Khamis, 22 Mei 2014

32 Sudahlah sedih, warga Internet tambah lagi derita

Baru2 ni naik nama seorang lelaki dewasa yang bernama Fuad Charming kerana telah memuatnaik gambarnya menangis serta kata2 yang menggambarkan kesedihan yang teramat sangat di Facebook miliknya kerana cuba melupakan diri seseorang yang telah mempunyai banyak kenangan sewaktu bersama suatu ketika dulu. Ada yang memberi sokongan dan kata2 perangsang kepada beliau agar tabah, namun lebih ramai yang mengutuk, membahan dan membuat lawak jenaka terhadap beliau.


Bagi aku kalau nak bahan orang lain, at least kaji dan selidik la dulu latar belakang orang itu. Kalau korang nak bahan budak2 baru nak up, budak hotstuff bani Evans Hudson Dawson kitab qudud padang matsirat yang suka upload gambar2 merapu tengah bercium, beromen, selfie doggie, kelar pergelangan tangan, lepak kelab malam, minum arak, tunjuk lurah dan macam2 lagi perangai jahiliyyah itu boleh tahan lagi, tapi sekurang2nya tengok la jugak profil dan latar belakang orang tu. Kau tak boleh pukul rata semua attention whore kat FB tu sama. Ini siap ada yang buat fanpage untuk dia macam fanpage Amran Pekida Fans semata2 nak troll dia. Ko ingat lawak ke?

Mungkin orang tersebut ada mengalami masalah melampau dan tekanan yang amat berat dalam hidup sehingga menjejaskan kesihatan mental beliau, atau memang dilahirkan sebagai insan istimewa atau kelainan upaya. Kalau tengok penulisan status2 dan gambar2 yang diupload pun kita boleh agak macam mana keadaan orang itu. Malah aku baca kat forum pun (aku tak sempat tengok profile dia sebab dia dah delete akaun dia), orang yang sempat tengok profile dia kata dia dah kematian ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat. Hidup sudah sebatang kara, lone ranger, kena bahan lagi. Korang tak kesian lagi ke?


Kita ini memang sempurna sangatkah sehingga tidak berperasaan dan tidak kisah membahan golongan2 yang kelainan upaya? Sekiranya kau tahu orang itu memang insan istimewa, adakah kau akan sanggup lagi untuk membahan dan gelakkan dia? Bagaimana pula jika orang itu adalah ahli keluarga kau, adik beradik kau, saudara mara kau atau rakan2 kau?

Ini bukan kes pertama orang kurang sihat fikiran mendapat Internet. Dulu aku pernah tulis pasal pengasas ajaran sesat UNIVERSAL AL-ISLAM STAR WARS SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS ACADEMY, Jayanegara yang mengaku Imam Mahdi di blog serta gadis yang suka menyanyi dan berlakon kat Youtube, malah kat Facebook pun aku dah pernah jumpa ramai orang macam tu.

Memang kat Internet ni memang ramai yang ada otak dan akal yang sihat tapi bangang, tapi janganlah pula sampai golongan yang "istimewa" ni pun korang samakan jugak? Sensitiflah sikit, mana perginya sifat kemanusiaan korang?




tags: fuad charming facebook fb profile profile gambar sedih orang dewasa tua menangis kematian ibu bapa angkat kandung golongan insan intimewa kurang sihat akal fikiran mental minda kesihatan oku kelainan upaya bahan lawak troll kelakar lucu bangang kejam kesian putus wayar lurus lone ranger meme viral

32 ulasan:

  1. Balasan
    1. Oh Rozana

      Masih ingatkah engkau
      Akan jejaka bangla
      Gemuruh gelombang yang terus menepi
      Yang menerbangkan bisjut & royi

      Oh Rozana

      Disana kita saling bercerita
      Bercerita tentang bisjut & royi
      Tentang kuatnya akan perasaan
      Yang tumbuh dari bisjut & royi

      Oh Rozana

      Kau makan bisjut ini
      Kau genggam royi ini
      Kau bisikkan kata-kata indah
      Hingga tak ku rasakan lagi bisjut & royi

      Oh Rozana

      Meski aku tau
      Itu semua tak bisa terulang kembali
      Meskipun itu hanya akan jadi bisjut & royi
      Tapi bisjut & royi itu kan tersimpan menjadi kenangan

      Nak bisjut?

