Jumaat, 22 Mei 2015

11 Kisah pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30

KISAH SEORANG PEMUDA MELAYU MENJADI JUTAWAN SEBELUM USIA 30 TAHUN (HARUS BACA!!!)

Pada usianya 23 tahun, ketika orang lain yang sebayanya sedang sibuk merempit, bermain Facebook, video game, smartphone, mencari jodoh, menonton anime, menghadiri konsert K-Pop, membeli motor, dalam kepala Azam (bukan nama sebenar) sentiasa ligat mencari cara untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun. Perkara pertama yang beliau buat setelah tamat pengajian di universiti adalah dengan bekerja sebagai seorang eksekutif bank di sebuah bank dengan gaji bersih permulaan hanya RM2,500!

Gambar hiasan

Biasanya apabila orang muda mula mendapat duit sendiri, perkara pertama yang mereka akan buat adalah membeli kereta, namun berbeza dengan Azam. Bagi menjadi seorang jutawan sebelum usia 30, membeli kereta adalah halangan utama kerana kereta adalah liabiliti dan bukannya aset.

Maka apa yang beliau buat adalah menyimpan RM2,000 daripada gajinya ke dalam ASB. Dengan baki sebanyak RM500 itu beliau cuba survive untuk kehidupan sebulan. Memandangkan tempat kerjanya tidak berapa jauh daripada rumah orang tuanya, maka tempat tinggal tidak lagi menjadi masalah kepada beliau. Malah pengangkutan ke tempat kerja juga tidak begitu menjadi masalah kerana beliau hanya pergi ke tempat kerja menggunakan motor buruk milik ayahnya walaupun ada juga orang yang memandang hina namun beliau langsung tidak peduli dan mengambil pusing.

Daripada RM500 sebulan, purata sehari yang beliau boleh belanjakan adalah RM16. Memandangkan tengahari beliau balik ke rumah untuk makan tengahari, begitu juga untuk makan malam, maka perbelanjaan untuk makan minum tidak menjadi masalah buat beliau. Baki wang yang beliau ada itu hanya digunakan untuk perkara2 yang penting seperti mengisi minyak motor.

Beliau hanya pakai apa sahaja pakaian yang ada atau hanya memakai baju lama bapanya yang masih elok. Beliau tidak pernah tengok wayang, makan di luar, main bowling dan macam2 lagi, malah beliau langsung tidak memakai telefon bimbit kerana baginya ia adalah satu pembaziran yang sia2. Baginya kenapa perlu membeli telefon bimbit dengan harga yang mahal dan membayar caj setiap bulan sedangkan telefon rumah dan telefon awam masih boleh digunakan?

Ramai yang berkata beliau seorang yang kedekut, namun kata2 negatif orang lain langsung tak melunturkan semangat beliau untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun.

Maka dengan simpanan bulanan sebanyak RM2,000 di dalam ASB, dalam tempoh setahun pada usianya 24 tahun, beliau sudah memiliki wang sebanyak RM24,000 di dalam ASB, suatu angka yang tidak ramai orang seusianya memiliki wang sebanyak itu.

Setiap tahun setiap kali gajinya meningkat, beliau akan menambahkan simpanan beliau. Pada tahun kedua beliau bekerja, beliau melompat kerja di bank lain dengan tawaran gaji yang lebih banyak. Semakin tinggi gaji beliau, semakin banyaklah simpanan beliau di dalam ASB. Malah setiap kali dia mendapat bonus daripada majikan yang kebiasaannya 2 atau 3 bulan gaji, seluruh wang bonus beliau akan simpan di dalam ASB tanpa mengusik 1 sen pun.

Selepas 5 tahun pada usia beliau 28 tahun, duit simpanan beliau di dalam ASB termasuk dengan dividen dan bonus yang diterima setiap tahun telahpun mencapai RM250,000. Ini bersamaan dengan suku juta! Beliau kini boleh digelar suku jutawan, namun agak masih jauh daripada sasaran untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun yang hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi untuk dilaksanakan.

