Khamis, 25 Julai 2013

27 Makian babi dan bodoh buat pesakit

Ya, begitulah seperti yang dilaporkan di Berita Harian di mana seorang pesakit warga tua berkata beliau kena maki dengan doktor dengan gelaran babi dan bodoh apabila beliau pergi ke hospital kerajaan di Kepala Batas.

'Doktor maki babi, bodoh'

Roslan (tengah) bersama pesakit yang tidak berpuas hati dengan layanan doktor pada sidang media di Kepala Batas, semalam.
Warga tua antara enam pesakit terima layanan kasar di Hospital Kepala Batas

Kepala Batas: “Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.

Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.
Tak patuh jadual rawatan

Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang betul.

“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.

Sidang media itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, bagi menampilkan empat pesakit yang mengaku menerima layanan buruk daripada doktor di hospital kerajaan di negeri ini.

Selanjutnya di Berita Harian.

Wow, ini suatu yang baru dalam sebuah perkhidmatan awam. Sebelum ini perkhidmatan gomen memang dah sinonim dengan karenah birokrasi, kakitangan yang kurang cekap dan tidak mesra, layanan agak kasar dan kurang memuaskan, sistem e-kerajaan yang sampah dan yang sewaktu dengannya, tapi yang kali ini ia membawa ke tahap yang lebih tinggi iaitu memaki pelanggan yang juga orang awam dengan panggilan babi dan bodoh.

Aku kalau berurusan dengan agensi kerajaan, aku tak expect tinggi pun sebab aku tahu macam mana cara kerja mereka. Benda ni bukan baru tapi dari dulu lagi. Aku tahu aku takkan dapat layanan terbaik, aku cuma expect diorang dapat selesaikan urusan2 aku tanpa banyak masalah, tapi aku tak expect juga untuk orang maki hamun aku dan panggil aku babi dan bodoh.

Gambar hiasan
Aku tahu kerja di hospital kerajaan memang sangat stress ditambah dengan kehadiran pesakit2 yang pelbagai ragam dan karenah yang tak kunjung sudah tiap2 hari, tapi untuk memaki dan menggelarkan mereka dengan gelaran babi dan bodoh amatlah tidak wajar.

Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, tapi sekiranya betul, bagi aku amat malanglah bagi imej dan kredibiliti perkhidmatan awam itu sendiri. Dengan ini aku harap Kementerian Kesihatan dan pihak kerajaan dapat menyiasat mengenai dakwaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Aku dah pun highlightkan insiden ini di Facebook page Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, aku harap beliau dapat memberi penjelasan dan mengambil tindakan sewajarnya.


Apa yang aku respek pada Ketua Pengarah Kesihatan ini adalah beliau sudi membalas komen2 daripada aku yang ntah sapa2 ni.




tags: enam doktor maki pesakit warga tua panggilan gelaran babi bodoh hospital kepala batas etika kedoktoran layanan kasar tidak memuaskan pendidikan tinggi hormat maruah mulia kerjaya ahli dewan undangan negeri adun pinang tunggal datuk roslan saidin persidangan jabatan kementerian kesihatan aduan ketua pengarah kesihatan datuk dr noor hisham abdullah

27 ulasan:

  1. Pertama sekali..
    Makin banyak orang sakit jiwa :|

    BalasPadam
  2. Demi tidak menyebelahi mana2 pihak, adalah sewajarnya sekiranya kedua2 pihak terutama pihak yg dituduh membuat penjelasan atau boleh terus bertanya kepada pihak berkenaan(jika boleh) supaya tidak timbul isu fitnah dalam komunikasi dan tidak membesarkan hal ini sehingga boleh mendatangkan perspektif buruk kepada sesiapa yg membacanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah 'termasuk' dalam satu soal siatan tentang orang awam komplen pasal ambulan..

      dan jawapan salah sorang kakitangan kerajaan, ...'pengadu membuat cerita lain dari yang telah diterangkan'...

      Padam
  3. domino effect of stress leading to nervous and mental breakdown...

    BalasPadam
  4. seeloknya, bersemuka dua-dua belah pihak, dengar dari dua-dua pihak, bukan apa, tak tau sapa yang salah sapa yang betul, pahtu bawa berunding bagi mencari jalan penyelesaian,

    BalasPadam
  5. mohon najib kensel kan BONUS supaya semua sekali penjawat awam kena sekaligus semua merasa panas hati dan sy berkata Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengki ko xdpt bonus? 500je pon. Ada yg keja private dpt bonus xda pun ko nak query. hahaha

      Padam
    2. bandingkan swasta dengan gomen? LOL

      inb4 staf kerajaan negeri selengor dapat sebulan gaji bonus.

      ah cai dan mah cai jangan butthurt.

      Padam
    3. xdengki pun sbgi denda laa

      Padam
  6. Mohon siasat n jgn dgr sebelah pihak sahaja.
    Kadang2 berita yg diterima di fb sgt lah kecoh & havoc seperti kes baby kaki berdarah dlm entry sebelum ni...

