajaran oleh pelajar2 perubatan yang tengah buat praktikal


Tapi aku bukan nak cerita pasal tu, apa yang aku nak cakap adalah kelemahan sistem maklumat pesakit yang digunakan oleh klinik dan hospital2 kerajaan ni. Seperti contoh, mula2 bila pergi ke sebuah klinik perubatan, kena cerita A to Z mengenai masalah kesihatan kita kepada doktor tu dan dia key-in maklumat tu dalam sistem. Lepas tu dia buat surat untuk refer kita kepada hospital kerajaan lain seperti Hospital Klang.

Pergi la ke Hospital Klang, bila time jumpa doktor kena cerita balik benda yang sama dari A to Z. Lepas dah buat rawatan dan X-ray apa semua, dia buat surat mintak pergi Hospital Kuala Lumpur sebab kemudahan untuk rawatan susulan hanya ada di HKL.


Bila jumpa doktor dekat HKL pulak, kita kena ulang balik cerita benda yang sama dari A to Z sebab kat HKL tu takde rekod rawatan yang ko buat sebelum2 ni kat tempat lain. Malah X-ray pun dia suruh kita mintak dari Hospital Klang bawak secara manual kepada dia. Bila selesai tempoh rawatan, dia suruh pergi balik ke Hospital Klang. Dekat Hospital Klang, doktor tu tanya balik apa rawatan yang kita dah buat di HKL.


Yang aku pelik, semua pusat rawatan, klinik dan hospital kerajaan semua di bawah Kementerian Kesihatan, tapi kenapa sistem2 yang digunakan lain2, masing2 ada rekod maklumat sendiri dan tak link antara satu sama lain? Kenapa tak boleh buat satu sistem yang centralize atau terpusat di mana semua rekod kesihatan, rawatan dan perubatan pesakit disimpan di satu tempat so doktor atau pegawai perubatan lebih mudah nak rujuk sejarah kesihatan seseorang, malah kalau dapat link dengan sistem klinik dan hospital swasta pun lagi bagus, barulah efektik, efisyen serta Wawasan 2020.


Masalah yang sama bila berlaku kemalangan kecil di jalanraya. Ko pun bawak kereta ko pergi ke balai polis yang berdekatan kira2 5 km untuk buat report. Sampai2 pegawai polis tu cakap ko tak boleh buat report kat sini sebab tempat ko eksiden tu berada dalam daerah A, so ko kena buat report dekat Ibu Pejabat Polis daerah A yang terletaknya 20 km dari situ. Ko pun terpaksa la bawak kereta ko yang dah terjungkit hood depan tu sepanjang 20 km pergi ke Ibu Pejabat Polis untuk buat report. Tak boleh ke buat sistem centralize so kita boleh buat report kat mana2 balai polis yang berdekatan?


Aku harap dalam Pembentangan ajet 2014 nanti kerajaan akan memperuntukkan perbelanjaan untuk pembangunan ICT sistem terpusat seperti yang aku tulis di atas serta memperbaiki mana2 kelemahan sistem sedia ada terutama yang bertaraf sampah. Daripada keluar duit berjuta untuk bayar artis K-pop, lebih baik duit tu digunakan untuk membangunkan sistem2 yang akan memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat.




tags: kelemahan sistem rekod pesakit hospital klink kerajaan swasta tidak centralize aplikasi maklumat database pangkalan data syok sendiri kritik komplen aduan komen bagi idea sumbangan cadangan sejarah kesihatan penyakit rawatan perubatan balai polis ibu pejabat hq trafik report kemalangan daerah district bayar belanja duit artis k-pop hari belia

30 ulasan:

  1. betul betul betul
    betul sesangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tengok-tengokkan sistem rekod hospital di Rwanda sana..

      Padam
  2. kalau buat, gerenti kos cecah billion. hahahaha

    BalasPadam
  3. Ala sama juga bila orang kompolen kenapa SPR tak boleh link dengan JPN hahaha..

    Ada macam-macam isu la ko pilih je mana ko nak.. kalau link masalah
    1) pengurusan sape nak jaga? semua maklumat ni? centralize database?
    2) masalah keselamatan sebab satu center nanti kalau kena hack habis data pesakit hahaha
    3) payah nak dapat kontrak buat sistem hahaha.. dah semua dimonopoli :P
    4) sistem2 yang berbeza2 sape nak linkan semua sistem yang ada?

