Rabu, 15 Julai 2015

22 Tragedi Low Yat: Kronologi peristiwa dan konklusi

Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu, hari ini mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebentar tadi.

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang penganggur turut dibenar diikat jamin berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret.

Majistret, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor kemudiannya menetapkan 14 Ogos untuk perbicaraan.

Ketika sebutan dibuat, Shahrul yg memakai kemeja-T hitam pada awalnya mengaku bersalah dan keadaan itu mengejutkan peguamnya, Shahruddin Ali.

Selepas diperjelaskan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, Shahrul kemudian membuat pengakuan tidak bersalah.


Turut hadir, ibu bapa Sharul yang merupakan Orang Kelainan Upaya serta abang dan kakaknya.

Sharul dibebaskan dengan jaminan RM3,000 sementara menunggu perbicaraan kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, atau kedua-duanya sekali.

Selain suspek, 18 lagi yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan berkenaan.

Kes disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sumber Astro Awani dan Utusan Malaysia.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara sebelum ini, kes yang berlaku di Low Yat pada Sabtu lepas adalah bermula dengan kes kecurian telefon bimbit yang telah dilakukan oleh seorang suspek bernama Shahrul berserta rakannya yang bernama Khairul sehingga mengakibatkan kedua2 ditahan di balai polis.

Rakannya Khairul atau juga dikatakan dikenali sebagai Tiong Mas telah dibebaskan oleh pihak polis dan beliau telah pergi semula ke Low Yat berserta beberapa orang rakan untuk suatu motif yang tidak diketahui sehingga mengakibatkan pergaduhan di antara mereka dan juga para peniaga yang rata2 kaum Cina.

Dalam video yang disebarkan, 7 orang budak Melayu ini telah digasak dan berjaya dihalau keluar daripada Low Yat oleh peniaga2 Cina, dan mungkin disebabkan video itu menunjukkan budak2 Melayu ini dipukul oleh para peniaga Cina maka ia telah menimbulkan amarah orang2 Melayu lain sehingga membawa kepada insiden rusuhan pagi 13 Julai.


Berbalik kepada laporan daripada pihak polis yang mengatakan ia adalah kes kecurian, dan kini suspek iaitu Shahrul telah dihadapkan ke mahkamah. Beliau yang pada mulanya mengaku bersalah telah menukar kepada tidak bersalah.

Maka dengan pengakuan ini, beliau berhak mendapat pembelaan dan kita perlu menganggap yang beliau tidak bersalah sehinggalah beliau dapat dibuktikan sama ada memang benar2 bersalah atau tidak. Ingat, Innocent Until Proven Guilty.

Dalam perkembangan lain seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, peguam bela bagi tiga remaja lelaki yang direman susulan kekecohan di Plaza Low Yat Sabtu lalu memberitahu hanya 30 peratus daripada dakwaan yang menjadi viral adalah benar manakala selebihnya ditokok tambah untuk mendapat perhatian ramai.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga dikenali sebagai Buzze Azam berkata, dalam pertemuan bersama dua remaja yang direman sehingga esok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi, kes berkenaan sebenarnya berpunca daripada salah faham sebelum tercetusnya pergaduhan membabitkan kumpulan yang ramai.


Berdasarkan kenyataan peguam tersebut, benda2 yang viral pada hari tersebut sehingga mencetuskan rusuhan 70% daripadanya adalah tidak tepat, tidak benar dan diada2kan untuk tujuan untuk melaga2kan antara kaum.

Beliau juga menasihati agar kita semua jangan ambil tindakan sendiri, patuh kepada undang2, jangan berlebih2 mentafsir dan menyebarkan khabar2 angin yang tidak betul, dan yang paling penting, semua yang berlaku adalah kerana salah faham antara semua pihak yang terlibat pada hari Sabtu berkenaan sehingga menyebabkan suatu kejadian yang sepatutnya tak melibatkan orang lain pun.

Dan beliau juga telah membuat kenyataan yang membidas kenyataan media Ketua Polis Negara (IGP) semalam di Plaza Low Yatt seperti berikut:
IGP bercakap bohong.

