Sabtu, 13 Ogos 2016

9 Mitos dan salah tanggapan wanita terhadap lelaki

Lelaki.
Perempuan.

Lelaki dan perempuan walaupun juga adalah manusia yang sama, namun mereka seperti 2 spesis yang berlainan. Selain dari sudut biologi dan sudut fizikal, banyak lagi perbezaan tentang dua jantina ini dari sudut psikologi, cara berfikir, emosi, perasaan, ego, mentaliti dan sebagainya. Kenapa berlaku perbezaan ini?

Kerana seorang lelaki tidak pernah dan tidak akan menjadi perempuan, dan perempuan pula tidak pernah dan tidak akan menjadi lelaki. Lelaki tidak pernah hidup sebagai perempuan, begitu juga sebaliknya. Maka disebabkan itu amat sukar lelaki dan wanita untuk memahami antara satu sama lain, kerana mereka tidak pernah merasa berada dalam kasut masing-masing.

Sebagai seorang lelaki, aku perhatikan ada banyak perkara tentang lelaki yang wanita sering salah anggap. Berikut adalah beberapa mitos dan salah tanggapan biasa perempuan terhadap lelaki.


1. Semua lelaki gatal dan miang

Biasa kita dengar orang perempuan kata lelaki ini semua sama, gatal, miang, tak boleh tengok perempuan dahi licin sikit, badan montok dan sebagainya. Yang sebenarnya lelaki bukanlah gatal atau miang mana, cuma memang sudah menjadi naluri lelaki untuk suka tengok perempuan lebih-lebih lagi perempuan yang cantik.

Namun ada lelaki yang boleh kawal dengan menundukkan pandangan, ada yang sekadar tengok dari jauh, ada yang suka tengok tapi malu nak tegur, ada juga yang lebih berani cuba berkenalan atau usik-mengusik dengan harapan dapat mengurat.


2. Lelaki memang gila seks

Tanggapan ini taklah salah sepenuhnya. Memang tak dinafikan lelaki nafsu seks dia lebih dari orang perempuan. Sebab itu ada kata pepatah, "Men Want Sex and Women Need Love". Orang lelaki mahukan seks dan wanita perlukan cinta. Bezanya sama ada mereka boleh kawal atau tidak nafsu seksual mereka, terutama jika belum berkahwin. Sebab tu ada lelaki yang sanggup cari pelacur kerana mereka hanya mahukan seks dan bukannya cinta.

Orang lelaki ini tak kiralah berjawatan tinggi atau kecil ke, kerja sebagai apa ke, doktor ke, ustaz ke, cikgu ke, memang mereka sukakan seks. So bila mereka dah berkahwin, para isteri jangan terkejut pula masa sebelum kahwin mereka ni nampak baik, naif, suci, murni, tapi lepas kahwin asyik nak kerjakan isteri je. Benda itu adalah normal, yang penting mereka salurkan keinginan mereka itu ke tempat yang halal, dan sebagai isteri haruslah faham yang lelaki memang kuat nafsu seksnya.

Tetapi sebagai timbal baliknya, suami perlulah bagi cinta kepada isteri. Bagaimana nak bagi cinta dan kasih sayang? Senang je, sentiasa bagi ucapan yang indah-indah buatnya, belikan hadiah untuknya, membantunya membuat kerja-kerja rumah dan macam-macam lagi, boleh tengok kat senarai ini - "Tips cara-cara menggembirakan lelaki dan wanita".


3. Lelaki yang menegur cara wanita berpakaian itu lelaki gersang

Separuh daripadanya adalah betul dan separuhnya salah. Lelaki yang menegur cara wanita berpakaian ini ada 2 jenis, satu dia melucah dengan cakap benda-benda lucah dan tidak elok, satu lagi dia menasihati secara umum yang pakaian tersebut tidak sesuai.

Bagi yang menegur dengan cakap lucah dan bukan-bukan itu seperti "baju awak ketat sangat sampai terserlah payudara" atau "pendeknya skirt awak ni, boleh nampak peha awak yang putih gebu", yang ini memang datang dari lelaki gersang yang tidak reti hormat perempuan.

Namun kalau lelaki yang betul-betul gersang, mereka jika nampak perempuan seksi mereka takkan tegur, sebaliknya hanya diam-diam sahaja untuk menikmatinya dan mungkin akan menyuruhnya menjadi lebih seksi lagi.

