Isnin, 21 Oktober 2013

58 Kenali scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya

Pernah ditarik oleh rakan atau kenalan untuk join Multi-level marketing (MLM), pelaburan Internet, sistem piramid, skim cepat kaya atau apa jua rangkaian untuk cepat jadi kaya? Kenali mereka sebelum anda menjadi mangsa Melayu yang seterusnya bakal kena scam.


1. Jual produk dengan harga yang tak masuk akal sedangkan harga produk yang sama dengan jenama lain yang dijual di pasaran terbuka tidaklah semahal yang dijual melalui MLM, seperti contoh sabun basuh yang kat supermarket jual RM10 tapi diorang jual sabun basuh sampai RM100. Kita bayar lebih sebab nak biaya bonus pada upline sahaja.

2. Kawan yang dah lama tak jumpa, tiba2 call kata nak jumpa kat kedai mamak, ingat nak lepak makan2 borak2 ke apa rupa2nya nak suruh jadi downline atau join network.

3. Suka tayang dan jaja kereta mewah tapi sesetengah tu ntah apa benda yang dijual langsung tak tau.



4. Suka bergambar dengan duit lepas tu upload kat Internet. Kalau orang yang betul2 kaya dengan cara yang betul takdenya heran sangat nak tayang duit kat orang. Tak pernah lagi aku tengok Syed Mokhtar Bukhary atau Vincent Tan bergambar dengan duit.






5. Suka post kata2 motivasi pasal perniagaan dan petik hadis popular "9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan" tapi bila tanya buat bisnes apa, dia jawab "PM aku laju2". Orang kalau berniaga diorang akan promote produk yang dijual, kalau takde produk nak berahsia2 itu bukan berniaga tapi pelaburan atau skim cepat kaya.

6. Ya, sangat suka guna hadis 9/10 rezeki dari perniagaan, tapi tak tau pun yang hadis tu sebenarnya hadis dhaif (rujukan sini, sini, sini, sini dan sini). Berniaga memang sangat bagus dan digalakkan tapi tak perlu gunakan agama untuk menarik orang beli atau join.

7. Menjanjikan keuntungan yang tinggi dan tak masuk akal dalm tempoh2 tertentu. Mula2 tabur janji manis setiap 3 minggu akan dapat keuntungan, elok beberapa bulan lepas tu kepala dia terus lesap. No. phone tukar, website hilang, tau2 bukak skim dengan nama yang lain pulak, dan begitulah kitarannya.


8. Buat seminar jual air liur macam mana nak jadi kaya, nak jadi jutawan, cungkil rahsia tarikh lahir, magnet duit, tapi ramai yang tak sedar yang dia tu kaya sebab wujud orang2 yang nak jadi kaya sanggup habis beribu riban pergi dengar ceramah dia.

9. Bila ada orang cuba persoalkan, diorang akan terus melenting kata kita dengki dengan kejayaan orang, tak suka tengok orang Melayu kaya, suka menjatuhkan ekonomi orang Melayu dan sebagainya, tapi bila owner/founder diorang hilang, lesap atau kena serbu Bank Negara, terus senyap.

10. Orang Melayu paling ramai didungukan. Ada yang sanggup buat pinjaman peribadi dengan bank dan guna kad kredit semata2 nak berniaga MLM, melabur atau beli kereta mewah, last2 kena tipu bodoh2 je... kesian ramai yang sanggup menipu dan sanggup kena tipu.


Betul2 nak berniaga? Belajar dari orang yang betul2 berniaga. Say NO to MLM dan apa jua skim yang seangkatan dengannya.




tags: multi level marketing mlm sistem skim piramid cepat kaya pelaburan internet online forex komuniti group network kaya rich scam pak man telo penipu orang kaya tayang kereta mewah duit wang upload facebook gambar hadis palsu dhaif 9/10 rezeki dari perniagaan ciri kenali modus operandi mangsa tipu penipu affiliate perniagaan business bisnes berniaga  

58 ulasan:

  1. Biasa dah dok ulang 9/10 rezeki dari berniaga..pastu dok kata berniaga tu pun satu ibadah gak..cuba dia tanya ustaz, berniaga (cari rezeki) yang macam mana dikira ibadah..berniaga tapi tipu, ibadah kebendanya..

