Ahad, 15 Disember 2013

25 Perhimpunan blogger terbesar di Malaysia

Semalam, 14 Disember 2013 telah berlangsungnya acara perhimpunan terbesar blogger iaitu Blogrrr: Blogger Most Wanted. Aku dapat tahu pun kerana seorang rakan blogger iaitu Nazha Anua dengan blognya Kartunster telah tercalon dalam salah satu anugerah blogger untuk kategori "Best Art & Photography Blog". Acara julung2 kali yang dianjurkan oleh MYNIC ini berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Mines, Serdang. Antara acara yang ada adalah seminar, kuiz, cabutan bertuah, penyampaian anugerah, booth jualan oleh blogger dan lain2. Aku pun tak melepaskan peluang untuk hadir ke acara yang julung2 kali diadakan ini.


Ok aku tipu. Aku tak datang pun. Takde kesempatan nak datang sebab ada acara lain tengok filem The Hobbit The Desolation Of Smaug. Lagipun kalau aku datang pun bukannya ada sapa2 kenal aku. Apa2 pun, berikut adalah para blogger yang tercalon dan pemenang bagi setiap kategori:


Tahniah diucapkan buat para pemenang termasuk yang tercalon sekali. Nak tercalon pun bukannya mudah. Yang aku faham, mana2 blog boleh dicalonkan oleh orang ramai di laman web Blogrrr.my dan kemudiannya akan disenaraipendekkan kepada 5 calon bagi setiap kategori. Pemenang aku tak pasti dipilih berdasarkan apa sama ada kualiti penulisan artikel, layout dan design blog, bilangan pageviews, tahap populariti dan lain2, dan pemenang aku rasa dipilih oleh juri bukan oleh orang ramai sebab aku tengok tiada cara pun untuk mengundi pemenang.


Apa2 pun, aku rasa mungkin untuk tahun2 depan mungkin boleh tambah kategori2 lain seperti Blog Informasi, Blog Keagamaan, Blog Politik, Blog Pendidikan, Blog Sains & Teknologi, Blog Hobi, Blog Komedi dan lain2 kategori blog lagi yang dirasakan sesuai bagi memeriahkan lagi industri blog serta memberi penghargaan kepada para blogger.





tags: blogrrr blogger most wanted mynic largest gathering in malaysia perhimpunan gath terbesar book of records miecc mines calon nominees awards anugerah blog terbaik pemenang berita tingkat kredibiliti penulis kongsi pengalaman

25 ulasan:

  1. first...............noob tak pegi sebab x dijemput. blog loser cam ni macam mana nak tercalon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa Buasir Otak tak tercalon pun..? Sebabnya ialah.... SEMUA SALAH UMNO-BN!

      Padam
    2. kalau die loser....ko sebuk dtg sini jgk tgk kan...? what a loser!!!!.......

      Padam
    3. teruskanberkarya noob, apa la sgt dgn award tu, yg penting smangat utk berkarya..pedulikan apa org nk kata

      Padam
  2. Tahniah kepada bloggers yang menang dan juga yang tercalon :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  3. Balasan
    1. obe x minat masuk kot

      Padam
    2. blogserius dh pernah menang award dh..

      Padam
    3. nak masuk macam mana... geng amanz jd juri. kalau dia masuk nanti bias la

      Padam
    4. lgpun xde kategori yg sesuai utk blog informasi copy paste mcm dia

      Padam
    5. mungkin leh try "blog copy paste info terbaik dimalaisia?"

      Padam
  4. Paling penting keikhlasan tulis blog dgn info2 berguna n terkini..menang x menang rezeki masing2...lain la kalau menang kereta

    But still i love ur blog every morning.tq

    BalasPadam
  5. blog aku stress giler mmg giler!!!

    BalasPadam
  6. Salam..

    Aku singgah kejap je petang tu PON..sampai-sampai, pusing-pusing booth, rembat goody bag dengan t-shirt..Aku dapat sijil penyertaan je kehkehkeh..

    lepas tu terus pegi wayang layan : The Hobbit The Desolation Of Smaug (Pemencilan Smaug)

    Best gilak 5 bintang :) puas hati cerita 2 jam setengah..

    BalasPadam
  7. beautifulnara xder ker thn nie..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. beautiful nara jd juri kalau xsilap

      Padam
  8. Initisiatif yang bagus namun perjalanan event perlu dikemaskan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe dah ok la tu nanti ada la makin rmi penyertaan dn lebih meriah, teringat awl2 dulu event comic fiesta awl2 sket giler tp sekang meriah baq hang insyAllah

      Padam
    2. Betul tu. Kita kena support :)

      Padam
  9. Sedikit kelakar bila dilabel sebagai 'Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia' tapi kebanyakan blogger yg aku kenal semua tahu dua tiga hari sebelum tarikh...
    Mungkin kelompok yg aku kenal jenis kelompok last minute kot...hahaha

    Tp benda mcam ni patut diperbanyakkan lagi, sbb nak atau tidak, blogger sudah membentuk satu komuniti dan sebahagian dari masyarakat yang membentuk negara.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.