Rabu, 20 Jun 2012

26 Proton antara bangga dan kecewa

Dalam banyak2 negara di Asia Tenggara, hanya negara kita yang mempunyai kereta berjenama sendiri. Proton merupakan jenama kereta buatan tempatan pertama yang diilhamkan sendiri oleh mantan PM Tun Mahathir dan model kereta pertama Proton iaitu Proton Saga telah dilancarkan pada tahun 1985. Untuk baca lagi mengenai Proton boleh baca di wiki English dan Malay. Untuk dark version of wiki boleh baca kat Uncyclopedia ni.


Dengan adanya Proton, untuk membuatkan ramai orang beli kereta Proton, semua kereta2 jenama import yang lain seperti Honda, Mitsubishi, Toyota, BMW, Mercedes, Volkswagen dan sebagainya dikenakan cukai yang sangat tinggi hingga menyebabkan harga kenderaan naik 2 kali ganda. Kat bawah contoh harga kereta import sebelum dikenakan cukai. Lanjut boleh tengok sini dan sini. Cara kira cukai import kereta kat sini.

 
Walaupun harga kereta import semuanya mahal belaka, tapi harga kereta Proton juga tidaklah begitu murah walaupun harganya murah sedikit berbanding kereta import. Kereta Proton yang paling murah pun busuk2 dalam RM38K, kalau buat loan 9 tahun dengan Zero Downpayment, bulan2 kena bayar RM450++... selama 9 tahun beb. Kita je antara negara2 yang orang buat loan kereta sampai 9 tahun. Kebanyakan negara maju paling busuk loan 5 tahun je sebab harga kereta murah.


Itu baru cerita pasal harga, belum cerita pasal kualiti. Memang orang cakap kualiti kereta Proton makin lama makin baik, tapi realitinya masih banyak lagi isu2 kualiti yang perlu diperbaiki seperti problem power window, khidmat pelanggan dan servis yang tidak memuaskan dan lain2 memang banyak mengecewakan rakyat2. Nak beli kereta import mahal sangat, beli kereta Proton takdela pun murah sangat, asyik problem je memanjang.


Now aku nak tanya korang semua dan nak korang jawab.
  • Adakah korang rasa bangga negara kita ada kereta jenama sendiri walaupun ramai dikalangan kita sendiri yang kutuk2 kereta Proton? Adakah anda rasa patriotik dan sanggup membayar harga yang agak mahal dan tidak kisah mempunyai kualiti rendah, yang penting negara anda ada kereta buatan sendiri?
  • Atau adakah anda negara kita tak perlu pun keluarkan kereta jenama sendiri seperti negara2 Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan lain2 yang mana hanya menggunakan kereta2 jenama luar dan rakyatnya boleh beli kereta2 itu dengan harga yang berpatutan serta tidak semahal kereta import di Malaysia?

Absorber patah sebab langgar divider, kata Proton lah...

* Tips untuk pilihanraya - kalau BN atau PR masukkan dalam manifesto PRU13 diorang untuk mengurangkan harga kereta tempatan serta mengurangkan kadar cukai kereta import di Malaysia, aku rasa mesti diorang dapat menarik lebih ramai pengundi2 dewasa untuk menyokong mereka.


tags: kereta tempatan nasional proton saga wira blm tiara juara perdana wira satria neo waja inspira preve flx blx exora bold perodua mr bean golf ball mahathir mohamad harga mahal duti cukai import kualiti rendah kemalangan bangga patriotik kecewa

26 ulasan:

  1. setuju. murah sikit je n kumpul maintenance, dh boleh bli kete ngra luar... naik bas ah cani

    BalasPadam
  2. market proton kecik....sebab tu harga mahal. tapi aku berbangga dengan proton...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau bukan berbangga...kau berbangang yang amat!

      Padam
    2. sekecik mana market proton,sekecik itulah otak dan fikiran kau...kah kah kah!

      kalau kereta proton kau rosak tengah jalan ko ingat dengan bangga tu boleh selesai masalah?