    Kalau yang jual produk kesihatan siap bagi link konon med jurnal la..tapi xde pun publish dalam pubmed..yang ada dia link ke blog xpun web..agak2 la nak kencing..

    Tu belum kira lagi siap bagi fakta yang sebenarnya sapa belajar sains sekolah menengah pun dah boleh detect benda tu tipu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol :) biasala nak hidup..

      income dari facebook dengan modal rm100 tu pon dulu ada akak ni beriya ajak masuk..

      Aku cakap kalau akak nak duit rm100 tu saya boleh bagi tapi nak ajak masuk skim carik downline etc minta maaf la kak saya tak berminat..

      Padam
  2. bisnes insuran tu kategori MLM ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga unsur2nya.. jual sesuatu yang kemungkinan terjadi rendah..

      Padam
    2. insuran ni zaman skrg dh jadi mcm satu keperluan... tp dari segi dasarnya ia sebuah bisnes kapitalis yg membuat keuntungan & mengambil kesempatan atas ketakutan org terhadap kemalangan, penyakit & kematian

      Padam
    3. Tanpa Nama21 Oktober 2013 9:23 PG : Insuran tu bukan mengambil kesempatan atas "ketakutan" tapi lebih kepada persedian kepada kemalangan, penyakit & kematian.
      cuba tengok dari sudut yang lain...aku bukan penjual insurans dan x promote pun ape2 insurans, ko kena tengok dari sudut positif la....macam insurans kereta gak...nasib baik
      memang wajib kena beli insurans kereta, kalau la ko eksiden, menggagau gak la nak keluar duit bile eksiden kan?... renung2kan dan selamat berdiskusi~

      Padam
    4. Berapa peratus kemalangan tu berlaku? dalam berjuta rakyat malaysia yang bawak kereta jumlah kemalangan tak sampai pun 1% pun. Mungkin ada mecanism lain yang boleh dibuat selain insurans.

      Tapi sebab nak bagi bank/insurans ni untung paksa pulak beli insuran.

      Padam
    5. memang persediaan tp ia lebih kurang mcm ambil kesempatan lah jgk. tak semestinya ambil kesempatan tu xbagus, ada juga ambil kesempatan yg bagus, cuma kdg2 ia kabur & org boleh menipu dgn menaikkan premium insurans sesuka hati tp bila sakit diorg kata penyakit itu xcover penyakit ini xcover... sbb tu sblm sign insurans tu baca kontrak perjanjian tu betul2

      Padam
    6. Tanpa Nama21 Oktober 2013 12:50 PTG : Mungkin betul ape yang ko ckp jumlah kemalangan di Malaysia x smpai 1% (aku pun xtau berape sbenarnye). Paksa beli insurans kereta/ motor tu kena tgk dri sudut yg positif jugak, cube la kalau x pakse beli, mmg ramai xkan beli punya tetapi, sebagai contoh, kalau lah ko terlibat dlm kemalangan - ko bawak kereta dilanggar org dari belakang, mesti org yang melanggar salah kan? cuba plak org tu xde duit nk baiki kerosakan kereta ko mcm mane plak? mase tulah nmpak keuntungan beli insurans. tu bab insurans kereta/motor. tapi mcm insurans nyawa x wajib pun kena beli.

      Tanpa Nama21 Oktober 2013 12:50 PTG : Biase nye kalau ko rajin bace "clause" berapa premium yg nk kena bayar, biasa nya utk "life insurans" bergantung kpd umur, jantina etc. kalau kereta pulak bergantung kpd berapa tahun kereta tu, lagi lama lgi la mahal ( kereta aku dah lebih 10 tahun so kene bayar lebey :-( ) biasenye si pembuat insurans dah calculate risk utk jenis2 insurans. jadi dari segi premium tu kena bace clause betul2. memang mcm ko ckp! hahaha...Bab kabur or menipu tu berpunca mungkin si penjual insurans x cite betul2 or ko x tanye ape yg perlu. tapi kalau dah melibatkan duit yang byk (atau x berapa byk pun) kene la selidik ape yg patut tul x? xkan la pakai bagi je duit? so sebelum beli ape2 jenis insurans cube dptkan seberapa byk maklumat dari member/family or internet....Renung2kan dan selamat berdiskusi~

      Padam
    7. Haha ni musti agen iunsurans..

