Khamis, 6 November 2014

32 PTPTN: Beban sebuah hutang

Assalamualaikum.

Hahahaa harini topic serious sikit. Pasal PTPTN. Sebelum tu, aku nak perkenal kan kat korang, apa itu PTPTN.
"Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.


Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.

PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur."
Ini aku kopipes dari wiki. Korang nak tau lebih lanjut, boleh layari website rasmi dia ok.

Jadinya, paham tak apa yg aku kopipes tu? huahuhauahauhaua aku dah baca k sebelum kopipes tu. Hahahahaha bukan nya aku kopipes pastu tepek je kat sini tanpa membacanya terlebih dahulu. Aku bukan malas, tp aku kopipes sbb nak menunjukkan benda tu adalah benda yg betul. Bukan fakta yg saja2 aku reka.

Ok kenapa tiba2 harini nak cerita pasal PTPTN. Well aku adalah salah seorang penghutang tegar PTPTN. Hahahaha habis belajar Oct 2012 lagi tapi sampai skg x bayar2 PTPTN. Padahal habis practical terus dapat kerja gaji Alhamdulillah agak tinggi. Hmmm aku pun x tau kenapa la aku liat sgt nak membayar PTPTN tu.

Actually aku lama dah pasang niat nak bayar PTPTN. Lama dah. Bukan memain k. Tapi entah la, rasa mcm xpernah cukup duit. Rasa macam arghhhh terbeban sgt bila pk pasal hutang PTPTN nih. Walaupun aku hutang sikit jer. Sikit ker uols? Hahahaha sikit la nak compare dengan orang yg belajar dekat kolej swasta kan.

Anyhow. Aku sebenarnya nak kongsi kan pendapat aku pasal PTPTN ni. Ramai betul orang yg marah bila PTPTN keluarkan rules baru yg mana siapa tak bayar hutang, nanti kena blacklist dari keluar negara. Mula2 orang macam ahhhh ini semua dusta. Tapi bila ada artis yg kena blacklist lepastu takleh keluar negara, mula lah orang kelam kabut bising bising bising.

Rules dalam dunia, even dalam Islam sekali pun dah menegaskan, HUTANG WAJIB DIBAYAR!

"Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.

Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Hadis riwayat Muslim)"

"Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi). "

So siapa cakap hutang PTPTN kita tak payah bayar? Kita berhutang ok! HUTANG! Senang je sebenarnya. Kadang kita ni tak faham tau. PTPTN ni sebuah company. Korang pernah berniaga tak? Tak payah meniaga la. Orang pernah tak jumpa kau ckp nak pinjam duit? Sama lah macam PTPTN ni. DIA TAWARKAN PINJAMAN. Dia tak paksa kau amik pinjaman. Masa mula2 kau sambung belajar, kau mintak untuk buat pinjaman. Siap bising2 lagi bila pinjaman kau x approve ckp eihh org nak belajar taknak pulak dia bg pinjam blablablabla.

And now, after 2 years habis diploma, dah kerja jawatan yang gila bagus, tiba2 kau nak ckp ahhh aku taknak bayar PTPTN tu. Dulu aku apply pun sebab yuran universiti mahal nak mampos! PADAHAL KAU BELAJAR KAT UITM JE (excuse, I pun one of UiTM student ok. I tak ckp UiTM tak bagus, maksud I is yuran UiTM sgt murah and I bersyukur sgt) YANG MANA YURAN DIA RM600 KEBAWAH. Yes! Yuran belajar kau sebenarnya murah je, Kau yg sesaje gatal nak buat PINJAMAN. Lepastu duit dah selamat beli phone bayar downpayment kereta beli laptop, tup tup, taknak bayar. watdehekk.

Yes. Aku marah betul. Aku marah betul dengan orang yang taknak bayar hutang PTPTN ni. Bayar lah. Dulu kita yang beria nak buat pinjaman. Kita yang mintak. Kalau kita rasa yuran universiti mahal, kerajaan tak support kita bagi duit kat kita tak bagi pelajaran percuma kat kita, itu kau salahkan kerajaan. Kau jangan pinjam duit PTPTN lepastu salahkan PTPTN. Salah tu. Lainkali sebelum sambung belajar, kau pk masak2. Kalau rasa mcm taknak berhutang, tak payah sambung belajar. Kalau rasa macam pelajaran tu penting, belajar betul2, nanti PTPTN convert hutang tu jadi biasiswa.

