Khamis, 20 Februari 2014

12 Semak ketulenan suatu berita sebelum sebarkan

Aku kalau macai politik yang buat hal sebar berita2 yang tak sahih aku boleh tahan lagi, sebab tu diorang hanya dapat level macai. Tapi kalau pemimpin politik pun sama main sebar dan kongsi je suatu berita tanpa selidik kesahihan dan asal usulnya suatu maklumat tu, aku tak tahu nak cakap apa, lebih2 lagi berita yang serius yang boleh menyebabkan situasi panik seperti kemalangan, kematian dan sebagainya.


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Burok, Terengganu dan juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman telah tweet berita pasal insiden kapal terbang Air Asia penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas di KLIA berdekatan Putrajaya. Tweet ini kemudiannya telah diretweet oleh 370 orang termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.



Namun Nurul Izzah telah meminta maaf kerana retweet tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.


Dan Dr. Syed Azman juga telah menyedari yang berita yang disebarkannya adalah tidak sahih dan palsu. Bagaimanapun tindakannya menyebarkan berita ini telah mengundang teguran daripada ramai orang. Tapi andai kata ada ahli keluarga atau kawan2 kepada penumpang yang sedang menaiki kapal terbang Air Asia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terbaca berita ni, rasa2 apa perasaan diorang masa tu?


Aku pun sebenarnya dah lama dapat berita forward kapal terbang Air Asia terhempas yang lebih kurang macam ni 2-3 bulan lepas kat Whatsapp yang dihantar oleh kawan2 aku, yang kemudiannya disertai dengan gambar di bawah:


Sebelum aku tengok gambar tu agak seriau jugak la darah aku, yelah kalau kapal terbang terhempas dah tentu akan ramai penumpang yang maut. Tapi bila aku tengok gambar tu, aku tak rasa nak gelak pun, dan semua kawan Whatsapp aku yang forward berita tu aku sound. Mungkin mereka ingat kes kapal terbang terhempas ini suatu jenaka yang melucukan, tapi tidak bagi aku. Aku ada ramai kawan dari Sabah dan Sarawak yang sering berulang alik dari negeri mereka ke semenanjung, so jenaka macam ni bukan sahaja tak melucukan malah bagi aku sangat bangsat siapa yang mulakan.

Tapi bila ada pemimpin politik pulak yang percaya dan sebarkan, aku speechless. Apa yang aku perhatikan, kalau pemimpin BN banyak yang keluarkan kenyataan lawak dan tak masuk akal, pemimpin PR pula banyak yang mengeluarkan kenyataan tanpa membuat pengesahan dan kaji kesahihan suatu berita dan fakta.

Seriously, bukan susah pun nak selidik dan buat semakan terhadapt kesahihan suatu berita. Check je portal2 berita kat Internet atau Google je. Takkan la kes sebesar kapal terbang terhempas tidak dilaporkan dalam berita. Benda basic macam ni pun tak boleh nak fikir ke, atau nak kena jalani latihan media jugak?

Come on, pemimpin tunjukkan lah contoh yang baik. Mana la macai tak perangai macam haram kalau pemimpin pun 2x5.




tags: kapal terbang air asia kota kinabalu kuching sabah sarawak borneo ak5110 terhempas klia putrajaya lcct airport lapangan terbang aeroplane tweet twitter status berita palsu tidak sahih adun batu burok dr syed azman pas retweet nurul izzah lawak jenaka facebook whatsapp tidak lucu main sebar forward kongsi

12 ulasan:

  1. Noop, awat hang recycle cita kat blog laen..common man..apepun den pertamax...kachinggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg berlaku adalah konspirasi cybertrooper UMNO-BN menyamar menjadi Dr. Syed Azman dan mengeluarkan fitnah tanpa bukti sahih kpd syarikat Air Asia untuk memburukkan pakatan rakyat dan seluruhnya...

      Padam
    2. Sokong kenyataan Anwar. Semua ni salah UMNO-BN dan SB polis yang berpihak kepada UMNO.

      Padam
    3. Secara teknikal nya memang UMNO-BN yang salah dalam isu ni..

      Padam
  2. benda yang serius jangan sesekali dibuat jenaka

    BalasPadam
  3. nrul izzah dh solo ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kalau x dlm proses. Erra pun dh solo. G la ngurat

      Padam
  4. Lawak kapal terbang terhempas ni dh lama ada. Selagi org kita berpenyakit suka share buta tuli, sampai bila2 org kita akan terus membuang masa kalut dgn perkara yg x bermakna.

    BalasPadam
  5. Akhir zaman ialah zaman berleluasanya berita fitnah dan palsu, mmg tidak menghairankan pun, ia berlaku seperti yg sudah diramalkan...

    BalasPadam
  6. hmm..no word to describe..
    macam dalam entri kau sebelum ni, nak buat fitnah dan berita palsu zaman ni senang je..
    contoh 1, statement kat atas..
    contoh 2, tulis statement sebelah gambar orang yang kita nak fitnah..
    upload kt fb, semua jadi gila..

    huhu

    BalasPadam
  7. Dah baca rumors ni dlm watsapp..siap ckp sumber dr bernama

    Perkara pertama sy buat ialah double check info, nmpk benar penipunya...byk sgt info yg x tepat n pusing2 fakta dlm fb n twitter.

    So berhati2 la..yg macai 2 mmg kaki penyampai berita2 yg bg advantage kpd parti fav even x kisah betul atau x info diberi. Umat akhir zaman suka sampi fitnah mcm rasa fitnah 2 dosa sekecil semut.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.