      Memang la insurans ni nak untung so calculated risk vs premium..
      Memang untung punya insurans ni kecuali exsident berlakus erentak which likely 1 out million.. Misalnye semua orang yang ambik insurans tu eksident claim insurans leh bengkrap.. macam insident 11 sept kat US tuh.. banyak insurans company gulung tikar tak mampu nak bayar... Ko ingat syarikat insurans ada duit ke nak bayar pampasan :) tu semua duit premiun pencarum lain yang disimpan ler..

      Insuran ni bukan la insurans yang sebenarnya.. kalau nak insurans yang sebenarnya mintak kat tuhan..

      Padam
    8. Yeala tu kata-kata Agen insurans pujuk kata insurans katanya boleh selamatkan la apa.. hahahaha.. padahal nak duit korang supaya diaorang boleh guna untuk bayar pampasan kat orang lain dan rolling buat keuntungan..

      kenapa bank ada PIDM?.. sebabnya kalau simpan jutaan ringit dalam bank semua orang nak keluarkan duit.. atau bank habis duit dan bangkrap bukan leh dapat duit juta2 tu balik.. :D Sama juga insurans.. Kalau takda orang simpan duit.. takdanya syarikat insurans ni mampu nak bayar pampasan..

      Padam
    9. Tanpa Nama21 Oktober 2013 3:31 PTG : Biase la kalau sesiape jual ape2 barang pun pandai bermain kata2...chewwahh...hahah cume mcm yg aku ckp sblm ni...sblm ko bagi duit ko...ko kene la pikir betul2/ selidik bende tu bagus tuk ko @ x...psal ko ckp PIDM tu aku x pasti plak ape maksud ko? sbb bkn ke PIDM x kena bayar oleh pengguna? mungkin off topic skit dri jenis insurans yg kita diskusi kan...hohoho...mohon pencerahan..

      Tanpa Nama21 Oktober 2013 3:24 PTG : Kalau aku agen insurans dah lame aku guna ayat ni " kalau nak tahu lebey lanjut jumpa aku"... aku cuma share pendapat aku pasal insurans ni...kalau bende ni bagus utk ko..belilah...kalau ko rase xberguna jgn beli...aku sendiri pun xde insuran selain insuran kereta tapi disebabkan aku penah eksiden dan secara langsung nye aku cuma claim utk baiki kereta aku dan aku rasa mmg bagus aku ade insurans ni..kalo x masak nk kene bayar byk2...hahahah tp aku berminat nk beli medical card ( bile aku mampu :-( ) sbb aku nmpak kegunaan die. mcm ko ckp masa 11 sept tu..aku pun xtau byk syariikat insurans gulung tikar...hohohoho..cuma aku nk highlight kan kegunaan/kebagusan insurans nie aje...ketakbagusan insurans ni adalah kekadang kita x dapat rasa benefit die (kalo insuran nyawa, ko mati famili ko dpt..so ko x merasa kan? huhuhu Renung2kan dan selamat berdiskusi~

      Padam
    10. Tak perlu risau la.. kalau takda duit takyah la beli insurans..
      berserah dan tawakal je pada Allah.. dia yang mengizinkan semua benda terjadi..

      Orang dulu-dulu takda insurans tetap boleh juga hidup..

      Ada duit berjuta pon kalau mati tu mati juga takda insurans kat dunia ni boleh pakai pon..

      belum kira yang prosedur insurans tak lepas sebab miss bayaran premium sebulan..

      ada juga yang kena tipu agen insurans.. ingat duit masuk tapi kena songlap.. so nak bayar masukan dalam akaun company..

      tapi masih bukan 100% insurans pon.. sebab ada juga kes dapat duit insurans kena songlap kena curik kena rompak pun ada..

      Allah juga tuhan yang maha mengetahui... dan menjaga kita..
      jadi usaha apa yang terbaik dan berserah la..