    Mungkin kita kena ada PM@menteri yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam It & database yang tahu kepentingan centalize data juga tahu pentingnya keselamatan data macam regulasi HIPAA kat us etc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnye ade je graduate n course utk smue masalah diatas ni..cuma tak di fully utilizekan n kurang pendedahan. kalau tengok dkt jwatan di spa, xnampak pn job scope yg organizekan kerja2 mcm ni.. n slalunye ape2 je jabatan kerajaan kalau melibatkan IT msti sub dkt vendor..huhu

      Padam
    2. Masalah bukan graduat tapi pucuk pimpinan kalau dia nak centralize maka boleh aje dibuat..

      Kalau tak macam2 alasan boleh diberi.. birokrasi la data tak sama la sistem berbeza la department lain-lain la dsb.. :)

      So tu aku kata PM atau menteri sekurang-kurangnya yang punya inisiatif yang keluarkan arahan semua mesti centralize, selaras dan sama.. Kalau tak semua ikut suka hati mak bapak mereka je la nak buat apa..

      Padam
  4. selalu dengar pasal hospital kerajaan bermasalah...alhamdulillah, setakat ni aku xde masalah sangat dengan hospital kerajaan...sebab aku jarang sakit.....jarang pergi hospital....patah tangan pun lepak rumah je, 2-3 hari sembuhlah seperti sediakala...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 jelah ahmad...bosan dh baca komen2 kau yg kosong,uselesess, nonsense, garbage,trash, sia2, tiada erti

      Padam
  5. ajet ajet ajet...

    BalasPadam
  6. kelemahan sistem maklumat pesakit <--- sgt setuju... ingat lagi dulu masa Dr. kat Tanah Merah Kelantan request record my dad from HKL... berbulan2 pastuh bleh kata tak jumpa... x pasal2 kene bukak file baru and do check up all over again.. sedih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. rekod manual.. masih banyak rekod manual sekarang dalam era teknologi moden ni.
      tu kadang terselit ntah kat mana tak jumpa.. kadang orang pun malas nak carik pun ada juga hahaha

      Padam
  7. Macam mana nak centralizedkan, bila technician bagi suggestion diorang bukan nak dengar. Maklum ajelah, gred Juruteknik Komputer ni cuma FT17 je. Mana layak untuk bagi pendapat. Jadi kuli sesuai la. IT-IT semua ni baik hantar ke vendor luar bayar juta-juta je, baru la masyuuuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau juruteknik komputer FT17 ke? itulah dulu waktu sekolah xnak belajar rajin2, kalau x mesti dh jadi PTD, baru la org nak dgr suggestion

      Padam
    2. Ala ptd pon bukan pengarah dengar sugestion
      Sama bila jadi pengarah kementerian tak bagi sebab depa tak dengar sugestion ko..
      Bila masuk kementerian.. Jadi menteri PM tak bagi takda baget banyak lagi benda penting..

      Jadi belajar la rajin2 sampai jadi PM at least.. :D

      Padam
  8. Agree....tp nak mcmana, bende yg free byk birokrasi...cuba jabatan yg kene bayaran yg 'berpatutan'..for sure boleh kaw-tim n ada sistem yg lebih effisen n canggih.

    Utk kes accident, disebabkn nak buat report ke balai polis mcm 'free of charge', mcm2 peraturan yg ada. Tp kalau tonto kereta, janji sign paperwork, semua boleh setel as long kereta ada insuran yg boleh byr gaji mereka kaw2.

    Utk kes hospital, kalau nak free mmg tunggu dekat sehari nak dpt rawatan, walaupun dgn alasan byk sgt pesakit, tp still kemudahan kene tambahkn lg utk menampung pesakit free yg banyak. Tp kdg2 doktor pun terpaksa kerje mcm robot smpi xleh rehat lansung bila jd doktor kerajaan. Bila gi doktor swasta, janji ada duit semua leh kaw-tim even xde rekod..siap doktor sana kerje relek2 je sbb x ramai pesakit dtg even gaji besar dr kerajaan.

