Khamis, 25 Februari 2016

18 Buasir Otak: The Komik dari Indie ke Mainstream

Masa kecik dulu aku ada beberapa impian dan cita-cita, salah satunya adalah melihat buku aku sendiri di rak-rak di kedai buku. Tak kira buku berbentuk penulisan ataupun buku komik, janji buku hasil buah tangan aku. Ketika aku mula-mula mengumpul rakan pelukis untuk berkolaborasi menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik secara indie 2 tahun lepas, separuh daripada impian aku ini sudah tercapai.

Dan kini, impian aku ini telah tercapai dengan sepenuhnya apabila buku sulung kami Buasir Otak: The Komik yang pernah kami terbitkan secara indie dulu akan diterbitkan semula di pasaran mainstream oleh pihak Alaf 21 (Kumpulan Media Karangkraf). Ini bermakna anda boleh mendapatkan terus buku Buasir Otak: The Komik yang pertama ini terus di kedai-kedai buku utama yang berhampiran dengan anda!


Di kesempatan ini juga, kami di blog Buasir Otak dan juga Buasir Otak: The Komik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Alaf 21 kerana telah memberi kami peluang untuk menerbitkan buku ini di pasaran mainstream.

Panas dari kilang. Jika anda folowers Buasir Otak, ini dia hasilnya. Sudah dibukukan. Boleh dibeli di Karnival Karangkraf. Terima kasih, geng Buasir Otak.
Posted by Buku Umum Grup Buku Karangkraf on Thursday, February 25, 2016


Jutaan penghargaan juga buat semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan pelukis, pembaca blog Buasir Otak serta pembaca komik Buasir Otak: The Komik yang telah banyak menyokong kami selama ini.

Ya, anda semua memang sangat OHSEM!

Kini buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 ini telah pun dijual di kedai-kedai buku seluruh negara seperti MPH. Anda semua boleh cari di bahagian Bacaan Umum atau bahagian lain.

Dapatkannya sekarang!


Sementara itu bagi yang masih belum memiliki buku Buasir Otak: The Komik yang kedua dan ketiga kami iaitu RELOADED dan REVOLUTION boleh mendapatkannya dengan klik pada gambar di bawah. Stok sudah semakin sedikit, jangan tunggu lagi, cepat dapatkannya sekarang.

Buasir Otak: The Komik




18 ulasan:

  1. Ni barang baru ke barang yg sama dalam komik ko dulu tu?kalau yg sama..takpe laa..aku dah ada..hahaha..btw rm nye berapa?
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni cetakan semula komik yang pertama dulu untuk pasaran mainstream. Berapa RM nanti dah keluar betul2 kat kedai buku aku maklumkan.

      Padam
    2. Ooo..barang lama..nanti la aku tgk kat kedai buku..kalau rasa nak beli laa..hahaha..
      -lanun-

      Padam
  2. cantek.. aku mmg x suka transfer2 duit ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sape yg tudung hijau tu, plain83 ke?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. jibai ko noob delete komen. aku baru nak baca komen. proOtt d muka ko.

      Padam
  3. Orite..boleh pergi dan beli terus..! UvU

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Penat lelah ko selama ni membuahkan hasil. Tribute to reader ko yg setia selama ni ada ke noob?

    BalasPadam
  5. owh tahniah asal terjumpa blog ni 3 tahun leps tu pun lompat dri blog ke blog baca mcm2 dari blog sergeant kururu smpi ke blog ni dan melekat baca sampai sekang huhu

    BalasPadam
  6. kat popular / mph ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah ada, tapi saya belum sempat nak check lagi di kedai buku. Nanti saya maklumkan semula.

      Padam
  7. buasir otak the best

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.