      Tak payah fanatik percaya sangat benda insurans kat dunia ni.. sampai nak bazirkan duit yang sepatutnya lebih berkat kita bagi kat mak bapak.. kat perjuangan agama.. dan sebagainya..

      Wallahualam..

      Padam
    11. Hohoho..

      Takyah pening kepala sila dengar agen insurnas diajak belajar ilmu kebal lol..

      Padam
    12. Apa itu insurance/takaful?
      http://www.youtube.com/watch?v=nXfGeMNnBsM

      keperluan insurance/takaful?
      http://www.youtube.com/watch?v=FhesmeEdnNQ

      Padam
    13. Dah 20 tahun lebih pakai motor & kereta renew insurans setiap tahun purata RM1k setahun (ada lebih masa tak habis bayar loan bank).. bermakna dah RM20 ribu juga aku sedekah kat syarikat insurans sebab tak pernah claim.. dan tu pun insurans naik lagi sebab katanya gomen suruh naikan..

      terima kasih la.. cukup2 je la apa yang dah ada.. i would say no to any insurans scheme..

      Padam
    14. Tanpa Nama22 Oktober 2013 12:51 PG : Memang betul ape yang ko ckp tu, xde duit takyah beli la...tp 1 je silap, beli insurans ni bukan utk hidup/mati tp lebey kurang mcm bantuan bile ko ditimpa musibah. memang x dinafikan xde insurans pun still bole idup sbb insurans tu sendiri ciptaan manusia. Byk jenis insurans dan kalo x silap aku, MRTA tu pun mcm sejenis insurans (kalau beli rumah kene bayar tuk MRTA so kalo si pembeli rumah tu mati, rumah automatik bank akan fully bayar xyah la laki/bini/anak/makbapak kene sambung bayar utk duduk kt umah tu)
      untuk point ko yang ni " tapi masih bukan 100% insurans pon.. sebab ada juga kes dapat duit insurans kena songlap kena curik kena rompak pun ada.." aku xnmpak relevan dgn topic so aku x tau cmne nk ulaskan...hahahaha

      EntahLar22 Oktober 2013 8:50 PG : Tu la bile pikir2 beli insurans kereta/motor rugi plak...sebab x penah claim sbb ko mmg bernasib baik x penah eksiden...ye lar bile eksiden je baru bole claim...xkan nk mintak2 eksiden kot tul x? hahahha...tp skang ni
      aku byk kali la dpt call dri agen insurans ckp beli insurans (nyawa) bila da smpai tempoh matang ko boleh dpt balik duit (bkan semua total premium yg dibayar). xtau lah...nasihat aku kalau lah ko tergerak hati nk membeli ke..pastikan org tu ko dah selidik betul2, tgk ape scheme yg ko rase sesuai dgn ko baru la amek...kalo x jgn beli nanti menyesal tiada guna!! hahahahaha kalau diberi pilihan antara Insurans nyawa dan Medical card, aku syor kan korang beli medical card, atleast kalo sakit sikit2 pun trus p kt panel hospital MC ko tu trus admit. xyah bayar...itu yang aku rase bagus lah...Renung2kan dan Selamat Berdiskusi lagi~~~

      Padam
    15. Masuk hospital tak payah bayar? bullshit..
      Mana ada tak payah bayar langsung.. ada juga kena bayar..
      Alasan tak cover insuran la apa..

      Satu lagi insurans call ke apa ni tak payah layan sebab dia takan bagi ko polisi dulu..
      Dan ada term dalam polisi yang kelentong..

      So nak masuk insurans tu belek 100 kali polisi tu.. ada hidden term yang memang akan menguntungkan pihak insurans dari pembeli..

      Tak payah la menipu.. atau nak sedapkan hati ko kena esok kau tau la..

