Jumaat, 20 Julai 2012

26 Apabila dibenar pelajar bawa handphone

Baru2 ni dilaporkan kat berita2 Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun 2013 depan. Ok handphone mungkin aku faham, mak bapak zaman sekarang sangat fobia nak tinggalkan anak2 mereka di sekolah tak macam zaman kita dulu, tapi iPad? Come on la ada ke budak2 yang guna iPad untuk belajar selain daripada main game?




Lagi sini.

Gua malas nak cerita panjang lebar pasal akibat dan kesan budak bawak handphone atau tablet ke sekolah. Tengok je kartun kat atas tu rasa semua dah faham kot. Video mengarut2 3gp budak seklah akan semakin berlambak, budak semakin malas dan tak fokus, cikgu tengah mengamuk kat depan sebab murid tak siapkan kerja sekolah diorang dok rakam lepas tu share kat Youtube. Yang pasti bagi gua, membenarkan budak sekolah bawa telefon ke sekolah lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Tengok zaman2 kita dulu, takde pun handphone, ramai je yang jadi engineer, arkitek, programmer, doktor dan sebagainya.


Kalau nak kata faktor keselamatan, kalau penculik tu nak culik budak diorang culik jugak. Masa tu takdenya budak tu sempat nak call mak bapak dia cakap diorang kena culik, dan penculik tu mungkin akan rembat telefon budak tu. Mak bapak nak mengawasi pergerakan anak? Kalau mak bapak telefon anak diorang, budak tu kencing diorang cakap kat sekolah padahal ponteng pergi hisap rokok kat kedai mamak pun mak bapak diorang tak tahu jugak. Baik mak bapak pelajar tu telefon cikgu sekolah je tanya anak diorang masuk kelas atau tidak.


Instead of bagi pelajar guna handset, mungkin dah tiba masa di Malaysia untuk guna tracking device yang bersaiz kecil yang menggunakan teknologi GPS untuk mengesan kat mana anak kita berada dengan hanya menggunakan Google Latitude seperti alat PocketFinder ini. Buat alat seperti ni yang boleh attach terus kat seluar atau baju anak kita tu, berbentuk keychain yang boleh sangkut kat wallet ke ataupun berbentuk jam tangan yang boleh dipakai oleh mereka (tapi jangan bagitaulah kat anak kita tu jam tangan tu tracker device kalau tak dia bukak jam tu tinggal kat sekolah, diorang pergi cabut), so kalau mereka pergi ke tempat lain selain di sekolah waktu kelas atau tetiba dapat detect diorang pergi ke tempat pelik2 mungkin disebabkan kena culik ke apa, at least kita boleh tahu on the spot kat handset kita dan boleh terus ambil tindakan yang sewajarnya.


Bagi aku tracker device ni jauh lebih efektif dari bagi pelajar guna handphone kalau setakat nak pantau pergerakan mereka kerana ia juga boleh digunakan untuk track benda2 lain seperti binatang peliharaan ke, letak kat kereta suami/bini korang ke dan macam2 lagi. Dan harganya pasti jauh lebih murah berbanding telefon Samsung Galaxy, HTC, Nokia, iPhone dan juga tablet PC seperti iPad, Samsung Tab dan 1Malaysia Pad. Bacaan lanjut di sini.


tabs: pelajar murid dibenar bawa telefon bimbit handphone mobile phone komputer tablet pc ipad samsung 1malaysia tab ke sekolah tahun 2013 draf peraturan pendidikan disiplin murid 2012 kementerian pelajaran tracker tracking device gps people locator alat pengesan penjejak orang awek klip video 3gp melayu budak sekolah cium cemolot kartun komik 

26 ulasan:

  1. tak payah jadi la menda ni
    banyak negatif dari positif.

    BalasPadam
  2. takde kepentingan pon bwkbenda2 gini g sekolah...sbg contoh, kwn jatuh krusi pas2 member rakam share kt youtube..x ke malu dia? xpasal2 moral down n bole jdkes bunuh diri plak..come on la kalau dulu ejek2 je skang boleh share 1 dunia tgk...nak bwk phone bole tp penggunaan bukan di waktu sekolah luar waktu sekolah nak pkai phone ke ape ke terpulang..lagi satu kalu dh bwk i pad, sah2 mat2 ragut nmpk brg baik...

    BalasPadam
  3. alahhh....sebelom ni dilarang pon...diorang bawak jgk...xde bezanya...
    akhir kata..undilah buasir otak utk negara...kbai...

    p/s : prince noob..esok puasa,jgn korek hidung...aku tau ko kaki korek idung dlm opis...hehehhhh...

    BalasPadam
  4. Merapu je bawa handset ke sekolah,lepas tu lagilah banyaklah aksi2 tak senonoh yg diupload budak2 sekolah ke internet!

    Kita tentang Benda ni!!! bodoh punya gomen!

    BalasPadam
  5. saya cikgu..

    saya senang je kalau benda ni betul dilaksanakan
    ko bawak kotanggung sendiri (buat surat akujanji-hitam putih)
    kalau hilang jangan ngadu kat saya, saya akan kata padanlah dengan muka
    kalau taknak belajar, nak main IPAD ke tuwit ke, mainlah..taknak dengar apa yang saya ajar, silakan.
    kalau parents tengok report card, ni lah akibat main handphone dalam kelas
    Sebab kalau lagi nak marah-marah buat tambah stress aje, servis sampai 60tahun wooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu cikgu..parents mintak anak2 dibenarkan bwk hp ke sekolah..bila pelajaran anak2 merosot..parents marah kat cikgu plak.cikgu rotan anak dia,dia dtg mrh2 cikgu kat skolah,bila cikgu x rotan,anak dia jadi kurang ajar..pun dia dtg skolah gak..mrh cikgu.sumenye salahkan cikgu.

