Isnin, 18 Mei 2015

18 Kebodohan hari ini adalah trend popular masa depan

Al-kisah tersebutnya kisah pada suatu ketika dulu yang tak berapa nak lama sangat, terdapat 2 orang insan ternama di tanahair Malaysia yang bernama Bobo dan Cikgu Shida kerana menghasilkan video2 miming dan dubbing pelbagai lagu dengan gaya2 yang sangat jelek dan menjengkelkan, menyebabkan mereka dikutuk dan dihina oleh segenap lapisan rakyat jelata marhaen.

Beberapa tahun kemudiannya, pada hari ini, segenap lapisan rakyat jelata marhaen itu melakukan apa yang Bobo dan Cikgu Shida lakukan dahulu dengan membuat video2 miming dan dubbing menggunakan aplikasi mobile Dubsmash. Benarlah kata2 daripada seorang professor Internet terkemuka, "Today's Shit Is Tomorrow's Treasure".

Sumber gambar dari Twitter

Siapa yang tak kenal Bobo dan Cikgu Shida, boleh cari je kat Google dan Youtube, bersepah video mereka.

Siapa yang tak tahu Dubsmash tu apa, dipetik dari blog Adarain, Dubsmash adalah aplikasi mesej video yang hanya ada pada Android dan Apple yang membolehkan pengguna menambah suara @ soundtrack untuk video yang dirakam pada telefon pengguna. Soundtrack boleh jadi suara dari movie, lagu, lawak, dan banyak lagi. Kiranya app ini lebih kurang macam miming.

Pengguna juga boleh memuat naik @ upload audio sendiri atau pilih dari senarai klip audio yang dimuat naik oleh orang lain.

Selepas memilih audio, pengguna merakam video mereka sendiri untuk bermain dengan bunyi yang mereka telah pilih dan kemudian boleh berkongsi video klip melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Apa yang aku perhatikan, banyak benda yang dahulunya kelihatan bodoh dan dungu akan menjadi trend yang popular pada masa akan datang, terutama apabila ia dipopularkan oleh para artis dan selebriti seperti Dubsmash ini, terus menjadi ikutan ramai orang.




Contoh lain adalah selfie. Mr. Bean dah lama buat selfie tapi masa tu takde orang pun nak ikut sebab nampak cam orang dungu. Sekarang ia sudah pun menjadi trend dan budaya popular seluruh dunia yang telah diterima segenap lapisan masyarakat dan ketamadunan manusia.


Seperti juga mana kes seorang graduan jurusan Fotografi dari UiTM Lendu yang berselfie atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung bersama Pro Canselor UiTM setelah selesai mengambil skrol diplomanya yang dikatakan idea tersebut datang selepas melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari di Universiti Malaya (UM) melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol, ramai yang mengutuk dan kritik tindakan beliau sehingga jadi viral satu Malaysia.


Ok dari sudut negatif, beliau telah melanggar protokol dan tatasusila majlis sampai memungkinkan beliau digantung pengajian antara 1 hingga 2 tahun. Dari sudut positif, setakat hari ini beliau satu2nya manusia yang ada gambar selfie atas pentas konvo universiti tempatan.

Selepas 5 tahun, beliau masih boleh berbangga dengan kawan2nya di kedai mamak sambil berkata, "Aku ada gambar selfie atas pentas konvo. Kau hado?". Dan selepas 10 tahun, aku dah tak heran kalau ketahian selfie convo ini akan menjadi trend popular pula pada ketika itu, lebih2 lagi bila aplikasi mobile GradSmash dicipta, dan masa tu mamat ni boleh claim yang dia adalah Bapa Convofie Malaysia.

Btw nak tahu apa yang lebih teruk dari selfie konvo ni? Peraturan majlis konvokesyen yang penonton dilarang bawa kamera dan ambil gambar dalam dewan konvo. Gambar graduan tengah ambik skrol hanya boleh dibeli dengan harga yang cekik darah dan sangat puaka mahal. Dasar kapitalis nokharom.

Ingatlah, kebodohan dan ketahian pada hari ini adalah trend popular masa hadapan.

