Jumaat, 20 Disember 2013

29 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 6

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas agak panas buat Boboi dengan komedi sindirannya terhadap pengacara, juri dan program MLM2013 itu sendiri dengan keputusan mereka mahu keluar dari pertandingan sehingga menyebabkan salah seorang juri iaitu Nora Danish tersinggung, namun Afdlin Shauki menyatakan yang Nora tidak perlu terasa dengan lawak mereka dan turut menjawab segala persoalan di akaun Facebooknya. Beliau turut bertanyakan kenapa MLM 2013 ni dah jadi sangat serius? Ia mungkin menjadi serius kerana ia adalah sebuah pertandingan, kalau setakat program komedi seperti Karoot Komedia atau Betul ke Bohong taklah orang ambil serius sangat.


Apa2 pun, tema minggu ini adalah "Loghat", selalunya lawak loghat ni susah sikit terutama kalau dibuat dalam loghat yang tak semua orang faham. Apa2 pun boleh baca ulasan MLM2012 pada minggu ke-7 yang ada tema "Loghat" juga. Nak tengok video cari sendiri di Youtube.

* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 6 - Loghat

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Dua orang Indonesia kat cyber cafe tengah main Facebook chat dengan cewek Perlis, cewek Jepun Minamoto binti Ajinomoto, cewek Bombay, cewek Thailand, memang lawak gila. Cakap bahasa lain merapu2, lepas tu lasst2 jadi bomoh gue dari Indonesia dari filem Hantu Kak Limah Balik Kampung, memang terbaik.

Rating juri: 4 bintang

2. SYJ (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Promoter Astro cakap Terengganu nak promote Astro Beyonce yang boleh alih bahasa cerita KL Gangster, lagu Siti Nurhaliza masa AIM siap ada efek 3DD, boleh mute, forward, reverse, last sekali ada program Kemah Keming Kemut Ustaz Azhar Idris. Memang kreatif.

Rating juri: 4 bintang

3. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Nabil minggu ni kembali kepada karakter dia sendiri setelah berminggu2 pakai watak orang lain. Menteri KPDNKK Dato' Hasan Malek pun datang. Nabil cerita pasal loghat2 di Malaysia, luar negara, bahasa F budak2. Ada part lawak ada yang kurang sikit, tapi so far aku suka Nabil yang ini, dan part jual nasi lemak dengan iblis tu memang kelakar, macam lawak2 dia sebelum jadi glamor yang lebih kepada kehidupan dia.

Rating juri: 3 bintang

4. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO)


Pakcik dari Sabah datang Kelantan nak daftar anak sekolah, kena scan badan macam kat airport, lepas tu tak faham pegawai sekolah tu cakap loghat Kelantan. Ada punchline yang lawak macam tak pandai tulis nama anak, lukis muka anak dan lain2. Cuma ada part yang agak slow.

Rating juri: 3 bintang

5. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Diorang duduk rumah orang2 tua, Ropi jadi orang Kedah nyanyi lagu Kelantan, lepas tu Suhami nak kahwin dengan budak Kedah 25 tahun mintak tolong Ropi ajar cakap Kedah. Mula2 nampak cam biasa tapi rupa2nya memang gila lawak pecah perut diorang ni.

Rating juri: 3 bintang

6. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO)


2 orang pembaca berita, sorang dari Negeri Sembilan, sorang dari Jawa, menjemput profesor ahli bahasa pakar loghat. Lawak juga dan tak mengecewakan, sempat bahan Malaysia kalah bola dengan Indonesia kat Sukan Sea.

Rating juri: 3 bintang

7. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Jep dan Rahim jadi orang asli yang baru dapat gaji pergi bandar nak makan kat restoran mewah. Diorang jumpa Shuib jadi pelayan kat restoran tu nak order makanan sebelum pergi Astro untuk audition. Ada part yang lawak terutama bahagian yang spontan, cuma masih belum standard Sepah yang dulu.