Yang ini pun jadi masalah. Alasan, bukan semua orang pandai boleh jadik budak dekan. HOI! Kalau dekat class kau tido, skip class, exam meniru, lepastu nak bagi alasan bukan semua orang boleh dapat result bagus, this is the most ridiculous reason EVER!

Kita ni manusia, penuh hasad dengki. Tak kira la bangsa apa, agama apa, PENUH HASAD DENGKI. Kadang pelik, perempuan tak bertudung, punya seronok kita hukum cakap dia berdosa, diri kita yang penuh hasad dengki ni, langsung tak rasa berdosa ke?

Eh tiba2 termasuk bab lains. Sorry

Ok back to our story. I am SO SO SORRY. Sebab aku tau tajuk ni mesti mendatangkan panas hati dari banyak pihak. Ini pendapat aku. Semua orang boleh bagi pendapat masing2. Korang dipersilakan untuk bagi pendapat korang.

Tapi satu je aku mintak. Be open. Kita ni kebanyakkan nya dah dewasa, fikiran dah waras. Fikir betul2. Sebelum kau bagi pendapat or sebelum kau hentam aku, BACA ENTRY NI DENGAN PERASAAN YANG TENANG. Jangan terus ada perasaan marah. BE OPEN MAKNANYA CUBA UNTUK TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN JUGAK OK. Tak semestinya kita je yang betul kat dunia ni.

FYI, aku dah start bayar hutang PTPTN aku.

Ok.
Bye

* * * * * * * * * * 

Setengah juta peminjam yang gagal bayar balik PTPTN akan disenarai dalam CCRIS mulai 1 Jan 2015, so berhati2lah. Bantah la macam mana pun, buat la kempen tak nak bayar PTPTN sekalipun, tak guna, tak boleh buat apa. Kalau nama dah masuk CCRIS, lepas ni nak buat loan nak beli rumah, beli kereta lagi susah.




Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Ezra Meza.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar ptptn pinjaman tabung pendidikan tinggi nasional bayar beban sebuah hutang kena ccris

32 ulasan:

  1. kalau mampu,tak payah pinjam.Dah pinjam kenalah bayar.Nak bayar kenalah cari kerja setaraf dengan kelulusan.Camana kalau tak dapat kerja gaji mahal?memang sakitlah hidup kat bandar.Kos sara hidup dah kian meningkat.memang buasir otak memikirkannya.Tapi bayar tetap kena bayar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tanya mereka yg dpt ptpn masa 1st year dilancarkan...jpa pun kena freeze masa tu...mara plak utk yg dapat masa matriks saja...student dikumpul dlm dewan kuliah suruh sain terus agreement x boleh bw balik baca dulu... yg kata dah apply utk biasiswa pun disuruh sain juga katanya nanti boleh cancel... lepas semua settle baru tau x boleh cancel, admin fee pun ada, dapat 1st class pun tak boleh tukar jadi biasiswa...beberapa tahun lepas tu baru agreement beza tapi yg dapat masa mula dilancarkan nasib laaa...

      Padam
    2. Dulu masa mula2 kerja aku pakai kancil secondhand je sebab nak bayar PTPTN. Nak beli Keta baharu tak mampu sebab byr banyak sekali sebulan.. dapat bonus, aku tambah lagi bayaran ptptn. Aku tak isi potongan gaji, tapi disiplinkan diri dapat gaji, bayar ptptn secara konsisten RM200-RM300 sebulan, bank in duit kat ibu bapa, simpanan sikit, selebihnya baru dapat belanja. HP Nokia 3310 aku pakai sampai 2001-2010.. Dok kena gelak ngan kawan2. Terpaksa beli enpon nokia baru bila harga bateri nokia 3310 sama harga enpon nokia baru. Kawan2 sama batch pakat pakai kereta vios, honda city, toyota altis dan honda civic, nissan sentra bla2.. hp canggih. hampir2 tiap2 tahun tukar enpon dari Iphone3-iphone 4s bla2.. bangga ada kad kredit sampai 5 keping dari pelbagai bank

      Alhamdulillah bila ptptn dah abis bayar dalam 7 tahun sahaja, aku naik pangkat, gaji pun alhamdulillah masyuk.. aku tukar kereta kancil second aku jadi Toyota Camry terkini.. Rumah pun dah ada.. terkejut member sama batch sbb kereta toyota/honda & Nissan diorg dah outdated 7 tahun daru aku. PTPTN diorg pun tak abis bayar lagi. Mana nak abis kalau bayar RM50-RM100 je..