Dengan tempoh yang semakin pendek, beliau melipatkali gandakan usaha beliau untuk meraih sasaran beliau. Pada sebelah siang, beliau kerja di bank manakala pada sebelah malam, beliau kerja pula di restoran makanan segera, dan pada hari minggu pula, beliau bekerja di hotel membuat kerja2 housekeeping hanya untuk menambah dan mencari lebih banyak pendapatan. Malah jika beliau ternampak tin2 minuman kosong di tepi2 jalan pun, beliau akan kutip untuk dijual semula kepada pusat kitar semula.

Dan akhirnya, seminggu sebelum usianya mencecah 30 tahun, beliau berjaya mengumpul RM500,000 di dalam akaun ASB. Walaupun beliau sudah pun menjadi setengah jutawan, namun beliau masih tidak berpuas hati kerana masih belum berjaya menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun dengan hanya tinggal satu minggu sahaja lagi.

Dan ketika beliau sedang rungsing dan pening memikirkan hal ini, di sinilah keajaiban mula berlaku...

Beliau mula mengatur strategi baru dengan mengeluarkan RM300 daripada akaun ASBnya dan terus mengatur langkah ke sebuah kompleks membeli belah. Di situ dia mencari sebuah premis bernama "Money Changer".

Setibanya beliau di premis tersebut, beliau menukarkan RM300 tersebut ke matawang Indonesia dan cuba teka berapa yang beliau dapat?

1 Juta Rupiah!!!

Akhirnya, cita2 Azam untuk bergelar JUTAWAN MUDA sebelum usia 30 tahun sudah pun tercapai...

TAMMAT.


* Orang bila dah kaya, reka la cerita kisah hidup macam mana pun orang akan percaya, lepas tu bagi ceramah merata tempat bagitau orang lain macam mana nak jadi kaya, sedangkan cara dia menjadi lagi kaya cuma dengan jual air liur sahaja.




tags: kisah benar teknik rahsia cara panduan pemuda melayu menjadi kaya jutawan hartawan sebelum berusia usia 30 tahun

11 ulasan:

  1. mengarut betul. kalau cuma simpan duit kat ASB dah banyak orang jadi kaya dgn mudah

    BalasPadam
  2. Ini cerita maharaja lawak mega.. usia 23 pun dah boleh jadi jutawan rupiah sebenarnya kalau dia sedar dari awal..

    BalasPadam
  3. nampak benar menipunya, ASB maksimum boleh simpan adalah RM200,000 je, nak buat cerita jgn la mcm drama tv3 hehe,, btw simpan dlm ASB memang mashuk..!!!

    BalasPadam
  4. Pasal nak berjimat smpi xde handphone..itu dah melampau...zaman skrg even bekerje pun kena ada watsapp sbb senang contact dgn client n staff. Lgpun smpi xnak bersosial utk saving still akan membuat anda loser dlm masyarakat.....papepun jgn jadi hamba duit sgt..sbb kebahagiaan manusia sbnrnya bersama org yg dia sayang, bkn dgn byk duit.

    Walaupun cite kat atas cite lawak....tp jgn kemaruk nak jadi kaya, just have balance antara kerja dan keluarga. Rezeki dari Allah swt, InsyaAllah rezeki 2 ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula camner dia keje bank??? aku keje bank dulu pun client asyik call handphone, tanya pasal loan, FD, unit trust, insurans..weekend pun call...... skrg x keje bank aman sikit...

      Padam
  5. lawak bazi. pape pun teruskan usaha utk buat cerita berasaskan kegigihan menyimpan duit.

    BalasPadam
  6. Dia duk rmh sewa ke rmh mak bapak dia?

    BalasPadam
  7. Huk! aloh gigih betul Mrs. A baca dari awal sampai akhir.
    Rupanya ada maksud tersirat yang readers kena faham ngeh..ngeh..ngeh...

    BalasPadam
  8. baru nak cari sumber inspirasi...rupenye...aduh sakitnya ku di sini

    BalasPadam
  9. Jilake.. jual kondom online!

    BalasPadam
  10. Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia Yang Sangat Mengejutkan!










    Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.


    ~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.Kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

    - kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

    ~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

    ~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...


    KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI




    ~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.

    ~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.


    KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ




    ~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nedim dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita

    ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

    ~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.

    ~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.


    KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

    ~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.

    ~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

    ~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

    KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK




    ~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

    ~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

    ~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

    ~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.

    sumber saya petik dr Ohbulan & kiambang merah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.