Rabu, 31 Julai 2013

25 Ramai orang butthurt dengan filem sejarah

Dulu aku pernah tulis tentang filem tempatan yang takut memapar realiti. Tapi sekarang ni, orang Malaysia pula yang takut dengan filem tempatan yang cuba memapar sejarah. Dulu bila filem Tanda Putera nak ditayangkan, ramai orang bantah terutama daripada orang cina dan pihak Pakatan Rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan akibat tekanan ramai. Sekarang ni filem The New Village pulak terpaksa ditangguhkan penayangan kerana ramai orang melayu dan UMNO butthurt.


Yang kat belah sini kata filem Tanda Putera tu racist dan memburuk2kan parti DAP masa peristiwa 13 Mei 1969, yang kat belah sana kata filem The New Village tu mengangkat dan mengagungkan komunis. Masalahnya yang dok bantah2 tu tengok pun tidak lagi, tengok trailer je dah boleh tau keseluruhan jalan cerita dan buat assumption sendiri.

Tahu tak ia hanya sebuah filem, kat barat tu berlambak filem yang based on sejarah dan menokok nambah ceritanya bagi membangkitkan elemen drama yang boleh membuatkan orang lebih minat nak tengok. Macam cerita Titanic, peristiwa kapal mewah yang tenggelam kat dasar lautan sebab langgar iceberg tu adalah peristiwa sebenar, tapi diorang reka kisah percintaan yang super sampah antara dua watak rekaan iaitu Jake dan Rose serta tambah babak lukis gambar bogel atas sofa supaya orang tak rasa macam tengok dokumentari semata2.


Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, sapa sangka orang boleh buat filem dia tu sebenarnya seorang vampire hunter atau pemburu pontianak guna kapak? Tapi kat Malaysia kalau ada penerbit filem nak buat cerita fiksyen Tun Mahathir: Pemburu Serigala Jadian, mau filem belum start shoot lagi dah kena maki. Itu baru sikit, belum lagi lain2 filem2 fiksyen sejarah lain yang merepek2 dan ditokok tambah dengan sesuka hatinya.


Come on la, its just a film. Ada yang cakap ia bukan kisah sebenar dan berdasarkan sejarah yang telah dimanipulasi. Senang cerita kalau rasa tak suka, tak payah pergi tengok kat wayang. Aku tanyalah, kalau diorang tayang pun cerita Tanda Putera tu kat pawagam, rasa2 kutipan nak sampai setengah juta pun susah. Yelah sapa lah yang nak sangat tengok cerita sejarah macam tu, tapi mungkin ada juga orang2 yang patriotik yang mahu pergi tengok, so biarlah diorang tengok.


Kita tak nak tengok ke, diorang nak tengok ke, diorang punya pasal lah, bukan menyusahkan kita pun. Kalau keluar kat wayang pun, kerajaan tak paksa pun untuk kita tengok filem tu, melainkan kau tu student UiTM, itu pun tengok free je. Kalau nak bantah pasal isu 13 Mei dalam filem tu, pergi bantah pada Kementerian Pendidikan sebab keluarkan buku teks sejarah yang ada tulis pasal isu 13 Mei tu.

Trailer filem Tanda Putera

Pasal filem The New Village tu, kalau tengok kat trailer tu ia mengisahkan pasal peristiwa sejarah berkaitan penempatan semula kaum cina di kampung pada zaman darurat tahun 1948 - 1960 bagi membanteras komunis seperti di Wikipedia berikut
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:
  1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
  2. "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.
Trailer filem The New Village

Malah pernah keluar pun di History Channel dokumentari mengenai peristiwa darurat komunis ini yang bertajuk Malayan Emergency.

Dokumentari Malayan Emergency

Bagi aku, filem The New Village tu hanyalah cerita rekaan mengenai kisah cinta terlarang di antara gadis cina yang ditempatkan dalam kampung baru dengan seorang askar komunis yang duduk dalam hutan ketika peristiwa darurat dan penentangan komunis dahulu, sama seperti kisah percintaan Rose dan Jake dalam peristiwa kapal Titanic karam. Malah Lembaga Penapisan Filem (LPF) pun dah luluskan tayangan filem tu, tapi kita pulak lebih2.