Rating juri: 2 bintang

8. BOBOI (Laugh-O-Meter: LMAO)


Loghatnya cuma Afdlin cakap kedah, lain tu dia buat lawak pasal kain pelikat yang liar waktu malam sebab bila pagi dah kat atas, so dia promote seluar pelikat. Last2 Harun pun jual seluar pelikat sebelah dia. Sebenarnya takde la teruk mana pun lawak diorang ni, aku boleh gelak lagi, yang tak tahan siap bahan Rahim popular sebab tu Sepahtu join Rahim. Cuma mungkin sebab Nora Danish dulu sentap ngan diorang so dia bagi 4 bintang.

Rating juri: 4 bintang

9. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Wak Jawa menoreh getah, datang sorang budak cina dan gemuk kacau. Banyak punchline yang menarik macam kerbau, kena bentan, lawak pasal getah, letak Koko Krunch dalam susu getah, bini bergetah dan lain2. Serius kumpulan Bocey persembahan diorang memang power sebab setiap minggu diorang konsisten. Kekuatan diorang dengan bahan yang tembam tu, dengan muka selamba Achey, dengan skrip yang tersusun, lakonan mantap, punchline berterusan tak putus2. Cuma aku tak faham apa lagi yang diorang kena buat untuk juri bagi 4 bintang?

Rating juri: 3 bintang

10. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Ajak jadi orang Kelantan pergi Thailand sekali jumpa tukang urut lepas tu kena paksa urut. Lawak diorang banyak kepada babak masa urut, siap boleh kesan sakit jantung berlubang makan chewing gum, sakit paru2 berair kena hair dryer kat mulut, last2 sekali siap kena wrestling dengan AC Mizal pun kena. Lawak2 kasar ni memang senang buat orang ketawa.

Rating juri: 4 bintang

Peserta yang tersingkir: BOBOI

Kesimpulan: 

Minggu ini rata2 persembahan peserta semua lawak2 sampai aku pening nak buat ranking nak pilih siapa kat atas siapa kat bawah. Malah yang duduk bawah2 pun takde la tak lawak langsung, masih lagi di rating LMAO.

Shiro yang dulunya aku tak berapa gemar sebab dibayangi oleh kumpulan Sepah, kini bayangan Sepah sudah tiada, mereka sudah ada aura dan identiti sendiri. Jambu pun lawak, begitu juga dengan kumpulan2 underdog lain seperti Bocey, Comey dan SYJ, cuma aku kesian kat diorang sebab juri susah nak bagi diorang 4 bintang sedangkan lawak diorang penonton gelak gila2. Nabil aku harap dia boleh terus jadi diri sendiri dan buat stand-up comedy berdasarkan pengalaman diri dan kisah hidup dia atau orang lain dengan cerita2 yang rapat dengan kehidupan orang Malaysia.

Sepahtu pula sebenarnya bukan la tak lawak langsung, cuma aku rasa aura diorang dah berkurangan sikit, mungkin seperti yang aku tulis sebelum ni chemistry diorang hilang dengan kemasukan ahli baru. Tapi agak mengejutkan bila Sepahtu boleh termasuk dalam bottom 3 sedangkan undian diorang paling tinggi sebelum mula gelanggang minggu ni. Mungkin orang dah mula mengundi berdasarkan persembahan bukan populariti semata2, dan tak mustahil jika ramai peminat Sepah sudah mula menyokong Shiro kerana mereka mempunyai banyak persamaan, terutama mereka semua dari negeri Johor.