1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.

2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang dibebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger (Papagomo) untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kami tidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.

Sumber FB Buzze Azam.

Namun apa yang dilihat daripada kenyataan berikut, beliau hanya membidas IGP dari segi teknikal seperti menyatakan hanya seorang yang naik ke tingkat atas bukan 2 orang, namun tidak menafi atau mengiyakan akan tindakan mencuri tersebut.

Dan beliau menyatakan suspek yang dibebaskan iaitu Khairul a.k.a Tiong Mas bukannya orang yang membuat cerita mengenai mereka ditipu peniaga Cina sehingga ia dipetik oleh blogger yang antaranya adalah Papagomo. Khairul tidak pernah menimbulkan cerita pasal telefon klon.

Walaupun kenyataan peguam ini dan IGP ada bercanggah dari segi teknikal, namun ada point yang kedua2nya sama, iaitu cerita berkenaan peniaga Cina menipu mereka jual telefon klon tu adalah palsu dan direka2 oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Motif kehadirannya semula bersama 6 orang rakan ke Plaza Low Yat untuk berkonfrontasi dengan peniaga2 Cina tidak dapat dipastikan, namun yang pasti ia bukan pasal telefon klon ataupun melibatkan kumpulan2 Melayu lain yang datang merusuh di kemudian hari.

Dan berikut pula adalah luahan hati seorang bekas guru kepada Khairul a.k.a Tiong Mas yang juga dikenali sebagai Jimmy ketika di sekolah:

Dear my boy Jimmy,

This is your teacher writing to you knowing that you wouldn't get the chance reading this.

The fact you will face justice in the harshest reality crushed my heart. I spoke to your little brother this morning. We talked about you. About your family. I wish I could wipe his tears away. But we managed to hold back our feelings.

You are ever so stupid, Jimmy. Shallow and unprepared as always. You haven't changed a bit.

And because of that, I know how strong your sense of loyalty is. It might be just because of a story of a stupid handphone, from a stupid friend of yours, you jeopardize everyone's life and happiness.

Just like what my RM10 birthday gift did to you. Just because of that, you became such a loyal student, following my orders to keep your cool at school but after that, you always landed yourself at the wrong place, wrong time and with the wrong crowd.

That broke my heart.

I couldn't imagine how shattered your mum's heart now. She has been crying a whole lot, not knowing what to do thinking about her son she would soon lose.

I prayed for you a lot tonight.
May Allah bring you closer to Him.
Let this be a lesson, a turning point in your life. Whatever punishment you will receive, I pray that Allah will purify your soul and turn you to be the best caliph He can make of a man.

Half of the whole world will hate you now.
The other half will use you to their benefits.

But your teacher here will pray for you and hope Allah will grant my prayers.

InsyaAllah, Jimmy. InsyaAllah.

Sumber FB Noorul Aaron.

So daripada semua berita, penerangan dan penjelasan ini, aku dapat simpulkan beberapa perkara:

1. Kedua2 budak Melayu iaitu Shahrul dan Khairul boleh dikategorikan sebagai bukan budak yang jahat cuma mungkin budak2 muda berdarah panas yang sedikit nakal.

2. Khairul disifatkan sebagai seorang budak yang sedikit bermasalah ketika di sekolah namun mempunyai sikap setiakawan yang sangat tinggi. Mungkin disebabkan kesilapan dalam memilih kawan dan sering berada di tempat, masa dan komuniti yang salah menyebabkan beliau terpengaruh dengan perkara yang kurang sihat.

3. Tindakan Khairul dan rakan2nya menyerang semula premis perniagaan di Low Yat mungkin ada kaitan dengan kejadian yang berlaku sebelumnya yang melibatkan rakannya Shahrul, namun ia langsung tiada kaitan dengan penipuan telefon klon dan masalah perkauman.

4. Punca asal yang disebut sebagai kes curi masih dalam siasatan dan perbicaraan mahkamah, so kita hold dulu perkara tersebut. Namun apa yang pasti, ia adalah masalah di antara Shahrul dan Khairul dengan peniaga tertentu di Low Yat, dan ia bukan masalah orang lain yang langsung tiada kaitan dengan hal mereka.

