Ahad, 11 Oktober 2015

21 Isteri baik dicerai suami kerana perempuan lain

Ada seorang staf perempuan kat ofis aku, anak dah 3 orang, kecik2 lagi, paling tua 6 tahun, paling kecik setahun lebih. Kalau dilihat dari perwatakannya di ofis memang seorang yang sangat baik, rajin, jaga pemakaian, pertuturan, tingkahlaku, rupa pun boleh tahan takde la hodoh mana.

Baru2 ni dia kena cerai dengan suami dia kerana lelaki dia sudah ada perempuan lain. Aku tanya kat dia daripada bercerai kenapa tak bermadu je. Dia cakap dia sendiri dah beritahu suami dia yang dia tak kisah bermadu, lagipun dia masih sayang kat laki dia, cuma laki dia memang nak ceraikan dia jugak sebab laki dia dah takde perasaan cinta dan sayang kat dia, malah dia sendiri sanggup undur diri asalkan suami dia tu dapat hidup gembira dan bahagia dengan perempuan tersebut.

Gambar hiasan

Aku terkedu.

Kalau bini dia tu jahat, liar, tak cantik atau lain2 sebab yang logik untuk diceraikan tu aku faham lah. Tapi aku tak faham kenapa perempuan yang sikit punya baik macam tu pun boleh kena cerai? Malah dia sanggup dirinya menderita asalkan suaminya mendapat kebahagiaan.

Biasa perempuan nak mintak clash dari pakwe guna alasan "Awak terlalu baik untuk saya. Saya tak layak untuk awak. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik dari saya."

Lelaki pula nak ceraikan isteri dia pun guna alasan "Awak terlalu baik untuk saya. Saya dah tak layak untuk awak. Awak berhak dapat suami yang lebih baik dari saya."

Kesian betul jadi orang baik. Selalu dijadikan sebagai alasan untuk berpisah.


Ada orang kata, kita perlu dengar dari mulut kedua2 pihak baru kita dapat gambaran sebenar dan boleh buat penilaian. Cuma dalam hal ni, wanita tersebut pun takde cakap suatu yang buruk terhadap bekas suami dia walaupun dah kena cerai, dan suami dia pula walaupun aku tak kenal dan tak dengar apa alasan dia ceraikan bini dia tu, tapi setakat aku tengok kat Fesbuk dia memang selalu dia upload gambar dia berkepit dengan kekasih dia tu.

So dalam hal ni, aku betul2 rasa something not right pabila suami orang tu menceraikan bini dia disebabkan ada ada perempuan lain malah sukar untuk aku untuk menyabitkan kesalahan itu pada sang isteri atas keruntuhan rumahtangga mereka.

Entahlah...

Aku pun tak tahu apa lagi yang manusia macam ni nak cari dalam hidup ni sebenarnya. Dalam dunia ini banyak lagi benda yang kita boleh cari dan explore selain daripada perempuan, nafsu dan seks.



tags: isteri baik dicerai suami kerana perempuan wanita lain curang poligami madu solehah

21 ulasan:

  1. Kn guna2 mungkin... tp sy percaya wanita ni pasti dpt suami yg jauh lbh baik dr ex dia

    BalasPadam
  2. What goes around comes around... la ni Allah bayar cash... peringatan untuk diri sendiri.....

    BalasPadam
  3. kesian nyaaa.....tak patut btul.. hermm.. dugaan2...

    BalasPadam
  4. Bila jadi macam ni memang orang bujang macam aku jadi confusing gila. Mana salahnya?

    BalasPadam
  5. Dengar kedua-dua belah pihak dulu. Kadang2 depan orang pijak semut pun x mati. Tpi di rumah kte x tahu. Tah2 ank kul 2 pun x mndi lgi. Sex pun x mahu. Msk x nk asyik nk mkn luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aku dah tulis atas tu, walaupun aku tak dengar cerita dari belah laki, tapi melihat pada fesbuk lelaki tu susah untuk berprasangka isteri dia yang salah dalam keruntuhan rumahtangga diorang.