Dan Boboi pula walau sebelum2 ni diorang memang nak menarik diri, tapi minggu ni bagi aku diorang terkeluar dengan bermaruah. Bila dia terkeluar, aku lihat ramai peserta2 lain yang begitu menyayangi dan menghormati mereka kerana bagi mereka, dioranglah kawan, abang dan mentor dalam industri komedi. So aku harap kalau ada peserta2 yang buat lawak tak jadi tu, tak perlu maki, caci, hina, gaduh2. Nama pun pertandingan lawak, tak perlu serius2 sangat.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 6:

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 3 bintang)
5. SYJ (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
6. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 3 bintang)
7. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 2 bintang)
8. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
9. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
10. BOBOI (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-6

29 ulasan:

  1. Nora Danish sentap ngn Boboy ke Rahim? lau ngn Boboy knp bg 4 bintang lak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka hati dialh nk bagi brapa bintng, yg ko susah kenapa

      Padam
    2. mungkin sebab dia nak pujuk atau ambil hati boboi balik, atau perli

      Padam
    3. nadeem mara tu..

      Padam
    4. Saya anak remaja yang meminati siri lawak mega ini. Saya cuma kata Abang Abam Bocey comel semasa dia jadi Bawang Kecil.
      Saya saksi ketidakadilan dunia lawak Malaysia.
      Yang sudah menempa nama dulupun tidak popular. Dahulu kalian sokong mereka. Kenapa tidak underdog yang sedang berusaha?
      Contoh paling sesuai: Bocey
      Ini tidak adil~Yuna.
      Macam manalah juri buat keputusan sampai ada kumpulan tampak dianaktirikan?
      Betul kata Mr Os.
      Betul juga kata Afdlin Shauki.
      Sistem pemarkahan juri entah apa-apa. Sebalnya.
      Saya komen tidak sebagai peminat Bocey. Read before maki, ya. If tak maki lebih, baik. Kurang dosa.
      Fikir dan renungkan.
      Jangan kita enjoy sepanjang masa.
      Tidak juga like like like very lot.
      Kasihan sangat-sangat. Kalau boleh saya nak cadangkan juri terbaik.
      Chef Wan, Najib Ali, Hattan, Aznil Hj Nawawi.
      untuk pihak wanita, siapa boleh beri cadangan?
      saya tentang ketidakadilan!!!
      ~Peminat setia Abam Bocey

      Padam
  2. sepahtu lawak syok sndri..yg punch bg aku yg jeb ckp sundal bolong dkt luna maya..

    BalasPadam
  3. sepahtu cam haram x lawak.apasallah ramai org buta mengundi group bosan ni. syj terbaik mlm ni

    BalasPadam
  4. ranking saya: syj-shiro-nabil-jambu-bocey-wala-comey-sepahtu-saywho-boboi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hm... maaf mencelah tetapi menurut pendapat saya, lawak Sepahtu sangat hambar dan taraf Boboi sahaja. Even Saywho (walaupun saya merindui Eko) pun lagi lawak. Syj memang kreatif, Shiro dan Bocey konsisten. Abam comel, kasihan Bocey kerana menjadi mangsa undian padahal mereka boleh tahan.

      Padam
    2. Plus, Wala pun menarik juga. Wan itu manis. Orang Sabah bah, memang ramah tamah.
      ~Peminat setia Abam Bocey

      Padam
  5. Pasal undian..kali ni ada pecahan peratusan undi sms n juri..x silap 60-40 sms-juri..x mcm af2013 100% sms..sbb 2 masa announce siapa leading undi sbnrnya belum masuk undi juri lg. Kalau undi juri rendah mcm 1 bintang (10%) senang jd bottom 3. X silap kalau betul 40% undi juri, maka 1-2-3-4 bintang ialah 10-20-30-40% undi juri.

    Papepun ramai yg x puas hati dgn sepahtu sbb asyik buat lawak santai n less effort..maybe diaorg nak save idea sbb nak tip top balik hujung2 episod..lgpun diaorg xkan terkeluar pada minggu2 awal kalau buat lawak biase je sbb undi sms tinggi..maybe itu plan diaorg. Personally rahim masuk sepahtu mcm less corberation je..x meningkat sgt n rahim mcm susah nak bg punchline sbb jep x kasi can rahim bercakap, mcm nabil masuk boboi dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesilapan...mmg 100% undi sms. Dah dgr dr mulut ac mizal. Papepun harap biar yg betul2 kumpulan yg bagus n good effort yg menang mlm2013..bukan populariti semata2

