Jumaat, 11 Mac 2016

4 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 7

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kini dah masuk minggu ke-6 dengan tinggal hanya 9 peserta lagi. Persembahan malam ini dijangka lebih meriah dengan tema Komedi Muzikal. Malangnya kita dapat mendengar suara Ezad Exist kerana kumpulan Bos telah tersingkir minggu lepas. Biasanya kalau tema muzikal ni best, tapi tak taulah malam ini. Peserta yang aku paling ternanti2 adalah Rayza kerana tema malam ini pasti menguji kemampuan beliau untuk menyanyi sambil membuat stand up comedy.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 7 di bawah.

TEMA: Komedi Muzikal

1. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. ENJEN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


3. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


4. RAYZA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


5. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


6. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


7. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)

8. CHAM (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


9. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)




Man of The Match: Isa Bora


Peserta yang tersingkir: CHAM


Kesimpulan: 

Maaf aku lambat bagi review dan ranking, baru berkesempatan nak tonton semua video. So untuk minggu ke-7 ni, aku tabik pada kumpulan LOL kerana dia bukan sahaja buat aku terhibur malah juga tersentuh di akhir persembahan. Dan Razya nampaknya sudah semakin meningkat dan gaya komedinya sudah boleh mula diterima audien. Nasib baik dia tak terkeluar awal. Aku berharap Rayza akan masuk final dan boleh pergi lebih jauh dalam industri ini.

Yang lain-lain juga banyak menghiburkan kerana tema muzikal komedi ni memang rata-rata menghiburkan. Joras walaupun bagi aku agak kelakar namun aku terpaksa bagi rating LOL kerana lawaknya agak lucah dan tidak sesuai untuk tontonan umum terutama kanak-kanak. Salah satu kumpulan favorite ramai iaitu Bocey pula aku rasa semakin lama semakin biasa sahaja persembahan mereka, tidak setanding pun dengan persembahan Bocey dalam MLM yang lepas-lepas, aku tidak tahu kenapa.

Dan kumpulan Cham, walaupun minggu ini mereka terkeluar namun persembahan malam inilah yang aku rasakan paling baik dan selesa untuk ditonton. Nampak chemistry mereka lebih ikhlas tidak seperti minggu sebelum ini. Mungkin kerana komen-komen dari juri dan orang ramai di media sosial membuatkan mereka lebih bermuhasabah diri. Aku tak salahkan mereka atas kehambaran mereka sebelum ini kerana mereka dah 8 tahun pun tak bergabung. Cuma harapnya jika mereka nak menyertai lagi MLM yang akan datang, cari semula keserasian yang sudah lama hilang itu.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 7:

1. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
2. RAYZA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
4. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
6. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
7. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
8. CHAM (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
9. ENJEN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 7

4 ulasan:

  1. bro mana review?aku da xlayan kat tv malas nk tengok sebab da xbest kat sini jela rajin baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dah update. sorry lambat tak berkesempatan.

      Padam
  2. Noob buat la review..ko la harapan aku

    BalasPadam
  3. Adeh... Den tengok Gag Concert di TV9 je sekarang ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.