      Padam
    16. ni apahal sembang pasal insurans ni. tajuk sembang pasal mlm, pelaburan & skim cepat kaya yg scam... ni xpasal2 org insurans butthurt

      Padam
    17. Tanpa Nama22 Oktober 2013 9:33 PG : tu lah yg aku tekankan, sblm beli ko tanye la byk2..cover utk ape?berapa?masa dia? kalau dia ckp semua ada...ko suh la die tnjukkan bukti kt mane die tulis dlm polisi. Mmg x dinafikan mmg berlambak agen insurans kaki kencing, so sblm ko kene kencing kt dorang ko twist la ape2 yg patut..tgk dorang boley jawab ke x? hihihi...konsep sama je mcm nk beli barang...cume byk sikit la kriteria yg kene tgk. hohoho rilex2...kan aku dah bagi tagline kt last2 ayat aku
      "Renung2kan dan Selamat berdiskusi~~~ " hihihih so pls no butthurt2 ek~

      Padam
    18. Ini jenis spesis dungu, kita kan dalam islam kena ikhtiar, insurans tu bukan sahaja nak lindung kita tapi lindung org lain, pasni tak payah kerja, sebab yg kaya majikan kan?? Makan pasir je boleh hidupkan?? Kan? Kan?

      Padam
    19. Sila faham kedunguan yang digunakan oleh syarikat insurans.. sebelum kata orang dungu.. sebab anda juga mungkin spesis dungu yang terima apa saja tanpa sebarang penyelidikan dan kefahaman mendalam..

      Padam
    20. Biasala MLM ni memang mengunakan kedunguan orang untuk mengaut keuntungan.

      Biasa la apa saja bisnes boleh buat cara skim MLM ni.. cuma orang sedar dan tak aje..
      orang paham ke tak saja..

      Padam
    21. Relaks.. apa teruk sangat adab sampai gaduh2 dan bodohkan orang ni..

      Semua benda ada kebaikan dan keburukan insurans juga ada kebaikan juga keburukan..

      Point kat sini ialah jadi Penguna BIJAK, selidik segala maklumat sebelum bagi apa-apa komitmen. Pastikan tahu segala butiran dalam polisi dan segala yang berkaitan.

      Biasa la meniaga, dan kebanyakan polisi direka untuk penguna terikat jadi hati-hati. Kalau dah tahu semua nak ambik insurans ke tak tu terpulang..

      Jangan menyesal duit dah habis kat insurans setiap bulan sekali datang musibah insurans tak dapat membantu langsung sebab anda tak paham apa yang terkandung dalam polisi anda.

      Ini adalah bedasarkan kisah benar.. caya atau tak terpulanglah kepada anda.

      Padam
  3. MLM ni kena ada follower yang sentiasa aktif.. sebab diri dan downline kena beli..
    Mengikat penguna kepada produk MLM.. Tu Amway/Cosway.. masih utuh sebab produk mereka merangkumi produk harian..

    MLM juga kalau nak berjaya kena carik downline kena mulut manis berbicara.. jual.. kalau jenis tak bercakap nak masuk downline boleh tapi jadi ahli pasif la yang aktif.. tapi susah nak naik la.. sebab nak naik kena tarik ahli masuk downline.. :)

    Tak kira la apa skim pun kalau downline cuma hangat-hangat tahi ayam memang tak kemana.. :) biasanya orang buat MLM ni target high level bonus tinggi dapatkan loan kereta rumah melancong.. :) tu rajin promote..

    Salah satu caranya ialah merangsang ketamakan orang.. dengan menunjuk kemewahan duit banyak kereta mewah rumahmewah.. Kebiasaannya bukan duit, rumah atau kereta sendiri pon.. sewa aje.. hahaha.. :)

    Ramai dari kita ni mahu cantik amhu ensem mahu sihat... juga mahu kesenangan dunia duit banyak kereta mewah rumah mewah pasangan ensem/cantik..tu iklan2 mlm ni mengunakan kelemahan dan kemahuan kita untuk tarik kita join depa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Salah satu caranya ialah merangsang ketamakan orang.. dengan menunjuk kemewahan duit banyak kereta mewah rumahmewah.. Kebiasaannya bukan duit, rumah atau kereta sendiri pon.. sewa aje.. hahaha.. :) "

      yup ini ayat yang sesuai untuk menunjukkan salah satu cara orang ramai boleh terpedaya dengan apa2 skim cepat kaya atau penipuan jenis yang lain.

      aku suka perkataan "merangsang ketamakan". tunjuk2 duit banyak2 mmg boleh buat mata org ramai terbeliak, kadangkala sampai tahap nafsu dalam diri kita didih menggelegak. kita kena didik hati kita yang mudah rapuh ini bahawa duit bukan segala2nya

      p.s : ntah camna la aku nanti kalau ada wang satu juta didepan mata aku. harap ada keimanan yg tinggi masa tu

      Padam
  4. xde jln shortcut utk kaya.

