Rabu, 13 Mei 2015

10 Rayuan terhadap semua penyimpan Tabung Haji

Admin rasa sedih apabila ada penyimpan Tabung Haji yang mengeluarkan duit mereka dari simpanan. Itu adalah duit anda, duit yang bertahun-tahun anda simpan untuk menunaikan haji. Setiap tahun, Alhamdulillah ia bertambah dengan dividen dan bonus tapi peluang menunaikan haji bukan datang setiap tahun. Kita ternanti-nanti nama kita dipanggil, ada yang berumur 60 tahun baru berpeluang menjejakkan kaki ke Mekkah al-Mukarramah.

Tapi sekiranya anda keluarkan duit dari simpanan Tabung Haji, anda yang rugi. Bukan saja tidak mendapat dividen dan bonus, malah terlepas peluang ke Rumah Allah. Jangan kerana mendengar kata ahli politik yang hanya pentingkan agendanya sendiri, anda abaikan rukun Islam ke-5. Ramai orang Islam yang meninggal dunia sebelum sempat mengunjungi Rumah Allah, betapa mereka inginkan peluang yang anda dapat.

Admin merayu kepada orang Islam, jangan rosakkan peluang anda untuk bersolat di hadapan Ka'abah. Kita hanya hidup sekali, sekurang-kurangnya satu kali kita jejakkan kaki di Mekkah sebelum hembuskan nafas terakhir.


Di atas adalah status rayuan yang dipost di fanpage Friends of BN. Aku tak mahu komen banyak pasal kes Tabung Haji beli tanah daripada 1MDB tu sebab perkara tu dah banyak dijelaskan oleh mereka yang lebih pakar dari pihak kerajaan, pembangkang mahupun yang berkecuali.

Sumber

Untuk entry ini aku cuma nak komen status FOBN tu je. Walaupun sebelum ini banyak juga post2 mereka yang merapu dan bodoh, tapi untuk yang ini aku nak komen sebab postnya terlalu dan tersangat bodoh. Dan memandangkan aku pun dah kena ban dari komen kat page tu, maka aku tulislah kat sini.

1. Kenapa nak rasa sedih bila ada penyimpan nak keluarkan duit. Lantak dia lah nak keluarkan ke apa, itu duit dia, hak dia. Diorang cuma keluar duit, bukan batalkan akaun kat Tabung Haji, so diorang punya nombor gilaran pergi haji dengan Tabung Haji masih tidak terjejas selagi jumlah minima RM1,300 masih ada dalam akaun.

2. Kenapa kita rugi kalau keluarkan duit simpanan dari Tabung Haji? Kalau kita simpan kat tempat lain seperti ASB, ASN, unit trust dan sebagainya pun masih dapat dividen dan bonus, so apa yang ruginya?

3. Adakah dengan tidak menyimpan di Tabung Haji maka kita akan terlepas ke Rumah Allah? Admin FOBN tu siapa, Tuhan? Siap boleh tahu seseorang boleh terlepas peluang bagai.

4. Adakah dengan mengeluarkan duit simpanan di Tabung Haji, bermaksud kita mengabaikan rukun Islam ke-5? Pandai2 je admin FOBN ni hukum orang lain cakap mereka abaikan ibadah Haji bila keluarkan duit.

5. Punyalah merayu kepada orang Islam jangan rosakkan peluang anda untuk bersolat di hadapan Ka'abah. Jangan rosakkan peluang orang Islam nak pergi Haji ke, atau jangan rosakkan peluang pemimpin2 politik untuk mempergunakan duit Tabung Haji?

6. Tak dinafikan di Malaysia Tabung Haji merupakan agensi no. 1 yang mengurus dan membantu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji, tapi jika kita bersandarkan kepercayaan yang hanya dengan Tabung Haji sahajalah satu2nya cara untuk membolehkan anda pergi tunai Haji, itu dah mengarut. Adakah kau lebih percaya kepada kekuasaan Tabung Haji berbanding kekuasaan Tuhan?

7. Ya, kita hanya hidup sekali, sekurang-kurangnya satu kali kita jejakkan kaki di Mekkah sebelum hembuskan nafas terakhir, tapi ia semua berlaku dengan keizinan dan keredhaan Allah s.w.t., bukan dengan keizinan dan keredhaan dari Tabung Haji, BN atau sesiapa makhluk sekalipun.

