Jumaat, 12 Julai 2013

46 Pakai skirt pendek punca kena rogol

Seorang ahli parlimen telah meminta agar Menteri Pembangunan Wanita Datuk Rohani Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi mengelak jenayah seksual berlaku yang antaranya seperti cabul dan rogol.


Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mendakwa, pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita.

"Kita minta kementerian beri kerjasama untuk kuatkuasakan etika berpakaian. Lihat punca berlakunya jenayah seksual sebagai contoh, pakaian yang tak sopan di tempat awam.

"Kita lihat fenomena baru yang dibawa oleh kerajaan BN iaitu artis-artis korea yang suka memakai seluar pendek dan budaya ini berleluasa di kalangan gadis.

"Begitu juga pramugari yang memakai skrit yang sangat pendek, terbelah di belakang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa bertanya soalan ketika Rohani memberi ucapan pergulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak mempedulikan soalan Zailah dan meneruskan ucapan penggulungan kementeriannya. - Sumber Malaysiakini.

Dan disebabkan kenyataan itu, ramai orang yang butthurt dan macam biasa akan ada yang berfikiran wanita sepatutnya bebas untuk berpakaian apa yang mereka suka, dan bila berlaku kes rogol kenapa perempuan yang pakai seksi2 pulak yang perlu dipersalahkan bila kena rogol sedangkan yang orang lelaki la yang patut tahan nafsu mereka dan alihkan pandangan kalau nampak perempuan pakai seksi2. Antara komen2 butthurt:


Kenapa ramai perlu butthurt dengan kenyataan tersebut, sedangkan ahli parlimen tu cakap pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita. Hanya salah satu punca, bukan satu2nya punca, so apa masalahnya? Mungkin ahli parlimen tersebut lupa nak cakap punca2 lain menyebabkan ramai yang butthurt. Ok aku senaraikanlah antara punca2 lain juga yang boleh menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti rogol, cabul dan zina.

  • Kurang pendidikan agama dan moral.
  • Kelemahan undang2 dan peraturan yang melibatkan perogol seperti terlepas hukuman hanya kerana mereka ada masa depan.
  • Hukum hudud tidak dilaksanakan bagi menghukum para perogol.
  • Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pendatang dengan izin yang menggunakan pas pelajar atau pas pelawat tapi membuat onar terutama orang2 negro.
  • Masalah dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa tidak mendidik, mengawal dan memantau anak dengan baik.
  • Tiada sekatan capaian Internet ke laman web lucah/porno.
  • Lambakan majalah hiburan berunsur maksiat dan separa lucah seperti Mangga, FHM dan lain2.
  • Pengaruh media massa dan media alternatif yang banyak membawa unsur lucah.
  • Kemasukan filem dan drama barat yang mengandungi unsur lucah dan budaya barat yang sedikit demi sedikit telah diterap dalam budaya kita.
  • Kewujudan media sosial seperti Facebook yang disalahguna tanpa kawalan serta pendedahan maklumat peribadi yang keterlaluan.
  • Lambakan hiburan dan artis2 dalam dan luar negara dari barat, K-Pop dan lain2 yang berjaya menerapkan budaya dan gaya hidup mereka ke dalam jiwa kita.
  • Meletakkan cinta pakwe/makwe lebih tinggi dari agama dan maruah diri.
  • Mabuk kerana minum arak atau minuman keras sehingga ada yang menyebabkan diri dirogol bergilir2.
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Pergaulan antara lelaki dan wanita yang terlalu bebas tanpa batasan.
  • Budaya melayu yang menyusah dan memberatkan perkahwinan.
  • Gemar bersosial di kelab2 malam, disko dan pusat clubbing.

Sila tambah sendiri punca2 lain yang boleh menyebabkan berlakunya jenayah seks kalau ada nak tambah. Kalau ada yang butthurt dan tak setuju juga sila komen.




tags: wanita pakai skirt pendek punca jenayah seksual rogol perogol zina cabul kehormatan maruah artis korea kpop k-pop k-popper gadis baju seksi bikini thong g-string pramugari kain belah fesyen tempat awam pakaian tak sopan etika pemakaian senarai punca kurang pendidikan agama moral butthurt comment komen sakit panas bontot

46 ulasan:

  1. setuju.. tue la kita di suruh tutup aurat...

    BalasPadam
  2. Tersinggung sangat hati tu , melatah sekejap.

    BalasPadam
  3. Punca utama lain?
    -harian metro page depan sekali..