Berbeza dengan lelaki yang menegur "pakaian awak tak sesuai", "awak perlu berpakaian mengikut kod etika pemakaian di sini" atau "pakailah pakaian yang menutuplah aurat", lelaki ini bukanlah gersang sebaliknya hanya menegur dan memberi nasihat kepada mereka agar mematuhi suatu peraturan. Malah merekelah yang lebih menghormati wanita kerana mahu melindungi mereka dari penglihatan lelaki-lelaki gersang di luar sana.

Jika lelaki seperti ini pun dianggap gersang, maka adakah ustaz di sekolah yang menegur anak murid perempuan atau bapa yang menasihati cara anak perempuannya berpakaian juga dianggap gersang?

Namun tak dinafikan ada juga yang terlalu ekstrim dan berlebih-lebihan dalam menegur terutama orang yang tidak dikenali di media sosial sehingga mendatangkan keaiban kepada wanita tersebut.


4. Lelaki gila seks mempunyai IQ yang rendah

Ada wanita yang beranggapan lelaki yang bernafsu seksual tinggi mempunyai IQ yang rendah. Ini kerana orang yang dikatakan mempunyai IQ tinggi masanya terlalu banyak dihabiskan dengan memikirkan hal-hal lain selain seks manakala orang yang mempunyai IQ rendah hanya berfikir tentang seks.

Tahap IQ sebenarnya tiada kaitan dengan libido atau nafsu seksual seseorang. Kita sendiri sudah pernah dengar kes genius yang jadi pelacur, genius yang menjadi pedophile, pelajar universiti yang berzina, cikgu yang mencabul anak murid, pensyarah yang meminta habuan seks dari pelajar perempuan untuk markah tinggi, pegawai kanan kerajaan yang mempunyai skandal seks dengan setiausahanya dan sebagainya.

Adakah mereka ini mempunyai IQ yang rendah?

Tidak, malah mungkin lebih tinggi dari kebanyakan orang. Untuk orang Islam, dalam hal nafsu seks ini, yang membezakan bukanlah tahap IQ tetapi tahap keimanan seseorang, bagaimana mereka boleh mengawal nafsu seks mereka agar tidak dilempiaskan di tempat yang haram. Bagi orang bukan Islam pula mungkin berbeza kerana mereka agak bebas dalam hal yang melibatkan seks.


5. Perangai lelaki menjadi lebih teruk apabila dengan kawan lelaki

Kadang-kadang apa yang perempuan lihat pada seorang lelaki mungkin berbeza dengan seorang lelaki melihat lelaki yang lain. Ini kerana di depan kawan perempuan biasanya lelaki akan control perangai, dan sikap mereka agak berbeza apabila sesama kawan lelaki. Mereka lebih terbuka antara satu sama lain, bercakap pasal perempuan, cakap benda-benda lucah, bergurau kasar, buat benda bukan-bukan dan merepek, hal itu sudah menjadi biasa bagi mereka terutama di kalangan kawan rapat.

Oleh itu jangan pelik jika perempuan melihat seorang lelaki itu perangainya amat berbeza ketika bersama kawan-kawan lelakinya. Jangan pelik jika anda terbaca perbualan mesej pasangan lelaki anda dengan kawan-kawan lelakinya di telefon yang biasanya penuh dengan hal merepek dan merapu. Malah kalau mereka bercakap tentang perempuan pun, biasanya habis di situ sahaja.

Perangai mereka bukanlah menjadi lebih teruk, cuma mereka berkongsi perangai yang sama yang tidak mungkin perempuan akan faham dan dapat terima. Kadang-kadang mereka perlukan kawan lelaki sebagai escapism untuk mereka meredakan perasaan.


6. Lelaki susah nak setia dan tak pernah puas

Lelaki ini bila mahukan seorang perempuan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan buat macam-macam untuk mendapatkannya, tapi lepas dah dapat, mereka tidak lagi nampak bersungguh-sungguh seperti sebelumnya.

