Jumaat, 25 Oktober 2013

25 Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2014

Sesi pembentangan Ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah pun selesai petang tadi. Antara yang paling hangat adalah pelaksanaan GST, kenaikan harga gula, kadar BR1M dinaikkan serta bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam.



Tema Bajet 2014: Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.
  • Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
  • Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
  • RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
  • RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion
  • Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.
  • Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.
  • Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
  • Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
  • Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
  • Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
  • Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
  • Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
  • Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
  • Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
  • Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
  • Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Lagi inipati rasmi Bajet 2014: Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
Subsidi Gula Dimansuhkan
  • Subsidi gula akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes akan penyakit kencing manis. Harga gula akan naik RM2.85 sen mulai 26 Oktober 2013.
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500
  • Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji iaitu minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari depan kepada kakitangan awam. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2014.
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan
Kadar Baucar Buku Dinaikkan
  • Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Kelajuan Internet Dinaik Taraf
  • Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp. Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb.
Program Perumahan Rakyat
  • 223,000 unit rumah pada harga berpatutan
  • Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
  • 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015
  • Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.
Bantuan yuran taska RM250 sebulan
  • Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan
Penbangunan Sukan RM239 juta
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini
Program Pertanian
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

Sumber

Apa komen anda mengenai Bajet 2014 ini? Apa pula pandangan anda mengenai Bajet 2014 versi Pakatan Rakyat?




tags: live streaming stream video sesi pembentangan ucapan bajet 2014 najib razak perdana menteri parlimen dewan rakyat tv1 tv2 tv3 astro awani cnn media treasury mof kementerian kewangan perbendaharaan inipati isi kandungan rumusan rasmi in a glance infografik ringkasan belanjawan negara pakatan rakyat pr #bajet2014

25 ulasan:

  1. baucer buuku aku nk beli buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita dh dpt baucer buku boleh lah nak beli pen(john)

      Padam
  2. x kisah ape bajet pon yg penting x membebankan rakyat

    BalasPadam
  3. bajet yang memberikan pulangan kepada rakyat...

    BalasPadam
  4. Bonus setengah bulan (pada asal naik COLA n elaun perumahan, last2 minit ubah)..dijangka bg bulan 11 atau 12. Kalau nasib baik, dibagi 31 oktober sbb penjawat awam dah kering gaji masuk awal time raya haji.

    Still statement sy above is a rumors..dr dpt info dr sumber2 yg boleh dipercayai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke kata nak bagi Jan 2014...

      Padam
    2. Statement sy di atas sebelum announce Bajet 2014. So nampaknya Najib kene ambil masa smpi Jan baru leh bagi bonus (xkan nak ambil hati pengundi Cina lg utk Tahun Baru Cina). Rasa2 duit bonus 2 lebih memerlukan pada bulan 11 atau 12 sbb nak naik sek n bawak family jalan2 time cuti sekolah.

      Padam
  5. Atas dasar mendahulukan rakyat sistem pencukaian menyeluruh perlu segera dilaksana. Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Service Tax GST) disahkan bagi 2015!

    Syabbaz! 6 persen, 6 persen!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut PR, akan membebankan rakyat, kalau ikut BN certain barang akan menguntungkan rakyat..entahla..pape pun kerajaan kena perjelas GST ni..

      BR1M ditingkatkan, still aku xdapat, so wat masa ni pelepasan cukai je la belanjawan ni yang aku dapat.. selain GST dan kenaikan harga gula

      Cuma agak terkilan susidi rumah hanya diberi pada pemaju, nape xpada rakyat terus..

      Padam
    2. klu ko jd supplier keluar masuk brg ko tau yg cukai brg msuk kt malaysia ni mmg tinggi. sebelum GST ni cukai utk sesuatu brg hingga 30%. tp lepas ni jd 6% kira murah la. tp beban kpd supplier yg bwk msuk brg yg xkne cukai sblum ni. tp sket je. lepas ni syarikat fowarding boleh gulung tikar.

      Padam
  6. terimakasih PM... phuii

    BalasPadam
  7. woww...belanja pengurusan double dalam masa sepuluh tahu...terima kasih kong sultan....

    BalasPadam
  8. Harga gula naik utk menjaga kesihatan rakyat - statement bodoh yg hanya boleh dipikirkan oleh kerajaan umno bn.

    Rumah kos rendah - 800 sqft
    Rumah kos sederhana - 1000 sqft
    Habis tu takkan rumah teres ukuran biasa 20x70 (1400 sqft) dianggap sbg rumah kos tinggi? Org2 berpendapatan sederhana ke bwh hanya layak duduk di rumah flat ke? Hanya kerajaan umno bn yg boleh fikir benda2 bodoh mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang kakitangan rakyat(termasuk kakitangan kerajaan bn) nak masa mengundi BN.
      mereka mahu pemimpin mereka duduk dalam mahligai manakala mereka duduk dalam rumah sebegitu.

      Padam
  9. janji ditepati katanya... ape2 pun lepas ni minum kat mana2 kedai order air kosong je lah..

    BalasPadam
  10. aku teringat sorang budak form 3 cakap kat aku....rm 100 mana cukup buat motor bang.....kak..kah..kah...

    BalasPadam
  11. cepatkan bajet untuk sg.bertam depa ejas.....ada udang galah dalam kuetiau kot bab cameron nih.....

    BalasPadam
  12. kelajuan broadband ditambah yahooo....makin laju la aku donlot youjizz.

    BalasPadam
  13. buat masa sekarang, aku belum rasa terbeban...masih mampu lagi...GST ke, tak GST ke, aku masih aman...btw, anon atas anjing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bli kadar sikit mmg la xrasa bro..cube bli kadar besar..beli borong..rasa oii...

      Padam
  14. kebanyakan hanya mungkin melegakan golongan bawahan tapi masih takda meransangkan untuk pertengahan

    BalasPadam
  15. kah kah kah peruntukan separuh peruntukan masuk poket pengyonlap kerajaan!! nak tolong rakyat puiihhh la sejarah berulang kembali je pun xde ubah pape pun... melainkan berhenti sokong BN

    p/s: itu yg ak dpt bila tanye kwn ak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahaye woii undi PR ni, klau PR ni majoriti PAS ok la sgt2, ni yg mng pn byk cine DAP bodo2... mau kene ubah pelembagaan, pastu kite mlayu ni mmg jd macai la jwb nye...

      Padam
    2. Relaks la woi. Kita ada raja kot. Ketua negara.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.