Ahad, 2 Oktober 2016

11 Tipu tetap salah tak boleh ditutup dengan jasa

Aku rasa semua orang pun dah tahu isu yang melibatkan seorang penceramah motivasi perniagaan terkenal di mana beliau dikatakan telah memperoleh Ijazah Kehormat Doktor (PhD) dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan dari pelbagai universiti yang membolehkan beliau menggunakan gelaran Dr. namun telah dinafikan melalui kenyaataan rasmi oleh 3 universiti setakat ini iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).


Sehubungan dari kes ini, ramai yang sudah memberi pandangan dan pendapat mereka di media sosial. Ada yang menyokong, ada yang tidak, ada yang mempertahan, ada yang mencemuh. Boleh rujuk beberapa artikel berikut:

Rentetan isu ini, syarikat beliau Richworks International Sdn Bhd telah pun memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius isu kontroversi berhubung gelaran tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu penipuan sijil akademik ini sebenarnya bukan isu baru malah dah terlalu lama, malahan telah menjadi amalan bukan seorang dua tetapi ramai lagi orang di Malaysia ini. Antara yang awal membongkarkan isu seperti ini adalah di blog Aidid Muaddib sejak tahun 2010 lagi.

Kini pembongkaran dan pendedahan ini semakin giat dan aktif dilakukan oleh page-page FB seperti Say No To MLM, Pseudoscience Watch dan sebagainya, bukan sekadar isu penipuan sijil akademik malah segala bentuk penipuan dan scam yang banyak berlaku di negara kita.

Dan untuk isu ini, secara umumnya pendirian aku sama je dengan segala bentuk scam, seperti mana scam emas delay, produk ajaib yang klaim boleh merawat pelbagai penyakit, produk kesihatan yang tipu sijil halal dan KKM, produk yang memperdagangkan agama, online scammer, scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya, produk pseudosains dan lain-lain.

Aku bukan haters, dan aku tak anti orang, malah aku tak benci dia pun. Yang aku anti adalah penipuan itu. Kalau dah menipu, memang salahlah perbuatan menipu tu. Tak kira lah menipu untuk kepentingan peribadi, menipu sebab nak lariskan bisnes, menipu sebab nak tolong orang, menipu sebab nak mendapat pengiktirafan, menipu sebab nak dapat undian pilihanraya, menipu sebab nak dapat projek dan sebagainya, bak kata pepatah, matlamat tak menghalalkan cara.

Maka apabila suatu penipuan itu dah terdedah, jalan paling selamat adalah mengaku atas kesalahan tersebut, meminta maaf dan tanggung akibatnya. Kalau sudah kantoi menipu tapi masih lagi mahu mempertahankan penipuan tersebut, aku tak tahu dah nak cakap apa.

Yang menjadi masalah kepada penipuan-penipuan macam ini adalah mereka mempunyai ramai pengikut yang taksub. Ya, taksub, yang tak boleh menerima kesalahan idola mereka dan akan mempertahankan idola mereka walaupun hal itu sudah terang lagi bersuluh. Tak salah nak suka sesuatu, tapi jangan sampai taksub kerana bila dah taksub, manusia itu mudah untuk hilang pertimbangan. Aku pun dah tulis banyak sangat tentang perangai taksub ini, so tak perlu aku tulis banyak kali.

Cakaplah macam mana pun, mereka akan mempertahankan idola mereka dan akan terus menjustifikasikan perbuatan salah itu sebagai suatu yang tidak salah. Mungkin ada antara mereka yang tahu dan sedar pun yang idola mereka itu menipu, cuma mereka sanggup untuk ditipu dan memaksa diri untuk menerima penipuan itu.

Ada yang mempertahankan idola mereka dengan kata-kata seperti, "Kami bukan tengok gelaran dan sijil beliau tetapi ilmu yang beliau curahkan kepada kami. Gelaran dan sijil itu tidak penting". Dah kalau gelaran dan sijil tak penting, kenapa nak menipu gelaran dan sijil? Maksudnya pentinglah bagi mereka untuk menipu pengikut-pengikutnya.