    BalasPadam
  5. Orang yang berminat dengan MLM ni biasanya ada mentaliti, kalau nak kaya, kena tunjukkan yang kita ni betul-betul kaya. Tu yang banyak MLMers ni batak sangat suka tayang duit kat dalam pic kat Facebook.

    BalasPadam
  6. Setuju sgt3 100% dgn kata2 terakhir tu "Say No to MLM dan yg sewaktu dgnnya!"
    sejak kerja mcm2 org promote..amway la, Tupperware la dan terbaru bff sndiri pomot USANA. beriya-iya pomot kt aku yg pokai ni..adoyaii..naseb la dia kwn baik, klau tak da lame dia call aku tak angkat! aku jadik ahli je la..nak jadi distributor mmg tak mampu sbb at least kna invest rm500/sebulan utk maintain distributorship (ikut fahaman aku dan bff tu la). Bleh putus kawan sbbkan MLM ni!haha

    p/s: tapi aku distributor amway, cuma kecil-kecilan..jual produk yg aku suka guna je..hee

    BalasPadam
  7. point no.10 tu aku tak setuju. banyak je berita/cerita kaum lain pun tertipu dengan skim2 sebegini, terutama sekali kaum cina. cumanya korang kene rajin baca berita bahasa kaum lain la.

    BalasPadam
  8. welcome back noob. gud info.. rindu bc tulisan ko. hihihih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Merepek: Psychic Zero lor

      Padam
  9. Tajuk yg menarik noob.good
    kwn2 yg gila MLM mmg xdisukai,klw ajak mengeteh,ayat awal yg aku bg,"klw bkn nk promot,nk lepak2 jom.klw nk mjual aku sedang sibok!".
    Tp kehidupan kota skrg mmg gaji saja xcukup,jd bagus gak org yg buat side income ni.kurang2 diorg ada usaha nk maju diri.cuma yg poyo-poyos nk menayang duit apa hal,mmg xkena cara bniaga.lg yg hal lain yg lg teruk bhenti kerja utk MLM. Mlm kan bmusim,utk side income ok,fully income,ramai kot dh botak kepala.
    Dlm ms yg sama ada gak produk mlm yg bagus,contoh shaklee. Ada x,supplement organik yg bagus dan lebih murah dr shaklee? Klw ada mgkin ada option.
    Insuran tu dh keperluan sgt2,MLM ka kapitalis ka,kan yg islamik dh byk.klw kita mati,ada gak duit anak2,utk bini sblm kawen lain.tangungjawab gak tuh. Jd sapa yg xdak insuran lg sila buat dgn org yg rapat(klw blh ahli kluarga yg kita pcaya kat dia dgn perilaku yg dh terbukti).

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon tengok byline/nama pengarang terlebih dahulu sebelum membuat komen.

      Padam
  10. Noob, ni aku buat entri khas utl ko..

    http://kartunster.blogspot.com/2013/10/entri-3-pemenang-ga-bagi-belah.html

    dengan ucapan, bila nak bangun tidur weh..hiatus je..kami perlukan entri dari anda untuk menghiburkan hari2 kami..

    BalasPadam
  11. we want noob... we want noob.. plz come back noob.. aku register id google pun semata nak komen ko punya entry noob huhuhu

    BalasPadam
  12. kesian psycic zero...xde org minat....org nak noob jugak...