5. Sejujurnya walau aku tak suka dengan semua keganasan ini, tapi hakikatnya aku kasihan dengan 2 orang pemuda ini, mengenangkan ibu bapa mereka, adik beradik mereka, ahli keluarga mereka, cikgu2 mereka. Aku harap mereka akan sedar akan kesilapan mereka dan dapat dibimbing ke arah yang lebih baik. Mereka masih muda dan masih punya harapan untuk berubah.

6. Antara pihak ketiga yang dikatakan bertanggungjawab membesar dan membakar isu ini menjadi isu perkauman sehingga tercetusnya rusuhan orang Melayu adalah blogger Papagomo yang sedang dicari oleh pihak polis. Bagi aku pihak ini hanya mahu menangguk air yang keruh dan mengambil peluang untuk menggunakan kejadian ini demi mencetuskan pergaduhan di antara kaum.

7. Serius, dengan kredibiliti buruk yang ada pada Papagomo sebelum2 ini yang banyak menabur fitnah malah kalah dalam kes saman fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim, aku tak sangka masih ada ramai juga orang yang percaya dan terpengaruh dengan beliau.

8. Ada orang Melayu yang bersetuju dan juga tidak bersetuju dengan keganasan yang dilakukan oleh orang2 Melayu ini namun mereka menganggap ada baiknya juga kejadian ini kerana sekurang2nya dapat membuka mata peniaga2 Cina Low Yat agar tidak menipu pelanggan.

9. Namun aku kurang setuju kerana penipuan ada di mana2, bukan sekadar di Low Yat, bukan sekadar orang Cina malah mana2 tempat dan bangsa juga boleh berlaku penipuan dan aku percaya penipuan masih boleh berlaku pada masa akan datang.

10. Oleh itu apa sebenarnya yang perlu kita lakukan adalah mendidik para pelanggan dan pengguna akan hak kita sebagai pengguna. Jika berlaku penipuan, laporkan terus penipuan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, bukan dengan hanya berdiam diri dan memboikot kedai tersebut seorang diri. Viralkan kes penipuan di Internet disertakan dengan bukti dan laporan yang kukuh jika mahu tindakan diambil segera.


So aku harap dengan ini semua orang dapat bertenang dan hentikan segala spekulasi dan teori konspirasi illuminati semua. Dapatkan cerita sebenar yang sahih daripada portal2 berita serta pihak berkuasa, bukan dari Facebook, Whatsapp, blog mahupun Papagomo, sebab aku faham, seperti mana yang aku pernah tulis banyak kali kat blog ini, ramai orang yang begitu mudahnya kita berkongsi dan menyebarkan berita2 palsu dan fitnah yang tidak diketahui asal usulnya tanpa mahu mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu.

Dan aku harap suara Melayu2 yang mengambil tindakan sendiri membelakangkan undangn2 masa Tragedi Low Yat itu tidak menggambarkan suara majoriti Melayu seluruh rakyat Malaysia. Jika tidak, maka negara ini bukanlah negara yang selamat untuk diduduki oleh orang Melayu, kaum lain dan juga pelancong yang datang melawat ke Malaysia.

Sekian.




tags: kronologi kejadian tragedi peristiwa kes berdarah plaza low yat lowyat 16 julai telefon oppo budak melayu curi pencuri tipu penipu peniaga penjual cina papagomo tangkap kenyataan rasmi igp ketua polis negara pm perdana menteri pdrm laporan hasil siasatan rasis perkauman

22 ulasan:

  1. saya menyokong penuh kenyataan ayahanda rani kulup.

    BalasPadam
  2. Noob..leh x remove komen pelik kat atas ni...ad merepek buat dosa je....

    BalasPadam
  3. Malas lagi nak ambil port pasal cite ni lagi. Sy x beberapa suka isu kebencian just berpunca dr isu handphone bodoh je..buang air liur n serabut kepala nak follow cite ni. Lgpun xde kaitan dgn hidup sy skrg, sy ok je dgn mana2 kaum as long we respect each other.