    Sebab ada byk kes aku sendiri penah tgk org awam memaki kakitangan gomen termasuklah paramedik n doktor... So jika Dr tu butthurt & ilang sabar, memang lah dia akan maki pesakit tu balik...

    Kdg2 waris pesakit mulut mcm celaka lebih daripada pesakit tu sendiri...so kalau korang kena maki so pkara yg sama ko akan buat blk kpd org tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. A sokong walau komen ko pun mcm cilaka

      Padam
    2. Tu yang realiti orang lain taktau....yang dok berurusan ngan orang awam tu dah berbakul-bakul kena ugut nak buat aduan dan juga makian dari pelanggan...no wonder kakitangan awam kerja cam 'cilake'....yang berurusan ngan dia tu ada yang berperangai cam monyet...(tak semua, tapi ada banyak)...ada citer dari fren aku meluahkan perasaan, dia seorang Medical Officer kat health site yang sepatutnya aritu kena relief kat klinik lain sanggup balik nak tengok kes kecemasan pesakit jantung yang dah tak sedarkan diri....punya la dia escort pesakit dalam ambulan sampai ke emergency hospital, kebetulan pesakit tu dah sedar boleh plak pesakit tu kata tak yah anta dia ke situ dan berkeras nak balik...so fikir-fikir la situasi kerja orang kesihatan yang boleh dikatakan jumpa pesakit degil tapi tau nak komplen ni tiap-tiap hari....last-last yang salah tetap tunjuk kat orang yang cuba menyelamatkan pesakit gak...

      Padam
  7. Lepeh... lepeh...

    BalasPadam
  8. biasa ko print screen komen aduan ko kt fb noob..ni xda pun..

    em, mmg kena dgr penjelasan 2-2 pihak dan siasat..mcm kat tempat aku ni, ada jenis patient yang hari2 dtg claim dia sakit wpun dia dah dicek dan dah disahkan sakitnya minima je pun..tapi dtg jugak hari2 nak cek..kus semangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. aku pun expect benda yg sama masa baca tadi... biasanya noob akan print screen... hehehehe....

      Padam
    2. aku baru letak print screen sebab nak tunggu reply dari KP Kesihatan. pemimpin macam ni lah yang aku respek, sudi balas komen aku walau pakai avatar kartun

      Padam
    3. nub body hang mcm patrick kaahh hmmmm

      Padam
    4. hhaha, member aku pun ada buat aduan kat KP kesihatan gak. dia terangkan pasal masalah yang dia hadapi berkenaan cara anak bayi dia ditangani oleh H.O2 di hospital putrajaya

      H.O kat situ tu telah cucuk anak member aku sebanyak 20 kali kat tangan dia. Dan si h.o nih pun ada masalah komunikasi untuk jelaskan jenis penyakit yang mungkin dihidapi bayi tu(pada awalnya disyaki sepsis tapi rupanya meningitis) serta ubat yang bakal diberi kepada bayi tu (highly potent antibiotic). Member aku nih keberatan tapi akur dengan cadangan h.o tuh.

      maka kawan aku nih jelaskan hal ni kepada KP kesihatan dimana dengan serta mertanya dia balas "i shall get someone update to you". 2 jam kemudiannya, member gue terima panggilan telefon minta maaf serta penjelasan lanjut dari specialist hosp. putrajaya.

      Bila kawan gue pi ICU, jenguk anak dia, berlumba2 H.O dan doktor nak minta maaf kat kawan aku nih.

      gila kuat kuasa KP nih, dan gila takut si H.O2 pada org atasan nih.

      dan gila hebat kuasa media sosial nih!



      p.s: dengar khabar yang houseman2 dari putrajaya nih lulusan Cyberjaya University College of Medical Sciences yang pada asalnya adalah IPTA reject... Namun ku ada dengar cybermed ni cuba sedaya upaya nak tambah bilangan tenaga pengajar yang mana dulu setiap kelas ada 50 pelajar, sekarang cuba nak ubah ratio ke 20:1 .


      Padam
    5. laa..baru aku perasan naza hada adalah naza anuar..

      kampung ko dah start pasang pelita ke nak rayer ni..hohoho

      Padam
  9. aku pernah tengok cite sebenarnya, orang putihla.. dia antara doctor pakar yang hebat.. dia cepat belajar kalau berkaitan kedoktoran/pembedahan ni. sehingga kalau boleh, setiap case, doctor2 lain akan refer ke dia.. sampai dia stress sangat2 lalu mengambil dadah..

    well, memang ada pun doktor yang mulut macam puaka ni. pesakit yang mulutnya macam puaka pun sangat ramai. tak nak aku jadi nurse.. hhheeerrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah.. apa name doctor tu entah.. cuma point aku, orang kalau dah stress, tak kesah la tempat kerja or kat luar kerja, ha macam2 la cara yang dibuatnya.. ambik dadah, maki pesakit etc

      Padam
  10. lepeh... lepeh....

    BalasPadam
  11. bukan doktor kot mungkin pesakit gila menyabmar jadi doktor..
    hahaha salu sangat tengok tv neh :)

    BalasPadam
  12. hmmmm adakh semua ni kebetulan?? xde makne nye

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.