Ya, hal itu memang tidak dinafikan, tapi bagi aku ia adalah lumrah. Sama seperti kita mula-mula nak beli kereta baru, masa tu kita berusaha bersungguh-sungguh kumpul duit, lepas dah dapat beli kereta bukan main sayang dan jaga. Kalau boleh tiap-tiap hari nak basuh dan wax bagi berkilat, tak boleh nampak sampah sikit dalam kereta, ada taik burung kat cermin kereta habis dimaki-maki burung tu. Masuk setahun, nak dapat basuh seminggu sekali pun belum tentu.

Namun begitu walaupun lelaki ini sikap dia dah menjadi lebih hambar berbanding dulu, tapi mereka tetap akan setia dengan wanita yang dicintai seperti isterinya, lebih-lebih lagi jika isterinya tidak menyakiti hatinya dan turut taat dan setia kepadanya.

Nak kata lelaki tak pernah puas pula, walaupun mereka mungkin suka tengok perempuan lain seperti di pejabat dan sebagainya kerana lumrah lelaki suka melihat perempuan, akan tetapi bila bab cinta mereka tetap akan setia pada satu, melainkan lelaki itu memang jenis yang menggatal, banyak duit dan kasanova.

Sebab apa?

Sebab bagi kebanyakan lelaki biasa, bercinta itu suatu pelaburan yang sangat memenatkan. Jika tiada keperluan, cukuplah mereka melalui pengalaman itu sekali sahaja.


7. Lelaki lebih pentingkan kawan dari pasangan wanita

Wanita walaupun sudah bercinta atau berkahwin dengan lelaki, mereka pasti merasakan yang pasangannya itu tetap akan lebih mementingkan kawan lelaki daripada dirinya. Lebih suka lepak dengan kawan. Lebih suka berbual dengan kawan. Lebih suka berkongsi minat dengan kawan. Lebih suka berluahkan masalah dengan kawan berbanding dirinya.

Ya, memang benar biasanya hubungan lelaki dengan kawan lelakinya memang macam tu kerana sama-sama lelaki, dan orang lelaki lebih faham perasaan lelaki yang lain kerana sama-sama melalui hal yang sama, tapi ia bukan bermaksud lelaki lebih pentingkan kawannya daripada pasangannya lebih-lebih lagi isterinya.

Lelaki ini apa-apa pun biasanya memang family first dan akan mengutamakan keluarganya dahulu, tetapi tidak bermakna mereka kena buang kawan mereka, kerana jika ada berlaku apa-apa hal, kawan lelakilah yang lebih mudah untuk meminta dan menghulur bantuan.

Lagipun orang lelaki berkawan dengan kawan lelaki mereka hanya atas dasar persahabatan dan brotherhood, so kaum wanita tidak perlulah rasa cemburu sangat seolah-olah kawan lelakinya itu adalah pesaing cinta pula.


* * * * * * * * * *

Itulah antara mitos dan salah tanggapan biasa orang perempuan terhadap orang lelaki. Jika anda seorang wanita dan mahu kongsikan mitos dan salah tanggapan biasa orang lelaki terhadap wanita pula, boleh tulis artikel itu di blog anda sendiri atau emelkan kepada aku di princeofnoob[at]gmail[dot]com artikel tersebut dan aku akan muatkan di dalam blog ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: mitos salah tanggapan anggapan wanita perempuan terhadap lelaki

9 ulasan:

  1. kebanyakkan perempuan cakap. aku xcakap

    BalasPadam
  2. kebanyakan kawan gamers termsuk aku pun memang angap gaming ni hanya escapism.... lantak la pakaian character seksi, macho, cool , imbalance dsb janji syok seronok jadi lain dari yang lain dan tak terbawak2 ke dunia sebenar... simple je.

    BalasPadam
  3. perempuan yg cakap tu termasuk saya~

    BalasPadam
  4. semak otak b oleh la dengan perempuan mcm ni
    kat rumah ada sorang !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bini ko?..adik ko?..kakak ko?..atau mak ko?

      Padam
  5. hahahha semuanya adalah tanggapan sy terhadap lelaki kecuali no.4..

    ohh..sorry lelaki :)

    BalasPadam
  6. nak tanya kaum lelaki. kalau lelaki suka ckp darling, sayang kat perempual lain yg bukan bini dia. tapi dia kata gurau je, bukan menunjukkan perasaan sebenar. Yang tu macamana pula. Keliru la.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.