      Padam
    2. Hi En.Noob. Nampaknye sekarang ni zaman rumah tangga berkecai.

      Padam
  6. ape lagi noob.. ko try la.. janda banyak exepiriyen.

    BalasPadam
  7. Bila jatuh cinta... Nafsu je yang hidup, akal mati waktu tu

    BalasPadam
  8. Masalah ini terlalu peribadi. Susah nak kita komen. Hal suami isteri cerai berai baik buruk terlalu peribadi.

    Adik ipar aku punyalah manja dgn ex suami dia. Dpn kami adik beradik pun, mengalahkan org baru berkapel. Cun giler drpd bini aku sendiri. 3 anak2 kulit putih merah comel. Satu sekolah tergila2kan dia dulu2 sbb rupa ala2 budak Bosnia. Hari2 anak2 disiapkan comel2, rambut bradied ala steampunk lagik. Makan pakai..jgn cakap la.. kedua2 Engineer uuu.. Akhirnya suami tinggalkan sbb awek gelap dia yg gelap malah kureng cun termengandung. Mmg suami dia cakap dah xdak hati. Kat ofis, akauntan. Gaji jgn cakap la..5 belah tangan beb.. dgn bermacam sijil akauntan oversea. Anak 4.. kulit pale uuu... rupa jgn cakap la.. english pun mcm Adele.. nottingham bro.. 12 tahun aku kenal dia.. pun ditinggalkan suami..

    Bukan soal duit.. tapi soal hati dan agama.. juga priority. Terlalu peribadi.. mungkin sesuai untuk lelaki lain.. atau silap pilih teksi... biarlah.. mungkin mereka perlukan ruang dan pasangan baru.. hati manusia berbagai.. kita raikan saja perbezaan..

    BalasPadam
  9. Ala kecoh la korang. Datuk K cerai ngan bini die yang penat2 beranak sb nak kawen ngan Datuk S dengan berbesar hati korang terima. Pui...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Datuk S rembat laki org...ramai yg restu plak ye x?

      Padam
    4. Datuk S rembat laki org...ramai yg restu plak ye x?

      Padam
    5. Ini saya setuju.. Kesan dia Datuk S takde zuriat..

      Padam
  10. Kalau kahwin berlandaskan nafsu..mmg 100 juta ppuan x cukup, hari2 nak try lain...tp kalau berlandaskan agama n kasih sayang, ia akan betahan sampai ke syurga even sorg pun cukup. Even kalau kes poligami seelok2nya biar isteri yg recommendkan sbb isteri yg kedua jenis dalam keadaan kematian suami atau anak dara tua x kawin2....tp kalau tanya nafsu lelaki nak anak dara je, bukan nak membimbing ppuan ke arah yg lebih baik.

    Papepun setiap yg berlaku ada hikmahnya...anggap ada sesuatu yg lebih baik akan berlaku, maybe dpt pasangan yg lebih baik yg lebih memahami....banyak bersabar n anggap dunia ni satu ujian, setiap hamba Allah ada ujian masing2 nak uji keimanan diri kita dgn Allah swt.

    BalasPadam
  11. Biasanya perkara begini disebabkan hal-hal dalam kelambu. Sesuatu yang amat dipayah untuk dibincang dan sukar difahami..kesian

    BalasPadam
  12. Salam, hmmm..sedih pulak bace mcm ni, tp bagusnya sikap akak tu...pempuan mcm tu lah jenis org2 yg baik, tak burukkan suami dia pun even dah jadi ex-husband..insyaAllah akak tu akan dapat reward yg lebih baik dpd Allah, amin...kesian dia.. :(

    BalasPadam
  13. Hmm same mcm cerite. Jln cerita hmpir same. Tup tup kene jugak. Alsn yg same tp xleh diterime. Semudah tu je?? #fs betul.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.