      Padam
  2. Gua pelik la. PR nak bg pendidikan percuma rakyat xnak. Nak juga yg berbayar .. . dh duit byk xnk yg percuma bayar je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. PR na bagi pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.. Ingat ye.. mansuhkan ptptn je.. bukan bermaksud yang dah pinjam tak perlu bayar..

      Padam
    2. Tu la pelik betul. Belajar free tu. Banyak duit korang.... kau tau x kos belajar diploma je dah berape? RM20k dol.. Kau ingat free2 je nak mintak free. Vangang tol. Kalau blajar free tapi minyak rm6.00 seliter korang setuju x agak2?

      Padam
  3. Bayar tetap bayar tapi bulan2 duk bayar bunga je sampai bila hutang nak habis ...

    Pasni mmg ramai la org muda xboleh bli rumah, xbole pakai keta. Part umah bole sewa sampai mampos .. Part keta tu simpan la duit sikit2 pastu bli kete 2nd hand cash. Proton wira xsmpi 10k bole dpt. Pedehal hahahah...

    Rakyat malaysia bila lahir je dh dijamin akan berhutang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap kemain hidup susah lagi. Ntah2 kat umah pakai aircond 2-3 bijik. keta vios, tv 3d

      Padam
  4. Shrek is love,Shrek is life6 November 2014 pada 10:31 PG

    Penulis artikel ni nak menulis ke nak ketawa. Sikit2 huahauahaua. Annoying betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin dia ada sindrom suka ketawa?

      Padam
    2. so bape dapt duit @Ezra Meza? cukup duit tulis karangan tu untuk byr ptptn ye dok : huahua hua2 proooooooooooottt arghhhhhhhhhhhh legaaa

      Padam
  5. sy pon peminjam ptptn..tp pinjm sikit jer..utk 3 sem..so skg masih gigih bayar ptptn waima bayar RM50 sebulan...janji bayar..hhehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo boleh byr penuh ikut jadual.Rugi tau.Saya pernah byr RM50 bln2 tapi baki makin byk.Bila tanya kat PTPTN...diorg ckp sbb byr tak ikut jadual(sepatutnya byr RM190)..so ada caj kos pentadbiran...huhuhuh.Maknanya yg byr RM50 tu cumalah kos pentadbiran.Bknnya byr loan tu.
      Skang dh tukar ujrah,tak cek lagi balance...so tak tau lah camne.

      Padam
    2. Bayarlah RM200-RM300 sebulan kak oI!

      Padam
    3. sy punya sudah convert ke ujrah...so jumlah xkan bertambah...kalau rasa mampu nk bayar 200-300...terpulang laa....janji bayar...

      Padam
  6. itulah masalahnya bilamana hadith bertentangan dengan ajaran Quran, Muhammad SAW tak akan bercanggah dengan Quran kalau dia berhukum. Orang yang berhutang tidak diwajibkan membayar hutang bilamana dia kesempitan malah Allah sendiri menyuruh penghutang menghalalkan hutang sekiranya boleh kerana itu lebih baik...masalahnya bila orang yang berhutang TAK MAHU bayar hutang...Allah akan sempitkan hidup dia, dia kumpul berapa banyak harta haram pun masih tak cukup sebab tak berkat, dan bagi orang kesempitan setelah dia lapang kewajipan itu jatuh kepada dia kembali...kalau dia mati dia tak tergantung antara langit dan bumi sebab Allah tidak melihat berapa banyak tanggungjawab dia pada manusia sebaliknya sejauh mana tanggungjawab dia pada Tuhan...

    Ini semua dongengan hadith yang menyimpang dengan ruh ketuhanan. Sifat 20? Baik kau pi sembah Dewa Krishna aje...lebih 100 sifat dia ha ha!

    Eddeved. (aku tak nak pakai nick google sebab malu, nama aku top 1 macam aku tak ada kerja lain...memang tak ada kerja lagi pun ha ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoooOOOOoootTTTt !! Arghh legaa baq ang ...

