Khamis, 27 Ogos 2015

14 Penghormatan diperolehi bukan dengan meminta-minta

Sepanjang kehidupan kita, pasti kita akan mempunyai seorang kawan (atau mungkin aku tak boleh labelkan sebagai kawan) yang kita tidaklah berapa baik dengan dia yang mungkin hanya kawan sekelas, setaman, sekuliah, sekuliah, sepejabat, tapi suka mengutuk, mengejek, memperlekeh, menghina, menyindir, memalukan dan menjatuhkan air muka kawan yang lain dengan suara yang kuat dan lantang di depan kawan-kawan yang lain atau di khalayak ramai?

Sumber Majalah Gila-Gila oleh Ag Fauzi a.k.a 4ZEE.

Seperti contoh:
"Woi Ali, zip seluar kau terbukak la!"
"Zainab apsal kau nampak lembik je hari ni? Kau datang bulan ke ha?!"
"Man, kau ni tak reti sikat rambut ke? Serabai betul la!"
 "Zam kat leher kau ni ada kurap la!"
"Milah, kat gigi kau ada terselit cili laa!!!"
"Rizal, kau macai kan sebab kau kerja gomen?!"
 Atau juga seperti ini:
"Soalan senang macam ni pun kau tak boleh jawab?!"
"Apa ni benda mudah macam tu pun salah, tengok aku buat macam mana!"
"Korang ni lepak tengok bola memang takde keje ke?! Aku pukul 2 pagi pun masih buat kerja, mana ada masa nak buang2 masa macam korang!"
"Kau tengok hasil kerja aku ni, lebih hebat dari kau!"

Ya, kawan yang mulut laser yang langsung tak pandai jaga mulut dan hati kawan lain. Orang macam ni dia suka memalukan kawan yang lain di depan orang lain sebab dengan cara itu dia rasa dia boleh menaikkan respect level dia depan kawan2 yang lain. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain untuk menonjolkan kehebatan dia. Dia rasa bila dia sindir kawan dia depan kawan2 dia yang lain, orang lain akan rasa kagum dan memandang tinggi kepada dia.


Tapi dia silap.

Zaman budak2 sekolah mungkin orang suka berkawan dan pandang tinggi dengan orang macam ni, tapi bila semua dah meningkat dewasa, orang yang masih kekal perangai seperti ini yang akan hilang kehormatan dari kawan2 yang lain serta dijauhkan diri.

Mereka suka cari kelemahan orang lain yang boleh dijadikan bahan untuk menaikkan diri sendiri.
Mereka suka sentiasa kelihatan betul dan orang lain sentiasa kelihatan salah.
Mereka suka menjatuhkan orang lain untuk dilihat dan diangkat sebagai wira.
Mereka suka kelihatan bagus di kalangan kawan2 sementara yang lain kelihatan buruk.
Mereka bersusah payah mencari publisiti murahan walaupun ia sangat mengjengkelkan pada orang lain.
Mereka bersusah payah memberitahu kebaikan yang dia sudah buat supaya orang lain tahu.
Mereka bersusah payah menonjolkan kehebatan diri walaupun orang lain tidak perlu tahu pun.
Mereka bersusah payah mencari penghormatan dan pengiktirafan daripada orang lain.

Spesis seperti ini kita panggil MENCAPUB atau MENCAri PUBlisiti.


Namun percayalah...

Respect is an earned gift, not something given or something you demand.

Penghormatan bukan sesuatu yang diberi, diwarisi, dimohon, dipinta, dituntut atau diminta2.
Penghormatan adalah sesuatu yang diperolehi dengan semulajadi dan ia akan datang sendiri hanya kepada mereka yang benar2 berhak.

Maka bagaimana mahu mendapat penghormatan dan penghargaan daripada orang lain terutama kawan2 sekeliling?

Kurangkan menyakiti hati orang lain.
Kurangkan rasa perasan bagus dalam diri.
Kurangkan perasaan yang kita lebih tinggi dari orang lain.
Kurangkan bercakap tentang kehebatan dan kemegahan diri kita sendiri.

Sebaliknya, sentiasa merendah diri dan tunjukkan semua kebaikan kita melalui perbuatan dan sikap kita sendiri tanpa perlu mencari2 perhatian orang.

Dan yang paling penting, tak perlu terhegeh2 mencari penghormatan daripada orang lain, kerana penghormatan daripada orang lain tu akhirnya akan datang dengan sendiri jika kita benar2 layak.



tags: sahabat kawan penghormatan hormat respek respect earned demanded demand given mencapup mencari publisiti murahan ejek hina sindir perli kutuk malu aib jerit cakap kuat lantang

14 ulasan:

  1. yang kau selalu buat dalam blog kau ni apa? aku kurang faham laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anon 7:03 pendek akal.. duh..

      Padam
    2. Anon 7:03 tu ayat dia ko kene baca dlm nada. Klw dr apa yg aq paham.aq asume dia perli ko noob. Ko kan buat blog kondem org m'sia ni...dia nak kata ko pon budget bgus pastu buat entry ni...sbb tu dia x pham. Er...harap jgn slh faham eh noob, aq bukan mengata ko...tapi bgtw ape yg aq faham comment dari anon 7:03...

      Padam
  2. Sorong papan tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu,
    Suruh makan dia makan,
    Suruh belajar dia tak mahu.

    Buah keranji dalam perahu,
    Perahu belayar ke Mongolia,
    Suruh belajar dia tak mahu,
    SPM tak ada A pun najib beri degree juga.

    BalasPadam
  3. yes. i got your point too here.
    pernah jumpa spesis manusia macam tu.
    alih2 tak ke mana pun. manusia. biasalah. tak de yang sesempurna penciptaNya.

    nice artikel.

    BalasPadam
  4. Orang jenis ni kalau kita cakap/tulis perkara yang penting dalam 1 perenggan,
    dia sibuk nak highlight yang kita salah cakap/tulis(eja) kat 1 perkataan dan abaikan seluruh perenggan.

    BalasPadam
  5. Betul tu saya sangat setuju. Sebab kt tempat kerja saya sekarang ade dia org yang mcmtu. Hari hari duk kata saya tp saya x pernah nk balas sebab bagi saya diorang ni add masalah otak ataupun hasad dengki

    BalasPadam
  6. Betul tu saya sangat setuju. Sebab kt tempat kerja saya sekarang ade dia org yang mcmtu. Hari hari duk kata saya tp saya x pernah nk balas sebab bagi saya diorang ni add masalah otak ataupun hasad dengki

    BalasPadam
  7. oo ni la kawan ak selalu sebut jangan mencapub lol nirupanya mencaoub haha

    BalasPadam
  8. hee~ zaman skang da panggil mencapub da dik.. skang ni dipanggil BATAK LIKE.. zaman sekarang dorg da tak pulaukan depan2 tapi dalam group whatsapp, dalam group FB.. faham kan ?

    BalasPadam
  9. Mencapub, meng'anjing' adalah bende fav org melayu suka buat....nak tunjuk mereka lagi hebat/power...tp x pergi jauh pun..last2 bila dah masuk zaman kerje mereka ni lah yg kerje x seberapa, yg jadi mangsa sebelum ni yg jd boss....papepun jgn cepat terpengaruh utk menjadi mcm mereka..ignore je n byk bersabar..one day it will pay off.

    BalasPadam
  10. Setuju respect is to be earned not given.
    Kalau seseorang tu memang betul-betul bagus respect orang pada dia akan datang dengan sendirinya.
    Tapi kesian dengan sesetengah orang yang perasan bagus dan perasan orang semua hormat kat dia ngeh!ngeh!ngeh!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.