Sabtu, 22 Disember 2012

25 Segmen Terjah Blog Balak?

Setelah Segmen Terjah Blog Awekz sampai siri ke-20 dan setelah 200 blog awekz dah pun diterjah setakat ini sejak aku mula buat segmen ni pada 14 Julai 2012, so aku fikir untuk berhenti buat segmen ni untuk sementara waktu atau hiatus mode dalam sebulan dua ke, memandangkan ada pembaca2 yang bagi komen mintak aku terjah2 blog lain pulak selain blog2 awekz. Masa bulan puasa hari tu ada la aku buat Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah. So untuk itu aku buat segmen baru khas untuk blogger2 lelaki pula iaitu Segmen Terjah Blog Balak.


So blog balak yang pertama perlu diterjah haruslah blog BUASIR OTAK itu sendiri di URL  http://buasirotak.blogspot.com/. Penulis2 kat blog itu terutama Prince of Noob itu bukan sahaja hensem dan kacak, malah gagah perkasa berbadan sasa, warna pink lak tuh.

Pesaing terdekat Prince of Noob sudah tentulah blogger hebat, terkenal, popular yang gagah perkasa juga yang juga seorang bapa iaitu Ben Ashaari - http://www.benashaari.com/.

Blogger ketiga juga tidak kurang hebat, dengan pageviews yang kini mencecah lebih 117 juta views, dengan ranking ke-5 Blog Terhangat Malaysia tahun 2012 di belakang Papagomo yang mendapat tempat ke-4, juga merupakan seorang penulis di blog teknologi dan gadget terpaling fofular Amanz.my, beliau adalah Obefiend - http://blogserius.blogspot.com/

Berikut pula merupakan blogger yang juga hebat iaitu Tn Hj Amir Hassan a.k.a Denai Hati - http://denaihati.com/ dengan mottonya Hidupkan Untuk Memberi. Beliau banyak memberi tips2 kepada blogger2 baru disamping sentiasa menganjurkan contest dengan hadiah2 yang sangat menarik.

Blog seterusnya adalah seorang lagi blogger lelaki yang boleh dikatakan otai dan jugak bertahap hokage iaitu Bro Framestone - http://www.broframestone.com/.

Blogger yang keenam pula adalah...

Kita pergi pula ke blogger seterusnya iaitu...

Blogger berikut pula juga hebat dengan...

Blogger ini pula...

Dan ini...

Ini...

...

.

YA!!! Tamat sudah Segmen Terjah Blog Balak untuk sekian2 kalinya dan merupakan siri yang pertama dan juga yang terakhir. Serius... aku tak boleh nak buat segmen terjah blog lelaki. Sebab apa... SEBAB AKU LELAKI... dan sedikit pervert.

Tapi takpe, aku akan cuba buat segmen terjah blog lain tapi bukan fokus kepada blog orang lelaki semata2. Tapi kalau korang nak jugak blogwalk ke blog2 orang lelaki terutama bagi orang perempuan, sila pergi ke Segmen Terjah Blog Balak yang dibuat oleh blogger Mujadafewa, setakat ini dah sampai part 6, dan aku tengok semua blogger2 lelaki yang diterjah macho2 belaka, so bolehla kalau nak jenguk2.




tags: segmen terjah blog balakz jejaka blogger lelaki laki man male promote blogwalking tips trick tutorial link

25 ulasan:

  1. Balasan
    1. ala....semua blog yg hari2 aku masuk......blogserius,benashari,broframestone,denaihati......bagi la blog2 lain yg x berapa fofular tapi berbaloi untuk dilawati.....