      Padam
    2. Oh Rozana

      Kubiarkan bangla menyelimuti hidupmu..
      Dalam kehampaan merona dalam jiwamu..
      Mewarnai setiap detik nafasmu..
      Menghantui bisjut & royi
      Kucari entah dimana bisjut & royi berada..

      Di sela kehampaan kurasakan bisjut & royi
      Terasa RM10K
      Kembalikan RM10K yang selalu menginginkan bisjut & royi
      Jiwa yang selalu haus dalam pencarian jejaka bangla

      Dimanakah jejaka bangla yang dicari
      Lelah kaki bangla melangkah yang tiada terarah
      Merasakan letih.. hingga tak mampu dapatkan RM10K
      Ingin saja ku membeli bisjut & royi
      mampukah kembalikan RM10K tadi?

      Nak bisjut?

      Padam
    3. seronok la ko..tak bayar hutang ptptn pun xpe. masuk kena blacklist, bawak kes masuk court..tunjuk sijil giler..mesti ko menang punye. siap boleh saman ptptn balik. bnyak kelebihan de sijil giler ni. Ko merapu kejadah pe pun xpe..org xleh saman.

      Padam
    4. apa kejadd laa kau nih! ooopssss! bila masa pula kau bagi aku sijil gila? ha ha ha! mana ada aku gila? aku tak gila laaa..aku dituduh gila...tak sama dengan disahkan gila...Allah! Eddeved 1003 kali gila

      Padam
  7. Gua pelik apasal hutang kak jat 250juta kasi xcincai. Budak2 nk blajar ko nk tekan suh bayar.

    BalasPadam
  8. aku dah bosan bab ptptn ni..wat jadi tekanan je. disebabkan aku malas nak pening2 bayar ke tak..aku bayar je sebulan rm50.hahaha. bayor je la..dah nama pun PINJAMAN tabung pendidikan tinggi nasional..kena la bayor..

    BalasPadam
  9. Hutang kak jat bleh dimasuhkan...itu memang lawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawak tak lawak,telan je...itulah hakikatnye. Bile ko dah jadi menteri..rukun negara pun dah terbang ke laut.

      Padam
  10. Prinsip ttg hutang yg kita kena pegang:
    Kalau rasa tak mampu nak bayar, jangan berhutang...
    Kalau dah berhutang, bayar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku memang tabek spring dengan kau, samada kau punya sentimen nih menunjukkan kau ni orang kaya atau kau nih miskin keparat yang ada mata hati dalam boleh tau masa depan.

      Prinsip tentang hutang yang aku pegang:

      -) berhutang kerana keperluan
      -)berhutang kerana yakin boleh bayar, tapi tiba-tiba Tuhan tarik rezeki...salah siapa? Kita bukan macam kau yang ada mata hati boleh tau esok lusa tak mampu bayar.

      Jadi prinsip kau boleh duduk serumah dengan Hassan Malek dengan Pok Najib, tak mampu makan ayam, makan sayur kangkung aje.

      sekian!

      Eddeved (1003 X Gila)

      Padam
    2. ProoooOOOOoooTttt !! Lega baq ang..

      Padam
    3. Eddeved kalu x mampu sgt nak belajar ade ptptn baik kau mintak nuar juburi je. dia pon buat ape duit banyak2 nak bwk masuk jail tu.

      Padam
  11. i da lame abis bayo ptptn taw,.baru2 ni ptptn anta surat kat i ckp yg i sbnanye da terlebih bayo,so derang bg borang suh isi butiran n bole claim balik duit i yg derang tlebih amik tu taw, ade la dlm 2k gitu bole claim balik..huawawawa jgn jeles uols~~~

    BalasPadam
  12. ape barang PTPTIPU... tak payah belajar lah senang... kalau belajar tinggi pon asyik nak merusuh tak guna

    BalasPadam
  13. Pergila buat full settlement kalau mampu. Ada diskaun 20% ni sampai jan 2015 kot. Tahun lepas aku dah settlekan. Huih lega drpd kena byr dalam tempoh 10 tahun aku habiskan dlm tempoh 8 tahun. Memang sakitla berjimat. Gaji kecik je tapi kena tahan dirila. Habis byr hutang kita enjoy..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.