Selasa, 2 Disember 2014

6 Perjuangan si kecil pesakit Short Bowel Syndrome

Tidak semua orang di dalam dunia ini mempunyai nasib yang baik. Ada yang diberikan harta yang banyak tapi tidak dikurniakan zuriat. Ada yang dikurniakan zuriat yang ramai tetapi tidak mempunyai harta yang banyak. Ada juga yang dikurniakan zuriat yang sempurna, namun ada juga yang dilahirkan tidak sempurna seperti kanak2 normal lain. Untuk itu, aku nak kongsikan kisah seorang anak kecil iaitu adik Izz yang menghidap penyakit Short Bowel Syndrome yang dihantar oleh Puan Yana Yani.


Sebahagian besar pembaca blog ni mungkin tidak mengenali siapakah empunya nama Muhammad Izzsyraq Azraq. YY sendiri tidak mengenali beliau secara dekat.

Pengenalan ini hanya secara kebetulan setelah membaca entry +Mar Mansor mengenai sebuah blog milik seorang Papa yang menceritakan mengenai masalah yang dihidapi oleh anak dia.

Apa yang dilalui oleh si anak a.k.a si pejuang kecil ni membuatkan YY nekad menulis mengenainya. Ini sahaja yang termampu YY lakukan sekiranya ia boleh dianggap sebagai satu sumbangan.

Kelahiran anak ketiga daripada tiga beradik ni sentiasa dinanti oleh Mama, Papa dan juga Abang-abang beliau. Adik Izz dilahirkan pada 31 Mac 2013 secara normal dan sihat sepertimana kebanyakkan bayi-bayi lain.

Tapi tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.

Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit atau membelit lebih daripada empat kali dan usus berkenanan telah pun bertukar kehitaman.

Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.

Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini.

Bayangkan saiz usus kecil manusia normal adalah antara enam sehingga lapan meter, tapi Adik Izz hanya mempunyai lapan sentimeter dan disahkan sebagai yang terpendek! Yang selebihnya terpaksa dibuang.

Setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah atas dasar try and error disebabkan belum ada rujukan untuk penyakit ini di Malaysia.

Hospital @ Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur adalah rumah terbaru Adik Izz. Malahan dia sudah setahun menduduki rumah baharu itu
untuk menjalani rawatan.

Ahli keluarga Adik Izz, Mama Izz, Papa Izz, Opah Izz, Atuk Izz, Along Izz dan Angah Izz sama-sama berkorban dalam cara mereka sendiri demi kesihatan dan kelangsungan hidup si pejuang kecil ini.

Adik Izz berusia setahun lapan bulan ketika entry ni ditulis. Melihat senyuman dia, mungkin tiada siapa tahu penderitaan yang terpaksa diharungi oleh si pejuang kecil ini.

Menurut +ekjoz buluh iaitu Papa Izz, "Doktor masih lagi buntu untuk mencari penyelesaian agar Adik Izz sembuh. Buat masa sekarang dengan teknologi sekarang, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja penyelesaian terbaik. Hanya keajaiban ALLAH sahaja yang dapat membantu Adik Izz"

Papa Izz juga berkata, "Kami tahu mereka (para doktor) telah berusaha berhabis-habisan untuk Adik Izz dan mereka juga amat menyedihi keadaan Adik Izz, namun....."

"Semoga ALLAH berikan petunjuk dan Hidayah-NYA agar para doktor semua menemui jalan penyelesaian. Akan datang tiada siapa yang mengetahui apa akan terjadi, yang pastinya kami yakin ALLAH dengar rintihan dan doa kami ini serta rakan-rakan semua"

Hati YY sebagai seorang Mama ni entah berapa kali tumpah ketika menulis entry ni walhal YY tidak pernah bersua dengan keluarga tersebut. Tak dapat bayangkan bagaimana Mama Izz melalui ujian ini.

YY yakin bahawa keluarga ini sangat kuat. ALLAH menyayangi mereka dan kerana sayang ALLAH memberikan ujian dalam pelbagai bentuk termasuk kesakitan anak sepertimana yang YY pernah dengar dalam salah satu ceramah Dr. Zakir Naik.