    BalasPadam
  4. baca komen yg kat pic pn nak gelak..ade ke patut lelaki pulak yg beriya bangkang kenyataan parlimen tu. susah hati la tu nt x dpt tgk pmpn pakai seluar/skirt pendek lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol :)

      mungkin either tak dapat tengok perempuan seksi fee hoho..
      atau saje nak ambik hati kaum perempuan yang suka pakai skirt..


      Padam
  5. ahaa mostly yg komen butthurt tu aku tengok dari guys... apsal ah? adakah sbbnya jika benda ni dikuatkuasa, diorang guys ni akan hilang 'nikmat' mengusha awek2 skirt/seluar pendek dan pramugari skirt pendek terbelah di belakang apabila dorang travel via local flight services nnt? nmpk mcm bukan girls yg akn rugi kalo bnda ni betul2 jadi apply, tp guys yg akan melepas... so girls, be smart... patut sokong cadangan ni, bukan rasa terkongkong yer ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat fb gue, golongan pompuan (yg boleh tahan liberalnya) yg banyak bangkang.

      Padam
    2. Mungkin lelaki tidak patut dibernarkan keluar ke public bila ada perempuan pakai seksi.. hahaha... :)

      tapi yeala perempuan bukan lelaki mana dia tahu bagaiman agelora lelaki melihat perempuans eksi hahaha..

      lelaki pun mana tahu apa perempuan rasa bila pakai tutup semua hohoho..

      entah la..

      Padam
    3. back to basics la --> tuntutan agama, dan juga adab sopan ^^

      selamat berbuka puasa semua, nyum nyum nasik ayam~ :D

      Padam
  6. Haruslah lelaki tu susah hati sbb x dpt cuci mata lagi pasni,dia yg pervert sbenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooo cmtu ker hahaha boleh tahan jugak tahap gelisah pervert lelaki warga uitm ni yer......hahahaaa puiii~~~~

      Padam
    2. apsal uitm pulak?

      Padam
    3. eh ha'ah la betul2x la uitm,bce komen screenshot fb yg ade kat ats tue,bace tulisan kaler klabu kat tepi name 2 laki kat ats tue....

      Padam
    4. 2 pengulas lelaki dari UITM hahaha
      Tak pasal-pasal glamer sebab kena screenshot.. :D

      Padam
    5. Standet arr uitm,tmpat longgokan meleis & bumiputera jer mne nk berkembang otak doe,pervert jer ramai......

      Padam
  7. KJ antara MP paling butthurt di twitter. harharhar

    BalasPadam
  8. -kurang katakan tak nak kepada rogol

    BalasPadam
  9. Lelaki kene menundukkan pandangan mata!!!

    Wanita mesti melabuhkan pakaian!!!

    kalau dua-dua boleh laksanakan tuntutan agama ni.. INSYAALLAH!!! selamat dunia dan akhirat!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. i second this..!

      harusnya kerjasama2 dua-dua jantina.

      Padam
    2. Wanita pun kena tundukan mata..
      Tak caya cuba check dalam Quran.. :)

      Padam
  10. teringat semalam, hari kedua puasa..ade pulak kawan sekerja aku ni (cina) pakai skirt atas lulut dan duduk sebelah aku..aku nk cekap lebih ak ni puasa.. klu aku pandang nnt cakap ganguan seksual...ape yang patut aku buat dh la nk mintak tolong, ak bla x tolong dia baru tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan puasa bulan yang menguji keimanan kita.

      janganlah biarkan dugaan kecil menganggu jiwa & pancaindera kita.

      kalau dugaan ini besar bagimu, mohon kuatkan ketahanan mentalmu dan cuba banyakkan zikir serta amalan2 sunat yg lain.

      Padam
    2. Umat Islam selalu salah fhm mengenai konsep Ramadhan...bila bulan pose, baru jd baik,xnak mengumpat,xnak usha awek2 seksi..lepas pose baru boleh buat balik dosa2 kering 2...

      Bulan posa mmg sinonim dgn ganjaran pahala berlipat kali ganda..dr situ ia mengalakkan umat byk melakukan kebaikan n tingkatkn amal ibadat...so dr situ dpt diteruskan utk bulan2 akan dtg selepas pose..

      Kalau still dgn mentaliti 'bulan pose bersikap baik'..obvius sgt x ikhlas dlm mengerjakan ibadat n tingkah laku yg baik. Hanya buat baik depan manusia2 lain dlm bulan puase je.

      Pasal skirt pendek ni, kenapa bulan pose kene tegur, bukan bulan2 lain? Isu rogol budak SUKMA byk disebabkan oleh arak yg diminum bersama atlet n pegawai...semua perangai naik setan..mcm2 boleh berlaku.

