Khamis, 15 Oktober 2015

25 Buatkan orang suka pada Islam, bukan semakin benci

Bayangkan, suatu tempat di Malaysia, ada seorang individu bukan muslim, membawa sepanduk anti-Islam, atau anti undang2 syariah, atau mempersoalkan kenapa orang Islam perlu menutup aurat dan sebagainya, rasa2 apa yang akan berlaku terhadap individu tersebut. Beliau akan dikecam teruk oleh orang Islam, diugut dan dimaki di luar dan juga media sosial, malah mungkin akan dipukul. Paling tidak pun sebuah demo besar2an akan diadakan sebagai membalas perbuatan individu tersebut sambil membuat demonstrasi aksi mempertahankan diri guling2 atas jalan.

Baca komik berikut:


Sementara itu di Amerika Syarikat pula, cuba fahamkan video berikut:


Itu di US tu, negara yang dikatakan bebas dan maju. Orang yang membenci Islam dibalas umat Islam di sana dengan menunjukkan keindahan agama Islam itu sendiri malah mengajak orang yang benci Islam itu melawat masjid dengan aman tanpa sebarang kutukan, makian, ugutan dan sebagainya.

Tapi kenapa, di Malaysia, sebuah negara Islam, bila ada kes yang macam ni berlaku, umat Islam di Malaysia kebanyakannya lebih cenderung mengambil jalan kemarahan, keganasan dan kebencian berbanding jalan keamanan dan diplomasi sebagai penyelesaian kepada isu2 ini?

Adakah dengan marah2 kepada mereka membuatkan mereka semakin dekat dengan Islam?
Adakah dengan menakut2kan mereka akan membuatkan mereka lebih faham tentang Islam?
Adakah dengan membenci mereka membuatkan mereka lebih sayang pada orang Islam?


Agama Islam itu bukan milik kita tapi milik semua manusia di muka bumi ini, maka buka peluang dan ruang kepada orang bukan Islam untuk mengenali dan mendekati Islam.

Allah itu bukan Tuhan orang Islam sahaja tapi Tuhan kepada semua manusia sekalian alam, maka berilah peluang kepada orang bukan Islam untuk kembali kepada Tuhan yang Esa.

Tak perlu kedekut sangat untuk menunjukkan akhlak Islam kepada mereka. Kita sendiri pun kebanyakannya Islam sebab lahir dari ibu Islam walaupun ramai yang hanya Islam atas kad pengenalan.

Maka janganlah gunakan pendekatan yang boleh membuatkan orang bukan Islam semakin membenci dan menjauhi Islam, kerana secara tidak langsung kita sebenarnya telah menutup ruang dan peluang kepada mereka untuk mendekati Islam serta melihat keindahan akhlak muslim itu sendiri.

Bacaan lain - Dakwah untuk membimbing atau sakitkan hati orang?



tags: cara dakwah tunjuk keindahan akhlak agama islam orang muslim kepada bukan non-muslim kafir melayu cina india video komik anti-muslim protester gets lots of love us sebar kebencian marah maki ugut pukul

25 ulasan:

  1. yeah~! itu la sunnah nabi... dalam berdakwah.. alhamdulillah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ko nk mampos? Ko dgn kedepan sama je, post ntah apa2 mcm setan gondol

      Padam
    2. prooootttt!!!!!! dkt muka Seriously. pritt!!pritttt!!!! tambah cirit sekali

      Padam
    3. Cuba kita ikuti perjuangan arwah Ahmad Deedat dan muridnya Dr Zakir Naik, ceramah diorg boleh cari kt YouTube (Peace Tv dll). Ceramah diorg dihadiri oleh Muslim dan non-Muslim.mengkhusus kepada perbandingan agama,diorg bukan saja hafal AL-QURAN tp pakar juga dlm kitab bible, veda (hindu) dan kitab2 agama lain.audiens diorg berbilang agama,bukan hanya Muslim je. Semasa/selepas ceramah, sesi soal jawab dibuka kpd semua,persoalan waima dari non- Muslim dijawab dgn penuh fakta based on AL-QURAN dan kitab agama si penyoal lengkap dgn ayat dan verse apa,semuanya dihujah n dibandingkan dgn tepat n berhemah hinggakan penyoal non-muslim mengucap syahadah time tu jugak. Itulah pendekatan dakwah paling menusuk bagi aku, korg cuba tonton sendiri. Compare dgn cara kita tmasuk ustaz meleis bajet jihad,bagus siap sinis perli menghina non muslim,masih pertikai sape wahabi,knp malam jumaat bidaah baca yasin,kenduri nabi MUHAMMAD makan roti jala je... mungkin jauh lagi compare dgn dua org pendakwah superb di atas. Ko rase camne Noob, maybe aku salah.

      Padam
    4. Ya betul tu anon 12:07, ana setuju. Sepatutnya ceramah dan forum2 agama kat Malaysia ni dibuka sekali kepada orang bukan Islam datang dan bagi mereka tanya apa2 persoalan pasal Islam agar mereka juga berpeluang untuk mendekati Islam sebab Islam itu bukan milik orang Islam sahaja. Semua orang harus diberi peluang untuk mengenali Islam.

      Padam
    5. Ya.. bagus ni. Lps ni jangan pula buat-buat malu pulak singgah kuil dan gereja untuk pergi dengar ceramah derang pulak ye. Sama-sama berlapang dada. Jangan hanya satu hala saja.

