Jumaat, 8 November 2013

10 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Kerusi Panas

Maharaja Lawak Mega kembali untuk musim terbaru untuk tahun 2013. Untuk minggu ni adalah minggu untuk kerusi panas atau hot seat di mana 12 kumpulan akan berentap untuk merebut 3 tempat dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross di mana akan diadili dan dipilih oleh tiga orang juri profesional iaitu Pak Nil, Azwan Ali dan Hattan.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 - Kerusi Panas:


1. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL)


Pembukaan yang baik dari kumpulan dengan lawak yang agak segar dan tidak terlalu keutaraan seperti ketika di gelanggang Raja Lawak.

2. 2YOL (Laugh-O-Meter: HEH)


Cuba mengadaptasi filem KL Gangster tapi kelihatan agak gagal. Persembahan sewaktu mereka di Raja Lawak ada lagi yang lebih baik dari ini. 

3. GERAK (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kumpulan XN3 kini telah bertiga dengan menggelarkan kumpulan mereka Gerak. Agak kelam kabut dan tiada kesinambungan antara sketsa.

4. GADAI (Laugh-O-Meter: LMAO)


Idlan abang Kasim Pon Pon kali ini nampak lebih confident bergabung dengan 2 lagi bekas peserta Raja Lawak membentuk kumpulan Gadai. Sketsa agak simple dengan adegan di karpet merah. Banyak punchline yang bagi aku lawak seperti meniru gaya artis dan lawak fizikal yang slapstik, cuma aku tak tahu ramai kenapa penonton tak gelak, mungkin tak kena dengan selera komedi mereka.

5. KECIK (Laugh-O-Meter: HEH)


Awal2 memang sangat slow, entah kenapa rasa tak lawak pun. Sikit sangat punch line yang lucu, langsung tak menggambarkan persembahan daripada bekas juara Raja Lawak.

6. KEROSS (Laugh-O-Meter: HUH???)


Rasanya kumpulan ni tak payah masuk kot pertandingan ni. Bukan apa, cuma mungkin bukan makanan mereka. 

7. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO)


Bila tengok je Amir I'm sorry, aku terus gelak, gelak sebab rasa menyampah dan annoying gila. Jalan cerita bodoh je, tapi entah kenapa aku gelak guling2. Walaupun ada rasa sakit hati, tapi aku nak kumpulan Shake ni terpilih sebab aku nak tengok Amir ni buat lawak kasi semua orang annoying.

8. GLORY (Laugh-O-Meter: LOL)


Lawak pantun diorang ni memang menjadi. Kehadiran Sathiya menjadikan kumpulan ini nampak matang dan teratur.

9. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)


Sketch diorang agak simple tapi menghiburkan pasal pak guard berangan nak jadi pilot. Punchline banyak pada yang jadi bapok Mawar Mekar Berduri Adui Sakitnya. Cuma lepas ni kalau terpilih, jangan selalu sangat bawak watak bapok nanti orang bosan.

10. PAJAK (Laugh-O-Meter: HAHA)


Diorang buat persembahan dengan mengajuk Yusof Haslam dan Ahmad Idham. Agak terkejut bila Man Belon masuk sebab masa pengenalan dia takde. Kena tegur dengan Pak Nil pasal babak2 buat gaya OKU. Walaupun biasa2 je tapi aku nak Man Belon masuk, sebab dia annoying macam Amir.

11. SANTAN (Laugh-O-Meter: HEHE)


Memang macam lakonan drama komedi lama2. Punchline agak lambat, banyak sangat dialog meleret2 dan lawak diulang2. Entah kenapa Fida Ibrahim ni nak masuk MLM 2013.

Peserta yang dipilih juri: ZERO, MAMU dan GERAK

Kesimpulan: 

Pilihan aku mana2 di antara GADAI, ZERO, GLORY atau MAMU, tapi kumpulan SHAKE sepatutnya terpilih. Cuba cakap, siapa yang tak suka Amir? Semua orang pun suka Amir. Amirikaaaaa!

Sepatutnya Astro buat la undian untuk kerusi hot seat ni melalui SMS atau Facebook, tak payah la pakai juri. Biar penonton sendiri yang tentukan siapa yang diorang suka dan nak tengok, bukan juri 3 orang tu. Dah la pengacara tu pangkat Datuk, 2 daripada juri Datuk juga, ini rancangan untuk Datuk2 ke?

Apa2 pun ini baru permulaan, bila tengok balik senarai peserta yang memang dah masuk seperti Sepahtu, Boboi, Nabil, Jambu, Saywho, Shiro dan lain2 otai, aku tak tahu berapa minggu peserta yang dipilih melalui hot seat ni boleh bertahan.


Ranking aku untuk persembahan peserta kerusi panas:

1. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO)
2. GADAI (Laugh-O-Meter: LMAO)

3. GLORY (Laugh-O-Meter: LOL)
4. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)
5. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL)
6. GERAK (Laugh-O-Meter: HAHA)
7. PAJAK (Laugh-O-Meter: HAHA)
8. SANTAN (Laugh-O-Meter: HEHE)
9. KECIK (Laugh-O-Meter: HEH)
10. 2YOL (Laugh-O-Meter: HEH)
11. KEROSS (Laugh-O-Meter: HUH???)


Gambar semua diambil daripada Fanpage Maharaja Lawak. Btw takde orang nak upload ke video MLM2013 kat Youtube?




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu hot seat kerusi panas

10 ulasan:

  1. dah jadi bodoh asyik nk buat orang gelak je.,xde ke pertandingan sape paling hot ke, badan paling sasa di malaysia ke, free kick paling power di malaysia ke, Bosan lah dengan benda yang sama je..dah xde benda lain ke yang lebih panas? Psychic Zero cuba buat pertandingan sape paling power hacker......

    BalasPadam
  2. mana video youtube??? we want video!

    BalasPadam
  3. patut juri amik azwan ali, azmin ali ngn ibrahim ali... baru rating kaw2 dabel digit

    BalasPadam
  4. ini jerlah hiburan anak melayu.

    BalasPadam
  5. Kredit la gambar kat mana cedok

    BalasPadam
  6. gua sarankan astro buat rancangan realiti tentang politik...memandangkan ramai anak muda minat politik....dah bosan asik pertandingan nyanyi, lawak...tu je ke??? Btw, fida masuk mlm?? Bukan dia masuk af ke?? Sori, gua tertinggal kapal....

    BalasPadam
  7. patut Shake layak aaa... aku pun xpaham juri nih

    BalasPadam
  8. xde sape nak upload sebb xde sape pun org berminat kot semua xde trademark diorg tersendiri... mcm jozan,sepah,Jambu tu memang ad keunikan diorg yg memang ad ak nak tgk walaupun ak x minat mlm...Shake ad potensi tp yg lain mehhh....

    BalasPadam
  9. masih cm boddow, tetap X bole lawan gag concert kbs world.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.