Khamis, 25 Julai 2013

27 Keputusan pilihanraya kecil Kuala Besut

Tahniah kepada Barisan Nasional sekali lagi kerana telah memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Aku memang dah menjangkakan yang BN akan menang sekali lagi kerana tempoh PRU13 dengan PRK ni tak jauh, so mood pengundi masih lagi tidak banyak berubah. Juga kemenangan ini disifatkan sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat Perdana Menteri, DS Najib Razak.


Berikut adalah keputusan undian PRK Dun Kuala Besut ini di mana calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mendapat undian sebanyak 8,288, mengalahkan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat undian sebanyak 5,696 dengan majoriti 2,592 undi.


Namun disebalik kemenangan ini, ada cerita yang tidak menarik di mana calon BN iaitu Tengku Zaihan telah menunjukkan kertas undinya kepada media. Kalau mengikut Undang2 Malaysia di bawah Akta 5: Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah perkara "Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya": 
5. Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 

(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu.
 

(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu.

6. Kesalahan terhadap Bahagian ini.

(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu.

Disebabkan kesalahan tersebut, pihak SPR telah menegur calon BN kerana tunjuk kertas undi kepada media.
KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur tindakan calon parti Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menunjukkan kertas undinya kepada media sebelum beliau membuang undi.

Pengarah SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana setiap undi adalah rahsia.

"Namun, itu hak dia dan sudah tentulah dia sebagai calon BN, dia akan memilih BN kerana tidak mungkin dia akan memangkah untuk orang lain pula," kata Abdul Aziz.

Dalam Pilihan Raya DUN Kuala Besut, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ditentang oleh calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long.

So aku terfikir, apa point undang2 dibuat sebab kalau orang langgar pun, tindakan yang diambil hanya teguran. Atau adakah tindakan dikenakan secara berpilih2? Apa pula reaksi SPR kalau yang tunjukkan kertas undi itu adalah calon PAS?

Mungkin sudah tiba masanya kita semua menyokong kerajaan BN secara total kerana kita terpaksa menerima hakikat yang undang2 Malaysia lebih banyak memihak kepada mereka yang menyokong BN. So buat apa susah2 sokong pembangkang, buat demonstrasi kat jalanraya tuntut itu ini, dah la dikatanya suka tabur fitnah, tak bersyukur, tak bertamadun, undang2 pun tak menyebelahi pembangkang. At least kalau sokong dan tolong beri undi kepada BN, baru mereka akan tolong kita balik. Kalau kita tolong orang yang tak undi kita, apa pula kata orang yang mengundi kita ye dak?





tags: keputusan pilihanraya pilihan raya kecil kuala besut prk dun terengganu ulasan calon barisan nasional bn tengku zaihan che ku abd rahman pakatan rakyat pas endot azlan yusof bilangan undi majoriti tunjuk kertas undi kepada media gambar memelihara kerahsiaan undang malaysia akta kesalahan 1954 spr suruhanjaya spr tegur konsep adil mat said menteri besar terengganu

27 ulasan:

  1. Kuala Besut memang dah jadi kubu kuat BN..xpelik BN menang, pelik kalau PAS menang...

    teringat cerita musang berjanggut, bilamana tok nikah kahwin kata ble padam undang atas alasan dia yang tulis, nampak kat situ, undang2 manusia hanya terpakai untuk yang memusuhi atau xde kaitan dengan yang gubal..kalau kena kat dia atau seangkatan dengan dia, xpe..boleh dimaafkan..

    sekadar pendapat aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. so mendalam juga p.ramlee buat citer musang berjangut??

      Padam
  2. Cuba yg menayangkan kertas undi tu calon Pas en Azlan tu, apa jadi agak-agak? Berita seminggu pun masih tak habis buat liputan.. Mahu-mahu sampai next election

    BalasPadam
    Balasan
    1. tayang kertas undi pun nak kecoh macam dunia nak kiamat. mentaliti pencacai.

      Padam
    2. kalau calon pas yg tayang kertas undi spr akan buat benda yg sama bagi teguran. apa masalah ko kakdaki.