    Kalau sy jd PM pun, sy pening kepala nak ubah system yg ada skrg..melainkan perkhidmatan kerajaan semuanya mcm byr kat swasta. Sbb duit jugak menjadi drive factor utk sesiapa bekerja lebih baik atau x. Tgk swasta n gov pun dah cukup.

    Secara umumnya, jabatan yg bayar free susah nak dptkn perkhidmatan yg sama mcm swasta sbb demand tinggi (sbb free) dan duit income dpt ciput je berbanding swasta (x semangat nak kerje kuat2 sbb kerje kuat2 gaji gov 5k je, kerje swasta rilek2 10k++ boleh dpt).

    Kalau anda tanya byk doktor kerajaan...hampir semua pasang niat nak kerje swasta sbb gaji besar tp relaks sbb pesakit x byk, tp hospital charge kaw2 punye. So, fhm2 je la situasi mereka sebenar.

    BalasPadam
  9. Doktor kena dapatkan sendiri 'cerita' daripada pesakit,

    Kadang2 rekod memang ada, terutama untuk hospital berkomputer, tapi doktor akan tanya jugak utk dapatkan kesahihan maklumat dan nak paham nature sakit yg sebenarnya.

    Kalau tak, doktor boleh miss point penting untuk diagnosis. Doktor2 sebelun akan provide detail, but still dr kena clarify. Doktor tanya dos ubat, bila sakit etc untuk uji pemahaman pesakit dan samada pesakit makan ubat atau tak.

    Dr yg tak bertanya tu, samada terlalu terer atau for worse, pemalas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Tulisan doktor yang hanya difahami oleh empunya tulisan saja tidak difahami oleh doktor lain kakakaka.. :)

      Bahaya juga tu kalau nurse silap bagi ubat sebab salah faham tulisan doktor..

      Padam
    2. sbb tu jgn pakai tulis tgn dah, semua centralize kt sistem pakai standard tulisan yg sama "Times New Roman" baru semua org faham & senang nak baca

      Padam
    3. lepas ni doktor kena kursus tulisan tangan ala-ala times new roman. lol

      pesakit jangan buruk sangka dengan dr. bila bawa referrel letter, selalunya dr yg refer akan tulis point point penting, ada yang tulis simple habis which in turn menyusahkan orang yang akan continue follow up patient.

      bukan sedikit pesakit yang marah dr, "dr tak ada rekod ka?" which make the dr very upset. it is vital to get history from patient themselves rather than clerking a sheet of paper. rekod bertulis will be very useful of course tambahan in case patient yang tak boleh bagi history macam mati, pengsan, koma, sesak nafas or in severe pain.

      pesakit kronik ada buku rekod cthnya buku rekod nephrotic, buku pemeriksaan gula dalam darah, most pesakit kronik ada buku tu yang perlu dibawa ke klinik each time check up so different dr will get a clue whats been going on. some of the book, patient keep to themselves, some will be kept by clinic. it depends on clinic setting jugak.

      we dont blame public for accusing and not knowing as their are not the one who perform the task/job. if anything just be calm and ask nicely, we'll answer right to the point insyaAllah.

      Padam
    4. 1st sekali ini bukan masalah doktor, tapi masalah sistem rekod pesakit yang tidak centralize.

      2nd, kebanyakan klinik dan hospital kerajaan dah ada sistem rekod pesakit mereka sendiri, dan ia dapat diakses oleh mana2 jabatan, bahagian dan klinik pakar as long dalam hospital yang sama, tapi tidak di hospital kerajaan yang lain.

      3rd, tak salah doktor tanya apa2 mengenai sejarah perubatan kita, tapi biasanya pengamal perubatan mempunyai banyak istilah dan term2 medical serta nama2 ubat yang kita sendiri tak faham, so lebih baik jika doktor yang diagnosis kita tu tahu sejarah perubatan kita daripada doktor yang sebelum ini berdasarkan rekod.

      4th, disebabkan hospital yang kita pergi tu tiada lagi rekod kita, maka kita terpaksa buat medical check up, diagnosis, x-ray dan lain2 sekali lagi sedangkan kita baru je buat di hospital terdahulu seperti kes yang Ain Diyana tulis di atas.

      5th, kalau ada sistem centralize ni pun bukannya menyusahkan doktor malah lebih memudahkan urusan dan kerja mereka, bukan?