    BalasPadam
  13. rezeki datang dari Allah, sebelum melangkah pergi cari kerja/side income, perbetulkan niat, minta dulu rezeki dari dia, bukan pergi cari dulu~
    insuran, banking, tak payah nak sembang islamic, zaman nabi mana ada bank, insuran~ itu sistem kapitalis yahudi adam smith~ bank islam pun tak islam sebenarnya~
    tak perlu la nak memperhambakan diri kepada sistem2 yahudi ni kalau nak cari makan~
    mentaliti orang2 MLM ni tak serupa mentaliti businessman berjaya di dunia ni~ tak caya pegi check~ pada budak2 MLM, money is matter, pada billionaire pula "money is not the matter" (orang business pasti faham benda ni)
    kang, aku cakap MLM tu haram/tipu, datang puak2 ni kata aku dengki sesama melayu kononnya~ padahal income macam mana generate ? meh sembang~
    dah berbuih mulut sembang, dah berzaman2 dah ada, nama je berubah, "skim 2 kaki" masih sama dari dulu~ puih~
    nak cepat kaya beli emas sekarang, emas sedang murah, dijangka bulan 2-3 tahun depan, akan melonjak naik~ hehehe~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emas pun ada scam.. luar sadur emas dalam tungtens..
      Tokey untung berjuta2 sebab orang bodoh beli emas yang sebenarnya less value..

      Nak beli emas pi kedai emas beli barang kemas dan pastikan emas tu ori..

      Padam
    2. pandai2 la cari bro~ luar cover je emas, dalam tungsten baru2 ni ada trader recover~ gila betul~ mint mark dia sebijik macam yang ori (PAMP Suisse)~
      kalau setakat main pamp suisse 1 oz, 10 gram 5 gram yang ada cover plastik tu takde hal kot~ emas dinar pun pelbagai jenis~ berlaku fake tungsten gold ni biasanya emas dari China(termasuk coins) dan jongkong besar (30 gram ke atas)~

      Padam
    3. oh ya~ nak lagi confident 100 percent tak ada fake punya, kijang emas bank negara~
      ada 3 size, 1 oz, 1/2 oz & 1/4 oz~ nak beli kena bagi IC(kalau beli di BNM atau maybank), nak jual balik pun sama~ :)
      takkan la maybank & bank negara nak tipu~

      Padam
    4. Beli emas dengan penjual bertauliah. Yang ada sijil ketulenan. Yang ada pengesahan Assayer berdaftar. Beli emas di kedai emas susut nilai dia tinggi. sama juga beli emas jongkong dalam seal macam PAMP Suisse atau seangkatan dengannya.

      Padam
    5. hmmm macam-mana dengan geng2 fb yang menjual serta berdagang sesama sendiri?

      apakah langkah2 yg best utk elak kena tipu?

      Padam
    6. Buat amal ibadah banyak2 sedekah etc.
      buat meas pelaburan kat akhirat..

      Ko labur emas banyak2 kat dunia pun buat apa ko mati orang lain yang dapat mudah2 je..
      bukan boleh bawak mati. pon

      Padam
    7. Jangan dangkal ya tanpa Nama...Perlu simpan kekayaan dunia supaya nak isteri tak meminta-minta.

      Mati memang pasti.Nak bersedekah mesti ada kekayaan walaupun sedikit.

      Dengan emas itulah kau boleh buat bekalan amalan akhirat. Bukan kau terus tinggal duniawi.

      Tolong kaji lebih sikit. Supaya menjadi peringatan dan amalan pada diri sendiri dan boleh membantu masyarakat sekeliling.

      Padam
    8. ikut apa nabi ajar.. didik diri dan anak-anak..
      kalau iman kuat carik isteri taat takdanya akan susah.. minta2 dan sebagainya..

      jangan ikut sangat apa kehendak nafsu kita hidup tak lama sediakan bekalan untuk mati..

      masa kat sana nanti lebih lama dari kat dunia..
      nak caya atau tidak terpulang la sekadar menasihatkan..