      Padam
    2. sepah dimata aku la ni
      sepah= 2 org feeder 1 org killer
      sepahtu= 2 org killer 1 feeder

      Padam
  6. thanks PZ atas ulasan dan kompilasi minggu ni..

    semua peserta memang gempak gila lawaknya..ramai yang dapat rotflmao yang aku rasa memang deserve diorang dapat..

    pengundi pun dah makin matang, undi berdasarkan prestasi bukan populariti..

    harap juri bagi bintang yang jujur pada SYJ, Bocey dengan Comey sebab dia orang memang kelakar..terutamanya bocey..

    terbaik minggu ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SYJ sudah mendapat bintang secara adil cause of them deserve it. Comey kalau berusaha sedikit Insya Allah, pasti. Sayang penyertaan Bocey ini "tersepit".
      Anyway, segmen awak memang bagus encik admin.
      I hope too.
      :)
      ~Peminat setia Abam Bocey

      Padam
  7. x bek la kutuk org cam tue... semua lawak.. maybe idea mereka kurang... semua hebatlah... just mungkin sedikit masalah nak cari idea kot... semua hebt

    BalasPadam
    Balasan
    1. buto ingt mingu petama ke? bg tajuk bebas pon kelaut lawak dorang

      Padam
  8. Tgk undian trkini mcm plik

    BalasPadam
  9. Kenapa masa Luna Maya bagi komen utk Shiro.. macam pelik je bunyinyer?

    BalasPadam
  10. sepahtu kalau x lawak2 jugak konfem keluar minggu depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Sepahtu tersenarai bottom three dengan Bocey, Wala, Comey or SYJ ke (kesiankan best tapi didera populariti) harap anda bijak. Lawak hambar kalau tersambut dekah semeriah mana pun tetap hambar. Jujurlah pada diri.
      kalau ikutkan tak pa mereka keluar. Jadi iktibar untuk tidak terlalu selesa di lain masa.
      bagi peluang yang lebih berhak.
      penyingkiran Zero mungkin terdesak agar Sepahtu terus kekal.
      manja sangat Sepahtu.
      ~Peminat setia Abam Bocey

      Padam
  11. Hahaha best (Y) betul lah :D
    shiro jadi best and sepah kureng gilaaa

    BalasPadam
  12. agak kurang bijak lah jugak buat lawak pasal pusat urut tu..ini channel satu malaysia boleh akses bhai...promote maksiat agak2 la...negara majoriti melayu, yg buruk nama, Islam.

    BalasPadam
  13. cuba tgk dari sudut lain plak, lawak Shiro bukan menggalakkan maksiat tapi bagi kesedaran yang industri body massage ni sebenarnya pelacuran atas nama perniagaan, supaya semua orang bukak mata dan hati....

    BalasPadam
  14. Lagu thai opening shiro tu tajuk apa ya?

    BalasPadam
  15. ok cube korg tengok scene host backstage dia plak..aku perasan ada kuku unta di situ..walauuweyhh...

    BalasPadam
  16. Maaf ckp aku tgk dri awal jep dari dulu kelakar tpi diselitkan dgn lawak bodoh,mengejek org, tabik dada walaupun kadang2 merapu pun org ketawa. Dri ML, SS, KK, Sepah..
    Maybe sbb dri johor yg suka poyo bjt kemas, bdk2 bru nk up yg dok undi dia. Bgus jozan,bocey,jambu,syj,shiro,mamu lwk baik
    Harap jep ubah sikap merendahkan org racist n membanggakan diri tgk mcm zizan n johan
    Jep klu solo mmg lesu lh takde bahan nk kenakan org n org ramai boleh ketawa mcm rahim.pada jep udah2 lh mencaci org n peminat pun tak payah ketawa klu benda mengarut. Gua pun ketawa klu jep wat lwk terhibur

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.