      Padam
  10. Memang takde sistem tu...even kalau dekat luar negara pun data/rekod hanya di simpan dalam fasiliti yang sama tapi tak link pada fasiliti lain...
    Jadi kalau orang tu hanya datang pada satu tempat sahaja dan cara simpanan rekod fasiliti tu sangat bagus maka takde masalah untuk keep track medical rekod dia
    Problem dekat Malaysia even dalam satu fasiliti pun rekod boleh hilang kalau management client rekod sangat sucks...nak pulak pakai sistem manual..sebab rekod antara department di simpan hanya dekat department tu...jadi in case rekod tu hilang/tercicir/menyorok terpaksa la korek balik kat department yang berkenaan..
    Sistem maklumat paling terkini dekat hospital kerajaan masih lagi tak dapat nak saing sistem maklumat yang ada kat luar negara, dan kos nak establish sistem tu sangat mahal, pada tahun awal 2000 sistem tu mula diperkenal pada hospital besar2 melibatkan kos juta2 sebab ia melibatkan upgrading fasiliti tu sejajar dengan keperluan sistem tu sendiri...imagine kalau satu negara nak link satu kepala...dan imagine tetiba sistem itu down hanya sehari...kena pikir pro dan kon gak...sebab ni melibatkan pesakit dan keselesaan mereka

    BalasPadam
  11. Aku pernah pergi satu klinik.. cukup efisyen doktor tengok kat komputer je update.. masuk bilik ni bilik tu semua search kat komputer aje.. :) tak payah manual bawak kertas ke apa.. hahah..

    cuma satu kot aku rasa kalau link atau letrik takda mungkin klinik ni kena tutup juga hahahaha.. :) Kne abuat backup plan..

    BalasPadam
  12. kalau pergi klinik kerajaan, nurse nya banyak bersembang sesama dorang je.. dorg tengah check kite, tetiba nurse lain datang, boleh pulak nurse yang tengah check kite ni berenti dan start bersembang dengan teammate dia tu.. sabar jela..

    bukan hospital kerajaan je, pergi hospital swasta pun ko kena cerita balik benda yang sama dari A-Z kalau yang checking tu berlainan doctor. unless ko deal dengan doctor yang sama setiap kali checking. reason, doctor tu tulis cakar ayam, tak de sapa yang faham tulisan tu.. haha.. and sama macam anon 1:47 cakap "utk dapatkan kesahihan maklumat dan nak paham nature sakit yg sebenarnya"

    pasal kemalangan tu aku sokong noob, kena pergi buat report kat kawasan yang kite kena langgar tu. dah jenuh nak google maps, buka peta, globe segala bagai kalau kite pun tak pasti lokasi sebenar balai area tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pernah talefon 999 untuk ambulans.. dia tanya kat mana jenuh nak bagitau
      sekali dia silap route hospital untuk ambulan dah jenuh nak talepon 999 lagi.. dah la aku pon tak tau nama jalan tu apa kat mana.. tak mudah juga nak report ni sebenarnya..

      banyak benda kena perbaiki la.. misalnya kawasan capaian ambulan kawasan balai polis.. so nak report senang dan mudah.. mungkin boleh buat apps pasal ni..

      Kalau tak jenuh nak habaq.. sib baik orang tu eksiden patah kaki je kalau nyawa2 ikan takan ke boleh mati sebelum sampai hospital dan sib baik ada orang baik hati nak tolong hantar orang tu..

      Padam
    2. ko silap dial tu.. patut ko dial 03 8000 8000 sedia membantu hei hei!

      Padam
    3. haah..siap nyanyikn lg..tp just time dah mati tolg sediakn van jenazah je, nak rawat buat sakit hati je...haha

      Padam
  13. tunggu CONsucktan rekemen baru jalan...

    BalasPadam
  14. korang sembang je lebat habuk pn tadak! Puii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  15. sistem perubatan/ kesihatan ni masih guna manual, sedangkan sistem pendidikan di sekolah dah guna internet bagai.. kalo ada murid pindah sekolah, segala maklumat ttg murid tersebut akan dipindahkan melalui online.. pelbagai aplikasi juga yang perlu diisi.. rasanya kementerian boleh buat macam tu juga utk sistem perubatan/ kesihatan.. simpan rekod2 kita dalam aplikasi online.. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.