      Padam
  2. Golongan kurang upaya ada facebook? WOW....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa? Golongan kelainan upaya tiada hak untuk guna Facebook? Jangan kata Facebook, youtube, blog pun diorang boleh buat. So kita sebagai orang sihat akal dan tubuh badan ni buat apa untuk membantu dan membimbing mereka? Gelakkan mereka?

      Padam
    2. Thanks Noob haha saya ada add freind dia and baru sahaja nak cari dia tapi tak jumpa akaun. Rupanya dah deactivate.

      Padam
    3. Penangan facebook. Jgn kate OKU. Baby bru lahir pn da ade facebook. Mak bpk buatkan. Attention seeker.

      Padam
    4. so maksud anon ats ni sapa2 buat fb ni adalah jenis attentions seeker? gitu?

      Padam
  3. Oooops... sekali tengok, mmg susah nak tahan gelak PON. Bila dah baca, rasa mcm kejam plak.
    Hmmm...

    BalasPadam
  4. siap ada yang buat meme lagi smata2 nak membaham *sigh*

    BalasPadam
  5. Just another typical case of cyber bullying, it's uncontrollable... the poor guy :(

    BalasPadam
  6. benda tak jadik kat diri sendiri/family sendiri bolehlah..

    trolling dah jadik darah daging malaysian..pity that guy..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. ni mesti bapak lu kuat melancap, yg bakal doktor peguam engineer cikgu semua dah dibuang kat dinding, tinggallah baki2 yg xberkualiti dibuang ke dlm rahim mak lu maka keluarlah org mcm lu

      Padam
    2. Termasuklah bapak ko sekali.

      Padam
  8. gelak lah korang semua,mungkin korang tak dak membe2 yang mcm nih,orang mcm nih mungkin kita boleh spesifikasi kan sebagai tak sempurna dari segi kematangan spritual oleh sebab tertentu,aku ada membe yang umur dia menjangkau 28an tapi dari fizikal dan kematangan dia lebih ke arah kebudak2an,jadi jgn lah kita semua nak buat dia lagi tertekan,biarlah dia dlm dunia dia sendiri,x kacau sapa2 pon,kalau dah gitu cara dia nak meluahkan apa2 perasaan dia biaq pi la kat dia.

    BalasPadam
  9. Dalam keadaan apa sekali pun tak baik gelahkan org.

    BalasPadam
  10. biasa la orang malaysia kaki bahan, semua benda nak dibahan. seronok kot bahan orang, pasal tu semorang bahan ikut suka hati tak fikir perasaan orang lain. donia doniaaaaaaaaa

    BalasPadam
  11. Oh Rozana

    Ingin aku menahanmu
    Tapi aku tahu aku tak akan bisa menahan jalanmu
    Bahkan sekalipun kita terikat
    Kita akan selalu berpisah
    Karena kita menyukai bisjut & royi
    Jadi kulepas bisjut & royi kepada bangla

    Oh Rozana

    Aku tahu
    Kamu pun menyukai bisjut & royi
    Tapi aku tak bisa bertahan lagi
    Meski perasaan ini selalu menjebakku
    Kini hanya ada bayangan bisjut & royi
    Bayangan itu yang selalu hadir di depan bangla
    Menghadirkan kenangan suka duka
    Kenangan yang tak pernah bisa kuhapus
    Seakan terpatri dihati jejaka bangla

    Oh Rozana

    Kadang aku benci mengakuinya
    Meski kita berpisah
    Bisjut & royi tak bisa lepas darimu
    Aku pun benci bertanya dalam hati “apakah kamu juga nak bisjut"?