Kongsikan sebarang kebodohan pada masa dulu yang sudah pun menjadi trend popular masa sekarang yang anda tahu.




tags: bobo cikgu shida video miming mime dub dubbing tiru suara lagu gerak mulut bibir gaya apa itu dubsmash trend popular budaya kompilasi artis malaysia selfie mr bean kes budak graduan konvokesyen convo konvo uitm lendu tak tahu larangan selfie langgar protokol muhammad hasrul haris mohd radzi atas pentas kena gantung

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=bHPR6FpCULg&list=PLUFlm05niCiH0eRhwSq31CEqMewFacrbr

      Padam
  2. Tajam entri ni bro noob tapi betul pun... segala kebodohan yang dihina & dicaci sebelum ni dah jadi trend sangatttt sekarang....

    Orang melayu kata... mengata dulang paku serpih, mengata orang ampa yang lebih.. hihi

    BalasPadam
  3. Laknat Allah ke atas as sisi beserta kerajaan pimpinan nyer yang telah meyebabkan ramai kaum muslimin khususnya terseksa dan terbunuh

    Yang terbaru mahkamah mesir telah memutuskan
    untuk menjatuhkan hukuman MATI terhadap bekas presiden Dr Muhammad Morsi
    yang ketika mana seorang prmimpin yang patuh pada perintah Allah dan peminpin yang menghafaz Quran dan terhadap seorang ulama besar Dr Yusuf Al Qardawi

    Aku memang terkejut apabila membaca berita ni kat kosmo pagi tadi

    Will history repeat itself?

    Semoga kerajaan firaun moden ini dilaknat Allah

    pada Allah lah kita berharap segalanya

    Cool Guy

    BalasPadam
  4. ayat noob: Ok dari sudut negatif, beliau telah melanggar protokol dan tatasusila majlis sampai memungkinkan beliau digantung pengajian antara 1 hingga 2 tahun.

    maafkan sy yg tak masuk universiti ni so sy x faham, tp bukanke mamat tu selfie di konvokesyen,bermakna dah habis pengajian, so apa nak gantung apa lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gantung sijil dia la.aduiyaiiiiii

      Padam
    2. pengajian degreeyg digantung..kat atas ni konvo dip je..

      Padam
    3. nyibuk betulla mangkuk Johan Harith. aku copy paste ayat noob terang-terang tulis gantung pengajian, yg mangkuk ni duk sembang pasal sijil buat apa

      Padam
    4. @pussy hunter
      Maafkan saya, saya pun tak pasti apa yang kena gantung, saya pun kopipes ayat tu dari berita astro awani - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selfie-konvo-uitm-wajarkah-hukuman-penggantungan-60156

      Padam
    5. Sijil dia kena gantung. Maksudnya dia sepatutnya dah kire dapat la sijil dia tu..tp disebabkan kne gantung, maka dia tak dapat macam kawan2 dia yang lain..kena la tunggu sampai tempoh tu abis. Tapi pagi tadi dalam berita ada cakap, Naib canselor UiTM dah bagitau, kalau budak tu buat permohonan maaf secara terbuka, baru dia dapat sijil dia tu. budak2..belum matang lagi. Tu sume akan jadi pengajaran.

      Padam
    6. Permohonan maaf secara terbuka?

      Budak ni dah peymes tak lama lagi lagi popular dari awek kancil ngamuk and bobo...

      Tak lama lagi masuk tv3 jadi camera crew dengan karamsingwalia... GG UiTM scrub...

      Padam
  5. haishhh...macam2 sekarang ni..mana yang baik bolehlah diikut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 awk nampak "baik" nak ikut boleh? hik hik ... semmua anon loserrrrrrah~

      Padam
  6. haha dpt gak mamat ni selfie and siap jadi viral lagi kat fb terbaik haha

    BalasPadam
  7. Cikgu sendiri pun macam !@#. Merosakkan.

    BalasPadam
  8. Huhu..sumer nak jadi gila first!! Hanya terbodoh dari spesis bodoh.

    BalasPadam
  9. aku rasa majlis konvokesyen ni majlis yg bodoh dan fake. bukan scroll betul pun

    BalasPadam
  10. Kerana yang paling bodoh dan tahilah yang orang nak dan suka baca..:)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.