Isnin, 3 Ogos 2015

7 Malaysia perlu jadikan Bahasa Inggeris keutamaan

Penguasaan berbahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana kedudukannya sebagai medium komunikasi global, kata Datuk Seri Nazir Razak.

"Inggeris adalah bahasa global dan negara ini sepatutnya mengisytiharkan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan," kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Komen itu disusuli bersama imej daripada artikel yang dimuatnaik Nazir.

"Ia merupakan kelebihan tradisi yang semakin pantas hilang di kalangan tenaga kerja kita; kita mesti terbalikkan kemerosotan ini sekarang. (Dan tidak, ia tidak bermakna kita perlu abaikan Bahasa!)," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut artikel yang disertakan, pengeluar kereta Honda merancang untuk menukarkan bahasa korporat asli syarikat itu daripada Jepun kepada Inggeris menjelang 2020.

Langkah ini bagi memperbaiki komunikasi dengan pasaran antarabangsa Honda.

Dipetik daripada Mstar Online.

Artikel ini banyak dikongsikan oleh warga maya pada 2 minggu lepas dan telah mencetuskan perbalahan. Rata2 ramai warga Melayu yang mengkondem artikel tersebut dengan memberi komen2 tipikal seperti berikut:
  • Negara jepon korea sana x ckp sgt bhs inggeris pon lebih maju je dari negara omputeh. Rilek je.
  • Maju negara bukn sbb bahasa tapi pemimpin.bagus pemimpin bagusla negara..
    Malaysia??????
    PHUIIIIII......
  • Sebab tu Malaysia dok maju..asyik agung benda asing drp ibu pertiwi..bab kata org kelate, sorok bau budu..malu dgn diri sendiri..
  • Mane boleh..martabatkan bahasa ibunda baru btoi
  • Over nak mampos,Duduk malaysia ckap malaysia laa,Skrang nie ramai dah anak2 dara ikut cara mat saleh,Bukan stakat bahasa,Semuanya dah di turuti,Pergaulan,Pakaian semua dh ikut mat saleh.
  • Dlu masa keja hotel beria la aq speaking inglish kat guest jepun,ceh hampeh rupe ye deme xfhm ckp omputeh taw ckp jepun je,yg malaysia beria nak kan inglish jadi bahase ibunda apada..lama2 sok cucu2 aq pun xreti ngan sambal tempoyak asyik ngan benda barat..
  • Bukan jadikan bhasa inggeris keutamaan tp jdkan bhasa malaysia keutamaan, bhasa melambngkan bngsa, dn andainya bhasa malaysia diutamakan bukan bermakna bngsa itu tidak bleh maju...'ambik cntoh jepun, mcmana bngsa ini maju dgn bhasanya sahaja, tnpa bhasa inggeris...
    Org cerdikpandai cme bngga dgn bhasa inggeris pdhal mereka adalah melayu...
    Org mcmni bkan melayu sejati, dn mereka akan ketepikn bngsanya andai mereka yg lain tdk bleh berbhasa inggeris....
    Saya tak hormat melayu yg mcm ini....
  • Orang melayu malu gunakan bahasa sendiri, yang tak tahu bahasa english cakap dgn kawan I U ( saya, awak). Maju bukan fasal bahasa tapi berusaha dan kerja kuat. Negara French terletak dekat England tapi mereka gunakan bahasa french bukan english.
  • Bahasa Melayu Harus Diutamakan Bg Mewujudkan Imej Negara. Bahasa Inggeris tu dr dulu jd No.2 xde masalah pun org2 yg sblm2 ni nk guna Bahasa Inggeris dlm apa jua urusan. Ikut mcm Jepun, Korea, China, Perancis, German dll.. mereka bangga dgn bahasa Ibunda mereka dan jauh lbh maju walaupun Bahasa Inggeris bkn Bahasa Utama Mereka.
  • Contoh nya tgk negara japan mn ade agung kn bahasa luar selain bahasa japan di utama kn tu lah faktor negara japan lbih maju dulu

Ramai yang membandingkan kita dengan negara2 maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang mana negara mereka masih boleh maju walaupun mengutamakan bahasa ibunda mereka dan tidak menekankan langsung bahasa Inggeris, malah ramai yang langsung tak tahu cakap bahasa Inggeris bila dewasa dan masih lagi boleh maju.