      Padam
    3. dah tau market proton kecik.. pi buat proton buat apa... tengok kita dah ketinggalan dgn thailand.. depa tak ada kereta nasional tapi depa ada 100% kereta made in Thailand... company kereta yg bukak kilang bukan 2 macam kita.. tapi ramai.. toyota, mitsubishi, honda... jadi hujah utk adakan peluang pekerjaan terbatal... sebab kilang kilang ni employ lebih ramai pekerja dibandingkan kalau ada 2 kilang aje... triton, hilux, vios, citi semua made in thailand 100%

      Padam
    4. dan kereta proton di luar negara dijual jauh lebih murah dari yang dijual di malaysia... kita dok bagi subsidi kat org luar terutama kat mat salleh... ini mentaliti minda dijajah ni....

      Padam
  3. Ermm sbenarnya tujuan man PM dulu mewujudkan kenderaan keluaran sendiri adalah untuk menjadikan negara kita negara perindustrian dan diharapkan agar dapat menambah pndpatan negara namun yg nyatanya kita belum bersedia ataupun kerjaan sendiri blm bersedia utk menjadi pengeluar kreta..tp aku percaya jika proton di swastakan pasti dpt mengaut keuntungan dan kualiti setiap kenderaannya lebih baik berbanding sekarang sbb pd aku apa saja under Gov't semua ssh nk blah mcm Perwaja Steel, MAS even aku rasa petronas pn bkn lah pilihan utama pengguna....Tul Tak..

    So utk lebih berjaya swastakan saja spt:

    - Lembaga Letrik Negara (Skang TNB)
    - Syarikat Bekalan Air
    - Telekom (skang TM)

    dan yg lain-lain

    BalasPadam
  4. Aku owner Proton Saga FL. Kalau boleh, memang aku nak pakai kereta import tapi malangnya tak mampu. Saga ni pon loan 9 tahun.

    Tah macam mana aku nak cerita. Bukan tak patriotik tapi Malaysia nak rakyat bantu produk Malaysia sedangkan Produk Malaysia tak membantu rakyat. Harga mahal bukan main. Untuk kereta buatan tempatan, pemasangan tempatan, sepatutnya harga rendah sikit. Tak tau la mahal tuh mencerminkan kualiti baik or macam mana.

    Memetik penulisan Lucius Maximus, sejak proton dikeluarkan, kempen beli kereta Malaysia bermula. Dengan itu, cukai kereta import dinaikkan. Pada masa sama, pengangkutan awam diabaikan. Maka, disebabkan itu, kereta berubah daripada kehendak kepada keperluan. Terjadilah lambakan kenderaan sampai jem jalan macam gampang.

    Ahh..payah la nak bercerita panjang. Aku nak cerita pon tak pandai.

    Pendek kata, aku rasa macam di-pundek-kan..

    BalasPadam
  5. yg preve tu kt hghway duke..setapak punya kdai proton..

    Pendapat saya, org negara/bangsa buat, kite nk buat jgk..jd x jd, kualiti belakang kira, janji ada je..

    BalasPadam
  6. cuba bkk tenet dlm mjlh knderaan mcm topgear ke komen pasal kereta proton..komen2 amat menyedihkan..

    BalasPadam
  7. Kurang2 Malaysia merupakan negara Islam yang mampu mengeluarkan kereta sendiri. Negara Islam yang lain ada tak yang mampu mengeluarkan kereta sendiri?
    Paling busuk pun Pakistan yang boleh dibanggakan sebab berjaya mempunyai senjata nuklear sendiri? Tapi produk perang mcm ni kita sbg rakyat biasa boleh beli ke?
    In b4, negara Islam terlalu mengharapkan rezeki dari Petroleum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangga sebab dapat keluarkan kereta sendiri,dengan cara menjadikan rakyat sendiri sbg mangsa? cas mahal kepada rakyat yg nak beli kereta luar, n rakyat dipaksa 'beri subsidi' bila beli kereta buatan sendiri...aku pernah tgk pamplet harga proton di negara arab mana ntah - harga lagi murah dari malaysia n feature kereta lebih dari malaysia nye...

      Padam
    2. Bangga sebab Kereta Proton keluaran Negara Islam Malaysia yang kualiti macam Haram Jadah, dapat cekik darah warga negara sendiri, dapat mengkayakan kroni-kroni pembekal spare part proton yang langsung kualiti mcm sial jugak...

      Negara-negara Islam lain macam Brunei, Indonesia, Arab Saudi sangat2 la bodoh gampang sebab tak membuli dan mengharamjadahkan warga negara mereka sendiri...