Aku tak tahulah kenapa ramai sangat orang Malaysia ni tak kira la melayu ke, cina ke, india ke, over sensitif sangat dan cepat butthurt dengan filem2 sejarah tempatan padahal tengok pun tak lagi. Dah lah bukan selalu filem2 berunsur sejarah ni dibuat sebab penerbit filem lebih suka buat filem pasal hantu, lawak bangang, gangster, mat rempit dan babak semi lucah. Ya mungkin filem2 sejarah ni agak sampah di mata sesetengah orang, tapi kalau tak suka, tak payah keluar duit pergi wayang tengok, takde orang pun paksa suruh tengok. Bagi sapa2 yang nak komplen, kena lah tengok dulu baru tulis review filem dan bagi rating.




tags: sinopsis review ulasan filem the new village tanda putera kontroversi racist perkauman propaganda agenda tangguh tayangan finas kementerian lpt lembaga penapisan filem tayang wayang pawagam gsc golden screen cinema tgv tanjung golden village finas lembaga penapisan filem agung komunis kisah cinta tragedi berdarah 13 mei 1969 radikal politik perkampungan semula cina zaman darurat 1948 1960 dokumentari history channel malayan emergency titanic jake dawson rose draw scene kate winslet naked nude abraham lincoln vampire hunter full movie direct download torrent trailer sakit panas bontot punggung uitm batal kuliah paksa tonton 

25 ulasan:

  1. Aku tak paham le? 1$t? Ye ke 1§t ni? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau overexcited apasal

      bengong

      Padam
  2. 2nd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Bak kata orang sejarah ditulis oleh orang yang menang :)

    BalasPadam
  4. oooo baru ak tau yAng bantah mesti kaki tengok wayang rempit,hantu, rempit hantu lawak bodo2 rempit lawak bodo hantu ,patut la kutipan lagi tinggi dr filem historic ok2 dah fhm duk ngan masyarakat mcm ni, hmmm kena buat sesuatu sebelum "malaysia" di hapuskan mengulang sejarah kembali...

    BalasPadam
  5. dalam filem TNV ni ada babak lucah ke sampai LPF kasi lepas untuk tayangan?? Tanda Putera tak kasi tayang pulak?? bodohnya kerajaan yg diketuai org melayu sendiri....melebih2kan org cina, org melayu dipinggirkan.....Fuck UMNO....

    -ahmad-

    BalasPadam
    Balasan
    1. LPF tu bukan UMNO la.. Kesian UMNO, dimaki kaum melayu atas kesalahan orang lain..

      Padam
    2. Tanda Putera dah tayang la masa PRU13 tapi dekat tempat2 tertentu la

      Padam
    3. terbaik dr ahmad

      Padam
    4. hahah kantoi tolol

      Padam
  6. both films must be screened to public now! fair n square!

    BalasPadam
  7. semoga bertemu lailatulqadr buat Noob..

    BalasPadam
  8. cerita2 orang putih buat smpai white house kena boom pon x der plak dorang nak buthurt.

    cer buat putrajaya kena boom, maunya PERKASA katak saman pengarah filem tuh.

    or buat KLCC kena langgar ngan kapal terbang ker

    BalasPadam
  9. Sebab dikategorikan sebagai filem sejarah cuba letak sebagai cerita sains fiksyen atau cerita lawak atau cerita porno musti ok punye.

    Filem sejarah atau dokumentari ni tak berapa disukai orang Malaysia. Sape la suka sejarah.. tu kalau ada apa-apa yang tak suka dah lepas orang lebih suka sebut dah jadi sejarah pun tak payah la ungkit2.

    Filem ni kecoh je lebih kalau tayang kat pangung bukan orang nak tengok pun. Ingat orang Malaysia kemaruk sangat nak tengok Tanda Putera atau The New Village.

    BalasPadam
  10. ala noob, macamla ko dah tengok abis cerita ni. macam pandai je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sebb kasi je tayang itu pun susah ka bolo niama babi

      Padam
    2. sebab tak tengok la aku tulis sinopsis based on trailer, bukan review filem. lain lah kalau aku dah tengok memang la aku tulis review filem2 tu.

      Padam
  11. haha sbb tu aku pergi wayang tak tgk filem melayu.. ntah pape.. masih ditakuk yg sama.. kretiviti hilang yang ade copycat idea yg berlambak kat pasaran..
    ex: american idol= malsian idol..

    BalasPadam
  12. Malaysia ni kalau bab haram-mengharam ni memang laju. Tengok pun tidak, tau-tau je mintak diharamkan. Sebelum ni buku Interlok, tak lama lepas tu pasal buku yang di tulis Irshad Manji pulak. Dua-dua kes lebih kurang sama, orang yang tak pernah baca dan tengok mintak kerajaan haramkan.

    Bandwagon mentality. Orang suruh haramkan, dia pun jadi pak turut join sama mintak haramkan. Padahal bukan tau apa pun.

    BalasPadam
  13. Kesian kat director2 kat Malaysia ni sebenarnya, nak berkarya pun kena sekat. aku setuju dgn noob. filem2 sampah jugak dibiarkan berulat dalam kepala otak generasi sekarang ni

    selamat berposa noob, dah nak raya baru timbul hehe

    BalasPadam
  14. Harap ada org buat filem porno melayu yg berkualiti tinggi. ada plot yg menarik dan pelakon yg mantap. kalau ada org berdemo x puas hati kita kasi tayang dulu kat diorang. confirm diorang senyap

    BalasPadam
  15. LOL dr.mahathir: pemburu serigala jadian! XD

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.