Ya, dulu aku juga berfikiran seperti ini. Aku fikir, orang Jepun yang tak pandai bahasa Inggeris pun boleh je maju. Tapi akhirnya aku silap. Ini adalah Malaysia, bukan Jepun, atau Korea Selatan.

Kita juga selama ini tiada pun negara kita mengutamakan bahasa Inggeris sangat pun macam orang2 Jepun juga, ramai je orang dewasa yang gagal berbahasa Inggeris, tapi kenapa kemajuan negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara Jepun? Kenapa kemajuan kita takde pun macam negara Jepun walhal mempraktikkan benda yang sama je?

Orang Jepun boleh berjaya bukan semata2 kerana bahasa ibunda mereka, tapi disebabkan budaya mereka.

Orang Malaysia tiada sikap rajin seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada budaya kerja yang hebat seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada keghairahan dalam mencari ilmu seperti orang Jepun.
Orang Malaysia tiada minat untuk mengembangkan ilmu sains dan teknologi seperti orang Jepun.

Namun adakah dengan mengutamakan bahasa Inggeris maka negara kita akan mencapai kemajuan seperti Jepun dan US?

Tidak juga. Jika kita tiada sikap positif mereka maka hasilnya sama sahaja.

Sebab tu bila ada pihak yang suruh memberi penekanan pada bahasa Inggeris seperti adik kepada PM Najib tu, bagi aku ia bukan untuk kemajuan negara sangat pun tapi lebih kepada untuk pembangunan dan kemajuan individu rakyat Malaysia itu sendiri. Ya, ia adalah demi survival dan perkembangan seseorang individu.

Seperti contoh:
  • Dalam sebuah temuduga kerja, antara 2 orang calon yang latarbelakang akademik dan pengalaman yang sama hebat, orang yang fasih berbahasa Inggeris pasti mempunyai kelebihan dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih berbanding pesaingnya.
  • Jika ada 2 orang calon yang hendak dihantar keluar negara atas urusan rasmi, pasti yang lebih mahir berbahasa Inggeris akan dipilih untuk mewakili syarikat.
  • Jika ada pelanggan antarabangsa yang mahu meluaskan syarikatnya di Malaysia dan dia mempunyai beberapa calon rakyat tempatan yang mahu dijadikan sebagai pengurus syarikatnya di Malaysia, calon yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik pasti peluangnya lebih cerah untuk dipilih berbanding yang lain.

So korang suka atau tidak, ia adalah realiti, ia adalah hakikat.

Orang Melayu belajar bahasa Inggeris bukan kerana kita agungkan bahasa penjajah dan meminggirkan bahasa ibunda sendiri, tapi kerana nak memajukan diri, mencari ilmu, menambahkan pengetahuan dan luaskan pemandangan.

Sebab tu jika kita tidak mahu ketinggalan ke belakang, belajarlah bahasa Inggeris, sekurang2nya tahu yang asas pun OK, jangan tidak tahu langsung. Jangan kerana korang tak minat atau tak pandai nak cakap bahasa Inggeris, korang hasut orang lain jangan belajar bahasa Inggeris dengan mengatakan bahasa tu bahasa penjajah, orang Jepun tak pandai bahasa Inggeris pun boleh maju dan sebagainya.

Malah orang2 kat Jepun pun ramai yang sudah mula belajar bahasa Inggeris dengan serius kerana dengan pandai berbahasa Inggeris boleh meningkatkan populariti mereka di sekolah/universiti serta meningkatkan peluang untuk bekerja di peringkat global dan antarabangsa.