      Padam
    9. @biskut, join group2 dia~ tempat menjual kena ada kad keahlian~ :)

      https://www.facebook.com/groups/ruangniagaemasperak/
      https://www.facebook.com/groups/silverlot.shop/
      https://www.facebook.com/groups/116417985067951/

      :)

      Padam
    10. @tanpa nama, apapun, semua amalan balik pada niat~
      rezeki datang dari Allah, kalau fahami dan dalami konsep tu, sepatutnya, makin kaya, makin beriman kot~ ini bukan soal nafsu, ini soal nikmat, nikmat kalau hang pandai agih2kan atau bawa kesenangan untuk orang lain, takde masalahpun nak jadi kaya~
      zaman nabi punya ramai orang kaya dan zuhud~

      Padam
    11. ada orang, makin kaya makin sesat (kau lah tu, kot en. tanpa nama)
      ada orang, makin kaya, makin tunduk pada Allah~
      bukan semua orang sama, okay~

      Padam
  14. Noob dah kawin...so hiatus kerana nak bersama isteri dan keluarga mertua. Psychic Zero orang lain. Rasanya dah jadi adik ipar Noob. Tu sebab Psychic Zero ada dalam panel. Kronisme

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pop Soul ni sape plak adik kepada dik ipar ke? lol
      Psychic betul la..

      Padam
    2. Tak.aku kawan kepada dua individu tersebut

      Padam
  15. Melayu suka MLM sbb 2 benda....sbb nak senanag jadi kaya dgn cara pantas, senang tertipu dengan janji2 manis..lg2 org perempuan. Sbb 2 org2 MLM benda pertama ckp kekayaan yg boleh diperolehi dengan menyertai MLM mereka, sbg drive factor utk berjaya..kononnya.

    Tp secara logik, org kaya xkan suruh org lain yg dia x kenal utk jg kaya mcm dia. Boleh katakan 95% niat org promote MLM kat entah sape2 supaya nak naikkan pendapatan mereka sendiri dengan dpt sedikit sumber pendapatan/bonus dr downline mereka. Kalau betul org kaya nak ikhlas terus org, belanja makan je atau bagi duit beribu2 kepada yg memerlukan.

    Bila tau sistem MLM ni...sy sendiri xnak jd ejen MLM sbb xnak menyusahkn downline...niat dah x betul. Lg2 org muda secara statistik mudah percaya/terpedaya dengan dakyah2 bisnes, politik tanpa buat sebarang homework mendalam...SIGH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Modal kapitalist ni melabur dalam 1 juta buat MLM untung 2 juta paling koman..
      Tu kawan aku cerita la.. Tu syarikat MLM ni tumbuh macam cendawan tutup satu satu lagi muncul..

      Macam2 jenis MLM ada.. dari barang makanan kesihatan kecantikan semua segi dijadikan MLM.. Ebook servis pon orang jadikan scheme MLM promote lam facebook bagai.. facebook jana pendapatan la konon.. hahaha..

      Padam
  16. melayu memang wong goblok kok..

    BalasPadam
  17. cam vangang je posing pegang duit bagai.. cukuplah member ak pernah terkena dulu.

    BalasPadam

  18. ASSALAMUALAIKUM... slmt sejahtera ONEXOX bukan MLM atau SKIM Cepat kaya.. pada saya, jika kita hanya pengguna ONEXOX, sudah dikira sukses.. sbb kita dh jimat hari2. Mcm sy penjimatan dlm rm50-rm70 sebulan as user shj.

    Sblm ni bil postpaid sy RM120 sbln. Skrg guna onexox cum topup rm50-rm70 je sebulan.. guna mcm biasa..

    Dengan penjimatan RM50sebulan, dpt lah digantikan beli beras 10kg dan pampers anak tiap2 bln...

    Soal sukses berniaga, kita buat saja.. benda murah dan jimat ni.. kita buka lah mulut.. buka table.. ini laluan kita utk mudah sukses..

    Bukak je table, target mudah jual 1simkad sehari.. sebulan jual 25 simkad. 5 hari lg cuti..

    Cukup setahun minima kita dh ada 25x12bln = 300user...

    Itu pun siap ambik cuti 5hari sebulan...
    Slps 3thn, kita ada 900 user. Jika 900user topup RM30 (purata) sebulan, dh dpt jmlah 10% x RM27000. Dptlah pasif income RM2700 tiap2 bln seterusnya...


    Ini formula TANPA SEBARANG PENAJAAN SUB-DEALER..

    Kalau ada rezeki subdealer, jadilah autopilot.


    Kerja keras 3thn, plan retire young retire rich.. Istiqomah...?

    Norddin b Ahmad
    DYSD 3545
    010 310 2847

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.