Aku tak pasti ada atau tidak undang-undang yang boleh menghukum orang yang menipu sijil dan kelulusan akademik ini, tetapi penipuan seperti ini harus dicegah dan dihukum. Kalau penipuan tidak dibendung dan dibolehkan, maka akan lahirlah lebih ramai penipu dan manusia yang sanggup ditipu. Akan sebatilah budaya menipu dan sanggup ditipu dalam masyarakat. Malah ia sebenarnya telah mencalarkan imej institusi pendidikan itu sendiri. Cukup-cukuplah budaya tipu menipu ini banyal diamalkan dalam politik, janganlah dibawa di tempat lain pula.

Ya, mungkin kita semua pernah menipu. Menipu mak ayah waktu kecil, menipu tengok nota kecik dalam ujian, menipu kawan sebab nak jaga hati dia. Namun tak ramai yang berani nak menipu suatu yang besar seperti memalsukan gelaran dan sijil akademik. Nak tipu keputusan SPM pun dah takut, inikan pula tipu PhD? Kalau kantoi buta-buta kan dah malu dan imej tercalar?

Tentang ceramah dia jual air liur, teknik pengajaran dia, yuran seminar yang mahal dan sebagainya tu, aku tak mahu sentuh sangat. Kalau pengikut dia sanggup bayar, dengar ceramah dan ikut cara dia, itu hal dia dan pengikut dia. Dia tak kacau orang lain pun. Dia pun tak paksa orang bayar dan ikut ceramah dia pun. Kalau pengikut dia nak kata dia dah banyak berjasa pada mereka dan telah menjadikan ramai pengikutnya jutawan pun, terpulanglah, kerana itu yang dipercayai oleh mereka. Aku pun tak terkesan apa pun.

Tapi tulah, nak kata jasa sangat pun, ia lebih kepada tanggungjawab dia untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar agar pelanggannya berjaya, kerana pelanggannya dah bayar mahal-mahal kat untuk masuk kelas dia, mestilah kena ada hasil yang setanding dengan harga yang dibayar.

Samalah macam kau pergi kedai makan, tukang masak tu pun boleh dikira berjasa pada kau sebab masakkan makanan yang kau bayar untuknya, bukan? Atau kau pergi klinik, doktor tu pun dikira berjasa pada kau kerana memberi perkhidmatan rawatan kepada kau yang kau bayar untuknya, bukan?

Lagipun jasa yang banyak itu bukanlah kayu ukur untuk menidakkan kesalahan seseorang. Seorang pemimpin itu walaupun banyak jasa, tetapi kalau dia didapati mengambil rasuah, dia tetap perlu dihukum atas kesalahannya itu, bukan? Seorang guru lelaki walaupun banyak jasa, tetapi kalau didapati dia melakukan perbuatan pedofil, dia tetap perlu dihukum atas perbuatannya itu, bukan? Seorang jutawan walaupun banyak jasa, tetapi kalau dia memalsukan dokumen, perbuatan salah itu tetap tidak dapat ditutup dengan jasanya, bukan?

Cuma untuk isu ini aku lebih tekankan tentang penipuan sijil akademik itu sahaja, sebab kalau tak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Dan sebagai seorang ikon yang punya ramai penyokong dan pengaruh, mereka seharusnya menjadi contoh yang baik agar boleh diikuti oleh orang lain. Yang pasti menipu sijil itu bukan suatu yang baik. Cakaplah aku tak positif ke berfikiran negatif ke, tapi aku tetap tak boleh nak fikir positif pada suatu perbuatan yang negatif.

Mungkin ada yang kata, hanya kerana satu kesalahan, orang akan lupa seribu kebaikan seseorang itu. Ya, tidak dinafikan lagi pepatah itu. Tapi yang sebenarnya bukanlah orang lupa akan kebaikan seseorang, tetapi ia adalah kerana tiada hukuman dalam berbuat kebaikan, sebaliknya ada hukuman dalam berbuat kesalahan. Pernah dengar orang kena hukum sebab menderma, menolong orang, memberi salam dan sebagainya? Melainkan perbuatan salah seperti mencuri, menipu, rasuah dan lain-lain kesalahan yang melanggar undang-undang pasti ada hukumannya.

Aku berharap isu ini menjadi pengajaran kepada semua yang nak menipu gelaran dan sijil selepas ini. Kalau mahu gelaran dan sijil dan rasa ianya penting kepada anda, maka usahakannya melalui cara dan jalan yang betul. Kalau anda rasa gelaran dan sijil tak penting, tak perlu kisah tentangnya dan terus bagi manfaat dan ilmu pada orang lain.