8. Akhir sekali, gambar kat kaunter Tabung Haji yang disertakan dalam post tu adalah pemandangan biasa yang selalu ada kat mana2 kaunter Tabung Haji di Malaysia, memang setiap masa pun selalu ramai orang, bukan tiba2 ramai hanya selepas isu Tabung Haji-1MDB ni. Pandai2 je cakap yang diorang semua nak keluarkan wang simpanan sebab kes tu.

Serius makin bodoh pula aku tengok admin2 FOBN ni. Betul2 mencemarkan imej BN. Cukup la Ahmad Maslan dan rakan2nya sahaja yang memualkan, macai tak perlu ikut serta.




tags: rayuan admin friends of barisan nasional bn fobn penyimpan duit wang simpanan di tabung haji corporation isu kes beli tanah trx 1mdb mahal harga tinggi seekar sekaki

10 ulasan:

  1. 1 Mau DAP Berjaya

    BalasPadam
  2. Admin page ni dah macam nak mintak tunaikan haji dengan pi jenguk rumah PM Najib Razak, selaku "Tuhan" bagi UMNO/BN.

    Tak perlu termakan dengan umpan parti politik untuk mintak bertenang dan terus lupakan pasal isu Tabung Haji. Bab duit deposit tetiba lesap dalam akaun Tabung Haji memang ada kes dan kita dapat tahu siapakan perampok dan pe-maling yang bertali leher tersebut.

    BalasPadam
  3. Saya di sini mendesak kepada tabung haji setiap kali untuk melabur di mana2 prospek agar membuat undian kepada semua pencarum dahulu samada bersetuju atau tidak,kami tk percaya penganalisis pelaburan yg bodoh di tabung haji....samalah mcm aku tk percaya doktor merawat kencing manis aku...doktor pun bodoh aku tak makan ubat kerajaan semua penipu...aku sorang yg pandai

    BalasPadam
  4. Slm. Terbaeek PON. Setuju bona den. Marilah ramai2 kuar duit TH biar diorang tau yg kita ni bukan bodoh cam diorang.

    'do something before nothing being done'

    BalasPadam
  5. Apabila pemegang amanah mengingkari amanah maka berlakulah kekecohan dan berakhir dengan kehancuran.

    Rakyat amanahkan duit rakyat mereka salah guna bail-out syarikat kroni. Akibatnya negara tanggung hutang berbillion.

    Rakyat amanahkan mereka syarikat rakyat (kerja kerajaan) mereka khianat ambil anak dan saudara bukan kerana kelayakan. Akibatnya servis kerajaan lembap dan mengecewakan.

    Rakyat amanahkan mereka ipt mereka khianat lecturer suruh pilih candidate physical edu mereka pilih awek lawa lawa yang tak sampai pun minima limit. Kalau di maktab anak kenalan dan saudara yang gagal periksa masuk course sukan sedangkan wakil sekolah pun tak pernah. Akibatnya sukan Malaysia merudum.

    Rakyat amanahkah mereka maktab mereka khianat memilih anak dan saudara bukan kerana kepandaian akibatnya akhlak dan bahasa inggeris anak didik di tahap mengecewakan.

    "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui (Al Anfaal : 27)

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun ada masalah akidah..spm bukan penentu tahap seseorang..kenapa SPM tu tuhan ke???

      Padam
    2. Kah3 masalah akidah? Really, u dah tak tahan n nak silence kan die kan hihihi...

      Padam
  6. Setiap penyimpan atau shareholder ada hak masing2 utk nak simpan/labur duit kat tabung haji ke x. Sama mcm nak labur duit kat mana2 saham syarikat...mereka boleh beli atau jual sesukahati mereka bergantung pada nilai saham itu sendiri jika ada pulangan atau x, kalau merugikan so mereka akan jual.

    Jika TH buat taik atau sesuatu yg memalukan, shareholder boleh buat apa mereka suka. Pasa admin FOBN ni pun jenis macai kelas rendah, mintak simpati cara budak sekolah n bajet boleh diterima masyarakat. Mcm statement Abraham Lincoln..."You can fool someone everytime, can fool everyone at one time...but you cannot fool everyone EVERYTIME"

    BalasPadam
  7. sekarang TNB pulak disuruh amik alih Projek 3B..TNB kata bukan 'bailout'..kerana Syarikat tidak akan byr pd harga premium..dan2 je kan..sume kena tlg 1MDB sejak Mahathir timbulkn isu ni..Najip tgh korek mana2 duit yang boleh..

    BalasPadam
  8. dgn 43bilion, tun M & team telah membina putrajaya, klia, litar sepang,klcc dan pelabuhan klang . najib & team hutang 42bilion satu apa pun takde.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.