Malahan di dalam Al-Quran juga ada menjelaskan mengenai hal ini iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286. Tejemahannya adalah seperti berikut:

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"


YY doakan ahli keluarga ini terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga Adik Izz, si pejuang kecil ini sihat dan boleh kembali ke pangkuan Along Izz dan Angah Izz yang setia menanti. Amin.

Rakan-rakan yang membaca entry ini, bantulah keluarga ini dengan apa sahaja cara yang korang semua mampu lakukan. Keluarga ini memerlukan doa, bantuan kewangan, kata-kata semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan bersama-sama dengan Adik Izz.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh Adik Izz dan perkembangan pejuangan yang diharungi oleh si pejuang kecil ini, korang boleh dapatkannya di blog Papa Izz.

Selain itu boleh juga diperolehi melalui fanpage PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome ataupun Facebook peribadi milik Papa Izz sendiri.


P/S - Maklumat serta gambar di dalam entry ini diperolehi setelah mendapat kebenaran Papa Izz a.k.a +ekjoz buluh.


* * * * * * * * * *

Sebenarnya aku amat memahami kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh ibu bapa adik Muhammad Izzsyraq Azraq, ini kerana orang terdekat dengan aku sendiri ada dilahirkan tidak sempurna seperti orang lain kerana menghidapi sindrom Spastic Diplegia Cerebral Palsy. Malah aku sendiri amat memahami bertapa rumitnya rutin harian Papa Izz seperti yang dikongsikan diblognya:

JADUAL :
ISNIN - JUMAAT

| RUMAH 6.15AM -> HKL 7.00AM -> OFFICE 7.20AM -> TASKA 7.40AM
-> TABIKA 8.00AM -> OFFICE 8.25AM -> TABIKA 12.00PM
-> TRANSIT 12.15PM -> OFFICE 12.35PM -> BALIK 4.30PM
-> TASKA/TRANSIT 4.50PM -> HKL 5.15PM -> PUTRAJAYA 6.45PM |

Serious, orang yang tiada anak istimewa dan anak yang sakit kronik susah nak faham. Hanya mereka yang melalui sendiri serta yang punya empati sahaja yang akan faham kesusahan mereka. Oleh itu, bagi meringankan sedikit beban keluarga ini, sesiapa yang mahu memberi sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank ibu Muhammad Izzsyraq Azraq seperti berikut:

Nama: Puan Nor Safarina Bt Eliasod
Bank: CIMB Bank
Akaun No.: 7015995636

Kalau ada sumbangan lain boleh terus ke wad di mana adik Izz ditempatkan iaitu di Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Diharap juga agar pembaca dapat mendoakan kesejahteraan adik Izz.

Semoga keluarga adik Izz tabah menghadapi dugaan ini.




tags: muhammad izzsyraq azraq pesakit penyakit short bowel syndrome sindrom usus pendek blog blogger papa izz ekjoz buluh sumbangan derma doa pray

6 ulasan:

  1. ikhlas menderma dengan 1 ringgit!!!!!! first!

    BalasPadam
  2. InsyaALLAH akan buat sumbangan. Moga semuanya dipermudahkan.
    Klik sini utk lebih manfaat :

    http://peruserpaid.com/?ref=49916

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... Terima kasih kerana keprihatinan dari pihak tuan menyiarkan kisah adik Izz. Besar jasa tuan kepada kami sekeluarga. Kami tiadalah mampu untuk membalas jasa-jasa semua yang selalu mendoakan dan memberikan sokongan kepada kami. Hanya tangan menadah memohon doa agar tuan dan keluarga diberikan kesihatan dan umur yang panjang serta dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki sebanyak2nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar bro.. hari ni hari bro.. mana tau lain hari giliran org lain pula.. yg pntg mnjadi kewajipan umat islam utk membantu saudara yg susah & tidak bernasib baik

      Padam
    2. semoga Allah S.W.T. membalas kan ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya... T.T

      Padam
    3. sy bersimpati buat anda sekeluarga.. semoga Allah memberi kekuatan kpd anda utk mengharungi ujian dariNya ini.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.