Tapi yalah, mungkin kerana stigma masyarakat juga yang suka menilai dan memandang kepada gelaran dan kelulusan akademik seseorang menyebabkan seseorang itu sanggup memalsukannya agar dipandang tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat, namun kalau pun tidak dapat gelaran Dr, Dato dan sebagainya pun, kita orang Melayu sebenarnya masih ada banyak gelaran hormat lain yang boleh digunakan.

Kalau sudah pergi haji, boleh guna gelaran Haji. Jika tidak, gelaran Tuan atau Encik pun masih sedap juga. Kalau rasa biasa, boleh guna Tok Guru atau Sifu. Nak mesra sikit, panggil Abang je. Kerana akhirnya orang hanya akan pandang pada ilmu (ke elmu?) yang disampaikan, bukan pada gelaran dan sijil akademik seseorang, setuju kan?

Kalau setuju, say I!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: dr azizan osman dao palsu tipu gelaran sijil ijazah phd um ukm iukl nafi scam universiti bogus elmu

11 ulasan:

  1. melayu gila taksub... yang ni payah sket ak nak nampak dengan orang luar... key~

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt... Arghhh leganya

      Gini sajalah noob..klau apa yg disampaikn oleh azizan nii beri mfaat dn motivasi kearah kebaiikn takde hal pun..ramaii juga yg berjaya..mungkin ada yg jelez kott..

      Padam
  2. Jijan ni memang idola geng taik mLm.

    Biasa la nk tarik org dtg ceramah dia. Kalu jijan seman letak kelulusan spm agak2 ada x manusia baghal nk join ceramah dia?. Bila letak title dr kurang2 expectation org tu tinggi. Tapi aku pelik jijan ni. Dia bg talk psl bisnes. Tp bisnes apa dia buat?

    Bisnes jual air liur mungkin.

    BalasPadam
  3. Salam sehati serasuah,

    Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

    Dalam pendidikan mereka nak shortcut, tak pandai, SPM tak boleh score mahu terus ambil degree, sudah diberi peluang ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Benak perut, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

    Nak cari kerja mereka dayus untuk bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan susu kambing dengan harga melampau untuk kaya cepat. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu ni ade 5 sifat buruk yg perlu diubah.: -

      1.Malas membaca
      2.kuat mendengki sampai santau menyantau, cantas mencantas, fitnah dan sbgnya
      3.berfikiran sempit
      4.taksub melampau sehingga menolak kebenaran
      5.budaya cable & shortcut

      Padam
    2. Ya. Hidup kedepan !! ProoOoottT dmuka ted gaynoff.

      -gayrosli-

      Padam
  4. Nak buat camana bro? Ini budaya nak hidup di Malaysia.

    Kalo kelayakan kita cikai, kambing dan anjing pun x peduli. Bimbang akhirnya merempat hidup bawah jambatan.

    Kurang2 beli gelaran, beli sijil dapat ubah nasib. Dlm UMNO, ramai menteri tipu sijil. Kurang2 5 menteri yg ada skrg, beli PhD. Tapi xguna sbg title sbb dah ada Datuk Seri blablabla.

    PM sendiri pun jaja degree yg x lulus. Ramai sangat dlm UMNO ciplak degree utk buat bisnes gomen.

    Kes kantoi Datuk Ali Tinju bukannya murah beli gelaran Datuk woi..rm250 tu..

    BalasPadam
  5. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain...

    BalasPadam
  6. setuju. perlu ke berbohong? untuk realisasikan matlamat? matlamat tak halalkan cara

    BalasPadam
  7. kantoi.
    kantoi.
    kantoi.

    dah macam skim pelaburan emas dah.

    BalasPadam
  8. X kisah la anda tu Azizan ke, Mahathir ke, Najib ke...konsep yg sama utk setiap jasa yg dibuat xleh nak cover kesilapan etika yg serius. Kalau kat jepun mesti ada kes letak jawatan atau x pun mohon maaf secara terbuka...org kita jenis xnak mengaku berak kat tgh jalan. Mungkin bg mereka kalau mereka berani mengaku salah, hilang la sumber pencarian utama mereka atau jawatan mereka. Papepun dlm dunia ni, attitude kena jaga sbb senang nak jatuh sbb x jaga attitude even bagus mana anda bekerja.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.