Jumaat, 3 Jun 2016

7 Gejala pedofil dan gila seks yang semakin parah

Pedophile. Pedofil. Pedofilia. Pedo.

Ia bermaksud manusia yang mempunyai perasaan nafsu seksual terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya gejala pedo ini berlaku di kalangan lelaki dewasa di mana mereka ghairah dan terangsang terhadap kanak-kanak perempuan atau lelaki. Ada juga pedo di kalangan wanita dewasa namun jumlahnya agak kecil dan terpencil.

Gejala pedo ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang Melayu atau umat Islam sahaja malah di serata dunia, hatta bangsa Caucasian bermata biru yang ramai orang bangga-banggakan tu pun. Baru-baru ini keluar berita yang mengejutkan di mana seorang lelaki pedofil warga Britain iaitu Richard Huckle ditangkap dan dibicarakan atas kes penderaan seksual yang menjijikkan terhadap 23 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dan 22 mangsa tersebut adalah daripada Malaysia!


Baca kronologi dan kes ini dengan lebih lanjut di artikel ini - "Pedofil Britain Hasilkan Puluhan Ribu Bahan Lucah Kanak-kanak Malaysia, Berdepan Penjara Seumur Hidup".

Tak cukup dengan kes itu, kita sekali lagi dikejutkan oleh pendedahan daripada Syed Azmi, seorang aktivis kemasyarakatan tentang kewujudan group Telegram pedofilia yang sangat menjijikkan yang disertai lebih daripada 700 ahli!

Baca artikel penuh tentang pendedahan ini dari FB Syed Azmi sendiri.


Manusia ini ramai yang fetish dia sangat pelik. Ada yang bernafsu pada kanak-kanak. Ada yang bernafsu songsang pada jantina sejenis. Ada yang bernafsu pada haiwan, pada ahli keluarga sendiri, pada kartun hentai, pada loli, pada robot, pada patung seks, pada gadis bertudung, pada bohsia atau pelacur walau sudah beristeri dan sebagainya.

Jangan kata group pedo, group lucah pun berlambak wujud kat Whatsapp malah ramai orang tanpa segan silu mahu join group tersebut dan tidak kisah pun no. telefonnya diketahui.

Ada lebih 1,000 orang tanpa malunya memberi no telefon malah memberi komen menggunakan identiti sendiri.

Sebab tu kita kena berjaga-jaga. Kurangkan letak gambar selfie kita dan anak-anak kita di media soSIAL. Jangan dedahkan privasi kita kepada umum. Elakkan menabur ID dan no. telefon di WeChat.

Kita tak boleh expect semua orang baik, mulia dan suci seperti mana yang kita harapkan. Kita dah pun hidup dalam masyarakat yang sakit. Walaupun kita mungkin buat benda yang tak salah tetapi orang lain yang salah kerana mengekploitasi dan mengambil kesempatan terhadap diri kita, namun kita terpaksa berjaga-jaga demi untuk keselamatan dan kesejahteraan diri dan keluarga kita juga.

Apa yang kita boleh buat, tingkatkan kesedaran tentang hal ini serta tanamkan nilai moral dan kepatuhan agama pada orang di sekeliling kita.

Ok aku tak nak ulas panjang dah sebab ia cuma  same shit, different time. Baca artikel lain yang berkaitan seperti berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pedofil pedofilia pedophile britain bahan lucah kanak-kanak richard huckle sangap group seks whatsapp wechat telegram sex maniac

7 ulasan:

  1. Ya Allah makin teruk dunia nie

    BalasPadam
  2. Ramainya mangsa dia kanak-kanak Malaysia haish geramnya, tapi kenapa kerajaan Malaysia tidak berbuat sesuatu.... lu fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  3. so mungkin kena start cek ustaz2 di malaysia? x semua... tapi kemungkinan spesis makhluk perosak ni berlakon jadi mcm ustaz orang alim.. last2 dia salah satu geng2 lelaki atas tu? geng ni celakak sket licik nak mampus..

    BalasPadam
  4. oii noob ko buat apa masuk grup blue tu? insaf2 la noob di bulan ramadhan yg mulia ini.


    ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna. agar dapat kulalui dgn sempurnaaa ..
    -raihan ft tomok-

    BalasPadam
  5. uıɥʇɐq uɐp ɹıɥɐן ɟɐɐɯ ¿ɐʎ ɟɐɐɯ 'əuoɥdpuɐɥ uɐʞʞıןɐqɯəɯ snɹɐɥ ıɐdɯɐs ıuı uɐsəd ɐɔɐqɯəɯ ʇɐɐs ıbɐןɐdɐ 'ıuı ɐɯɐןəs ɐʎɐs uɐɟɐןıɥʞəʞ uɐp uɐɥɐןɐsəʞ ɐןɐbəs sɐʇɐ ɟɐɐɯ uoɥoɯəɯ ɐʎɐs 'ɐqıʇ uɐɥpɐɯɐɹ ɯnןəqəs

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.