      Majulah PROTON untuk ISLAM :)

      TAKBIR !!!!!!!!!!

      Padam
    3. aku sokong statement ko.. last sekali kaum makan babi tu jugak yg untung sakan..melayu totok miskin sampai kiamat..

      Padam
  8. masalahnye kos pembuatan kete proton tu sniri xde la mahal mane, tp lpas dikenakan cukai tu yg jd mahal cam lahanat tu~ patotnye kalo da name kete tempatan, xpyh la bg cukai~ jual kete tu sniri tanpa cukai still bleh dpt untung~ ni tak, kerajaan xabes2 nk peras duit rakyat~

    BalasPadam
  9. ok what proton. ok la daripada takde kann :)

    BalasPadam
  10. Tuan Noob, kalau ya pun marah kat Proton, jangan la buat fitnah pasal kereta Preve tu, kereta itu terlibat dalam kemalangan langgar divider. Saya percaya kalau tuan bawak mercedes pun langgar divider patah juga.

    Saya pun suka kalau kereta import jadi murah, bukan apa teringin nak pakai Cayenne tu...muahahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde lah fitnah pun, saya tak tulis apa2 pun pasal gambar tu. ok utk mengelakkan salah faham saya letak lah caption sikit.

      Padam
  11. aku bangga giler malaysia ada kilang wat keta sendiri....tapi takat bangga jer laa..nak beli xder punya.kualiti diutamakan......
    proton patut bersaing dengan jenama lain bukan dengan bebankan rakyat......

    BalasPadam
  12. Waktu korea keluarkan keta sendiri depa pun buat cam tu gak walaupun kualiti keta buatan mrk sendiri hancus... tapi itu diwaktu tahun 60-an yg lampau... Tapi lihatlah hari ini keluaran keta mrk... Yang penting tingkatkan R&D utk keluaran seterusnya... Jika kita sendiri tdk menyokong siapa lg mahu menyokong?

    BalasPadam
  13. kalo kualiti nyer bgs, custimer service bgs tade mslh pon rakyat nak sokong kan..

    BalasPadam
  14. so kesimpulan yang aku buat based on jawapan2 kat sini, secara majoritinya lebih ramai yang kecewa dan merasakan kalau takde kereta nasional pun takpe. tapi walau macam manapun masih ada juga yang bangga kerana negara ada kereta nasional tapi masih ada lagi ruang untuk diperbaiki.

    BalasPadam
  15. meh datang rnd proton..tgk & saksikan sendiri engineer bebudak hingusan bodoh sombong punya la ramai. muka masing2 mcm budak tolol, maksud aku bebudak baru keje la. kerja x seberapa, isap rokok je lebih...ntah graduate mana ntah..end product korang nilai la sendiri, hasil tangan budak hingusan. lepas tu cabut la kerja tempat lain.

    BalasPadam
  16. kereta proton dibuat sebab nak naikkan harga kereta luar jerrr...
    lepastu boleh jual kereta proton mahal2... sedangkan harga persona di UAE ialah rm28k.. tapi kat malaysia jual sampai rm60k... waja pulak, kat malaysia pernah capai rm72k, sedangakan dia arab saudi hanya rm35k... mahal nak mampos.. jual kat rakyat sendiri mahal.. sedangkan ramai rakyat malaysia berhutang terlalu lama utnk beli sebuah kereta... dan bayarannya jelaslah lebih tinggi.... kat luar negra, industri permototran diorang maju sebab bende2 bab kereta ni, murah2 dan berkualiti, teknologi maju dan rakyat diorang mmg power bab racing.. kat malaysia dah la kereta mahal, secondhand pun mahal... part automotif ni plak mahal gedabak... sebab tu tak maju, ramai racing di jalan jer.... kalo kat negara luar, industri sukan sangatlah maju...

    pernah orang komplen proton pasal proton satria s2000 tak amik pelumba malaysia, sape la pelumba malaysia yg hebat, harapkan karamjit singh jer pernah bawak kereta yg laju... kat malaysia ni, ada la pelumba-pelumba baru yg proton taja... nak latih... kereta s2000 tu bagi ke orang baru, memang accident la kot....

    BalasPadam
  17. nak kete import. =X

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.