Jika korang ambil ringan dan langsung tidak mahu belajar bahasa penjajah tu, maka janganlah marah jika negara kita dimalu dan ditertawakan oleh orang2 luar kerana kesalahan2 asas seperti ini:

Yang ni kelakar tapi bukan di Malaysia.
Yang ni di Malaysia, kelakar bukan?



tags: malaysia perlu jadikan bahasa inggeris keutamaan english melayu bi bm eng subjek tekan penekanan di sekolah tidak mahu ketinggalan peringkat nasional global antarabangsa fail gagal lawak

7 ulasan:

  1. kelakar bang buasir

    BalasPadam
  2. Epic fail....

    2 la org melayu (bukan semua)...xnak memajukan diri sendiri, nak berada dlm zon selesa, tp even x pndi ckp omputeh, tp layan MTV, tgk cite amerika, lyn hiphop...tp bila xde ilmu senang diperbodohkan, even kat baju tulis perkataan mencarut pun selambe pakai sbb x fhm maksud.

    X pandai satu hal, senag ditipu satu hal gak,,,sigh.....

    BalasPadam
  3. Hais...apalah nasib bahasa kita~

    BalasPadam
  4. Ingat Meleis, Ingat Manglish atau Manggalish... dapat bermanggalish pun, dah boleh tebar kepak dah nak berkokok.. jgn lebey2.. nanti ramai meleis jeles tahap mengejek2 punyer...

    BalasPadam
  5. Pada pandapat saya sendiri ni bukan masalah bahasa tapi masalah sikap.

    Pada mulanya harus menjawab soalan mudah ini : Kenapa BI sangat popular?
    Jawapan : BI adalah bahasa penghantar bagi golongan yang sangat berpengaruh dalam dunia iaitu USA.
    Kenapa mereka berpengaruh? kerana mereka banyak menyumbang kepada pembangunan dunia.
    Lihat ahli2 akademik dan falsafah banyak yang berasal dari sana.

    Ahli2 akademik teras (fizik,biologi,kimia,matematik) mereka banyak menyumbang teori2
    dan kajian untuk cuba merungkai dan menjelaskan fenomena alam yang seterusnya dalam masa
    berpuluh tahun akan datang akan melahirkan teknologi baru.

    Mereka sudahpun berjaya menghantar probe ke serata sistem solar : marikh (rover) pluto dsb..
    melalui agensi NASA.Mereka telahpun membina kapal angkasa (ISS) yang mengorbit bumi
    (ISS dimiliki secara kongsi oleh berberapa buah negara termasuk US)

    Ahli fizik Sir Isaac Newton mempelopori bidang kajian terhadap fenomena alam yang dikenali
    sebagai graviti.Kajian beliau membawa kepada postulasi 'Newton First Law' (antara banyak yang lain)
    yang sehingga kini masih dijadikan sebagai bahan dalam buku teks pelajar fizik di seluruh dunia.

    Adakah wujud pengkaji dan ahli fizik di Malaysia yang mampu mengkaji dan menerbitkan hasil seperti beliau?
    jika ada pasti akan wujud "Undan-undang pertama Abu"' atau "Teori relativiti Senah" (Nota : Albert Einstein
    asalnya adalah seorang German kemudian menukar nationaliti kepada US) yang kemudian akan terpaksa digunakan
    oleh pengkaji lain dari seluruh dunia dan dicetak dalam buku teks pelajar di seluruh dunia.

    Namun, tidak dilupakan juga sumbangan pengkaji dari negara yang lain baik dari bidang fizik ataupun bidang
    pembangunan lain.Mereka juga sering berkolaborasi antara negara untuk meneruskan kajian dan membina di atas
    kajian para saintis sebelum mereka (Contoh : LED biru pertama dicipta oleh 3 orang ahli fizik dari Jepun dan
    dibina di atas penciptaan LED oleh 2 orang ahli fizik US dan seorang dari Rusia)

    Teknologi juga banyak diasaskan di sana.Internet,Komputer,malah platform blogger ni pun dicipta oleh mereka.
    Justeru tak hairanlah satu dunia mahu menggunakan BI untuk menyerap ilmu dan berinteraksi dengan bangsa
    yang banyak ilmu tersebut.