      Padam
    3. Baru tegur sebab parlimen baru bersidang..sebelum ni nak tegur tapi ada isu lain yang lagi besar..aku rasa la..

      bulan posa kita digalakkan kejar amalan, sama ada ikhlas ke x, hanya Allah yang tahu..kita usaha je la..

      Padam
    4. Haha.. Cuba fikir Kenapa nabi suruh puasa kalau tak mampu kawin.. :)

      Puasa sebenarnya boleh menundukan nafsu.. Tak kira la nafsu makan ke seks ke apa.. Tapi kena belajar puasa yang betul..
      Puasa yang betul ni biasanya akan meletihkan nafsu..
      Menyebabkan kita tak bernafsu.. jadi tak heran nak tengok orang seksi meksi ke apa.. hahaha.. :)

      Kalau masih tak dapat kawal nafsu kena check balik puasa kita..
      mungkin ada yang tak betul kat mana-mana amalan kita..

      Padam
  11. yang nak bising2 watpe, yang muslim tu memang dah diWAJIBkan tutup aurat kot...nak debat lagi watpe...tuntutan agama Islam dah macam tu...yang non-muslim tu nk pakai apa suka diorang lah...

    BalasPadam
  12. Urg lepeh urg lepeh! Nang palat na..

    BalasPadam
  13. sy mencadang kn memblock result search lucah/kurang sopan mengenai melayu menggunakan search perkataan "melayu" dlm enjin carian google dan enjen carian lain, di kuat kuasakan di Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini semua sebab website melayu boleh..busuk terus nama melayu

      Padam
    2. mohon ap yg sy tulis atas tu di realisasikan, klu x serch "melayu dan ++" mesti lmn luch tu nak menyelit,

      Padam
  14. Nafsu ni susah nak cakap sebab lain orang lain tahap nafsu dia.. :) tu ada macam buthurt bila benda ni ditimbulkan.. Sebab dia mungkin bukan lelaki normal atau mungkin dia ni takda nafsu hahaha.. :)

    Sebagai lelaki normal aku akui perempuan seksi ni boleh mencetus nafsu.. cuma macam nafsu makan ada masa dan ketikanya ianya berlaku.. dan ia juga perlu kewarasan dan ketahanan dalaman dalam mengawalnya.. :) Sebab ramai orang lelaki masih waras (dapat kawal nafsu masing-masing). Kalau tak mungkin akan berlaku seperti kes di india budak perempuan kena rogol ramai-ramai dalam bas..

    memang pencetus nafsu lelaki tentu la perempuan.. yang berlainan jantina ada penarik.. dah Allah jadikan ianya begitu.. Sebab tu Allah gariskan AURAT sebagai pelindung.. juga batas-batas pergaulan lelaki & perempuan.. yang perlu diikuti..

    insya'Allah kalau ikut semua panduan Allah bagi Dia akan pelihara.. janji Allah dalam Quran. Tapi kalau tak yakin pada Al-Quran tu no komen la..

    Kes orang menutup aurat kena rogol mungkin ada tapi takda la banyak mana pun.. dan juga sebab lain kenapa Allah izinkan ianya berlaku.. yang kita kena check balik kenapa setelah ikut panduan Quran masih juga terjadi.. mungkin tutup aurat tak betul.. atau mungkin ada benda lain yang kita terlepas pandang.

    Kalau tanya lelaki dan kalau ikut nafsu memang la seronok tengok perempuan seksi meksi.. :) dah Allah jadikan mereka cantik.. :) tapi kalau diikutkan sangat nafsu ni lain pulak jadinya.. :) tu pilihan masing-masing..

    BalasPadam
  15. isu remeh, xkan tkde entry psl alvin& vivian

    BalasPadam
  16. sup babi ade? ( . ) ( . )

    BalasPadam
  17. apa lagi yg nak diharapkan dari menteri umno. ketua sendiri pun kaki gangnam, awex spender k pop terlompat menari mcm anak kera...

    zaman skrg kalu nak selamatkan iman terpaksa lari dlm gua... dimana2 je ada godaan. g bazar pun ada amoi pakai seluar pendek ala spender. tu tak termasuk awek melayu boleh pakai tudung pendek baju ketat nampak nasi lemak singgit...

    so lpas ni... utk sapa2 bernama jantan tu..pastikan bini/anak/adik/kakak/mak tidak masuk dlm golongan berpakaian tetapi telanjang..