      Aku ada baca dan dengar kisah sorang melayu masuk gereja di US dan Islamkan satu gereja. Hebat ni.. Jom la singgah gereja area Bukit Gasing sama. Mana tau, hebatnya Islam kita mampu berhujah dengan sabar. Dulu pun banyak kesah bebudak UM ulang alik ke sini. Kot kot dah tutup ke apa gereja area sini. Dok lalu pun.. mcm lengang ja..

      Yg susahnya Melayu kita. Masih percaya benda karut marut lagi. Noob..hang dok Kedah kan.. balik la kampung.. tengok sendiri mitos Dicky Zulkarnaen lawan Bruce Lee guna kuasa batin. Meh meh.. ini Kedah sedikit liberal dimana penyokong pembangkang dan pemerintah boleh kowtim nak pilih Adun dan MP asalkan Islam.. dan juga..dan juga.. dan juga.. gereja-gereja sudahpun ada di pekan-pekan kecil yang comel-comel.

      Ini sekadar pemerhatian aku. Mungkin x tepat. Harap ada yg boleh salurkan info yg lebih bernas.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. kawe menyokong mat sabu walaupong kawe ore klate..

    -mat klate-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat kelate apa kejadahnya slang tunggang langgang

      Padam
    2. Mu ore kelate ko? Bakpo dok napok mace ore kelate pong?

      Padam
    3. Anon 10:52, dokke kawe kena pikul budu atah belake baru napok ore kelate..marohhh..marohhh..

      Padam
    4. doh xke kawe nok piko boto budu baru demo nok kato aku ore klate.. bodo molek

      Padam
  4. Itulah yang perlu diubah..mentaliti..

    BalasPadam
  5. Susah noob. Aku tengok, pengomen-pengomen BO pun ramai Islam, tapi jiwa rapuh dan x kental. Ada yg baru komen ja, dibalasnya kata merapu sungguh komen awak. Ke laut. Baru baca 2 baris, hati dah terketar-ketar nak main bubuh je. Mata berpinar. Itu baru bahan bacaan. Kalo pegi oversea jadi mcm ni la kan, habis sumer Mat Saleh akan jadi melayu abes mcm mamak Penang. Tidak pun, tunggu bawa balik mayat je la.

    Pada aku, jiwa dan rohani kita kurang dan tidak kental. Jika zaman British dulu, spesis Jamal Pak Tongkol ni mmg sesuai jadi pahlawan melayu.

    Macam pukul ular juga la, kalau boleh, sampai hancur kepala dibalunnya.

    Melayu butthurt ni ramainya paling sesuai, kerajaan hantar pergi jihad ke Syria dan Palestine. Mungkin Islam akan kembali gemilang mcm zaman Rasulullah dan sahabat RA. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. some meleis memang bajet diorang lebih Islam dr org lain

    BalasPadam
  7. Cina kat Malaysia ni dah kena rasuk. Kalau masuk mesjid dengan niat berpolitik pa ke halnya. Mat Saleh kat US tu civilized people, bukan mcam orang yellow kat Mesia ni. Klau dah kena sampuk dengan virus politik, apa pon tak leh masuk kepala htak dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar lo nok politik pong, buke hare pong politik.. nate sumbak demo gak.. jeng molek khoktuih!!!!!

      Padam
  8. Asalam… Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Kenaikan gred mesti dilakukan oleh kerajaan kerana gred golongan perlaksana puluhan tahun tidak dinaik tarafkan cth gred 17 dinaikkan ke gred 26, gred 27 dinaikkan ke gred 34, ia mesti dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai gaji mati (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Sistem time based bagi golongan perlaksana dimana kenaikan pangkat hanya memakan masa 6-7 tahun saja, bagi menghargai jasa penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa berkerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gred, gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Swasta x naik taun ni xbising pn.,..

      Padam
  9. Kerana ketuanan? Kerana kuasa? Kerana merasa lebih baik? Atau kerana gagal memahami cara dakwah yang paling mudah dalam Islam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana mereka berfikiran singkat dan berpandangan dekat

      Padam
  10. wahh cantik masjid di USA tu...

    Perkara yang best tentang masjid2 cantik di negara maju, contohnya USA

    Tidak dapat dana terus daripada kerajaan, masjid dibina atas kehendak masyarakat. Bila dibina dengan dana dikumpul oleh masyarakat, timbul rasa sayang. Bila ada kerosakan fizikal didalam masjid, timbul rasa nak perbetulkan. Lepas tu nak jadikan masjid kekal relevan sepanjang masa (bukan hanya di waktu panggilan azan saja) kepada golongan muda, mereka tambah gym, pusat sukan, kelas ekonomi rumah tangga. Maka barulah nampak masuk akal untuk jadikan masjid sebagai pusat ekonomi.

    Namun itu duniawi sahaja, tapi itulah cara nak menarik golongan2 muda.

    Bagi komuniti yang tiada masjid atau surau, jangan harapkan sumbangan dari kerajaan sangat, contohilah bangsa Cina yang sanggup keluarkan duit poketnya untuk majukan sekolahnya demi pendidikan anak bangsa mereka. Libatkan diri dalam hal2 keramaian yang diadakan dalam masjid.

    Sepatutnya masjid adalah tempat 'melting pot' bagi menjana ilham-ilham bernas.

    BalasPadam
  11. Masalahnya ustaz ustazah sendirinye yang macam taik.. dok terpekik terlolong.. macam orang mental.. naik benci tengok.. konon dakwah.. ceramah..

    org Islam sndiri pn naik benci tgk, orang bukan Islam lagi la xyah cakap la..

    BalasPadam
  12. Ada je yg bercakap baik tapi kebanyakan buat bukan utk publisiti...yg nak melenting ni je yg over, nak kepoh satu dunia klw boleh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.