      Padam
    3. ni baru tayang kertas undi dh xboleh nak ikut undang2,kalau benda2 lain xtaula...baik xpayah wujud peraturan kalau org boleh main langgar je...peraturan dicipta utk diikuti bkn utk dilanggar... patutla kes cina alvivi yg dh bertahun baru nk amik tindakan...

      Padam
    4. anon bodo, dia akan denda la bukan teguran la, bongok apa jadah lew ni

      Padam
  3. masa pengumuman.. tgk cara dia senyum dah tau saper menang.. hehe

    BalasPadam
  4. bosan la politik!! ulas pasal ni la noob.. "Tidak siap kerja sekolah , anak di rotan bapa buat laporan polis!"

    sekarang ni bukan masalah rotan, masalah sekarang cikgu tu halau budak tu balik rumah dan secara tidak langsung cikgu tu tidak menghiraukan keselamatan murid. karang tak pasal2 kena hukum sebab kecuaian menjamin keselamatan murid2 ketika waktu persekolahan.. hehehe

    dulu2 teringat kena rotan sebab tak hafal sifar. kena berdiri atas bangku sebab tak dapat jawap soalan cikgu, then kena duduk kat stage perhimpunan sebab tak siapkan kerja sekolah.. hikhikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. SIFIR la sayang, kalau sifar tu kosong....lulz patutlah kau asyik kne dende aje,pastu butthurt dgn cikgu sampailah besar....lulz

      Padam
    2. Patutlah selalu kena rotan & hukum dengan cikgu. Pasal nombor SIFAR pun tak hafal..

      Padam
  5. undi lah BN mereka bagus kita tolong diorg diorg tolong kita bagus apa :)

    BalasPadam
  6. Perangai sebenar tok mat said. tu blum tgk mat said bergaduh dlm dewan. mcm bdk2 x profesional langsung..

    Rakyat slangor jgk yg bijak. dpt bonus sebulan.. pandai tok khalid manage duit.

    BalasPadam
  7. SPR kena maki dengan DAP pun dorang buat teguran je,.

    BalasPadam
  8. boleh gelak jelah baca berita2 politik nih. spr sendiri pun langgar procedur yang dorang buat. nak hukum apanya. tambah plak spr masih di bawah jabatan perdana menteri. haha nak harap benda lagi. negara kartun. kena main jerlah parti parti selain bn.

    BalasPadam
  9. aku xleh tgk video..tp yg aku nk tanya...yg si zaihan ni tunjuk kertas undi dah siap pangkah ke atau kertas undi kosong? sbb aku xnmpak ade ape2 simbol kt situ..kalau xde simbol ape2 rasenye x jd isu sgt..tp kalau dah bertanda, x betul la ape yg beliau telah lakukan yer~

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tentulah kertas undi tu dah dipangkah,kalau x buat apa dia tunjuk.dah masuk berita dah pun spr tegur...tp mcm biasalah cacai umno mesti akan ckp tu gambar edit... dan kalau gambar tu mmg gambar edit dah lama dah masuk blog majidul

      Padam
  10. org cmni pn nak jadikkan pemimpin? peraturan senang pn takleh ikut, memang la orang tau dia akan sokong parti dia sndiri, tp hormatla skit undang2/peraturan senang cmtu.

    BalasPadam
  11. sejak bila ko dh jadi jurucakap pr ni noob? cara pas kempen ko tknk komen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukalah minda tu skit bro. kritik spr di kata jurucakap PR. apa jurucakap BN takleh kritik SPR ker? jenis macai nih.

      Padam
  12. bluurrppp! Kenyang sudah

    BalasPadam
  13. Berdoa agar amanah sebagai khalifah dimuka bumi tuhan tidak diseleweng

    BalasPadam
  14. exsaited sangat tu :)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. BN memerintah dulu kini selamanya

    BalasPadam
  16. "apa point undang2 dibuat sebab kalau orang langgar pun"

    Rules are made to be broken

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.