    Cuma sy agak pantang kalau ada kaum lain yg mencabar agama islam n perkara2 berkaitan dlm sistem perlembagaan. Tapi kalau setakat isu tipu handphone ni, sy rasa org melayu dah banyak tipu sesama melayu especially dlm MLM atau skip2 yg buat dia kaya n tipu semua org.

    Life moves on..just be a good muslim, bukan melayu yg hebat segala2nya.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya kes di lowyat ini hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes jenayah berkaitan dengan handphone. muungkin terdapat berpuluh puluh atau beratus-ratus kes yang sama berlaku di seluruh negara.
    Cuma dalam kes ini reaksi yang agak pantas dan ganas berlaku kerana sentimen "Aku pun pernah kena kencing/tipu dengan peniaga cina". Keperitan hidup akibat GST, jatuhnya nilai ringgit serta pelbagai skandal terutama 1MDB menjadikan orang kita agak sensitif dengan hal berkaitan dengan duit, terutama jika ditipu semasa berjual beli. Kalau kau baca kat facebook dan blog pun ramai orang kita yang cerita tentang kisah ditipu peniaga cina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya orang ramai memang banyak di tipu tapi takkan sebab kes lowyat yg belum tentu pasal handphone klon korang nak buat point gaduh dan timbulkan ketegangan kaum, come on la melayu, you are better than this, kita ada agama, aku fikir2 pun, kalau dari sudut agama apa yg kita buat ni salah umpama pergi berjihad bagai tapi atas sebab yang kabur, cuba buka sikit minda tu...

      Padam
  5. noob, semalam aku dgr berita 2x pertuduhan dibacakan budak tu mengaku salah..lepas baca kali ke 3 baru dia mengaku tak bersalah..

    -sebenarnya kenapa nak baca pertuduahn sampai 3 kali?
    -bukan nampak macam kontradiksi ke bila bacaan ke 3 tu di tukar pengakuan..macam kena pengaruh dengan peguam dia je..
    -patutnya bila dah mengaku tu terus the end of story. mahkamah pn boleh bagi kurangkan punishment sbb at least dia mcm timbul rasa bersalah dan being honest.

    dan ya, nama tiong mas tu sangat jengkel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. peguam nak duit la tuhh, kalau dia mengaku salah, tak da la publisiti murahan peguam tu dapat, tak dapat la charge lebih2, hahaha lagipun baik bicara je, banyak je kes sebelum ni tertuduh memang bersalah tapi lepas bicara boleh pulak lepas sebab tak cukup bukti kikiki

      Padam
  6. dah ramai kena tipu kat Low Yat tapi gi juga ,apa pasal?

    BalasPadam
  7. budak nie bagus kalau masuk tentera. ada keberanian, mempunyai semangat setiakawan yg tinggi. elemen nie mmg diperlukan dlm tentera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi sayangnya tak ada kesabaran dan akal tak panjang...

      Padam
    2. tp dgn latihan dan disiplin yg tinggi dlm tentera insyallah benda blh diatasi.

      Padam
    3. cuma akal jer tarak. zero. senang kena manipulate

      Padam
    4. pasal senang kena manipulate la bagus. senang pegawai atasan bg arahan xbyk songeh. tulah korang semua mana tahu dunia tentera ni.

      Padam
    5. kalau akal tak panjang tak payah la masuk askar, lagi haru jadinya.. kau ingat askar tu tempat buang orang bodoh2 ke

      Padam
  8. Noob, ingat kau taknak amik port isu camni dah tapi sampe 2 3 entry ko bedal tuk cover isu begini... isu kaum di malaysia ni, terutama melayu dan cina, sangatlah rapuh... sebab ape, sebab ade 2 3 ekor kerat yang tak reti nak jaga hubungan tu.. so, ianya hanya perlukan sedikit penggerak tuk menimbulkan isu yang sebegini la... senang cerita, selagi ada rase tak puas hati dalam diri melihat kaum lain selain dari kaum kita, maka selagi itu ade akan ada isu begini timbul dimasa hadapan... sesiapa kata takkan ade, menipu diri sahaja... jangan harapkan kerajaan untuk eratkan perpaduan tu, mulakan dengan diri sendiri dahulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab isu ni bagi aku isu besar dan serius di Malaysia, sama macam isu MH370 dan Lahad Datu yang aku buat 2 3 entry pasalnya. Aku harap kita semua dapat ambil iktibar.