      Padam
    2. blah la ahmad time terjah blog balak taknak pulak menggatal nak nyonyot sana sini.padan muka ko sbb ko la noob stop terjah blog awek,dh xde sapa ko nk nyonyot lagi lps ni,dasar org sakit otak

      Padam
  2. alah, tak payah la nak ckp terjah blog balak. tp mngkin lbh kepada blog2 informasi atau mngkin yg unik skit. mcm blog lifebeginat40 tu pn ok gak, unik aku rase. mngkin org akan enjoy gak blog cmtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. blog ustaz-ustaz pon menarik macam
      saifulislam, zaharuddin, Dr Asri, keretamayat

      Selain blog hartanah pelaburan emas saham dan sebagainya yang kebanyakanya memang lelaki.

      Padam
  3. Hahhaa. Memang agak pelik bila lelaki promote blog lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. seems wrong in so many ways.. hahaha xD

      Padam
    2. la tak salah pn. ape masalah? bukannya promote dgn kate "mamat ni hencem korang patut terjah." dan aku tak rase pelik pn Noob guna perkataan 'gagah perkasa' utk huraikan Ben sbb kdg2 lelaki pn ada sifat 'mengkagumi' lelaki lain, tak semestinya dr segi 'pelik' atau prasaan tak betul.

      Padahal takde salah pn. mcm orang tngk kawan2 rapat lelaki tepuk2 ke atau silang tangan atas bahu ke atau skadar brohug atau pelukan ukhwah pn dah kena kata gay, padahal dorang takdela pn buat bende2 yg mmg nampak sngt suggestive cm pegang2 tangan geli menggeli gatal menggatal cium2 tu. tp tngk yg kapel2 awek balak bukan muhrim pegang2 tangan, tepuk2 menampar takde plak nak mengate padahal pegang tangan bukan muhrim pn dah haram. heiish.

      Padam
  4. LoL.. 4 saja yg ko sanggup introduce selain diri ko sendiri XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol

      Ini membuktikan Noob lebih gemar menerjah blog awek :)
      dan 99% blogwalking Noob perempuan

      Padam
  5. akhirnya ada gak terjah blog balak...tapi sikit sangat cuma ada 4 je...ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastu semua blog2 yg dah pro....

      Padam
  6. mainstream gila entry ini noob
    dont break my heart noob

    BalasPadam
  7. Wakakaka.. akhirnya ada jgk entry menerjah balak.

    BalasPadam
  8. semua blogger yg femes amos dan blog rating juta2 termasuk yang first tu. ^_^. kipidap!

    BalasPadam
  9. Bes2.. hrp ade lg terjah blog2 lain slps ni. mngkin ramai lg yg xtahu tentang blog2 yg best di luar sana. Walaupun ko miang dan gatal asyik skodeng awek je, pedulikan apa org nk kata. mulut manusia slagi x bisu selagi tu duk mngata org.

    Prince of noob yg kacak lg tampan serta pinky. semoga ade awex sangkut dkt ko. heheheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnye susah nak carik awek dari blog ni berbanding facebook/tweeter/irc/ym etc.

      Sudah pasti awek-awek ini sudah mempunyai follower mereka.

      Padam
  10. nampak sangat diskriminasi
    lol

    BalasPadam
  11. Ini membuktikan lelaki tak ramai yang berblog :)

    BalasPadam
  12. muka cam alien kepala botak bujur berani ckp diri sendiri hensem dan kacak. bajet kot2 ada awek sangkut la tuh. perasan je lebih. blahh la wei..
    kalo dah miang jgn ckp sedikit pervert ckp je ko memang miang dan gatal. puii.

    BalasPadam
  13. hahah terjah blog balak..menarik je dgr tue

    BalasPadam
  14. kurang suka blogger lelaki yang dhf(die hard fans) KPop :)

    BalasPadam
  15. memang cam pelik kot terjah bila terjah blog lelaki lai ni.tapi still boley buat mgkin dgn cr blog2 yg unik.ape fokus blog ni info, dunia kini,lawak, bisness, kamera,cerpen, masak2,gadget, awek, mengutuk, barula cool org nak bukak blog laki tu. terjah blog awek tu mmg aku xpenah bukak baru skali ni nak bukak entry terjah sbab terjah blog laki, tp noob dah surrender awal2 hehe..kemon noob boley.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.