    Oh Rozana

    Kini kita baik-baik saja
    Tak ada bisjut & royi
    Mungkin kamu pun tak ada rasa lagi
    Ada satu hal yang tak berubah

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  12. patut jumpa pakar psikiatri.....
    jangan rasa malu kalau nak jumpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn malu nak jumpa pakar psikiatri, masalahnya org gila ni bkn sedar yg dia tu gila... kena org lain yg tau dia gila kena bwk dia jumpa pakar psikiatri

      Padam
  13. aku pernah tgk bnyak dalam movie dan jugak dalam komik..memang org yang bodoh ngn kejam ni suka gelak tgk org lain sedih. Sebab hati dah 'mati'. Rasa diri boleh jadi pak lawak dalam apa jua situasi. Fuhh, syukur aku tak tergolong dalam golongan macam tu. Kesian dia..dah ada masalah, hidup pulak penuh dugaan. kena jadi bahan lawak dan maki org pulak. Damn society, semakin mereput dan membusuk.

    BalasPadam
  14. semoga Allah S.W.T. mengampun dosa brother tu :( al-fatihah pada keluarganya yg pergi meninggalkan dunia yg fana ni...

    ak xkan gelakkan org mcm ni sebb.... mcm biasa klu buat sush kat org lain diri kita balik akan kena balik, dimalukan mcm tu...

    BalasPadam
  15. Noob..lu tgk sendiri la sikap2 orang bangang komen blog lu ni..kebebalan mmg sukar dibendung.. saya raser dah xder lagi dah manusia yg waras sejak internet wujud.. sumer sudah gila dan bangang belaker..

    BalasPadam
  16. Org malaysia terlampau prihatin...tp bukan menjadi lebih baik, tp lebih menyibuk, jd bahan gossip atau buat troll n share kat kwn2....xde yg nak betul2 membantu meringankn beban mangsa...apa yg penting, share masalah terbabit n dpt like n share terbanyak dlm fb...2 je.

    Kdg2 laman sosial x byk membantu manusia utk saling tolong menolong, sibuk nak perkena org x habis2 n share bnda2 yg x betul2 sahih yg maybe jatuh fitnah even dgn menekan share atau like sekalipun

    BalasPadam
  17. ewww ada jgk org backing abg puad charming ye... dhla amik gamba xpakai baju,tunjuk gambar ketiak,peluk teddy bear plak tuh... adoi gelilaaa... meloyakan... korunk ni adik2 abg puad keee?? untung abg puad

    BalasPadam
  18. Itu masalah dgn generasi sekarang (termasuk aku dan kita semua),
    sentiasa rasa hebat bila di belakang skrin.
    Kutuk mengutuk, bahan membahan macam dosa boleh dihalang dgn skrin itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada baca budak remaja yg dlm status fb selalu mencarut2 bila yime stress....pas2 bila nasihat dlm bahagian komen, alasan diberi dia mencarut dlm ruang maya yg sememangnya x wujud..so can talk it out loud..kalau ckp mulut berdosa, so mecarut dlm internet x dikira dosa

      Facepalm.....

      Padam
  19. thanks noob.. tolong nasihat lebih sikit kat brader2 pejuang papan kekunci KHK yang saya tengok dah macam tak terkawal je skang ni. nak komen lebih2 kat page diorang takut saya yang kene printscreen wakaka..thanks sangat2 wat entry ni. sian kat golongan2 yang tak berapa bernasib baik macam brader kat ats tu.banyak lagi page2 membahan sekarang ni main suka ati je post tanpa usul periksa. harap diorang sedar.

    BalasPadam
  20. Ane prihatin ._.
    Sedih boleh, tapi menurut ane cara dia salah mengungkapkan kesedihannya ._. Alangkah baiknya jika bersedih, kita curhat atau cerita kepada orang yang dekat dengan kita. mereka pasti lebih bisa memberi saran yang lebih baik. tapi kalau curhatnya di sosmed, ya sudahnya... siap-siap aja di bully...

    *Saya tersesat di sini* peace ._.

    BalasPadam
  21. Sebenarnya orang yg suka bahan orang lain x kene tmpat inilah sbnrnye yg mmpunyai msalah mental dan x mtang sbb mereka ini hanya hidup di dunia mereka sahaja.

    BalasPadam
  22. intinya Indonesia much better than malingsia boneka inggris.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.