      Padam
    2. Awak ni Cikgu yg tak bertangungjawablah..btw ada FB tak? :P

      Mana tau awak jodoh saya hihihih xD

      Padam
  6. X di nafikn byk kebaikn dari keburukn bw hp dan ipad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So boleh ckp skt kebaikn apa yg BYK sgt tu sampai mengalahkn keburukn?

      Padam
    2. Hahaha... Betul tu. Mungkin kebaikan tu 1 je, bila kecemasan boleh call seseorang. Tapi saya rasa banyak keburukannya... Jadi siapa yang buat cadangan ni. Mesti bahalol punya orang.

      Rosaklah masa depan generasi malaysia gayanya... Diharap tolong kaji semula... Kepada yang setuju tu, diharap basuh otak tu dengan ilmu sebelum main suka je setuju...

      Padam
    3. Bagi aku baik kerajaan benarkn pelajar bw henfon g sekolah, byk kebaikan dr keburukan, antaranya koleksi klip video 3gp aku mesti akn bertambh dgn adanya budak2 sekolah merakam aksi mereka pakai henfon

      Padam
  7. Hmm,bagus gak idea noob ni.Tracking device lg bagus dr hp.Ipad lg merepek kut..

    BalasPadam
  8. good idea prince of noob. Linda pun x setuju bile student dibenarkan bawak hp ke sekolah, sebab memang lg banyk keburukan dr kebaikan. Makin menjadi jadila masalah sosial nnti

    BalasPadam
  9. setuju dgn tracking device tu. Mak bapak cakap boleh jaga keselamatan ank diorang and so on bila bawak hp ke skolah. Boleh cerita sikit mcm mna? Mcm lah anak tu nak call bagitau dgn parents dorang yg dorang nak ponteng. And pelajar boleh pilih nak answer call atau tak bila parents dorang call. And confirm la takkan jawab punya. Memang bnyk keburukan dari kebaikan. I am a student and for me, bringing hp and ipad to school is a rubbish idea.

    BalasPadam
  10. aku heran betul. apa kaitan mengawasi anak-anak sekolah dgn telefon bimbit. telefon itu alat komunikasi. bukannya surveillance unit. dan aku terpikir mcm mana parents dulu2 jaga anak mereka. bukan ada henpon time itu. public fon jee yg ada. dan budak zaman dulu bukan tak nakal2.

    BalasPadam
  11. budak kalau dah dimanjasangatkan...memang...

    BalasPadam
  12. baru draf belum di bahas di dewan rakyat dan parlimen... kalau nak tahu komputer riba 1 malaysia tak ada sape bangkang bila talifon dan mcm cacing kerawit dalam jubo... bila pakai fon di sekolah misti ada peraturan jgk... adakah anda dah sedia menerima paraturan itu nanti... selalu kerajaan akan buat mula2 kat sek yang pristasi tinggi dulu bila nak bt sesuatu untuk pendidikan... ambil tahu takpe tapi jgn katak bawah tempurung

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg melalut sgt tulisan kau ni ha??? sekolah sampai upsr je ke?

      Padam
    2. ko ni anif, jenis manusia nk tunjuk bagus ke ape.. melalut sial konyer citer..

      Padam
    3. bole gerenti bdk sek berprestasi tinggi xder 3gp?pity u bro!

      Padam
    4. boleh tahan kayu jugak budak anip nih...KOMPUTER RIBA n HANDPHONE...laen beno bunyiknyer....

      aku maseh kompius lg nih...ape persamaan henpon ngn komputer riba...adekah sbb same2 dok dekat ngn riba..eh...kompius...

      Padam
  13. kalau budak2 tu takde kesedaran diri, alih2 dia off kan handset *dan tipu kata cikgu suruh off kan* atau kata tak perasan call. takmo mak bapak kaco.. mungkin tak semua, tapi adik aku dah buat cam tu. balasannya ; aku campak handset tu kat muka dia. dan smp skrang dia tak penah pakai handset

    BalasPadam
    Balasan
    1. yela... dah bapak belikan tablet pulak.. apa jadahnya aku nak pakai talipon tu lagik

      Padam
  14. tracking device tu ok jugak idea dia, cuma kita kena fikir jugak kos kot dan availability... kebanyakan budak2 sekarang dah memang ada handphone bagai, so aku kira soal kos tak termasuk dalam pelaksanaan benda ni. Benda ni takkan jadi kalau Kementerian tak ditekan oleh mana-mana pihak, pasti ada yang tarik trigger, so benda ni jadi... But, unless said on Pekeliling, aku rasa sekolah masih boleh buat pelbagai regulation untuk mengawal perkara-perkara yang korang bimbangkan. Paling lekeh ialah cara yang digunakan di Universiti dulu, iaitu setiap phone kena letak kat meja cikgu, sepanjang kelas berjalan.

    Mana-mana yang tak ikut peraturan ni, hp dia boleh dirampas. Period.

    BalasPadam
  15. budak2 skang kalo nk wat jahat dia boleh tanggalkan je tracking device ni kasi kawan pegang ke, tggl dlm meja ke time dia nak escape...apa kata tanam je micro tracking device dlm love handle bebudak zaman skang ni, tengok apa akai dia ada nk buang bnda tu..hahahahaa

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.