    Malah dalam bidang hiburan pun mereka menguasai industri hiburan dunia.Budaya mereka secara perlahan-lahan
    diserap masuk ke negara lain yang menjadi konsumer kepada budaya ini.

    Kemudia kita tanya soalan kedua : Apakah sumbangan bangsa Malaysia/Melayu kepada dunia?
    Jawapan : Tiada.

    Game over.

    Mahu memartabatkan Bahasa Melayu? mahu satu dunia menggunakan BM sebagai bahasa tuturan?
    mahu berbanga dengan bangsa yang mentuturkan BM? berikan sumbangan kepada dunia.Tidak semestinya
    hanya kepada perkara duniawi, tetapi jika dapat mempelopori bidang baru dan merungkai ilmu
    baru untuk menyumbang kepada sekelian makhluk yang dinamakan manusia pun sudah memadai.

    Hakikatnya tiada guna bersorak "hidup melayu" "ini warisan kita" "ini tanah kita" jika apa yang
    kita pertahankan itu tiada nilai.Ibarat tidak mahu memandu kereta import yang baik kerana di garaj
    kita masih ada kereta usang dan rosak yang diwarisi dari nenek moyang.Jika betul sayang kepada kereta
    lama tadi, baikilah ia semula, jagalah ia dengan elok dan jadikan ia sebagai kerata yang kita boleh
    banggakan.

    Nota : Buang yang keruh, ambil yang jernih.Contohi keggigihan mereka dalam mengkaji bumi tuhan tapi janganlah
    mencontohi mereka dalam hiburan atau segala jenis perkara yang berunsur negatif.

    First on BO
    -TanpaNenas

    BalasPadam
  6. Masalah utama BI kat mesia ni adalah sylibus BI kita yg ketinggalan zaman serta tak berkesan kpd pelajar. Adakah munasabah belajar Bi dari tadika, darjah 1 sampai tingkatan 5 tapi bercakap BI pun tak boleh? Sebelas tahun belajar BI tetapi bercakap pun tak mampu.Sedangkan org dewasa pun bila belajar kelas BI intensif kat kelas tuiysen swasta 6 bulan pun dah boleh bercakap BI dgn baik. Sylibus BI kita tidak menekankan BI komunikasi, asyik2 belajar penulisan sehingga bahasa klasik BI, mengarut sungguh!

    Mengikut pengalaman saya di Singapura, rakyatnya semua mampu berbahasa BI tetapi bukan semua mampu menulis dgn betul tetapi mereka mampu berkomunikasi dgn baik. Begitu juga dgn kaum India di negara kita, ada yg mampu bercakap BI tetapi periksa BI pun gagal. Tak apalah janji mereka mampu bercakap BI. Sepatutnya sylibus kita menekankan bahasa komunikasi ikut sylibus kelas intesif swasta. Ada BI komunikasi, utk masuk U luarnegara, utk perkerjaan, perniagaan dll.

    Sebab itulah graduan negara kita semakin ketinggalan sebab pengarah2 dikementerian pelajaran kita pun tak mahu berubah masih ditahap lama. Negara India bahasa utama BI tetapi tetap mundur kerana sistem pelajarannya tidak menyeluruh yg miskin terus ketinggalan tetapi yg kaya terus maju & kaya.

    Pemimpin kita pemikirannya tak maju sebab itulah negara kita gagal, sibuk nak kayakan diri & kroni tetapi negara hancur. Negara akan maju bila rakyatnya berpelajaran tinggi dan berakhlak mulia. Buat bangunan hebat2 tetapi arkitek dari Jerman, jurutera dari Jepun/eropah, pekerja binaan dari Indonesia & banglades. Rakyat kita buat apa? Mampu tengok aje? Mesia boleh! habuk pun tak ada?

    abuamir

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.