      Padam
  9. apa yang terjadi bukan kali pertama...banyak isu2 sebelum ni...memang kelihatan seperti melayu cari pasal..mungkin aku rasa sebab keputusan pilihanraya...dan situasi perkauman ini bermula dengan...kenyataan ..."apa lagi cina mau"...bunyi agak kasar...kemudian isu isu gereja yang sedikit sebanyak ada peratusan kaum cina terlibat...dan isu ini selalunya disusuli dengan bacaan yasin depan mahkamah...padahal makcik tu begitu tegang sekali mempertahankan tarian zumba ketika di tegur mufti satu ketika dulu...sampai kes cokelat cadbury pun ..cina yang dia hentam dulu...memang ada cina jahat dan ada yang baik..begitu juga bangsa lain...dalam 2 tahun lepas ada apek tua terbunuh ketika cuba selamatkan seorang pemandu melayu yang kemalangan...dalam 3 tahun lepas ..ada dua pasangan cina yang jumpa seorang kanak2 melayu merayau dengan lapar pada tngah malam...pasangan cina ambil dan hantar ke balai polis...dan tertangkaplah orang menderanya...jangalah kita terlalu taksub menjadi melayu...sebab taksub menjadi sesuatu bangsa diharamkan agama...mau langgar hukum agama..?..dan jangan lupa sebenarnya kita dah malukan islam...maam begini perangai orang islam...time puasa pun balun orang...ada seorang cina mualaf ketika ditanya secara peribadi bagaimana dia terbuka hati memeluk islam...dia kata dia terpikat dengan islam apabila dia melancong ke sebuah kampung islam dichina...amat pelik dia tidak terbuka hatinya di malaysia..sedangkan dia dikelilingi rakan melayu...
    dan ada seorang penceramah bebangsa cina terkenal...hussien yee...berkata ...kalau nak masuk islam jangan lihat melayu...lihat islam...di tanya kenapa..sebab dia pernah dihalau dihamun dari surau ketika dia mula2 masuk islam..awal 70an..

    BalasPadam
  10. kat semenanjung/malaya cuma ada 3 bangsa utama melayu, cina, india, dan minoriti orang asli. cuma ada 4 parti politik utama umno, pas, pkr, dap. tapi tiap hari keluar isu perkauman. di sarawak dan sabah ada lebih 30 kaum tak termasuk pecahan suku. ada lebih dari 10 parti politik. tapi boleh hidup aman damai. ulasan lucious maximus pasal perkauman sangat tepat, siapa yang ketagih nak berperang antara kaum bagus kiranya menonton sometimes in april dan hotel rwanda. tambah-tambah dalam keadaan melayu yang masih ramai tak kuasai ilmu pengetahuan, janganlah ada hati nak berperang.

    BalasPadam
  11. haramkan aje pekida...perkasa..ngo2 yang rasis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xble nanti cina n keling naik tocang.

      Padam
  12. Kuasa pengguna yang terhebat.

    Klu setiap kali peniaga buat hal, pengguna satu bandar merusuh gini kan baru best. Baru golongan-golongan peniaga-peniaga ni tak sewenang-wenangnya sembelih pengguna.

    Tabik kepada pengguna-pengguna bijak dan berani.

    BalasPadam
  13. Kes ni bermula dgn dakwaan kecurian melibatkan peniaga dan pengguna.
    Siapa yg mula2 pergi cetus isu perkauman ni yang patut kita gali dan kasi sebat.
    Nak bina perpaduan bapak payah, nak musnahkan cukup mudah, semudah satu mesej wassep!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.