    BalasPadam
  18. Seriously aku rasa sgt² sedih dgn komen yang amat tak bijak di FB tu, tmbh menyedihkan drpd yg dikatakan muslim. Tak guna otak ke tulis tu?
    Perkara ni lelaki perempuan kene terlibat. Kalau dah org pakai seksi adakah kita bersebab utk menundukkan pandangan atau melihat? Kalau yang mmg nafsu singa tu lainla, ni kalau bg orang² biasa mcm Noob contohnya. Tak pasal² terdorong juga.
    Ni namanya mencegah wahai golongan yg nk berfikir....

    Ps: nak bg idea pun jgnla bodoh...pasang lampu la, cctv la, kalau mmg nk cegah rompak takpelah. Ni ko beli kain pakai sendiri settle..

    BalasPadam
  19. Haha..masalahnya dorang cuma nampak the small picture..not the whole one. Cuba guna imaginasi tu sikit. Si perempuan itu ibarat rumah besar dan skirt pendek itu adalah pintu. Apa mereka hanya nampak skirt pendek itu adalah satu2nya pintu untuk masuk ke rumah besar itu? Ada banyak lagi pintu2 la! Yang berhormat mention pintu nih sebab nie pintu utama daripada banyak2 pintu. Seriously silly people is silly.


    BalasPadam
  20. ko kata salah satu punca rogol kerana pakaian ketat dan pendek serta kurang penerapan agama dlm perundangan dan kehidupan seharian.

    tapi noob...

    apsal di arab saudi kes2 rogol berleluasa? bukankah arab saudi amalkan undang2 syariah atau hudud dan wanita2 mereka berselubung sampai nampak mata je? dan kenapa mangsa2 rogol sukar nak dapatkan keadilan malah dipersalahkan dan paling ekstrem dibunuh pula kerana jadi mangsa rogol? tak cukup tutup lagi ke? apa pendapat ko mengenai artikel ni:
    http://atlasshrugs2000.typepad.com/atlas_shrugs/2013/07/statistics-.html

    ko rasa artikel ni tipu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. artikel dlm link tu bahasa inggeris...paham2kan la ye. inilah pentingnya englis edukesyen.

      antara sebab2 rogol yg noob listkan:

      - Kurang pendidikan agama dan moral.
      - Hukum hudud tidak dilaksanakan bagi menghukum para perogol.
      - Masalah dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa tidak mendidik, mengawal dan memantau anak dengan baik.
      - Meletakkan cinta pakwe/makwe lebih tinggi dari agama dan maruah diri.
      - Mabuk kerana minum arak atau minuman keras sehingga ada yang menyebabkan diri dirogol bergilir2.
      - Pergaulan antara lelaki dan wanita yang terlalu bebas tanpa batasan.
      - Gemar bersosial di kelab2 malam, disko dan pusat clubbing.

      sebab2 tersebut aku pasti tidak berkenaan di arab saudi kerana mereka mengamalkan undang2 islam yg ketat selain sistem sosial yg membataskan pergaulan lelaki dan wanita. namun, rogol tetap berlaku dgn kerap.

      mungkin juga laporan2 penganaiyaan wanita oleh NGO antarabangsa itu bohong dan sebenarnya wanita2 tersebut hidup dlm syurga dunia

      Padam
    2. I beg to differ.

      Si pamela geller tuh agak terkenal dengan fobia terhadap islam. maka dia cenderung ambil apa2 bahan & bukti yg meremehkan perkara2 yang berkaitan dengan islam. Tapi tak bermakna statistik yang ditunjukkan itu seratus peratus tidak boleh diterima atau sebaliknya.

      Namun gila tak sama dengan statistik yang dikeluarkan dari UN , lain metodologi kah? Seolah2 kes rogol di USA amat jarang kedengaran pula, malahan mcm tmpt yang kononnya benar2 selamat bagi kaum wanita.

      ini statistik dari Globalpost dan dari UN.

      http://www.globalpost.com/dispatches/globalpost-blogs/quick-click/which-country-has-the-highest-reported-incidents-rape-data

      http://www.unodc.org/documents/data-and-analysis/statistics/crime/CTS12_Sexual_violence.xls

      Apa2hal tak tau la statistik mana yang benar2 boleh diharapkan mahupun boleh dipercayai.

      Disisi yang lain, berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa, warga saudi agak diketahui kerap melakukan 'jimak' dengan golongan2 yang kononnya darjatnya rendah. Contohnya, sebilangan warga saudi melakukan hubungan seks dengan tanpa kerelaan hati pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina. Kononnya pembantu2 rumah ni bertaraf hamba, maka dibolehkan tuannya berjimak dengan pembantu rumah ini.
      Inilah tahap logik mereka yg pelik.

      Padam
  21. Sentiasa berwaspada.. Sbb la ni jubah labuh pn boleh jdi mangsa..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.